Friday, 27 February 2015

#15 Gossip Girls.

[Music: Clean Bandit]

Assalamualaikum.

Gossip & Rumor, kedua-dua nya membawa makna yang sama iaitu khabar angin. Kebiasaanya mereka yang "berkaripap" mendominasi aktiviti ini. Amat jarang untuk menjumpai penggemar karipap terlibat dalam aktiviti ini kerana mulut mereka penuh dengan karipap. Katanya. Opps.

Tetapi jangan pulak buat-buat tetanjat boboy, penggemar burger dan pisang jugak meminati aktiviti ini u'olls. Hahaha. Topic yang biasa dibicarakan opkoss berbeza dengan para gegadis. Lelaki kalau bergosip comfirm antara hot topics yang dibincangkan adalah pasal game bola, duit, kereta, and gegadis.


Kalau perempuan the other way around maybe. Entah aku pun tak tahu, aku bukan perempuan nok. Yang pasti kutukkan dan carutan harus ada dalam conversation tersebut. Baik lelaki, perempuan mahupun nyah sama je. Choii mak tak suka. Okeh.

Personally aku tak berapa suka sangat dengar member kutuk member. Sedeh kot. Kau bayangkan ada member yang depan kau baik yang amat, belakang kau pergh macam lahanat. Kalah mak jemah. Rasa nak sumbat je selipar jamban dalam mulut. "Konon baik bak malaikat lah kau Nov. Macam kau tak pernah kutuk orang kan?"  Pak Yu. Aku mengaku, aku pun takdelah baik sangat, kadang kutuk jugak orang macam aku kutuk si Chuck dan Ash Kimak tu. But amat jarang lah kalau kau nak dengar aku kutuk member sendiri. Biasanya aku memilih untuk mendengar je bebelan member tanpa menambah perasa tiruan. Kalau tak dengar nanti kata aku kerek pulak. Pfft.

Kot iye nak mengumpat orang tu beringatlah sikit. Orang yang kau kutuk tu ada hati dan perasaan, manusia jugak bukan binatang. Kutuk light-light je tak payah sampai nak merendahkan orang lain. Sebab takde seorang pun manusia sempurna di muka bumi ini, semua orang melakukan kesilapan. Cuma segelintir dari kita yang suka membesarkan aib orang. Fikir-fikirkanlah.


Ely: Babe.. ada dengar rumors tak?

Aku: Rumors? Aku tak minat lah gossips ni.

Ely: Serious kau tak minat? Sebab gossip ni pasal kau. Hehe

Aku: Huh?? Pasal pe? Ni mesti takde keje lain, kutuk aku lettew. **Korek hidung**

Ely: Hahaha. jeng jeng jeng. Entahlah kutuk ke tak aku pun tak tahu nak classified macam mana.

Aku: Rumors apa wei? Shit ah kutuk aku...

Ely: Ohh, takde lah tadi kitorang ada lah chit chat girls talk kateko. Then siapa entah cakap kau dah jadi retis sekarang. Sampai hati eh kau tak story kat aku. Sob Sobs.

Aku: Retis kepala hotak kau. Hahaha.

Ely: Kahkah. Serius kot, Kitorang siap compare gambar kau dengan mamat ni sama doh. Diorang cakap muka kau almost same. Haha.

Aku: Gambar siapa? Hensem tak? kalau tak hensem comfirm bukan aku. Hahaha.

Ely: Eleh. entahlah. tettt. Hahaha. Jap. aku send gambar kat kau. [image]




Aku: Mana ada sama la giler. Hahaha. mata korang problem ni. Jap hensem tak mamat tu?

Ely: Not 100% alike but ada lah part yang sama. Hahaha. Dia hensem giler, kau? err tak. Kahkah

Aku: Shittttt. Tidaakkkkk. Malas nak ngopi dengan kau.

Ely: Hahahaha.. kau kira sama jugak lah. **muntah hijau** bila nak ngopi babe? Jom la, tak sabar nak gossip dengan retis ni. Hahaha.

Aku: Please girl, make an appointment with my manager first. Busy. :P

Ely: Alaaa.. benci kau... T.T

 

Fattah Amin, Lahir pada tahun 1990, Berketinggian 180cm. Actor, Footballer, Gym owner. Taste ke tidak? Hahaha


P/s: Gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan individu tersebut. Kang tak pasal jadi isu pulak. Kena bash dengan kipas susah mati. Kentut lah kau. Btw, muka aku tak sama pun dengan mamat ni. Celah mana yang sama aku pun tak tahu.

Tuesday, 24 February 2015

#14 Serabut.

[Music: Statelessness]

Assalamualaikum.


22nd Feb 5.54 PM

Sherry: Nov. Hi!! **Emoticon excited**

23rd Feb 9.06 PM

Aku: Hi, sorry late baru ada line...

"Maaf aku tipu, aku sengaja reply lambat Whatsapp kau Sherry. Bukan sebab aku tak suka kau cuma aku tak nak bagi harapan palsu pada kau. Kalau setakat nak jadi kawan biasa tu aku okay je. Tapi aku tahu kau mengharapkan lebih pada itu. Dan apa yang kau harapkan takkan jadi kenyataan."
Some people said, its better to be loved than to love kan? Aku harap kau jumpa someone yang sayang kau lebih dari kau sayang aku. Someone yang hopeless romantic, caring and protective. Perhaps lagi kacak dari aku. Haha. Sekurang-kurang nya kau tak perlu memendam rasa. Curah rasa kasih pada yang selayaknya. Lebih berbaloi rasanya. 

