Wednesday, 11 February 2015

#11 Reasons.

[Music: Path Of Tears]

Assalamualaikum.


Persoalan kenapa aku tak confront Chuck? Korang mesti tertanya-tanya kenapa lah Mr.Nov ni bodoh sangat, confront je lah Si Chuck tu. Mintak kata putus. Tak payah beban kan kepala fikirkan something yang vague. Settle masalah. Pastu boleh move on. Easier said than done.

Ideologi ini tak boleh diguna pakai dalam kes aku, sebab buktinya jelas, bukan assumption aku semata. The first and the last things i did each day adalah stalked insta lahanat. Nampak sangat tak boleh nak move on. Pfft. Yup, aku memang macam ni, Once aku dah suka kat seseorang, segala benda pasal dia aku nak tahu.


Antara sebabnya, aku takut aku tak boleh control amarah, emosi, ekspresi muka yang kelak menjatuhkan maruah aku sendiri. Yelah buat nya masa aku tengah confront dia, mata aku tetiba berkaca menahan pedih atau mungkin kelihatan sedikit terdesak di mata Chuck. Secara tidak langsung membuatkan Chuck berjaya dalam "game" yang dicipta oleh dia. 

Terbaru aku dapat tahu. Chuck and Ash had another dinner last night. How sweet is that? Dahulu aku dingin dengan dia pun sebab firasat aku rasa dia punya hubungan  special dengan cousin dia. Yelah siapa tak rasa tertipu dan marah kalau tengok gambar orang yang konon nya "feels attached dengan kau" satu selimut dengan orang lain. The best part is, three of them are having dinner together. Sadis sungguh dunia sejenis ini.

****Sabar lah wahai hati****

12th Jan 12.50 AM

Chuck: Okay. I will try to impress you my best. kau pun sama, Please pakai kemeja and be smart looking guy. Shit. mesti aku horny je tengok kau pakai kemeja dengan sexy leg. Haha.

Aku: Hahaha. Depends ah nak lepak mana. Kalau buat outdoor kau suruh aku pakai kemeja memang tak ah.

Chuck: Hahaha. iyela iyela

Aku: Aku nak selekeh2 je.

Chuck: Yang pasti aku nak bawak kau dinner date. tu je aku punya plan. yang lain lets time decide. kahkah.

Aku: Tak payah dinner date la giler. Aku bukan nya open sangat. Segan ah aku nanti. Tapi kalau lepak makan macam biasa aku ok ah. Candle light dinner semua tu kau makan sorang. Hehe.

Chuck: Hahaha. takdelah. Aku bukan nak ajak pegi makan Candle light dinner pun. Make it casual lah.

Aku: Orait. Best. :)

Alhamdulillah, things are getting better. Aku tak rasa seremuk macam dulu. Makin hari pedih itu semakin berkurang. Cuma rasa dendam itu mula mekar mewangi di taman hati. Ya, aku seorang pendendam. Tak semudah itu untuk aku lepaskan pesalah. Pesalah harus dihakimi seadilnya. Aku punya cara tersendiri untuk confront heartbreaker, confront dia di saat aku tengah down bukanlah satu cadangan yang bernas. Silap-silap aku yang tersungkur.

Kalau ikutkan amarah, dah lama aku dedahkan identiti Chuck. Full name, Ic number, Number plate, Kereta jenis apa, and gambar dia kat blog aku. Ya maklumat dia semua ada dalam simpanan aku, tanpa perlu aku tanyakan pada dia. Tika itu, kita sama-sama berjemaah "play games" dengan Chuck. The End. Tapi, aku bukan macam tu. Aku takkan sesekali menjatuhkan seseorang tu dengan cara mengaibkan dia. Cukup melalui jiwa.

Bagi aku kalau kau nak confront seseorang, make your name exist in his history. Biar dia ingat sepanjang hayat kesilapan dia. I will confront him one fine day, not now but soon. Buat masa ni aku nak kumpul balik strength aku. Fikirkan jalan yang terbaik. Fokus aku lebih terarah kepada study.

Another reasons is, aku takde personal transport buat masa ni. Maksud aku kereta atas nama sendiri. Takkan lah aku nak pergi confront dia at the same time tumpang kereta dia. Gila tak cool. After aku maki dia kaw kaw punya, pastu dia dump aku kat tepi Highway. Tak ke sedih?

Aku dengan Chuck dulu pernah rancang nak tengok movies. Fifty Shades of Grey. Tapi sekarang dah berkubur bersama movie tu sendiri. Sebab movie tu takkan ditayangkan di Malaysia. Bila difikirkan balik, bagus jugak sekurang-kurang nya dapat mengekang maksiat. kalau tayang pun lagi banyak maksiat lah si Ash kimak tu buat.

12th Jan 12.58 AM

Chuck: Pastu movie. Citer apa best eh?

Aku: Fifty Shades of Grey. Tapi tak sure lepas ke tak masuk malaysia

Chuck: Tapi macam tak keluar malaysia je, Cerita "Adult" kot. Hahahaha

Aku: Hahaha. A'ah.. Cukup umur dah kan?

Chuck: Hahaha. Hanjing. Aku kalau depan2 boleh jadi pemalu teruk. Kau kena banyak cakap sikit.

