Friday, 30 January 2015

#8 Firasat.

[Music: Cancer]

Assalamualaikum.

Firasat, menurut Ibnu Qayyim dalam kitabnya `Ar- Ruh' adalah cahaya yang Allah berikan ke dalam hati hambaNya yang soleh. Cahaya itu menjadikan seorang hamba dapat menduga sesuatu yang akan terjadi pada dirinya atau menjadikannya dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Meskipun ia sebuah lintasan hati, firasat tentunya bukan `su'u dzon' atau buruk sangka. Sumber di petik dari article Kekuatan pandang tembus.

Apa yang ingin aku katakan kali ini mungkin kedengaran tidak rasional dan tidak masuk akal. Tetapi lantaklah, korang nak cakap apa pun aku tak peduli. What if aku cakap aku boleh baca body language and sense big fat liars by just looking at their features. And 85-95% firasat aku selalunya betul. Mungkin secara kebetulan je kot. Entahlah. Wallahualam..

Semuanya bermula pada malam isnin tanggal 26th january yang lalu. Hari di mana aku memperkenalkan Chuck kepada alam maya. Aku rasa suatu tindakan bodoh aku buat entri pasal dia. Ingin sahaja aku delete entri tersebut dari alam maya ini. Bila difikirkan kembali, aku bukan jenis yang conceal mistakes yang aku buat. 

Mon 11.32 PM

Aku: Hi Gumok, Busy ke?

Chuck: ..............................

Tika ini peratusan kepercayaan aku terhadap Chuck menurun mendadak. Rasa sangsi mula terbit dalam diri. Tetapi aku cuba untuk tidak menggunakan ego sebaliknya otak geliga kurniaan sang pencipta. Pada awalnya aku menyangkakan mungkin dia kepenatan dan sedang dibuai mimpi indah. Lalu applikasi wechat ditutup dan beralih ke applikasi whatsapp.

Dan aku dapati status last seen Chuck menyatakan sebaliknya. Its clearly stated ''last seen today at 11.53PM". Something fishy is happening. Lantas applikasi instagram dibuka dan gallery Chuck menjadi sasaran. Tiada apa yang mencurigakan disitu. Lama jugak aku menatap gallery milik beliau. Satu persatu comment aku baca. kemudian aku pergi gallery milik "cousin" beliau. Seraya hati aku berdegup kencang. Terasa bagai dicucuk sembilu. Pedih.

Satu screenshot conversation baru sahaja di muat naik ke laman instagram milik beliau. Tiada nama mahupun Tag tertera pada screenshot tersebut hanya conversation berbahasa sarawak yang masih boleh aku fahami. Frasa kata "Nite sayang 11.48PM" & "Kamek sayang kitak 11.50PM" menjadi punca pedih ulu hati. Kebabian apakah?



Maka dengan terkantoi nya coversation lahanat itu. Aku putuskan, He will definitely see me as a different person soon. Aku tekad if you treat me like an option today, you're already loosing sisi baik aku. Malam itu aku tidur dengan hati yang remuk. Tanpa setitis air mata.

Tue 9.08 AM

Chuck: Aku dah tido semalam, Hahaha.. Kau lambat.

Tue 12.20 PM

Chuck: Jom pegi Krabi? Ticket tengah murah..


Wah hebat kau menipu Chuck, pastu boleh pulak nak pancing aku pegi Krabi. Kalau ikutkan perangai binatang aku, time tu jugak aku fire kau lahanat!!! Tetapi tak best lah nak end-up on the phone. So aku dengan penuh kepalsuaan reply text dia supaya dia tak syak apa-apa.

Tue 12.30 PM

Aku: Taknak ah pegi dengan kau, Ajak la scandal kau yang lain. *emoticon senyum sinis*

Chuck: Ohhh. Okay *emoticon unsatisfied*

Aku: Takpe nanti dah betul-betul kenal kau. Kita pergi.

Chuck: Okay. Bereh.

Aku: Kalau kau ajak terus pergi Krabi pun memang aku reject. Banyak bende aku nak kena double check dengan kau.