Lately ni aku rasa serabut. Tengok diri dalam cermin macam serba tak kena, rasa diri ni tak sekacak dulu. Selebet selekeh kusut masai. Hmm, ke baru sekarang aku sedar aku tak kacak? Damn. Tengok kombinasi misai dan janggut rasa serabai je. Lantas aku ambil gillette dan cukur licin kesemuanya. Arghh. apesal makin jambu je rasa. Inesen je muka. Nerdish look. Pfft.. Dengan rambut panjang wavy. Aduhh.. serabut kepala.



Hal studies, family, diri sendiri semua bersatu berlegar di ruang minda pada waktu yang sama. Apa yang aku harapkan kecundang. Kecewa. Rasa diri ni macam tak berguna langsung.Ya Allah murahkan lah rezeki hamba mu ini. keluarkan lah aku dari kekusutan yang sedang aku alami. Ameen.

Buat masa ni aku selesa sendiri tanpa ada apa-apa komitmen. Pintu hati aku macam dah tutup sepenuhnya selepas upgrade sistem pertahanan baru haritu. Dalam erti kata lain not into any relationships right now, be it homo or hetero. Sama je rasa. 50-50. Cuma beberapa hari lepas ada satu perasaan yang entahlah. sukar untuk aku luah kan. Aku rasa tertarik tengok perempuan yang berpenampilan modest. Pakai tudung, baju longgar, rasa macam nak buat bini je. Konon lah.

Amat jarang kalau aku puji gegedis geletis yang berpakaian menutup aurat. Kalau tak pakai skinny jeans, crop top dan free hair memang susah lah nak suruh aku puji. Tapi gegadis yang seorang ni lain sikit aura dia. Hmm. Am i upgrading my sexual orientation too?


P/s: Rasa nak botak kan kepala je. Hensem tak? Aku tengok orang kepala botak ni sexy, tapi kalau aku botak nanti terus jadi seksa. Hmm. Sedang berusaha menerima kenyataan.. Nov sudah hilang seri nya. Sobs sobs.

Monday, 16 February 2015

#13 Diri.

[Music: Clean Bandit]

Assalamualaikum.

This time around aku nak tulis sikit background aku. So that para pembaca setia blog aku dapat visualized siapa aku. Please let me infiltrate into your dreams. Lets get wet. Hahaha. Lucucah sangat. Mungkin juga aku antara Bloggers yang paling perasan dalam dunia ni. Muahahaha. Ada aku kesah?


Kisah aku bermula pada tahun 199X. Beberapa bulan sebelum tarikh keramat itu, Seorang ibu gemar bersolek mengimpikan kemungkinan dia bakal mendapat seorang puteri yang jelita dan seisi alam bakal terpana melihatkan wajah nya. Telahan nya meleset. Seorang putera yang memiliki set kelakian selamat dilahirkan ke dunia.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana kemampuan nya. Berteduh di rumah pangsa. Ketika itu isi keluaga aku hanya ada Abah, Mama, abang dan aku. Beberapa tahun kemudian dua orang adik ku menyusul menjadikan isi rumah sebesar 6 orang. Kami berpindah ke rumah yang lebih besar dan selesa. Seiring dengan kepesatan ekonomi keluarga.

Oleh kerana aku dibesarkan dalam family yang nak kata berada tak, nak kata papa pun tak. kira average lah senang cerita. Aku mempunyai sifat toleransi yang sangat tinggi. Sebolehnya aku taknak menyusahkan kedua orang tua. Sebab itu jugalah aku banyak mengalah dengan abang aku yang jarak umurnya hanya setahun.

Masa zaman kanak-kanak ribena dahulu era power rangers, superheroes yang sangat awesome lah time tu. So ayah aku belikan aku dan abang aku sepasang power rangers mainan yang boleh digerak kaki dan tangan. Best giler. Tetapi yang tak best nya, power rangers warna merah dan warna pink. Aku terkebil-kebil je dapat power rangers yang pink tu. Abang aku dapat warna merah sebab dia yang sulung. Lagipun dia gedik merengek lebih.

Sebijik macam dalam gambar. 

Aku: Maa, kenapa tak beli warna lain?

Mama: Alah, sama je. mainan jugak. warna lain dah habis. taknak sudah mama ambik nanti.

Aku: Hmm.. kuat jugak kan yang angah punya. kan mama?

Mama: Kuattttt..

Begitu lah sadisnya, Aku pun main jelah dengan power rangers warna pink setinggi anak patung Barbie. Terima dengan hati terbuka, sampai lah satu masa. Pulang je dari sekolah tadika, aku tengok power rangers aku patah tangan kanan dan kaki. Aku apa lagi angin ah. dah tahu dah kerja siapa. Comfirm kerja abang aku. Aku culik power rangers merah dia pastu bawak lari belakang treadmill. Patahkan kedua-dua tangan dan kaki beliau. Miahahaha.

Along: Maa. siapa patahkan mainan along? Hua hua hua ***menangis***

Mama: Angah buat ke?

Aku: Mana ada. Dia yang patahkan mainan angah. tengok ni..

Mama: Dah.. esok beli lain.

