Monday, 9 February 2015

#10 Tragedy.

[Music: Telepathy]

Assalamualaikum.

Ya Allah ya tuhan ku, Tuhan yang maha mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi, tersirat mahupun tersurat. Aku mohon padamu petunjuk. Jika Chuck bukan lah terbaik untuk diri ku, maka aku mohon kau hapus kan lah perasaan sayang yang bersarang di dalam hati ini. Redakan lah gelora dan berontak amarah hati ini. Hapus kan ingatan terhadap insan bernama Chuck dalam kotak fikiran ini. Sesungguhnya, aku berdosa padamu, melawan arus norma yang telah kau tetapkan. Aku mohon padamu makbulkan doaku ini. Ameen.
 Entri kali ini mengisahkan kekecewaan aku dalam percubaan pertama aku mendapatkan cinta sejantina. Kata orang; Tiada cinta dalam dunia plu, semuanya berlandaskan nafsu semata. Meskipun kita beria ber'couple, pasti dalam diam curang. Mungkin benar. Dan hal yang paling aku takuti. Terjadi. Kecurangan dia menjelma di saat hati ini mula membuka ruang buat insan bernama Chuck.

Tanggal 27th January, Jam 9.53 pm merupakan kali terakhir aku berkomunikasi bersama Chuck. Setelah itu ruang dan peluang diberi buat insan bernama Chuck untuk memperhalusi dan muhasabah diri mencari punca kedinginan aku terhadap dia. Benar-benar mengecewakan aku. 

Meskipun Chuck masih mengutus text namun tidak di layan, Aku menggunakan alternatif lain memantau gerak laku Chuck secara maya. Kesemua laman sosial dia berada di hujung jari. Facebook, Twitter, dan Instagram menjadi bahan rujukan utama. Selain akaun songsang nya. Pada mulanya aku berasa sedikit lega kerana akaun songsang tidak lagi digunakan. Dalam hati, mungkin dia tidak lah sejahat yang aku sangka kan.

Setiap komen yang ada pada setiap gambar di galeri dia, aku baca satu persatu. Hasilnya, aku mengetahui siapa orang terdahulu sebelum aku. Sedikit sebanyak kisah silam Chuck bersama ex, terungkai tanpa perlu mendengar dongengan Chuck. Status sebenar hubungan diorang, aku tak pasti sama ada on-hold atau betul-betul dah break. None of my business. Perkara yang lepas usah diungkit. So let it be his history.

Tanggal 29th January, membuat kan aku teramat kecewa. rasa bagai dihentak cincang lumat. Seseorang mula mengatur langkah merapati insan bernama Chuck. Dan langkah itu di sambut mesra. Aku perkenalkan Ash. Pelacur abad ini yang berlegar di laman insta. Sebaya umurku. Berketinggian paras telinga Chuck. Berambut wavy hitam, berkumis dan mempunyai goatee. Jika dibandingkan dengan aku? Bagai langit dan bumi. Jauh berbeza. Tidak setanding aku. Bodoh dan celaka. Kedua-duanya sama sahaja. 

Ash: Ok, Kita main like2. Ahaha.

Chuck: Haha. Nasib baik gambar tak banyak, kalau tak.. sampai ke bawah like nya.

Ash: Happy good day kawan.

Chuck: Have a nice day too!

Komentar itu permulaan kepada suatu yang lebih hebat, dan mungkin juga ke arah yang lebih intim. Kepelacuran Ash mula menjelma. "Check your Dm :)" .. Beberapa jam kemudian ia di padamkan oleh Chuck. Konon nak elak orang lain perasan. Mujur sempat aku screencapture. Gambar Chuck bersama ex mula lesap tanpa meninggalkan kesan kewujudan. Sedih mengenangkan nasib ex atau "member baik" yang pernah bercumbu suatu ketika dahulu. 

Ash: Bedtime story please. Mmm. Goodnight. Ahaha

Chuck: Haha. Meh nak cerita apa.

