Wednesday 31 December 2014

#2 Knowing me.

Assalamualaikum

Sedar tak sedar kita dah berada pada penghujung bulan disember. Tirai 2014 bakal melabuhkan tirai nya tak lama lagi. Banyak yang aku lalui sepanjang tahun 2014 ni. Pengalaman pahit manis masin payau semua aku telan. Ia mematangkan aku pada hari esok.

Lately ni i've been chatting with a guy origins from kuching and currently working in KL. Aku kenal dia kat satu social network ni which is invented for us. People like you and me. G*y peeps.

Baik sikit.. Tujuan aku sign-up bukan untuk melacur ye. Aku cari the other half of me. Cewwah. Jadah ape kau cari the other half kat tempat cam gitu ye dop? Kalau bukan kerana sangap! Har har har.

Tahun 2014 menyaksikan keberanian aku mempunyai akaun sisi gelap buat pertama kali nya. Kira macam first step to enter the secret society ah. Aku just kenal2 dgn orang yang sesuci murni je macam aku. Not for sex, at least not for now. Kat situ aku mula mengenali seorang mamat ni. Tapi as kawan. :p



Tapi what i can say dia fit in the criteria yang aku cari. Hensem + sado + chinese eyes + Tall + straight-act bernama Chuck. Melayu islam boleh buat imam aku nanti. Kui kui kui... Sesuai la dengan aku yang persis jejoko melayu terakhir. Perasan. Wakaka. Tapi sering diberitahu punya wajah setampan aktor seberang. Kau hado?

Till now kitorang just say hi, morning, night. Everything based on chat. Opkoss wechat sebagai pilihan medium yang bijak. Sebab aku takkan pernah share phone number dgn orang yang tak dikenali. Cukup sekadar share id je. Lebih apdal gituu.

Sebelum aku merelakan id aku diratah. Harus la di uji keikhlasan terlebih dahulu. Tak gitu? Dia share phone number and even insta sebagai bukti. Not bad... Aku suka penampilan yang tidak terlalu menonjol macam plu lain. Boleh buat member.

 Dia pernah gak ajak aku lepak makan2 and tengok movie. Tapi aku reject cara baik. Why oh why? Woi jantan tu taste kau kot. Takkan nak reject je.

I was not totally rejected the offer, aku lebih suka berkawan dulu. Knowing each other as a friend. Aku bukan jenis yang main redah je. I will never ever jeopardize my health for the sake of lust. Aku harap tuhan selalu sedarkan aku tatkala aku tenggelam dalam nafsu. Ustazah sangat u'olls~~~ Kesah? Hahaha

Aku tak sure selama mana aku boleh pertahankan virginity. Hahaha. Tapi aku berani jamin 100%, ia tidak pada yang sembarangan. **Blushing**

Ohh ya, awal bulan hari tu aku konvo Uitm. Alhamdulillah syukur.. Cehh.. Diploma je pun. Tiga hari selepas itu, whatsapp aku mula di terjah oleh nombor asing. Aku tak kenal empunya badan tapi melalui gambar, dia berjantina wanita.

Gadis: Salam. kenal Sherry Johnson tak?

Aku: Wasalam. Erm tak

Gadis: Kawan kepada markonah. Kenal?

Aku: Student account jugak ke? Roommate dia jemah, joyah, jenab kenal ah. Haha **Gelak terpaksa**  Kenapa?


Dalam hati, Hmm dah agak dah ni mesti nak kirim salam. Kalau kirim wang takpe jugak. Takde cara lain ke nak ngorat saya awak?


Gadis: Ok. Dia kirim salam.

Aku: Markonah kirim salam? Buang tebiat ke apa.

Gadis: Haha.. Bukan Markonal la. Sherry johnson 

Aku: Ohh, wasalam.. Ingatkan si markonah bagi salam. 

Gadis: Bukan lah, Hihi. Cik Sherry tu takut nak tegur Nov.. Jadi dia sampaikan salam.


Heish kirim salam pun guna orang tengah. Awak nak ngorat saya guna cara lain pleasee.. Nak kirim salam boleh tapi berserta cake blueberry sepotong pun okay dah.. Kuikuikui.

