Saturday 23 January 2016

#38 Malam

Assalamualaikum

Perasan tak? gua ni makin lama makin jarang update blog. Ke takde siapa pun perasan, gua syok sendiri. Cehh.

Anyway aku ni sebenarnya bukan takde idea nak post mahupun berkongsi cerita sensasi abad ini. Tapi apakan daya masa aku terhad. Sudah nya aku update dalam diari hatiku. Nak pulak sekarang kan hati ini sedang berbunga. Hahaha.

Beberapa minggu kebelakangan ini aku busy dengan preparation untuk final exam aku yang menuntut aku untuk menghafal fakta berserta memahami analisis membabitkan pengiraan. Paper yang aku ambil untuk semester ini boleh tahan tough nya sebab aku gigih tarik 3 core paper semester depan. Dengan erti kata lain aku advanced dari student lain. Genius sangat kan. Tett.

Malam tahun baru haritu aku sambut berdua bersama Chuck di sekitar Sunway Pyramid. Walaupun aku ada paper on 2nd January. Still aku free kan special slot untuk Chuck. Haruslah kesayangan kot.

Malam tu Chuck pakai kemeja putih long sleeve slim fit. He looks so perfect that night. Even time dia tengah drive pun boleh nampak shape dada, shoulder and bicep dia. Gila kau tak mendesah hingga ke langit ke tujuh? Hahaha. Chuck booked a room kat Redbox and dinner buffet sementara nak tunggu countdown New Year. Lepas settle tengok fireworks, kitorang shoot balik rumah bujang Chuck. Settle kan mandi and solat semua dan tidur.

Eh yeke tido? Kuikui. Seriously nothing heavy pun jadi. Malam tu kitorang pillow talk, bersembang soal masa depan. The next day lepas solat jumaat aku balik ke kampus sebab aku ada paper pagi sabtu. Habis je paper aku shoot balik pergi lepak rumah bujang Chuck. Spend whole weekend dengan dia. Di kesempatan itu jugak Chuck perkenalkan aku kepada beberapa teman rapat.

Masa tengah lepak semeja dengan member Chuck. Chuck whatsapp aku.

Chuck: Miss you sayang. Depan mata tapi terasa jauh sangat. Rinduu. Hmm, Takpe malam nanti sebelum hantar awak balik kita spend masa puas - puas eh sayang.

Nov: Lah, takde hal lah. Kau nak spend time dengan member kau. Selalu dah weekend dengan kau. Apa salah sekali sekali dengan member kau.

Chuck: Hmm Aku ingat keluar sekejap je. tapi one of my mission indirectly tercapai. Aku nak kenalkan kau dekat kawan-kawan aku. So that our relationship will grow stronger and closer.

Even time dalam kereta, Chuck pilih duduk kat passenger seat dengan aku kat belakang. Semata-mata nak pegang tangan. Kuang kuang kuang.

Chuck: Awakkkkk. Ada jerawat baru. Mesti jerawat rinduuu.

Nov: Jerawat? Aku ke?

Chuck: Aku, bukan kau. Kau lah ni seksa aku dengan kerinduan. Hmm.

Nov: Ohh terkejut jugak aku tadi. Hahaha. Takpe, aku terima kau seaadanya.



To give clearer picture, this is how aku spend the night with Chuck. Cuma nya aku takde lah acah -acah kesejukkan macam dalam gambar. Even aku buat-buat tidur macam biasa. Chuck akan tarik aku jugak. Sudah nya aku tidur berbantalkan lengan tak pun dada dia. Hahaha.

Honestly im very happy with what i have today. 

Currently im placing very high on the ranking, but soon the ranking will go down. So do I. 

Ahh lantak lah, lets creates more beautiful memories. Tak gitu?


P/s: Aku punya impian mahu lihat Chuck punya keluarga sendiri suatu hari nanti. Bila tiba masanya, aku akan bawa Chuck keluar dari sisi gelap. Itu janji seorang Nov C.