Ash: Bunuh2. Ahaha

Chuck: Haha. Bunuh pulak susah tu. Dm lah.

Sekarang dah jelas, sudah terang lagi bersuluh. Chuck lahanat ni layan si pelacur selekeh tu. Sepanjang aku kenal dengan manusia bernama Chuck, tak pernah sekali pun aku mintak Bedtime story. Tak pernah sekali pun aku ucap "I love you" "night sayang" "I miss you". Murah sungguh murah nilai perkataan yang sepatutnya disertakan perasaan. Tetapi orang yang bodoh macam kau membuat kan kata keramat itu menjadi terlalu murah.

Mengikut perancangan awal, Dinner date aku sepatutnya berlaku pada tanggal 7th February lalu di sebuah restoran area Kuala Lumpur. Pesan Chuck, "Pakai lah kemeja dengan jeans time kita dinner, aku suka kau pakai macam tu.." Kini tinggal sejarah. Di hari yang sama, sekeping gambar dimuat naik ke insta milik beliau dan juga Ash. Gambar hiking mereka bersama. Aktiviti yang dahulunya dirancang bersama aku, kini diganti dengan si pelacur murahan. 

Sehari sebelumnya, Chuck retweet "We don't talk anymore & the saddest part is we used to talk everyday". Really?

Sehari selepas itu, status Ash berubah "5th July I love you". dengan erti kata lain "Chuck, I love you". Kata itu cukup membuatkan hati aku memberontak, berombak menahan pedih cengkaman kata sang pendusta. Ingin sahaja aku menjerit sekuat hati. Aku benci kau Chuck. Aku benci segala makhluk sang pendusta seperti kau!!!


Ash kau lah manusia yang mempunyai kebodohan dan sifat kebabian berganda. Baru kenal seminggu lebih dah ber"i love you". Murah sememangnya murah harga kau. Mungkin sahaja kau sudah punya pengalaman bersama berpuluh jantan sebelum ni. Aku nak tengok sejauh mana kau kekal bersama Chuck. One thing for sure, kalau dalam masa kurang dua minggu usia perkenalan pun kau boleh ungkap kata i love you, sudah tentu hubungan tak kekal lama. Yelah hubungan celah kangkang mana nak kekal lama. Dah puas cari lain. Pengikatnya nafsu bukan cinta. Let's wait and see.

Selain one sided-love aku bersama Syah suatu ketika dahulu, tiada seorang lelaki pun yang dibenarkan melepasi kubu pertahanan hati. Kau merupakan percubaan aku yang pertama dan berakhir dengan duka. Disaat aku mula membenarkan kau masuk, saat itu kau kecewakan aku. Lahanat!! Perangai kau benar-benar cabar aku.

Mungkin ini Karma buat aku yang terlalu banyak mengecewakan hati perempuan dengan memberikan harapan lalu menghancurkan di kemudian hari. Mungkin juga ini jawapan sang pencipta kepada doa yang aku panjatkan kepadanya, dia memperlihatkan aku sisi gelap dunia keseronokan palsu. Yang sememangnya penuh duri, lebih rumit dari dunia realiti. Alhamdulillah, aku masih suci dari melakukan sebarang perlakuan yang bisa menjerat aku lebih dalam.

Aku bersyukur aku masih punya mereka yang berdiri teguh bersamaku tika kesusahan menghimpit. Meskipun tiada antara mereka tahu sisi gelap aku. Aku tidak akan sesekali memperjudikan persahabatan dengan dunia songsang. Cukup mereka ada di dalam dunia straight dan normal. Sedikit sebanyak reda sikit gelora hati.

Maria: Esok anda free?

Aku: Kenapa?

Maria: Jom ngopi. Area Pavi nak?

Aku: Hmm.. takpe la after CNY aku join..

Maria: Hmm ngan aku kau banyak alasan kan.. Bij. Benci kau.

Aku: Bijes. Haha. Kau ngopi pukul berapa?

Maria: Petang ah, dalam 2@3. Lets go Bij. Haha. Aku dengan Adam je.

