Tuesday, 24 February 2015

#14 Serabut.

[Music: Statelessness]

Assalamualaikum.


22nd Feb 5.54 PM

Sherry: Nov. Hi!! **Emoticon excited**

23rd Feb 9.06 PM

Aku: Hi, sorry late baru ada line...

"Maaf aku tipu, aku sengaja reply lambat Whatsapp kau Sherry. Bukan sebab aku tak suka kau cuma aku tak nak bagi harapan palsu pada kau. Kalau setakat nak jadi kawan biasa tu aku okay je. Tapi aku tahu kau mengharapkan lebih pada itu. Dan apa yang kau harapkan takkan jadi kenyataan."
Some people said, its better to be loved than to love kan? Aku harap kau jumpa someone yang sayang kau lebih dari kau sayang aku. Someone yang hopeless romantic, caring and protective. Perhaps lagi kacak dari aku. Haha. Sekurang-kurang nya kau tak perlu memendam rasa. Curah rasa kasih pada yang selayaknya. Lebih berbaloi rasanya. 

Lately ni aku rasa serabut. Tengok diri dalam cermin macam serba tak kena, rasa diri ni tak sekacak dulu. Selebet selekeh kusut masai. Hmm, ke baru sekarang aku sedar aku tak kacak? Damn. Tengok kombinasi misai dan janggut rasa serabai je. Lantas aku ambil gillette dan cukur licin kesemuanya. Arghh. apesal makin jambu je rasa. Inesen je muka. Nerdish look. Pfft.. Dengan rambut panjang wavy. Aduhh.. serabut kepala.



Hal studies, family, diri sendiri semua bersatu berlegar di ruang minda pada waktu yang sama. Apa yang aku harapkan kecundang. Kecewa. Rasa diri ni macam tak berguna langsung.Ya Allah murahkan lah rezeki hamba mu ini. keluarkan lah aku dari kekusutan yang sedang aku alami. Ameen.

Buat masa ni aku selesa sendiri tanpa ada apa-apa komitmen. Pintu hati aku macam dah tutup sepenuhnya selepas upgrade sistem pertahanan baru haritu. Dalam erti kata lain not into any relationships right now, be it homo or hetero. Sama je rasa. 50-50. Cuma beberapa hari lepas ada satu perasaan yang entahlah. sukar untuk aku luah kan. Aku rasa tertarik tengok perempuan yang berpenampilan modest. Pakai tudung, baju longgar, rasa macam nak buat bini je. Konon lah.

Amat jarang kalau aku puji gegedis geletis yang berpakaian menutup aurat. Kalau tak pakai skinny jeans, crop top dan free hair memang susah lah nak suruh aku puji. Tapi gegadis yang seorang ni lain sikit aura dia. Hmm. Am i upgrading my sexual orientation too?


P/s: Rasa nak botak kan kepala je. Hensem tak? Aku tengok orang kepala botak ni sexy, tapi kalau aku botak nanti terus jadi seksa. Hmm. Sedang berusaha menerima kenyataan.. Nov sudah hilang seri nya. Sobs sobs.

18 comments:

  1. Emmm awak tetap berseri di hati Nu'man. Jangan mengalah dalam hidup. U're not alone.
    Paling tidak ada Nu'man kat sini. kehkeh. Tuhan jangan dlupa. Buat la botak. Pastu send me pics tau. Nak puji hensem jer ..kehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak jangan tinggalkan saya ketika saya tak bersedia. Saya tak kuat. Sobs sobs.

      Rasa macam nak botak tetapi, nanti rupa nov dan alien tiada bezanya. :'(

      Delete
  2. jgn tutup pintu lelama.. nnt berkarat ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pintu dah di upgrade ke stainless steel, tak berkarat. Nak upgrade ke silver tak mampu. Hmm. #nanges

      Delete
  3. hey bro.. come on please.. be strong.. aku pun berada di tahap paling bawah sekarang. everything around me mmbuatkan aku rasa down gila, even study aku pun tak brpe nak elok plus my love story going to end.. please bro, be strong.. aku dan mereka2 yg lain dsini bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku still strong lg.. Biasa lah at some point kita akan berada di bawah. Ada ups and down. Kena jugak hadap macam mana pun. Kau pun be strong gak, jangan tension pulak ngn love story kau. Stay cool. Haha. :)

      Delete
  4. cinta itu indah

    itu je nk bgtau :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta itu juga punya racun nya. Andai terkena merana jiwa ;)

      Delete
  5. satu je nasihat saya ye mr Nov.. dekatkan diri dengan sang pencipta kita untuk melancarkan segala urusan kita di hari hari yang mendatang.. semoga tabah ye mr Nov... cari sahabat yang boleh berkongsi masalah.. :)

    ReplyDelete
  6. ko tengah moody,hormon tak stabil..sebab tu rasa serba tak kena. Banyakkan buat aktiviti yang ko suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moody hujung bulan bro. Tak dapat nafkah zahir dan batin. Hahaha.

      Delete
    2. lama tak makan pisang...biasa laa tuu..

      Delete
    3. Sekarang musim kemarau, pisang takde. Kalau ada pun dah kene sambar dgn beruk. Hahaha

      Delete
  7. ooo.. ko ni jenis suka perempuan moden la nii.. ermm k bye

    hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, modern tapi bukan terlebih social. Dia kena tahu limit pergaulan sebagai seorang muslim. Kalau hati baik, Aku ok je mana2.. ;)

      Delete
    2. Ecewaahh.. dah ada ciri2 perempuan idaman rupanya.. hihiii

      Delete
    3. Opkoss. Nanti aku kena jgk kawin dengan perempuan. :p

      Delete