Standard lah ibu-ibu nak bagi anak dia reda. Tak beli pun baru. Beberapa bulan lepas tu hari jadi abang aku. Adik lelaki mak aku datang rumah bawak hadiah. Birthday abang aku tapi aku pun dapat jugak hadiah. Ngee. Dia hadiah kan dua pasang power rangers siap sekali dengan kapal terbang. Warna pink jugak u'olls. Hampeh betul. Ingatkan warna pink tak wujud dah dalam hidup aku. Tapi kira fair lah dua-dua dapat warna pink. Hmm aku syak power rangers pink dulu harga dia murah sikit berbanding power ranger yang lain.

Dulu kecik-kecik mana boleh cakap babi dalam rumah. Giler kau nak kena cili api ke? So zaman kanak-kanak aku terhindar dari perkataan kotor. Meskipun aku merupakan anak kedua dalam keluarga. Setiap patah kata aku lebih didengar berbanding adik beradik aku yang lain. Jarang dimarah kalau buat silap. Kadang kena jugak rotan kalau failed exam. Tetapi tidak seteruk abang aku. Hmm kesian jugak kat dia.. ***padan muka***

Dimata abah dan mama, mungkin aku menurut segala aturan mereka. Tidak seperti abang aku yang gemar memberontak. Abang aku jugak jenis yang tak boleh tengok orang lebih sikit dari dia. Dan saingan paling hampir dia adalah aku. "Eh, hensem lah adik kau XXX, nak kenal boleh? hehe" "hai adik XXX akak nak kenal boleh? Comel lah awak" itu antara kata yang sering aku dengar dari classmate perempuan abang aku. Reaksi abang aku? Dia akan berusaha memburuk kan aku sehabis baik. Bodoh kan? Pfft.

Percayalah perangai dia dahulu kini tiada bezanya tetap sama. Kitorang tak sebulu sampai sekarang. Aku akan pastikan takde seorang pun kawan aku mengenali beliau. Sebab aku tahu dia duri dalam daging. Thats it.

Dari segi paras rupa? Nov ni seorang yang kacak. Yeke? Hahaha. Entahlah. Aku pun tak tahu, tapi sering diberitahu orang lain. So maybe betul lah kot. Mungkin juga tidak hensem mana. Sekadar isi bakul angkat sendiri je. Beauty is in the eyes of the beholder. Fizikalnya pula average. Berketinggian 176cm dan ukur lilit pinggang sekitar 31-32 inch. Kulit kuning langsat. Jarang orang tak tercrush dengan aku, melainkan dia betul-betul straight. :P ***perasan***

Seorang lecturer wanita berani memuji aku dalam kelasnya.

Madam: Semalam saya bawa anak saya pergi makan di KFC. Saya nampak seorang perempuan melayu bercouple dengan awang hitam. Saya hairan lah dengan perempuan melayu zaman sekarang. Boleh bercinta dengan awang hitam. Apa yang special sangat dengan diorang? Kulit hitam berkilat, rambut pusing-pusing. Kalau nak dibandingkan dengan si Nov ni seribu kali lebih hensem. Betul tak? ***Sambil pandang ke arah aku*** 

Suasana senyap kelas dipecahkan dengan gelak ketawa. Hahaha. Mungkin dia hanya bergurau. Student lain dah mula bergosip. Kata mereka aku student kesayangan. Anak emas...

Madam: Saya rasa macam tak cukup student harini. Siapa yang takde?

Student: Nov madam...

Madam: Eh dia tak tahu ke harini ada Test? Saya tak kira sesiapa tolong call dia. Selagi dia takde, awak semua tak boleh buat test harini.

Adam: Kau kat mana weh? madam dah bising kau takde. cepat sikit.

Aku: Jap2 aku on the way. bangun lambat dohh.


Trivia:
  • Hati keras, pendendam, Lelaki.
  • Ketika bersekolah di sekolah asrama dahulu, setiap pagi akan ada lelaki tidur berdekatan dengan nya. Bersebelahan mahupun di bahagian kaki.
  • Pernah dicium pada bahagian pipi kiri oleh seorang atlet lelaki semata mahukan biskut Oreo dari Mr.Nov.
  • Atlet yang sama juga merupakan salah seorang lelaki yang pernah tidur sekatil bersama Mr.Nov. ***Hanya tidur, tiada sentuhan*** 
  • Punya secret admirer (gadis) kecil molek orang nya, tetapi sayang ketika dia mahu berkenalan. Mr.Nov punya scandal yang lain. ***Jauh disudut hati mahu berkenalan***
  • Pernah menangis untuk seorang gadis. Keesokannya gadis itu mengutus mesej. Bait kata disusun indah. Mahunya hati Mr.Nov. Tetapi maaf cinta ditolak. Alasan? Study fokus SPM.
  • Ketika di PLKN, Pernah menerima sepucuk surat cinta tulisan tangan broken english berserta lukisan tangan mengenggam sekuntum mawar berduri. Penulis nya adalah seorang Lelaki.
  • Di PLKN juga hati Mr.Nov di ketuk 3 wanita (2 melayu & 1 Chinese). Mr.Nov lebih tertarik kepada si chinese. Hubungan tidak kekal lama. Pada masa yang sama tercrush pada seorang lelaki chinese dan beberapa lelaki melayu. ***Hebat giler dia main volleyball***
  • Melangkah ke Universiti tertarik kepada seorang gadis, Ibunya seperti beriya mahu bermenantukan Mr.Nov. Setiap kali kerumahnya, pasti ditanya. Tetapi sayang dia sudah dimiliki.
  • Seorang lecturer wanita meminati Mr.Nov. :)
  • Setahu Mr.Nov sepanjang berada di universiti, hanya tiga orang gadis menyukai dirinya.
  • Pernah menerima Blueberry cake dari seorang lelaki. ***Takde apa-apa niat kot*** 
  • Crush lelaki lain tidak pasti. rasanya banyak. Hahaha.
  • Sorang lelaki lembut memberanikan diri menyatakan hasrat hati, tetapi tidak pernah sekalipun Mr.Nov layan.
  • Masih teruna. ;)

