Thursday, 5 February 2015

#9 Tafsir.

[Music: Statelessness]

Assalamualaikum.

Kedinginan malam membuat aku menggigil kesejukan. Lantas selimut putih ku capai lalu dihamparkan dari hujung kaki sehingga ke pangkal leher. Terasa nyaman. Baru sahaja mata ku mahu terlelap. Gumpalan seakan tali berwarna hitam timbul di penjuru katil. Pelik. Aku pasti tiada gumpalan tali disitu sebelum aku bersiap untuk tidur. 

Mata aku mengecil fokus kepada tali hitam yang bergerak-gerak. Berdiameter kecil dan besar. Sedikit demi sedikit gumpalan tali itu terurai. Lalu tali yang berdiameter besar berdiri tegak menghadap aku. Ia berbatik. Ya Allah. Mana datang pulak ular sawa ni?? Beberapa ketika kemudian aku dikejutkan oleh suara Sang Ratu yang menitahkan aku bersolat subuh. Sang ratu itu adalah Ibuku. Ohh mimpi rupanya. 


  • bermimpi memiliki ular, ertinya anda akan mendapatkan kenikmatan dan keberuntungan;
  • bermimpi memiliki ular hitam, artinya anda akan memiliki kekuatan dan kewibawan;
  • bermimpi memiliki ular kecil yang mengkilap kulitnya, artinya anda akan mendapatkan kekayaan; 
  • bermimpi melihat ular kecil tiba-tiba menjadi ular besar (ular naga) ertinya bahewa anda akan mendapat pertolongan dari orang yang berkedudukan; 
  • bermimpi melihat ular berlari mendekati ertinya anda sedang dicintai atau dirindukan orang lain secara diam-diam; 
  • bermimpi melihat ular dalam jumlah banyak dan bermacam-macam ertinya anda akan mendapatkan kebahagiaan; Sumber dipetik dari entri Mimpi Ular & Tafsirannya.

Sempat juga aku menanyakan hal ini kepada ibu ku, dan beliau jugak menyatakan tafsiran yang sama cuma terbahagi kepada dua pendapat. Pertama, mengikut kepercayaan orang tua-tua, bermimpikan ular bermaksud ada orang yang sedang merindui/menyukai kita secara senyap. Kedua, mengikut tafsiran pengamal perubatan islam ia berkaitan dengan unsur jin. Wallahualam.

Hmm, entahlah aku tak tahu nak percaya yang mana satu sebab mainan tidur je. Yang aku pelik aku takde rasa takut pun tengok ular kat kaki aku masa dia tegak berdiri pandang aku. 

31st Jan 10.44 AM

Chuck: Wahh. hebat busy kau yer.

31st Jan 12.48 PM

Chuck: Fuhhh. Kejam giler.

Malas aku nak fikir pasal ni, buat serabut kepala je. Hal study aku lagi penting. Banyak yang perlu di settlekan. Tengah dilema sama ada mahu mengambil professional course ACCA atau buat degree selain accounting yang sangat mencabar keupayaan otak yang membeku seperti aku. Malas dah nak ambik account, sedar diri tak pandai dan pemalas. Sobs Sobs. 

Either Finance, International Business, Economic, or Business Investment Analysis. Itu antara list course yang bakal aku further degree tak lama lagi. Atau mungkin ACCA. Semua masih dalam peringkat perancangan lagi. Paper ACCA pun boleh tahan tough dia and quite pricey. Kalau ikut kan suggestion ayah aku dia suruh further property management. ACCA tu pun suggestion dia.

Arghh kusut, ada kurang sebulan je lagi untuk aku buat keputusan. Aku sekarang tengah buat research pros and cons pasal field of studies yang bakal aku ceburi. Harap-harap kena dengan minat aku lah. Sebab tak guna kita study benda yang tidak mendatangkan kepuasaan pada diri kita. Right?

P/s: If ada sesiapa tahu serba sedikit pasal course yang aku listkan ni boleh lah share info. Btw, before this aku study Diploma in accounting. I guess no more accounting. 

11 comments:

  1. aku tak pernah mimpi ular maksudnya takde orang crush kat aku..huhu

    ReplyDelete
  2. 2 malam sudah mimpi 2 batang gigi atas tercabut .. orang cakap sedara terdekat nak meninggal .. dulu pon mimpi patah gigi juga ..xde orang mati pon .. nie mesti lupa nak gosok gigi sebelum tido .. hahaha ..

    I will take ur father's advice .. properties or ACCA .. both can make duit maa .. if you keen for money la ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Agak ah, ni mesti tak gosok gigi sebab tu mimpi gigi patah. :p

      Tapi scope kerja bidang properties macam terhad je. Tak boleh lah nak kerja obersee macam awak nanti.

      Delete
    2. Then buat ACCA .. datang la London ..Minta loan MARA ..huhu

      Delete
    3. Saya ni di anak tiri kan. Walaupun Ansara macam awak suatu ketika dahulu. Sob sobs. Insha'allah guna bahma (abah dan mama).

      Delete
  3. Aku pernah mimpi aku beranak ular besaarrr.. Sakit gila rasa perut aku.. Sekali bangun rupanya nak buang air besar daa..hahaa.. Mimpi tu tym kecik lgi...hihii... Tapi mmg ada ustzah aku bgtau klu mimpi ular..mkna dia ada org nk bgi saka kt kita..ntah laa.. Allah je tau maksud mimpi tu..

    Ermm..aku ni x brape nk pandai..dulu ambek dip jurusan laen..skali degree 100% berbeza dgn jurusn dip..haha..well apa yg aku ambek brdasarkan kemampuan aku+minat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Nasib baik tersedar dari tidor. Buat nya kau melepas time tu jugak camne? Dasyat gila kau kecik2 dah mimpi beranak. Hahaha. Yup, hanya Allah je yang tahu segala tersirat dan tersurat.

      Sama lah kita, aku ni pun tak berapa nak pandai. Asyik berkhayal je keje. Nak pulak ada senior or budak course lain yang hensem + sado. Pergh tak lena aku tido. Last2 study entah ke mana. :p

      Delete
    2. Ahahahaa...naseb la aku jenis bukan buang air kecik ke besar kat tilam..klu x sian mak ayah aku..hehee.. Tym tu ntah darjah brapa aku pon x ingt..well mimpi..mcm2 bleh jd..hahaa

      Chehh..rupanya dia cuci mata tym pnsyarah mengajar..sempat lgi ko yerr...aku paling2 pun berangan jerr..hahahaak

      Delete
  4. aku tak pernah ingat aku mimpi apa. hahaha. lagi loser., ada satu mimpi tu, aku kena serang dengan vampire and aku main sorok2 sebab tak nak kena tangkap.

    loser gila mimpi aku.

    aku ada kawan amik ACCA dulu and now berjaya gila. MIM nama dia. aku ada cerita kat blog aku. if kau nak tanya pasal ACCA, aku ley tanyakan kat dia,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti banyak tengok twilight takpun vampire diaries. Hahaha.

      Ohh Mim yang suami orang tu eh? Ish taste aku kot suami orang. Bak nombor hp. Nak ngorat. Hehe.

      Please kau tanya kan, pasal difficulties level ACCA tu? Pastu berapa lama masa dia ambil untuk complete semua papers tu? Better ambik masa bila? ( lepas dip, degree or time keje nanti)

      Kalau panjang sangat kau email kat aku eh ;)

      P/s: email aku ada kat bahagian paling bawah belah kiri blog.

      Delete