Aku: Im Heartbroken right now. Do understand me. :'(

Maria: So same to me, please gal its about chilling, you need to go out somewhere and make you feel alive! come on gal.

Aku: Not same. Its not about study, its about somebody. Me is soo sedih right now :'(

Maria: Why?? She don't love you back? Why? tell me.. you can share. Imma like your mother bij.

Aku: She is motherfuvking curang. So fetch.

Maria: Dehel.. How dare. Don't worry lah babe. kau ni bukan tak hensem. Siap je muka aku tengok. Hensem je. **Please** Sabar lah.

Aku: Hahaha. bengong ah kau. K ah nak layan perasaan.  Aku nak delete insta aku :(

Maria: Kau ok tak ni? Rileks ok. Aku faham tapi jangan layan sangat. Just tonight je. Esok tak payah dah. Cubalah. Come on im telling you the truth. dah jom esok. 

Aku: Hmm, kau have fun jelah.

Maria: Tak join? Wei aku pun pernah kena macam kau jugak. Muka cantik macam pelakon thai pun kena game.

Aku: Still rasa sakit kot, tapi aku kental tak nangis. Rasa nak letupkan muka orang je. Takpe lah adat. K ah Chow.

Maria: Ok babe, apa2 nak share. Mak jemah ada for you. Love your self more babe.

Kau panggil aku bij (Bitch) and gal (girl)? pun boleh la. Hahaha. Ni memang conversation antara aku dan member yang rapat. So takde hal sangat. Janji tak lelebih sudah. Hmm, boipren Maria ni pun boleh tahan sado. Boleh lah kot aku mintak izin berpoligami dengan Maria nanti. :P

P/s: Bila masa bertemu ketika, kita pasti bersua. Jangan ingat duri yang kau taburkan selamanya melekat menghacurkan aku. Akan aku pulangkan kembali suatu hari nanti. Setelah selesai semua hal berkaitan pembelajaran aku. Ash? Hahaha, kau bukannya standard aku pun. Sedikit tercalar pada mulanya, tetapi bila difikirkan balik. Mana mungkin, Ibarat berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah. Moga berbahagia selagi punya waktu. ULTRA BITCH :)

29 comments:

  1. sabar...percintaan dalam dunia ni..tak pernah nya kekal... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih memikirkan nasib orang seperti kita, tersepit antara nafsu dan cinta.

      Delete
  2. Memula sakit..tapi ambil ni sebagai pengajaran buat ko.

    Pengalaman mematangkan diri. Aku harap lepas ni ko jaga hati ko dulu sebelum jaga hati orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lesson learned :'(

      Kubu pertahanan hati kini sedang di upgrade agar menjadi lebih kebal.

      Delete
  3. Awak ..sudah tersurat dia bukan untukmu :(
    Tapi kalau saya, saya confront dulu minta final decision
    All out abes semua feeling saya .. dan kalau dia nampak acuh tak acuh
    I will forget him definitely .. boleh punya la ..

    Psst : Bagi kat saya contact dia .. let us play the game dengan dia lak ..hehehehe (grin)

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju dgn bro nu'man..better jumpe dlu..tgk cmne..and for info,ak pon tgh heart brek niii...my best virtual fren majuk xmo text n pick up call..coz ak pgl dia 'virtual fren'...dia xfhm ap mksud t'sirat ak...which is, ak naak sgt jmpe dia............dan xnk jd skdr 'virtual fren'..hhuuhuuhuu..nti ak siapkn entry psl dia lak..

      Delete
    2. Nu'man: I'll confront him soon, buat masa ni i've lost interest on him. Tryin hard to move on. For the time being, let him play with his own game. Sampai masa baru strike.

      WK: Aku tak boleh nak nasihat kau bab heart break, sebab aku pun dalam situation yang sama. Kita sama2 move on jelah. Banyak benda lagi nak difikirkan.