Aku mengaku jika dilihat dari sisi kehidupan aku. Aku dilihat menikmati hidup yang hampir sempurna. Paling tidak pun lebih baik dari orang lain. Alhamdulillah. Tetapi kadang aku terfikir aku tiada kebebasan seperti orang lain. Hidup aku masih dikongkong. Tidak boleh berpeleseran lewat malam. Menunggang motor pun sekitar taman perumahan, tidak di benarkan keluar ke jalan besar melainkan dengan kereta.

Mama: Angah bawak motor tu elok-elok sikit. Ish risau aku, hang bawak motor. Kat depan tu ada lubang besar. tengok sikit. Kang jatuh. Habis muka tu.

Aku: Tahu lah mama. Angah bawak slow-slow je.

Mama: Heish.. Aku risau hang bawak. Haritu dah rabak kaki tu. Tu belum kena muka. Habislah jatuh saham.

P/s: Bila lah nak dapat kereta atas nama sendiri. Hmm. Apa-apa pun be confident in your own skin. Siapa lagi nak puji diri kita melainkan diri sendiri. 

Alamak macam terlebih pulak isi bakul harini. Ada sesiapa nak tolong angkat tak? Upah 20 sen. Hahaha

Friday, 13 February 2015

#12 Rasa.

Assalamualaikum.

Oleh kerana aku ni banyak masa yang terluang sementara menghitung hari masuk study bulan March nanti. So hormon nak menaip tu terlebih. Dari paras biasa melonjak kepada luar biasa. Nak pulak kisah cinta sadis aku bersama Chuck. Cinta ke? Tak kot lebih kepada syok sendiri. Hua Hua Hua.

Ehh tetanjat boboy, ada picang lah :D

Tak kusangka wajah sekacak aku kena jugak game.**Perasan** Bukan kena game dengan perempuan tetapi dengan lelaki. Parah sungguh. Sedih gila. Perempuan tu aku lah selalu buat dorang nangis, pastu tak reti nak pujuk. Takpelah, mungkin Chuck tu rabun kot (bersangka baik). Ke aku tak cukup hensem? Tapi kenapa ramai je perempuan suka kat aku? Arghh. ***Muntah sebaldi***

Tapi seriously kalau nak dibandingkan aku dengan Ash lahanat tu jauh bezanya. Bagai langit dan bumi, Bagai bunga rose dan bunga kertas, Bagai permata dan kaca. Argh pokoknya kau dah kena caras Mr.Nov. Terima jelah.

Rasanya dah takde dah perasaan sayang kat dia kot. Rasanya lah. Hmm, tapi kenapa pagi tadi hati aku rasa bagai nak meletop je tengok gambar kat insta dua ekor lahabau tu? Dorang tak bergambar sekali cuma background dinding sama. Pfftt. Dasar pelacur kau Ash, tidur rumah Chuck lah malam tadi kan? Kimakk. **Maaf terikut perasaan pulak**

Silap aku jugak yang melancarkan perang dingin sebelum betul-betul kenal Chuck. Secara tak langsung memberi ruang dan peluang untuk pelacur seperti Ash menyelinap masuk lalu memisahkan dan menghapuskan angan aku bersama Chuck. Bersempena dengan hari jumaat yang barokah ini, aku dengan suka cita memaklumkan I'm finally get over you!!. Dear Chuck and Ash you guys can f**k each other happily ever after.

Astaghfirullah, istighfar banyak-banyak. Kumbang bukan seekor. Siapa kata aku nak cari kumbang? Aku cari ketenangan buat masa ni. Yelah umur pun awal 20an. Tak payah kot cari cinta baik enjoy je. Semalam after solat isya aku terfikir, sampai bila aku nak macam ni? Bila lah aku nak ada rasa, cinta dan nafsu pada perempuan? Bila?

Aku blogwalking mencari kata-kata yang mungkin bisa merungkai persoalan aku. dan aku berjaya jumpa satu kata yang dimadahkan oleh Blogger Zack Hunter suatu ketika dahulu. Tetapi sayang blog Sisi Gelap seorang Lelaki beralamat kan kisahsihantu.blogspot.com, telah dipadam. Pencarian terhenti. Kecewa.

Berikut bait kata yang aku copy-paste dari blog milik Adam Steven entri Melawan tuntutan :
" Kita ni kena sedar diri di bumi Allah ini, jangan jadi pelampau, pelampau kepada siapa? Pelampau kepada Allah dan diri sendiri." Kalau nak cari kebahagiaan dunia dan akhirat kenalah berhati-hati dengan segala tindak tanduk kita di muka bumi ini. Fikir sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu..."
 Aku sama sekali tidak berpeluang membaca kisah si zack. Dengar cerita dia dah pun berkahwin pada tahun 2012 memandangkan entri terakhir beliau pada bulan december 2011. Sejujurnya aku suka baca kisah orang seperti aku, bukan sebab nak jaga tepi kain orang tetapi untuk dijadikan pengajaran kepada aku. Belajar dan timba ilmu dari kisah hidup orang lain.