Chuck: Jual mahal pulak dengan aku. Double check lah. Don't ever judge me.

Kau fikir aku bodoh? Senang-senang je nak jatuh dalam perangkap kau. Mujur aku tak pernah sekali pun confess kat kau, dari awal hingga kini aku just nak kenal kau sebagai member. Belum sampai tiga bulan taring kau dah menjelma. Kau jangan salah kan aku nanti. Aku takkan buat apa yang kau fikir aku akan buat. Mungkin game kau yang cipta, tidak semestinya kau pemenangnya. Dulu aku pernah tanya kau.

Aku: Kau ada awek @ Bf? macam banyak pengalaman je.

Chuck: Manede lah. aku single la giler.

Aku: Yelah tu, rilek sudah.. Aku ok je. lagipun aku nak tahu jugak macam mana kau approach orang. Aku ni noob sikit bab ni. Aku just nak tahu first move je. Hehe

Chuck: Hmm aku kat kolej dulu ada sorang, ringan-ringan je. Tak lebih. Nanti aku share dengan kau time kita date. At least we have something to talk about later.

Aku: Ok tak sabar nak balik KL.


Sebenarnya minggu sebelumnya lagi aku dah ada instinct yang buruk terhadap Chuck ni. Firasat aku kuat menyatakan there is something abnormal about his relationships with his so called cousin. Sebab cousin dia tu jenis lembut and definitely sejenis. Tapi aku cuba menafikan firasat aku, takkan lah diorang ada apa-apa kot? Like come on, cousin sendiri! Kau berani ke ada affairs dengan realtives kau?

Chuck sendiri cakap kat aku dia geli dengan lelaki lembut. So aku tak expect lah dia ada hubungan lebih dari itu. Sampai lah satu tahap dimana aku terjumpa instagram milik cousin Chuck. Beberapa gambar seakan berbisik menceritakan kemesraan hubungan antara beliau dan Chuck meskipun secara tersirat, yakni gambar tidak bermuka hanya tangan erat tergenggam dan kepala di bahu Chuck.

Chuck's so called cousin.

Berbadan gempal, Berusia sekitar 35 tahun. Berkulit putih. Character nya lembut tetapi alhamdulillah masih mengenakan pakaian lelaki di tubuh.  Berkemungkinan seorang doktor cosmetic ataupun businessman, aku kurang pasti perihal ini. Tetapi yang pasti sering mendampingi orang kenamaan. Chuck pernah bagi tahu aku, beliau merupakan sepupunya yang menetap di KL. Kebenaran status ini masih diragui. Mungkin sahaja Chuck itu ikan belaan dia.

Korang mungkin tertanya kenapa aku tak pernah date bersemuka dengan Chuck kan? Sebenarnya aku kini berada di luar kawasan sejak hujung bulan November lepas dan bakal kembali pada awal bulan Feb nanti. Justeru itu temujanji tersebut di atur sekitar bulan Feb nanti.

Untuk makluman sepanjang perkenalan aku dan Chuck aku tidak pernah memberikan no telefon peribadi, id instagram, id facebook, mahupun gambar separa bogel hanya id wechat sahaja di beri. Ini adalah langkah keselamatan yang aku kira penting untuk melindungi diri dari menjadi mangsa jenayah Cyber. Semua nya aku akan beri ketika pertemuan mata ke mata nanti. Perhaps Never.


Tue 8.18 PM

Aku: Oit, busy ke?

Tue 9.53 PM

Chuck: Makan jap, [image]

Aku: Dapp nye, Haha. Aku tengah lepak luar sekarang. Ok ah Chow.

Sedap ye makan dengan date? Haha. Dasar jantan lahanat. Kau tunggu....

Wed 11.20 PM

Chuck: Busy ye. Huhu.

That was the last text i've send to him sampai lah ke saat aku menaip untuk entri kali ini (Fri 30th Jan 5pm.) Mungkin kau fikir aku budak hingusan yang kau boleh permainkan sesuka hati. Kematangan seseorang tidak boleh di ukur pada usia. Tetapi pada pemikiran. Kau silap percaturan sayang. Aku takkan jatuhkan seseorang itu dengan cara mengaibkan, sebab kau tiada beza nya dengan aku. punya nafsu sejenis.