      Delete
  4. nak borak dengan kau please. hahahaha.

    btw, aku lagi suka confront depan depan and tanya. and asking all the question yang ada kat dalam kepala tu dari sesak2 pikir and all that.

    jumpa and settle everything la. it is not hard actually. the hardest part ialah sebab kau tak jumpa dia and settle everything. once kau jumpa, talk and settle, semuanya akan okay. mintak dia penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shark: Nak ngorat aku lettew. Haha. Sorry, hati aku kawasan larangan buat masa ni, penceroboh akan didakwa. :P

      Entah lah, kalau aku confront sekarang nampak sangat aku ni desperate nak bersaing dengan Ash lahanat. Biarkan dia dengan keseronokan sementara. Aku serius hilang respect kat orang yang senang ucap "I Love You".

      Bagi aku masa, untuk move on dan settle hal mustahak yang jauh lebih penting. Soon, i will.

      Delete
  5. Mybe yuar nt matured yet,
    dlm dunia plu sapa cpt dia dpt
    cinta plu skadar persingahan
    jgn tgang sgt, ilang 1 byk lg ganti
    jgn sesekali slahkan saingan kita tuk ttup klemahan diri, nnti sidia bosan, cba tgk apa sidia suka, awak mulakan dr sdut tu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak.
      Itulah kekejian dunia plu, siapa cepat dia dapat? Tiada harga, terlalu murah. Tak pernah expect baru kenal kurang dua minggu dah ucap "I love you". Kesalahan tidak pada saingan tetapi pada Chuck. Kebodohan dan murahan ada pada saingan.

      Delete
  6. Cam mrah aje ni, len kli jgn ckp plu tu or ini murah, abg pun trasa tau, abis camna pndngan awak kt abg br je brkomen ngn en kid or en adamimus, dh brsayang bgai smpai nk benam rapat2 padahe knal pn tak. Abg xpham pa situasi awak ngn enchuck, tpi bila abg nk tegur bf abg kerna 2 ari dia

    ReplyDelete
  7. Xbrcukur spontan aje abg puji jantan len tuh bersih aje mukanya, esok pagi dia brcukur plak. mungki sidia nk test awak kot. klu tak awak carik jeeer yg len.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah. Takde marah pun lah. :)

      Perkataan "murah" tu di tuju khas buat Ash, bukan semua warga plu. Situasi abang dengan bloggers lain. Jauh berbeza dengan kes saya. Komen abang sesama blogger masih dianggap gurauan biasa. Tak melibatkan perlakuan. Haha. (entah ye entah tak) Walaupun abang komen 18+.

      Kalau apa yang jadi pada saya berlaku kat abang pun akan rasa exactly apa yang saya rasa. Maaf, kalau abang tersinggung. :P

      Delete
  8. lebih byk kamu tau.. lebih kuat rasa curiga.. lebih hebat tekanan.. lebih membuak rasa benci dan tak percaya.. kamu stalker.. itu kesilapan yak kita x sedar bila kita dah Sayang kat seseorang.. rasa nk menguasai diri dia.. org len x leh dkt.. rasa apa dia buat leh mengundang something yak boleh merampas diri dia dari kita.. well perasaan tu rasanya ramai gak yak melaluinya..

    cuma x pasti tahap kecurangan pasangan kamu tu setakat mana.. just ckp ckp je ker.. atau sampai ke bilik tidur.. kalo kuar travel org len.. wat aktiviti ngan org len.. mungin dia nk space time dia ngan org len.. kawan kawan.. dia patot beritahu kamu awal awal kalo dia ikhlas xnk wat kamu berprangsaka..

    sabarlah.. tenangkan diri.. kalo suka kat dia.. bg peluang.. kesilapan camni leh wat lg kenal kat pasangan.. hope x wat lg.. x pon kalo x mo terima.. just pasrah.. jgn rasa sakit hati dan sedih lelama k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm, sedang cuba untuk terima hakikat. Benda dah jadi nak buat macam mana. Buat masa ni dah serik. Serik untuk percaya orang.