Jika bekas penulis blog kisahsihantu.blogspot.com singgah di blog aku. Utuskan email buat aku. Banyak persoalan yang aku ingin ajukan kepada Zack Hunter. Kepada Blogger lain, Kalaupun korang rasa dah malas menaip, apa kata biarkan sahaja blog tu buat tatapan umum. Sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran dan iktibar buat lapisan bawah.



Niat untuk jadi lelaki straight tu sentiasa tersemat di dalam dada. Yelah, aku ada rupa, susuk tubuh yang menawan, bumper mantap, kulit kuning langsat, Virgin mary, maskulin. Semua yang wanita nak insha'Allah ada pada aku. Tetapi sayang tiada nafsu buat mereka. 

Tetapi aku tak boleh nak nafikan siapa aku. Aku pernah bertanya pada Selena Gomez, apa hati mahu. Jawabnya, "The hearts wants what it wants". Aku dambakan Pisang bukan Kerang, Pau, mahupun Karipap. Sedih betul. ;'(

Bukan tak pernah cuba tetapi takde selera. Sila Paham.



P/s: Meski hati tidak lagi dihuni rasa sayang, tetapi marah itu masih ada. Makin dicuba untuk direda makin kuat ia berakar. :)

Wednesday, 11 February 2015

#11 Reasons.

[Music: Path Of Tears]

Assalamualaikum.


Persoalan kenapa aku tak confront Chuck? Korang mesti tertanya-tanya kenapa lah Mr.Nov ni bodoh sangat, confront je lah Si Chuck tu. Mintak kata putus. Tak payah beban kan kepala fikirkan something yang vague. Settle masalah. Pastu boleh move on. Easier said than done.

Ideologi ini tak boleh diguna pakai dalam kes aku, sebab buktinya jelas, bukan assumption aku semata. The first and the last things i did each day adalah stalked insta lahanat. Nampak sangat tak boleh nak move on. Pfft. Yup, aku memang macam ni, Once aku dah suka kat seseorang, segala benda pasal dia aku nak tahu.


Antara sebabnya, aku takut aku tak boleh control amarah, emosi, ekspresi muka yang kelak menjatuhkan maruah aku sendiri. Yelah buat nya masa aku tengah confront dia, mata aku tetiba berkaca menahan pedih atau mungkin kelihatan sedikit terdesak di mata Chuck. Secara tidak langsung membuatkan Chuck berjaya dalam "game" yang dicipta oleh dia. 

Terbaru aku dapat tahu. Chuck and Ash had another dinner last night. How sweet is that? Dahulu aku dingin dengan dia pun sebab firasat aku rasa dia punya hubungan  special dengan cousin dia. Yelah siapa tak rasa tertipu dan marah kalau tengok gambar orang yang konon nya "feels attached dengan kau" satu selimut dengan orang lain. The best part is, three of them are having dinner together. Sadis sungguh dunia sejenis ini.

****Sabar lah wahai hati****

12th Jan 12.50 AM

Chuck: Okay. I will try to impress you my best. kau pun sama, Please pakai kemeja and be smart looking guy. Shit. mesti aku horny je tengok kau pakai kemeja dengan sexy leg. Haha.

Aku: Hahaha. Depends ah nak lepak mana. Kalau buat outdoor kau suruh aku pakai kemeja memang tak ah.

Chuck: Hahaha. iyela iyela

Aku: Aku nak selekeh2 je.

Chuck: Yang pasti aku nak bawak kau dinner date. tu je aku punya plan. yang lain lets time decide. kahkah.

Aku: Tak payah dinner date la giler. Aku bukan nya open sangat. Segan ah aku nanti. Tapi kalau lepak makan macam biasa aku ok ah. Candle light dinner semua tu kau makan sorang. Hehe.

Chuck: Hahaha. takdelah. Aku bukan nak ajak pegi makan Candle light dinner pun. Make it casual lah.

Aku: Orait. Best. :)

Alhamdulillah, things are getting better. Aku tak rasa seremuk macam dulu. Makin hari pedih itu semakin berkurang. Cuma rasa dendam itu mula mekar mewangi di taman hati. Ya, aku seorang pendendam. Tak semudah itu untuk aku lepaskan pesalah. Pesalah harus dihakimi seadilnya. Aku punya cara tersendiri untuk confront heartbreaker, confront dia di saat aku tengah down bukanlah satu cadangan yang bernas. Silap-silap aku yang tersungkur.

Kalau ikutkan amarah, dah lama aku dedahkan identiti Chuck. Full name, Ic number, Number plate, Kereta jenis apa, and gambar dia kat blog aku. Ya maklumat dia semua ada dalam simpanan aku, tanpa perlu aku tanyakan pada dia. Tika itu, kita sama-sama berjemaah "play games" dengan Chuck. The End. Tapi, aku bukan macam tu. Aku takkan sesekali menjatuhkan seseorang tu dengan cara mengaibkan dia. Cukup melalui jiwa.

Bagi aku kalau kau nak confront seseorang, make your name exist in his history. Biar dia ingat sepanjang hayat kesilapan dia. I will confront him one fine day, not now but soon. Buat masa ni aku nak kumpul balik strength aku. Fikirkan jalan yang terbaik. Fokus aku lebih terarah kepada study.

Another reasons is, aku takde personal transport buat masa ni. Maksud aku kereta atas nama sendiri. Takkan lah aku nak pergi confront dia at the same time tumpang kereta dia. Gila tak cool. After aku maki dia kaw kaw punya, pastu dia dump aku kat tepi Highway. Tak ke sedih?