Aku akan jatuhkan kau melalui jiwa kau, biar kau sedar selamanya sedar jangan pernah mainkan perasaan orang. Aku mungkin akan pergi date yang kau aturkan. Tika itu mungkin kau punya peluang untuk berterus-terang dan hubungan ini boleh diselamatkan. Mungkin juga aku akan guna kan peluang yang ada untuk buat kau jatuh menyembah bumi.


P/s: Mungkin sahaja firasat aku ini salah kerana perasan cemburu membabi buta. Namun jika benar, tiada apa yang mampu aku ucap kan selain "kiss my ass goodbye"

18 comments:

  1. Huh..marah benarr kau nov.. Rilek2.. Tu laa.. hari tu aku suruh ko pas kat aku, ko x nak.. Haha..

    Ekceli aku pun mcm ko.. Kdg2 apa yg aku rsa tu btul.. Tp slalunya klu aku dh mula rasa mcm tu aku akan mnta penjelasan dia.. Klu bleh pakai..ok laa..klu x..huhh!

    X pe.. Masih ramai lagi hamba Allah dlm dunia ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks yoobi. Cari yang lain jela yoobi oi. Kumbang bukan nya sekor. Haha.

      Hopefully firasat aku salah. :(

      Delete
  2. hey Mr Nov.. dont easily jump into conclusion.. just kmpul segala bukti yg kau ada, and tunjuk kt dia and minta dia explain.. rilex bro..

    manusia mmg rmbut sama hitam, tp hati lain2.. kalau takdir kau dh tau semua perkara yg sebenar dr mulut dia sndiri tnpa ada sebarang penipuan, apa salahnya kalau kau truskn r/ship as a friend.. mgkin ada sedikit cebisin dihati dia yg btul2 selesa dgn kau, who knows..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku chill je. Yup, memang sekarang aku just kumpul semua bukti yang aku ada. Aku takkan meroyan kalau dia sendiri expect aku as kawan. Tapi dia penah cakap dia nak kenal aku as Bf dia. Cuma bengang sikit sebab rasa tertipu.

      Soon when we meet up, aku nak tanya dia pasal benda ni. Nak dengar explaination dia sendiri.

      Untuk berkawan memang tak jadi masalah, sebab itu niat aku.

      Delete
  3. 1. Jumpa dia minta explanation .. tak guna buat imaginasi sendiri. Sendiri sakit hati.
    2. Kalau dia bukan seseorang yang baik untuk awak .. lupa kan lah.
    3. Saya rasa awak nie cemburu buta nie .... kadang2 bila cemburu kita menjadi tidak waras .. hahaha .. lagipon ur status dengan dia masih kawan kan .. go easy man ...hehe
    4. Wish u good luck ...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Itu yang sebaik nya awak, saya memang akan mintak explaination dia. Ini bukan imaginasi saya, ibarat sudah terang lagi bersuluh. Mata saya tak buta lagi.

      2. Ye. Saya akan buat exactly macam apa yang awak cakap. Once the trust is broken it will never be the same.

      3. Mungkin ya saya cemburu buta. Tetapi dia sendiri expect me as his Bf. Saya yang putuskan untuk berkawan dulu kenal hati budi. Saya bengang sebab ditipu bukan cemburu.

      4. Thanks awak. Saya bukan jenis gay yang meroyan menagis untuk something yang vague. Awak jangan risau, saya seorang yang kental. So takde hal bro. :)

      Delete
    2. ehem...ak sje komen thru Nu'man puny komen...muahahhaha:

      firstly,ak dh serik nk berperasaan2 dlm alam maya nii..salu terkena..end up dpt pnyakit..:(

      secondly,nowdays ak prefer ajk jmpe n lepak2..coz i need a real fren..bkn virtual fren..

      thirdly,apa2 p'katann mudah nk dickp time chat kt alam maya...tp all doz words xde perasaan....i can say "I love you Mr Nov" but i 'might' not have dat love feeling..and I can even give u a kiss "mmuahh syg"..but i nvr had dat intention...

