Friday, 13 February 2015

#12 Rasa.

Assalamualaikum.

Oleh kerana aku ni banyak masa yang terluang sementara menghitung hari masuk study bulan March nanti. So hormon nak menaip tu terlebih. Dari paras biasa melonjak kepada luar biasa. Nak pulak kisah cinta sadis aku bersama Chuck. Cinta ke? Tak kot lebih kepada syok sendiri. Hua Hua Hua.

Ehh tetanjat boboy, ada picang lah :D

Tak kusangka wajah sekacak aku kena jugak game.**Perasan** Bukan kena game dengan perempuan tetapi dengan lelaki. Parah sungguh. Sedih gila. Perempuan tu aku lah selalu buat dorang nangis, pastu tak reti nak pujuk. Takpelah, mungkin Chuck tu rabun kot (bersangka baik). Ke aku tak cukup hensem? Tapi kenapa ramai je perempuan suka kat aku? Arghh. ***Muntah sebaldi***

Tapi seriously kalau nak dibandingkan aku dengan Ash lahanat tu jauh bezanya. Bagai langit dan bumi, Bagai bunga rose dan bunga kertas, Bagai permata dan kaca. Argh pokoknya kau dah kena caras Mr.Nov. Terima jelah.

Rasanya dah takde dah perasaan sayang kat dia kot. Rasanya lah. Hmm, tapi kenapa pagi tadi hati aku rasa bagai nak meletop je tengok gambar kat insta dua ekor lahabau tu? Dorang tak bergambar sekali cuma background dinding sama. Pfftt. Dasar pelacur kau Ash, tidur rumah Chuck lah malam tadi kan? Kimakk. **Maaf terikut perasaan pulak**

Silap aku jugak yang melancarkan perang dingin sebelum betul-betul kenal Chuck. Secara tak langsung memberi ruang dan peluang untuk pelacur seperti Ash menyelinap masuk lalu memisahkan dan menghapuskan angan aku bersama Chuck. Bersempena dengan hari jumaat yang barokah ini, aku dengan suka cita memaklumkan I'm finally get over you!!. Dear Chuck and Ash you guys can f**k each other happily ever after.

Astaghfirullah, istighfar banyak-banyak. Kumbang bukan seekor. Siapa kata aku nak cari kumbang? Aku cari ketenangan buat masa ni. Yelah umur pun awal 20an. Tak payah kot cari cinta baik enjoy je. Semalam after solat isya aku terfikir, sampai bila aku nak macam ni? Bila lah aku nak ada rasa, cinta dan nafsu pada perempuan? Bila?

Aku blogwalking mencari kata-kata yang mungkin bisa merungkai persoalan aku. dan aku berjaya jumpa satu kata yang dimadahkan oleh Blogger Zack Hunter suatu ketika dahulu. Tetapi sayang blog Sisi Gelap seorang Lelaki beralamat kan kisahsihantu.blogspot.com, telah dipadam. Pencarian terhenti. Kecewa.

Berikut bait kata yang aku copy-paste dari blog milik Adam Steven entri Melawan tuntutan :
" Kita ni kena sedar diri di bumi Allah ini, jangan jadi pelampau, pelampau kepada siapa? Pelampau kepada Allah dan diri sendiri." Kalau nak cari kebahagiaan dunia dan akhirat kenalah berhati-hati dengan segala tindak tanduk kita di muka bumi ini. Fikir sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu..."
 Aku sama sekali tidak berpeluang membaca kisah si zack. Dengar cerita dia dah pun berkahwin pada tahun 2012 memandangkan entri terakhir beliau pada bulan december 2011. Sejujurnya aku suka baca kisah orang seperti aku, bukan sebab nak jaga tepi kain orang tetapi untuk dijadikan pengajaran kepada aku. Belajar dan timba ilmu dari kisah hidup orang lain.

Jika bekas penulis blog kisahsihantu.blogspot.com singgah di blog aku. Utuskan email buat aku. Banyak persoalan yang aku ingin ajukan kepada Zack Hunter. Kepada Blogger lain, Kalaupun korang rasa dah malas menaip, apa kata biarkan sahaja blog tu buat tatapan umum. Sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran dan iktibar buat lapisan bawah.



Niat untuk jadi lelaki straight tu sentiasa tersemat di dalam dada. Yelah, aku ada rupa, susuk tubuh yang menawan, bumper mantap, kulit kuning langsat, Virgin mary, maskulin. Semua yang wanita nak insha'Allah ada pada aku. Tetapi sayang tiada nafsu buat mereka. 

Tetapi aku tak boleh nak nafikan siapa aku. Aku pernah bertanya pada Selena Gomez, apa hati mahu. Jawabnya, "The hearts wants what it wants". Aku dambakan Pisang bukan Kerang, Pau, mahupun Karipap. Sedih betul. ;'(

Bukan tak pernah cuba tetapi takde selera. Sila Paham.