Aku dengan Chuck dulu pernah rancang nak tengok movies. Fifty Shades of Grey. Tapi sekarang dah berkubur bersama movie tu sendiri. Sebab movie tu takkan ditayangkan di Malaysia. Bila difikirkan balik, bagus jugak sekurang-kurang nya dapat mengekang maksiat. kalau tayang pun lagi banyak maksiat lah si Ash kimak tu buat.

12th Jan 12.58 AM

Chuck: Pastu movie. Citer apa best eh?

Aku: Fifty Shades of Grey. Tapi tak sure lepas ke tak masuk malaysia

Chuck: Tapi macam tak keluar malaysia je, Cerita "Adult" kot. Hahahaha

Aku: Hahaha. A'ah.. Cukup umur dah kan?

Chuck: Hahaha. Hanjing. Aku kalau depan2 boleh jadi pemalu teruk. Kau kena banyak cakap sikit.

Aku: Takpe tak payah cakap terus jadi Charlie Chaplin. Aku pun sama macam kau, sebab first time jumpa. chill ah.

Chuck: Hahaha

Aku: I don't bite if you don't ask. Hahaha

Chuck: Kau tak perasan kita ada something in common? Like a lot jugak, Thats why I Like You

Aku: Dah2 kau nak merapu lettew. Hahaha. A'ah.

Chuck: Hahaha. Kan? Aku nak cakap haritu. Tapi macam tak payah je. Kahkah. Tapi kau flawless aku tak.

Aku: Tak habis2 flawless kau. Hahaha. sama je. rileks sudah. aku tak kesah pun.

Chuck: Tak lah. pipi aku tak kissable macam pipi kau. Haha. pipi kau kissable.

So now tell me how can i not fall for him? He is the sweetest thing ever happened to me. Dia ucap perkataan yang membuatkan hati aku cair. Tetapi sayang dia tewas pada Ash. Peringatan buat Chuck, once aku completely move on. takkan ada ruang dan peluang buat kau. Still aku akan confront kau. Soon.

Please.. love me like you do. Rasa sebak dengar lagu ni. Haishh.. :-'(




P/s: Setiap conversation yang ada dalam Blog ini, exactly macam yang ada kat dalam phone aku. cuma ejaan "short-form" digubah kepada perkataan lengkap.


Monday, 9 February 2015

#10 Tragedy.

[Music: Telepathy]

Assalamualaikum.

Ya Allah ya tuhan ku, Tuhan yang maha mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi, tersirat mahupun tersurat. Aku mohon padamu petunjuk. Jika Chuck bukan lah terbaik untuk diri ku, maka aku mohon kau hapus kan lah perasaan sayang yang bersarang di dalam hati ini. Redakan lah gelora dan berontak amarah hati ini. Hapus kan ingatan terhadap insan bernama Chuck dalam kotak fikiran ini. Sesungguhnya, aku berdosa padamu, melawan arus norma yang telah kau tetapkan. Aku mohon padamu makbulkan doaku ini. Ameen.
 Entri kali ini mengisahkan kekecewaan aku dalam percubaan pertama aku mendapatkan cinta sejantina. Kata orang; Tiada cinta dalam dunia plu, semuanya berlandaskan nafsu semata. Meskipun kita beria ber'couple, pasti dalam diam curang. Mungkin benar. Dan hal yang paling aku takuti. Terjadi. Kecurangan dia menjelma di saat hati ini mula membuka ruang buat insan bernama Chuck.

Tanggal 27th January, Jam 9.53 pm merupakan kali terakhir aku berkomunikasi bersama Chuck. Setelah itu ruang dan peluang diberi buat insan bernama Chuck untuk memperhalusi dan muhasabah diri mencari punca kedinginan aku terhadap dia. Benar-benar mengecewakan aku. 

Meskipun Chuck masih mengutus text namun tidak di layan, Aku menggunakan alternatif lain memantau gerak laku Chuck secara maya. Kesemua laman sosial dia berada di hujung jari. Facebook, Twitter, dan Instagram menjadi bahan rujukan utama. Selain akaun songsang nya. Pada mulanya aku berasa sedikit lega kerana akaun songsang tidak lagi digunakan. Dalam hati, mungkin dia tidak lah sejahat yang aku sangka kan.

Setiap komen yang ada pada setiap gambar di galeri dia, aku baca satu persatu. Hasilnya, aku mengetahui siapa orang terdahulu sebelum aku. Sedikit sebanyak kisah silam Chuck bersama ex, terungkai tanpa perlu mendengar dongengan Chuck. Status sebenar hubungan diorang, aku tak pasti sama ada on-hold atau betul-betul dah break. None of my business. Perkara yang lepas usah diungkit. So let it be his history.

Tanggal 29th January, membuat kan aku teramat kecewa. rasa bagai dihentak cincang lumat. Seseorang mula mengatur langkah merapati insan bernama Chuck. Dan langkah itu di sambut mesra. Aku perkenalkan Ash. Pelacur abad ini yang berlegar di laman insta. Sebaya umurku. Berketinggian paras telinga Chuck. Berambut wavy hitam, berkumis dan mempunyai goatee. Jika dibandingkan dengan aku? Bagai langit dan bumi. Jauh berbeza. Tidak setanding aku. Bodoh dan celaka. Kedua-duanya sama sahaja. 

Ash: Ok, Kita main like2. Ahaha.

Chuck: Haha. Nasib baik gambar tak banyak, kalau tak.. sampai ke bawah like nya.