Aku: Takpe tak payah cakap terus jadi Charlie Chaplin. Aku pun sama macam kau, sebab first time jumpa. chill ah.

Chuck: Hahaha

Aku: I don't bite if you don't ask. Hahaha

Chuck: Kau tak perasan kita ada something in common? Like a lot jugak, Thats why I Like You

Aku: Dah2 kau nak merapu lettew. Hahaha. A'ah.

Chuck: Hahaha. Kan? Aku nak cakap haritu. Tapi macam tak payah je. Kahkah. Tapi kau flawless aku tak.

Aku: Tak habis2 flawless kau. Hahaha. sama je. rileks sudah. aku tak kesah pun.

Chuck: Tak lah. pipi aku tak kissable macam pipi kau. Haha. pipi kau kissable.

So now tell me how can i not fall for him? He is the sweetest thing ever happened to me. Dia ucap perkataan yang membuatkan hati aku cair. Tetapi sayang dia tewas pada Ash. Peringatan buat Chuck, once aku completely move on. takkan ada ruang dan peluang buat kau. Still aku akan confront kau. Soon.

Please.. love me like you do. Rasa sebak dengar lagu ni. Haishh.. :-'(




P/s: Setiap conversation yang ada dalam Blog ini, exactly macam yang ada kat dalam phone aku. cuma ejaan "short-form" digubah kepada perkataan lengkap.


17 comments:

  1. permainan bahasa,puji-pujian..taktik tipikal!

    belum jumpa dah cakap "i like you", nak kiss pipi etc..mengarut! itu dalam novel,drama tv,filem boleh laa...ini reality bro.

    ambil ini sebagai pengajaran.

    ReplyDelete
  2. Walaupon hati saya sering diremuk oleh sweet talker ..konon la.
    Saya tetap suka orang yang sweet talker. Tak pernah serik.
    Someday.. one of them will fall for me. Hahaha.

    Saya rasa ..awk ponn kena sweet talk Chuck tue .. he must love that. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm not a sweet talker. I meant each words i said. Lebih bernilai berbanding kata tanpa rasa.

      Saya harap someone will fall for you. :)

      Delete
  3. the thing kau still rasa bengang sebab kau tak jumpa and tak confront dia. tak payah la tumpang kereta dia. yadaa yadaa. meet la kat klcc ke apa ke ts ke pavi ke mana mana.

    its much more easier. bila masuk confront, not serang n kena rendam air mata with all that.

    tanya dengan tenang, kau kenapa chuck. siapa lelaki itu. siapa lelaki ini. dulu kau cakap itu . dulu kau cakap ini.

    tanya with really cool.

    kau mungkin cakap, ah kau tak pernah rasa.

    aku pernah rasa and lagi teruk dari kes kau. sangat2 teruk n i feel misery. apa2 pun, goodluck tuk kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soon Shark soon... aku ni sebenarnya susah nak nangis. Agak impossible lah kalau aku nangis time jumpa dia. Lebih kepada baran. Biar aku cool down jap.

      Delete
  4. Sweet talker. Saya pun boleh cair macam tu. Hehehe. Kalau awk rasa awk dah ada kekuatan pergi jumpa dia. Take care.:-)

    ReplyDelete
  5. Really wish that aku boleh tengok muka si Ash tu.
    Perosak dalam ni.
    Mr. Nov, be strong !
    Yes ! aku tahu susah jugak nak move on. Yela hati dah sayang.
    Oh man ! kenapa mesti jadi begini.
    Lepas sorang kena, sorang lagi pulak kena. Haishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta dalam dunia kita memang macam ni. Susah nak kekal. Mungkin salah aku jugak bagi ruang dan peluang untuk dia kenal dengan Ash. :(

      Delete
  6. kalo shin decide xmo terima someone tu.. shin terus move on.. xde dah nengok IG dia ke.. FB dia ke.. menjauhkan diri terus dari dia..

    kamu still suka chuck ek? still menaruh harapan nk ada relation ngan dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah Shin. Tak mengharap dah. Cuma rasa ingin tahu tu menebal dalam diri. Sekarang pun dah tak sesedih dulu. :)

      Delete
    2. toksah ler.. xde pekdahnya.. biarkan dia terus berbahagia ngan jalan dan org yak dia pilih.. kamu teruskan hidup dengan aman dan sentosa ek..

      "Ku cuba menghapuskan tiap kenangan silam.. namun bertambah membara rindu yang ku sekamkan.. semakin aku mencuba semakin terasa seksa.. inikah yang kau tinggalkan untuk diriku oh kasih" #karok #sudirman

      Delete
    3. Amboi karok pulak. Outdated lah shin. Xmo sudirman, nak taylor swift - clean. Hahaha. :p

      Delete
    4. erk.. kenot.. shin still terperangkap dalam era 80an.. kalo karok lagu baru ni mmg fail ler gamoknyer #jiwamelayukental

      Delete
  7. Bersabarlah, muda lagi kan. tak payah cari. ia akan hadir sendiri.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep. Betul jugak.. aku malas nak fikir pasal soal hati. Sedang bercinta dengan diri sendiri. :p

      Delete