P/s: Meski hati tidak lagi dihuni rasa sayang, tetapi marah itu masih ada. Makin dicuba untuk direda makin kuat ia berakar. :)

21 comments:

  1. "Aku dambakan Pisang bukan Kerang, Pau, mahupun Karipap." KAH KAH KAH!

    patut laa banyak gambar pisang.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda pun gemarkan pisang jugaa.. :p Hahaha.

      Delete
    2. Saya suka pisang emas. Lenyek2 buat cekodok sedap. Huhu

      Delete
    3. Nu'man: Uishh sedap tu makan panas2.. nak suruh mak buat lah. :p

      Delete
  2. Moral of the story jdlah pelacur yg bertauliah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, darjat kita jauh berbeza. Meskipun aku punya nafsu sejenis. Tetapi tidak semurah dan sebangang pelacur.

      Ohh ya. Pelacur yang bangang itu KAU. Jangan berlindung disebalik anon.

      Delete
  3. kau ni panas baran kan? haha. relax, relax. tenang je kay. baca doa banyak-banyak. semoga kau tabah. *usap2 dada*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Aku react dengan attitude orang. :P

      Delete
  4. Dia tu bukan rabun tapi Buta, tak tahu nak menilai yang mana satu kaca dan permata!!. Teruk sungguh citarasa dia. Mungkin dia lebih berminat pada 'bekas' orang je agaknya. Saya tahu awak handsome, tinggi, maskulin dan memang ada ciri2 yang wanita inginkan. Tapi apakah daya kita semua lebih tertarik untuk makan pisang. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. takpe lah Lelaki Seksi, fikir positif je buat masa ni. Ada hikmah setiap kejadian. :)

      Pisang banyak khasiat antaranya menjadikan kulit licin sesuci kulit bayi disamping dapat memberi tenaga mengantikan carbs. Bagus untuk diet ;P

      Delete
  5. aku rasakan mr Nov, u should let it go and move on with your life. That better i think.. jaga perasaan diri dulu ok.. kalau asyik retak meniti belah yupp why not move on..ibarat lirik lagu siti nurhaliza
    Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
    Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
    Akanku Jalani Hidup
    Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its my first try tho. Haha. Yes, im tryin my very best to move on right now. Thnks for the heartwarming song. Aku pernah berangan nak kahwin dengan dia. Mampu? Hahaha

      Delete
    2. By that i mean the singer ;)

      Delete
    3. hoho.. wow.. sampai tahap tu sekali? haha.. btw bohong juga kalau tak terfikir nak bahagia kan ngan orang yang kita cinta..

      yup.. i dedicated that song to u.. n untuk blogger lain juga yang dalam situasi sama.. suka lirik lagu tu even ngan penyanyi dia sekali :)

      Delete
  6. Eh aku slah msuk tmpat ke, nmpak sgt korang sume dr group suka pisang, aku lak dr group suka bg pisang kt orang.
    kbtulan smalam g clbrate bday prty kwan kt klab, ada budak nyanyi (emsem hbih habag hg) angap aje sbgai nasihat tuk kita.

    Mengapakah kita hrus bersua
    Dan mengapakah aku secara tiba2 jtuh cinta
    sdangkan engkau hanya membisu

    Mengapakah hadirnya dia
    disaat cintaku mula membara
    dan kerna dia aku kau singkirkan
    tanpa adanya penjelasan

    Namun kupercaya disuatu masa nanti
    kau pasti tahu aku cinta padamu
    namun sgalanya tiada lagi bererti
    kerana hatiku bukan lagi untuk mu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku mohon hanya satu,
      Jangan pujuk rayu aku,
      Kerana kau bakal tahu,
      Apa persona gelap aku mampu.

      Saat itu hatiku membatu,
      Kejatuhan kau dan dia,
      Menjadi misi utama ku,
      Biar kau sedar selamanya,
      Aku bukan mainan mu.

      Resam hati,
      Tika dia kau miliki,
      Kau tiada disisi,
      Dan bila dia pergi,
      Apa perlu kau berlari?
      Mohon nya kembali.
      Tidak sama sekali.

      Delete
    2. sorry for distubing..hohho.. apa tajuk lagu tu? mind to share with me?

      Delete
    3. Tak tahu lah mike, kena tggu Abang jazlee reply ;)

      Jazlee: Handsome sangat ke budak tu? Bak mai nama, nak google. If abang ada blog invite la saya. Pelisss. Hehe

      Delete
  7. jap.. mcm mna ko bleh yakin yg anon tu dia? dia tau blog ko ke cemana?

    banyak2 blogger yg aku jumpa..ko jer la yg selalu angkat bakul sndri..haha.. cam nak jer ak tngok muka ko..adakah aku pun sama mcm perempuan2 yg pernah ko kecewakan..cehh ayatt cam nak bagi penampar..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Identiti Anon tu aku tak tahu, tapi gaya comment macam mintak kaki je. Aku fire je.

      Kann... aku pun rasa macam tu jugak. welcome to kecomelan 2.0 of me. Hahaha. :P

      Delete
    2. *tangan ke bahu, mata ke atas* menyampah aku... weekkk =p

      Delete