Ash: Happy good day kawan.

Chuck: Have a nice day too!

Komentar itu permulaan kepada suatu yang lebih hebat, dan mungkin juga ke arah yang lebih intim. Kepelacuran Ash mula menjelma. "Check your Dm :)" .. Beberapa jam kemudian ia di padamkan oleh Chuck. Konon nak elak orang lain perasan. Mujur sempat aku screencapture. Gambar Chuck bersama ex mula lesap tanpa meninggalkan kesan kewujudan. Sedih mengenangkan nasib ex atau "member baik" yang pernah bercumbu suatu ketika dahulu. 

Ash: Bedtime story please. Mmm. Goodnight. Ahaha

Chuck: Haha. Meh nak cerita apa.

Ash: Bunuh2. Ahaha

Chuck: Haha. Bunuh pulak susah tu. Dm lah.

Sekarang dah jelas, sudah terang lagi bersuluh. Chuck lahanat ni layan si pelacur selekeh tu. Sepanjang aku kenal dengan manusia bernama Chuck, tak pernah sekali pun aku mintak Bedtime story. Tak pernah sekali pun aku ucap "I love you" "night sayang" "I miss you". Murah sungguh murah nilai perkataan yang sepatutnya disertakan perasaan. Tetapi orang yang bodoh macam kau membuat kan kata keramat itu menjadi terlalu murah.

Mengikut perancangan awal, Dinner date aku sepatutnya berlaku pada tanggal 7th February lalu di sebuah restoran area Kuala Lumpur. Pesan Chuck, "Pakai lah kemeja dengan jeans time kita dinner, aku suka kau pakai macam tu.." Kini tinggal sejarah. Di hari yang sama, sekeping gambar dimuat naik ke insta milik beliau dan juga Ash. Gambar hiking mereka bersama. Aktiviti yang dahulunya dirancang bersama aku, kini diganti dengan si pelacur murahan. 

Sehari sebelumnya, Chuck retweet "We don't talk anymore & the saddest part is we used to talk everyday". Really?

Sehari selepas itu, status Ash berubah "5th July I love you". dengan erti kata lain "Chuck, I love you". Kata itu cukup membuatkan hati aku memberontak, berombak menahan pedih cengkaman kata sang pendusta. Ingin sahaja aku menjerit sekuat hati. Aku benci kau Chuck. Aku benci segala makhluk sang pendusta seperti kau!!!


Ash kau lah manusia yang mempunyai kebodohan dan sifat kebabian berganda. Baru kenal seminggu lebih dah ber"i love you". Murah sememangnya murah harga kau. Mungkin sahaja kau sudah punya pengalaman bersama berpuluh jantan sebelum ni. Aku nak tengok sejauh mana kau kekal bersama Chuck. One thing for sure, kalau dalam masa kurang dua minggu usia perkenalan pun kau boleh ungkap kata i love you, sudah tentu hubungan tak kekal lama. Yelah hubungan celah kangkang mana nak kekal lama. Dah puas cari lain. Pengikatnya nafsu bukan cinta. Let's wait and see.

Selain one sided-love aku bersama Syah suatu ketika dahulu, tiada seorang lelaki pun yang dibenarkan melepasi kubu pertahanan hati. Kau merupakan percubaan aku yang pertama dan berakhir dengan duka. Disaat aku mula membenarkan kau masuk, saat itu kau kecewakan aku. Lahanat!! Perangai kau benar-benar cabar aku.

Mungkin ini Karma buat aku yang terlalu banyak mengecewakan hati perempuan dengan memberikan harapan lalu menghancurkan di kemudian hari. Mungkin juga ini jawapan sang pencipta kepada doa yang aku panjatkan kepadanya, dia memperlihatkan aku sisi gelap dunia keseronokan palsu. Yang sememangnya penuh duri, lebih rumit dari dunia realiti. Alhamdulillah, aku masih suci dari melakukan sebarang perlakuan yang bisa menjerat aku lebih dalam.

Aku bersyukur aku masih punya mereka yang berdiri teguh bersamaku tika kesusahan menghimpit. Meskipun tiada antara mereka tahu sisi gelap aku. Aku tidak akan sesekali memperjudikan persahabatan dengan dunia songsang. Cukup mereka ada di dalam dunia straight dan normal. Sedikit sebanyak reda sikit gelora hati.

Maria: Esok anda free?

Aku: Kenapa?

Maria: Jom ngopi. Area Pavi nak?

Aku: Hmm.. takpe la after CNY aku join..

Maria: Hmm ngan aku kau banyak alasan kan.. Bij. Benci kau.

Aku: Bijes. Haha. Kau ngopi pukul berapa?

Maria: Petang ah, dalam 2@3. Lets go Bij. Haha. Aku dengan Adam je.

Aku: Im Heartbroken right now. Do understand me. :'(

Maria: So same to me, please gal its about chilling, you need to go out somewhere and make you feel alive! come on gal.

Aku: Not same. Its not about study, its about somebody. Me is soo sedih right now :'(

Maria: Why?? She don't love you back? Why? tell me.. you can share. Imma like your mother bij.

Aku: She is motherfuvking curang. So fetch.

Maria: Dehel.. How dare. Don't worry lah babe. kau ni bukan tak hensem. Siap je muka aku tengok. Hensem je. **Please** Sabar lah.