      Thanks shin ;'(

      Delete
  9. Hai awak, kalau betul dia ikhlas nak kan awak, dia akan datang pada awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suatu hari nanti, dia pasti datang. Tetapi, untuk terima mungkin tidak....

      Delete
  10. ramai sangat kat sini yg bersama kau Mr Nov... jangan terlalu depressed.. please, you really need to go out have time w your friends.. bukan untuk hipokrit or apa, u need a moment at least to chill and laugh w someone yg kau rapat.. aku rasa maria ni jenis Bij yg smpoi and bleh buat kau gelak scara spontan..

    yes, and bila kau balik then kau boleh berfikir dgn baik..

    sejujurnya, ada certain lelaki yang mudah jatuh cinta dan terlena dek pelukan yg sekejap.. dan sehingga terlupa yg mna kaca dan yg mna berlian.. aku tak kata dia buaya, mngkin si Ash ni pndai "layan" dia,,

    come on Mr Nov, even si maria tu pun tau kau ada market kau sndiri.. jgn dsbbkan si Chuck ni buatkan kau murung.. please bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagak maria persis diva masuk air. Hahaha. lepak dengan dia best buat aku happy. Buat masa ni, aku rasa elok aku sendiri. Sebab aku susah sikit nak bercerita buruk pasal orang. Lagipun Maria paksa aku tunjuk gambar "pompuan" yang buat aku depressed. Susah ah kantoi nanti.

      Dia memang jenis yang open minded, lagi suka kalau berkawan dengan lelaki sejenis. Boleh dia treat as bij. Hahaha.. Tapi aku takkan share "Dark side" aku kat orang even best friend. Biar rahsia ni aku pendam seorang. Life aku tetap as "straight" guy.

      Being under depression takes time to heal. Soon aku akan get over with it.. Perlukan masa je. Aku pun dah tak mengharap. Thanks bro.

      Delete
  11. Alarhhhhhhh.
    Why jadi macam ni ?
    Sedih laaa. I really thought that it gonna be a happy ending tahu.
    Hmmm. It's okey Nov.
    I feel u bro ! Tak sangka pulak your story will end up macam aku jer lebih kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun tak sangka jadi macam ni, maybe dia nak orang yang akan sentiasa ada bersama dia tiap waktu, macam Ash.

      Aku tahu benda ni pun time 2@3 hari sebelum balik KL. :(

      Delete
  12. Aku rasa perangai aku ngan ko cam same je.. aku pun akan stalk media sosial org tuh pastu bila kantoi bnda cam ni aku akan meletup smpai bleh tahap benci ngan lelaki.. sebab walaupun masih dalam proses mengenal dah buat perangai cam tu apa lgi klu dah declare.. aku tak pikir hubungan dgn org cam tu bleh bertahan lama..

    tapi prangai org kan macam2.. kita pun x bleh judge sgt.. mungkin dia ok jer kot tp just saje menggedik dengan org laen.. huhuu.. entah laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu dan lihat je lah. Tengok selama mana dorang bertahan..

      Delete
  13. this is precisely the reason why aku tak nak langsung tahu insta and fb crush aku. sakit dia. perghh. kau pun tahu kan...

    kau pernah tak rasa kau bodoh sebab kau fall in love dengan si Chuck ni?
    *muaahciked*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saff : Cinta itu indah, seindah janji manis yg di taburkan pada ku dahulu. kerana indah cinta itu juga, aku jadi bodoh. Tapi, aku terima segala apa suratan takdir.

      ...bila masa bertemu ketika, dia bakal ketemu lawan nya, sosok lawan yang bisa meranap bahtera cinta...

      Delete
    2. meh sandar kat bahu aku meh. sabarla Nov, budak baik mcm kita memang selalu kena buli.. sobs..

      Delete
  14. Sorry to know about this Mr Nov, hmm im not in ur shoe tp ni kisah lama kan? Mesti dah ad pengganti ni huhu, akan ku discover kisah selanjutnya pada post yang akan datang #malamnitaktidurnakkhatamkanblogkau

    ReplyDelete