Friday 15 April 2016

#40 Masa bersama

Assalamualaikum.

Jarum jam menghampiri ke pukul 1 pagi, Chuck mengangkat keluar tilam spring Ikea bersaiz single dari dalam bilik ke bahagian ruang tamu. Tilam itu di letakkan berhadapan TV, kemudian Chuck menghamparkan toto di sebelah tilam tersebut. Dua bantal bersarung merah, satu bolster dan satu comforter berona hitam juga di keluarkan ke ruang tamu.

Chuck: Awak tidur atas tilam, saya tidur kat sini (toto)

Nov: Takpe ke? kau sakit belakang nanti. Aku okay je tidur kat mana2. Atas sofa pun takpe.

Chuck: Serius okay? pergilah tidur kat stor.

Nov: Babi..

Chuck: Hahaha. Tidurlah kat atas tilam tu. Aku okay je tidur kat atas toto ni, lagipun pagi esok dah nak bertolak dah. Tak sabar nya nak bercuti dengan kesayangan. *sambil tersengih*

Nov: Kau behave eh, housemate kau semua ada kat rumah ni. Jangan macam-macam.

Chuck: Hehe. Okay sayangg. jap nak tutup lampu.

Dalam samar Chuck merapati aku yang sedang baring di atas tilam lalu berbisik "awak rinduuu..." 


*****



Jumaat 18th March 2016

Pagi itu, aku menemani Chuck menyelesaikan beberapa urusan berkaitan pendaftaran syarikat dan pembukaan akaun syarikat di sebuah bank. Mengikut perancangan awal, semua urusan tersebut harus diselesaikan sebelum masuk waktu solat jumaat. Namun urusan tersebut tergendala kerana ketiadaan cop rasmi syarikat. Proses dokumentasi bank tidak dapat di luluskan. Chuck buat keputusan untuk teruskan perjalanan ke melaka. Jika sempat kami berhenti solat di mana-mana masjid berdekatan.

Nov: So macam mana? nak cari kedai stamping tak? buat cop kau.

Chuck: Macam tak sempat je, jap lagi nak solat jumaat. Jalan jem, kita shoot pergi melaka terus lah. Awak drive.

Nov: Baik boss. Kau bagi direction, aku noob sikit bab jalan.


Ketika umat islam yang lain berpusu-pusu ke masjid. Aku dan Chuck masih di jalanan menuju ke destinasi cinta. Trafik pada tengah hari itu aku rasakan begitu lancar meskipun masih banyak kenderaan di atas jalan raya. Kereta dipandu aku sederhana laju melepasi Tol bangi. Kelajuan pemanduan aku pada waktu itu kurang lebih sekitar 100-110km/h.


Nov: Awak tolong saya, kereta belakang cucuk. Macam mana ni?

Chuck: Dah kau drive lane kanan pastu bawak slow siapa suruh.

Nov: Awakk... Tolonggg

Chuck: Bagi jelah jalan kat dia. Jap lagi kita berhenti makan lepas tu aku drive.

Nov: Berukk.

Kelajuan masih di kekalkan dan pemanduan diteruskan hingga ke Hentian RnR Seremban. Aku dan Chuck mencari makanan ringan sebagai alas perut. Cuaca pada ketika itu sangat terik. Panas dia jangan cakap. dah macam duduk di pergunungan Sahara. Boleh rasa bahang terik matahari pada mata. Selesai je makan. Kitorang bertolak menyambung perjalanan. Pemanduan kali ini di ambil alih oleh Captain Chuck.

Beberapa minit pemanduan Chuck melepaskan pegangan tangan kiri nya di stereng lalu mencapai tangan kanan Nov di sebelah. Di genggam tangan itu erat lalu di kucup lembut untuk beberapa ketika. Aku tersenyum melihat gelagat Chuck. Terkadang soalan kebudak-budak kan terbit dari mulut pemegang ijazah Naval Architect itu. Mahu sahaja aku kucup bibir itu berkali-kali.

Chuck: Awak tahu tak kita nak pergi mana?

Nov: Tahu, kita on the way pergi melaka. Apa punya soalan. Hampeh nye gemok.