      *ni citer psl p'alamn ak....ad s/one yg ak knal sjk setahun..hmpir tiap mlm dia akn cal..pgl ak syg-baby....siap ber kiss bgai...smpai ak fall for him..but all are useless coz dia ad life dia s'diri and we nvr met w/pun dh setahun knal....ak pts hrpn....sbb ak tak sempurna.....hmm

      try bce entry nii... http://warkah-kembara.blogspot.com/2012/02/just-another-day.html

      Delete
    3. Yup, apa yang kau cakap tu semua betul. In fact aku dengan chuck takde la sampai ke tahap bersayang bagai. Ucap i love you antara satu sama lain. Kitorang just chat macam biasa antara member. Sebab aku tahu if you confess your feelings thru phone, then it isn't that precious anymore.

      Soon aku akan jumpa jugak Chuck face to face. Aku bukan jenis yang mudah jatuh cinta tanpa kenal orang tu terlebih dahulu.

      Thnks for your words bro 😉

      Delete
  4. Kuatnya cemburu.si chuck tu x de pun terang2 declair awak bf die yg marah sgt ni nape haha chill.nilah masalah plu esp yg b..lebih sudu dari kuah bila kene tinggal meroyan sampai berbulan.byk lg bnde berfaedah lain yg boleh dpikirkan en.nov oii dr sakit hati .buat cepat tua je nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Let me clarify, dia pernah asked me to be his bf. Tetapi aku yang buat keputusan untuk berkawan biasa. Aku bukan meroyan sebab cemburu. Aku panas sebab rasa tertipu.

      Get the fact right bro! One more thing i haven't had any sexual experiences b4. Macam mana pulak kau expect aku ''B''??

      Kau silap tentang aku, aku bukan jenis yang batak cari sex. Sanggup bagi semua benda and in the end di tinggalkan sepi.

      Dia bukan first priority aku. So takde guna nak meroyan menangis merayu. Sebab tu bukan aku.

      Delete
  5. kau... menakutkan. hahahaha.

    ReplyDelete
  6. Mr.Nov garang rupanya..hehe

    nasib baik kau tak bagi id fb,instagram kau dekat mamat tu..mau menyesal nanti..

    baik kau confront aje..minta penjelasan...honestly bila aku baca kisah kau dengan mamat tu pun aku rasa macam ada yang tak kena..tak pernah jumpa dah ajak bercuti dekat bali,krabi...nonsense.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far aku boleh detect orang yang boleh percaya dengan tak boleh percaya. Chuck bukan jenis yang akan kantoikan orang kat group plu sebab dia pun discreet jugak. Jadi amat mustahil untuk dia mendedahkan diri dia kat tempat macam tu.

      Pasal travel tu bagi aku takde yang pelik pun sebab macam backpackers yang lain. Travel tengok tempat orang bukan ber''honeymoon'' pun hahaha.

      Aku nak tengok game dia dulu. Baru confront. Taknak ah meroyan macam desperate sangat. Kalau firasat aku silap. Means dia jujur lah.

      Delete
  7. Saya faham perasaan awak tu. Berbincang dengan dia cara baik k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah awak, saya harap saya salah. Soon akan jumpa chuck face to face.

      Delete
  8. Say what ! NO !!
    Alaaaa ! Janganlah jadi sad ending. Aku dah excited nak tengok happy ending kisah mr. Nov dengan Chuck dia. ALahaiii ! Hope everything okeyh !

    But you know what. Saya pun ada instinct lebih kurang macam awak. Macam ada instinct yang something bad gonna happen. And my instinct always right. I dont know whether kebetulan or apa. Tapi selalunya instinct ni tepat jugak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah Unknown. Biar masa tentukan segala. Aku just ikut flow je. Maybe aku cemburu buta or mungkin jugak taring dia dah muncul. Aku tak kisah pun dia nak buat apa, Tetapi kalau dia betul nak aku dia kena belajar setia la.

      Firasat sesuatu yang gifted tak semua ada. Kira kau bertuah lah sama macam aku. Hahaha.

      Delete