Aku: Hahaha. bengong ah kau. K ah nak layan perasaan.  Aku nak delete insta aku :(

Maria: Kau ok tak ni? Rileks ok. Aku faham tapi jangan layan sangat. Just tonight je. Esok tak payah dah. Cubalah. Come on im telling you the truth. dah jom esok. 

Aku: Hmm, kau have fun jelah.

Maria: Tak join? Wei aku pun pernah kena macam kau jugak. Muka cantik macam pelakon thai pun kena game.

Aku: Still rasa sakit kot, tapi aku kental tak nangis. Rasa nak letupkan muka orang je. Takpe lah adat. K ah Chow.

Maria: Ok babe, apa2 nak share. Mak jemah ada for you. Love your self more babe.

Kau panggil aku bij (Bitch) and gal (girl)? pun boleh la. Hahaha. Ni memang conversation antara aku dan member yang rapat. So takde hal sangat. Janji tak lelebih sudah. Hmm, boipren Maria ni pun boleh tahan sado. Boleh lah kot aku mintak izin berpoligami dengan Maria nanti. :P

P/s: Bila masa bertemu ketika, kita pasti bersua. Jangan ingat duri yang kau taburkan selamanya melekat menghacurkan aku. Akan aku pulangkan kembali suatu hari nanti. Setelah selesai semua hal berkaitan pembelajaran aku. Ash? Hahaha, kau bukannya standard aku pun. Sedikit tercalar pada mulanya, tetapi bila difikirkan balik. Mana mungkin, Ibarat berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah. Moga berbahagia selagi punya waktu. ULTRA BITCH :)

Thursday, 5 February 2015

#9 Tafsir.

[Music: Statelessness]

Assalamualaikum.

Kedinginan malam membuat aku menggigil kesejukan. Lantas selimut putih ku capai lalu dihamparkan dari hujung kaki sehingga ke pangkal leher. Terasa nyaman. Baru sahaja mata ku mahu terlelap. Gumpalan seakan tali berwarna hitam timbul di penjuru katil. Pelik. Aku pasti tiada gumpalan tali disitu sebelum aku bersiap untuk tidur. 

Mata aku mengecil fokus kepada tali hitam yang bergerak-gerak. Berdiameter kecil dan besar. Sedikit demi sedikit gumpalan tali itu terurai. Lalu tali yang berdiameter besar berdiri tegak menghadap aku. Ia berbatik. Ya Allah. Mana datang pulak ular sawa ni?? Beberapa ketika kemudian aku dikejutkan oleh suara Sang Ratu yang menitahkan aku bersolat subuh. Sang ratu itu adalah Ibuku. Ohh mimpi rupanya. 


  • bermimpi memiliki ular, ertinya anda akan mendapatkan kenikmatan dan keberuntungan;
  • bermimpi memiliki ular hitam, artinya anda akan memiliki kekuatan dan kewibawan;
  • bermimpi memiliki ular kecil yang mengkilap kulitnya, artinya anda akan mendapatkan kekayaan; 
  • bermimpi melihat ular kecil tiba-tiba menjadi ular besar (ular naga) ertinya bahewa anda akan mendapat pertolongan dari orang yang berkedudukan; 
  • bermimpi melihat ular berlari mendekati ertinya anda sedang dicintai atau dirindukan orang lain secara diam-diam; 
  • bermimpi melihat ular dalam jumlah banyak dan bermacam-macam ertinya anda akan mendapatkan kebahagiaan; Sumber dipetik dari entri Mimpi Ular & Tafsirannya.

Sempat juga aku menanyakan hal ini kepada ibu ku, dan beliau jugak menyatakan tafsiran yang sama cuma terbahagi kepada dua pendapat. Pertama, mengikut kepercayaan orang tua-tua, bermimpikan ular bermaksud ada orang yang sedang merindui/menyukai kita secara senyap. Kedua, mengikut tafsiran pengamal perubatan islam ia berkaitan dengan unsur jin. Wallahualam.

Hmm, entahlah aku tak tahu nak percaya yang mana satu sebab mainan tidur je. Yang aku pelik aku takde rasa takut pun tengok ular kat kaki aku masa dia tegak berdiri pandang aku. 

31st Jan 10.44 AM

Chuck: Wahh. hebat busy kau yer.

31st Jan 12.48 PM

Chuck: Fuhhh. Kejam giler.

Malas aku nak fikir pasal ni, buat serabut kepala je. Hal study aku lagi penting. Banyak yang perlu di settlekan. Tengah dilema sama ada mahu mengambil professional course ACCA atau buat degree selain accounting yang sangat mencabar keupayaan otak yang membeku seperti aku. Malas dah nak ambik account, sedar diri tak pandai dan pemalas. Sobs Sobs. 

Either Finance, International Business, Economic, or Business Investment Analysis. Itu antara list course yang bakal aku further degree tak lama lagi. Atau mungkin ACCA. Semua masih dalam peringkat perancangan lagi. Paper ACCA pun boleh tahan tough dia and quite pricey. Kalau ikut kan suggestion ayah aku dia suruh further property management. ACCA tu pun suggestion dia.

Arghh kusut, ada kurang sebulan je lagi untuk aku buat keputusan. Aku sekarang tengah buat research pros and cons pasal field of studies yang bakal aku ceburi. Harap-harap kena dengan minat aku lah. Sebab tak guna kita study benda yang tidak mendatangkan kepuasaan pada diri kita. Right?

P/s: If ada sesiapa tahu serba sedikit pasal course yang aku listkan ni boleh lah share info. Btw, before this aku study Diploma in accounting. I guess no more accounting.