Chuck: Salah, kita nak pergi bercinta...

Ada kala kami bergelak ketawa bercerita perihal peribadi. Dari hal pejabat hingga ke hal peribadi, semuanya Chuck ceritakan pada aku. Begitu juga sebaliknya. Aku selesa berkongsi apa sahaja cerita bersama Chuck. Tetapi tidak sesekali berkongsi kasih. Kentut.

Di hadapan, sebuah kereta SUV buatan luar negara berada di lorong yang sama hanya beberapa meter sahaja jaraknya. Aku lihat meter kelajuan pemanduan Chuck ketika itu melebihi 140km/h. Terdetik di dalam hati "kalau silap sikit ni, nahas..."

Sesekali aku menegur pemanduan Chuck di jalan raya. "Chuck, laju-laju ni nak pergi mana? Nak terbang?" kata aku dengan nada sinis. "Ha'ah nak terbang ke hati awak" balas Chuck selamba. Kelajuan kereta masih lagi sama. Aku biarkan sahaja.

Untuk beberapa minit aku diam memerhati kenderaan lain di sekitar. Sebuah rangka Van dengan kesan terbakar di lihat tersadai di sisi jalan. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya terjadi pada pemandu dan penumpang. Teringat pesan mama "Kita kat jalan raya kena selalu beringat, kita mungkin bawak kereta cermat. Orang lain belum tentu. Kita tak langgar orang, orang langgar kita..". Aku memandang Chuck.

Chuck: kenapa ni?

Nov: Takde apa-apa. Nama bandar baru kat sini macam pelik sikit. Ainsdale. western habis. Haha

Chuck: Ohh aku perasan jugak tadi. Awak check jap kita exit mana jap lagi.

Nov: Nak check kat mana? Google?

Chuck: Kat whatsapp ada, try check kat dalam iti yang aku bagi dulu. ada tulis kat situ.

Nov: Okay jap aku tengok.

Mata aku memandang sekilas meter kelajuan kereta pada ketika itu sekitar 150-160km/h. Genggaman tangan Chuck aku lepaskan, lalu aku capai phone dari compartment box. Aku buka itinerary yang di beri Chuck tempoh hari di aplikasi whatsapp dan mula membaca."Chuck, Jap lagi exit simpang ampat bawak kereta tu slow sikit" kata aku yang leka melihat feeds di aplikasi instagram.

Tiba-tiba Chuck bersuara "awak, kenapa kereta tu? Takkan lah nak buat U-turn tengah highway?..".  Aku memandang kehadapan dan aku saksikan sesuatu yang belum pernah terjadi depan mata. Kereta alza yang berada di hadapan SUV tadi tidak semena-mena membelok ke kiri 90 darjah lalu melanggar bukit di kiri jalan. Kenderaan itu berpusing beberapa kali. Aku lihat satu persatu isi dalam kenderaan tersebut tercampak keluar melalui cermin hadapan. Tayar kenderaan tersebut tercabut menghala ke arah aku, mujur sebuah myvi kuning berada di lorong tengah. Tayar tersebut mengenai bahagian hadapan myvi lalu mengakibatkan kerosakkan. Aku tergamam.

Dengan impak kelajuan sekitar 150-160km/h menghentam bukit. Sadis memikirkan nasib pemandu dan penumpang. Chuck tidak memberhentikan kenderaan sebaliknya meneruskan perjalanan.


*****

Percutian aku baru-baru ini selama 4 hari 4 malam. Satu malam dirumah Chuck selebih nya di Bandaraya melaka. Apa yang boleh aku katakan, masa digunakan sebaiknya. Jika diizin tuhan, aku mahu perasaan ini kekal selamanya meskipun suatu hari nanti aku dan dia berkeluarga.

Anyway, jadual aku semester ini padat dengan assignment dan presentations. Blog pun tak terusik, buat mereka-mereka yang mengutuskan surat cinta tu, maaf sebab bagi respond lambat. Kadang rasa macam nak bersara terus dari dunia blogger. nak fokuskan pada pelajaran dan hal rumah tangga. Boleh tak? Kuikuikui.