*********

Aku pun sebenarnya pelik gak, apakah benar aku sekacak seperti yg digambarkan. Atau sekadar isi bakul angkat sendiri? Tapi aku perasan gak la, sejak dari di bangku sekolah lagi. Aku tak pernah flirt gegadis. Not even once. Tapi lebih sering di ngorat gegadis geletis. Hahaha. Perasan. Period.

Jantan? Kebanyakannya bagi hint tapi aku buat tak tahu je. Haha. Mr.nov kau gila? Entah2 dorang just curi2 pandang and senyum sebagai sedekah je. Kau yang lelebih. Podahh.

Hmm.. kalau aku rajin menaip aku share la kisah berkenaan.

Azam tahu baru 2015, aku nak jadi manusia paling kacak dalam malaysia. Kau mampu? Haha. gurau je. Tiada apa yang aku harapkan selain daripada segala kebaikan di muka bumi pinjaman ini. Aku impikan magis yang bakal merubah segala. And year 2015 will be my comeback year after almost 4 years of silence. Sudah tiba masanya untuk aku berhadapan mereka yang pernah mewarnai zaman keremajaan aku suatu ketika dahulu. Mereka yang pernah aku gelar sahabat sebelum reputasi aku jatuh berantakan.









Tuesday 25 November 2014

#1 The Confession.


Assalamualaikum

Alhamdulillah!!! satu perkataan yang mampu aku ucapkan. Finally blog yang aku impikan selama ini telah pun berjaya dilahirkan ke alam maya ini. Berhari-hari jugak lah aku menghadap laptop ni nak setup blog punya pasal. Actually this is not my very first entry dan blog ni suatu ketika dahulu pernah di coret kisah2 aku.



Oleh kerana, bahasa yang digunakan pun a bit childish. So aku decide untuk delete kesemua entries tersebut. Apa yang pasti blog ni akan berubah 360 degrees. So siapa2 yang berkesempatan baca tu nasib lah. Haha

Anyway, let me first introduce myself as AKU. Nama pena aku Mr.Nov. Untuk keamanan sejagat better tak disclose identity siapa sebenar aku, cukup sekadar nama samaran. Terlahir pada tahun 199X. So pandai2 lah korang estimate sendiri. XD

Idea nak transform blog aku 360 adalah di inspirasi dari pembacaan aku di beberapa blog ber'genre' Gay-theme @ PLU. And yeah, aku salah seorang hamba allah yang terpilih untuk terima ujian ini. Aku ni gay in the closet, so tiada seorang pun manusia di muka bumi ni tahu siapa aku in real life. i think i should keep it that way, sebab kita hidup bersama masyarakat yang palsu. Kenapa aku kata palsu? Sebab masyarakat kita ni, especially sebangsa aku, suka sangat melabel orang. Kalau boleh dari hujung rambut sampai hujung kaki mesti ada je benda nak condemn. pfft

Aku tak pernah pun minta untuk dilahirkan bernafsu sejenis. Aku sedar dengan kecenderungan aku ni time aku berumur 11 tahun. Kalau tak silap aku lah.. Sebab time aku kecik2 ada satu iklan kat Ntv7 ni, Smart Tv (maybe). Mostly iklan kan pasal alat fitness, so model yang dorng selalu guna pon orang2 yang body fit tak kira laki or perempuan. hehe. Biasanya model lelaki tu shirtless so memang exposed habis ah abs yang macam roti sweeties kat perut. everytime aku tengok iklan tu aku rasa semacam, rasa berdebar. 

**Hmm takde pulak rasa macam tu time tengok model perempuan even pakai bikini.. sedeh btol nasib aku**

Itulah serba sedikit pasal aku. The reason why A.K.D.P (Aku,Kau,Dia,Palsu) adalah kerana posting yang bakal tercoret dalam blog ni berkisar tentang aku, kau, dan dia. Kenapa palsu? sebab kita semua ada sisi "FAKE". Kepalsuan kita untuk berhadapan dengan hari mendatang. Sometimes kita palsu dengan mereka sekeliling kita. Kita palsu tentang kecenderungan kita untuk mendapat tempat dalam masyarakat yang akhirnya kebebasan diri sebenar kita terpenjara dalam kepalsuan tersebut.

Kadang aku terfikir kalau lah aku buat pengakuan ini kat mereka2 yang rapat, mahukah mereka bersama dengan aku hingga ke hujung waktu?