Friday, 20 March 2015

#19 Preferences.

[Music : My Destiny]
Assalamualaikum.

Kebelakangan ini ada yang bertanya pada aku, tentang citarasa atau dalam bahasa penjajahnya personal preferences. Apa dicari hati, apa mahu nya hati. Jika cinta itu hadir suatu masa nanti, insan seperti apakah yang menjadi dambaan aku?

Sebetulnya hati ini mahu sendiri melewati hari-hari gersang sang teruna. Tanpa perlu ada apa-apa ikatan mahupun komitmen pada siapapun. Aku tidak mahu menerima cinta yang umpama anginan kus-kus, bila dilepaskan bau nya semerbak hanya bertahan beberapa ketika cuma. Aku mahukan kasih yang banyak nya umpama daun pokok di hutan. Sebuah kasih yang mustahil.

"Aku lelaki yang punya jiwa, punya harga. tak mudah untuk kau perkosa hatinya. Begitu banyak nya orang di muka bumi, akan tetapi manusia yang satu itu amat sukar kau temui."

Oleh kerana ada yang bertanya, maka aku hadiahkan tinta ini pada mereka yang tertanya. Jika kau memenuhi kriteria ini. Makanya cepatlah masuk meminang. Kuang kuang kuang. Insan persis apakah yang aku minati?

Insan yang berpotensi menjadi pilihan hati ketika ini adalah mereka yang berketinggian sekitar 173-183 cm. Bagi aku range tersebut adalah ketinggian ideal kerana tinggi aku pun dah 176cm, haruslah cari yang sama tinggi. Senang nak comolot. Katanya. 

Aku meminati orang yang lebih tua dari aku, matang dari segi pemikiran. Fizikal pula, Entahlah, aku tiada specific preferences. Jangan obese melampau sudah lah. Haha. Usually, tubuh yang tegap and hugable menjadi pujaan hatiku. 

Tidak aku pandang pada harga dan jenama pakaian yang membaluti tubuh mu. Bagi aku semua itu tidak bermakna jika kau seorang pengotor. Seorang yang pembersih always turns me on. Bukan nerdish squeeky clean. At least kau tahu beza mana bersih mana kotor. Aku juga lelaki, jadi aku tahu perangai lelaki yang pemalas.

Menjadi plus point jika si dia seorang pemain bola@rugby. Pengalaman aku bersama seorang pemain rugby bernama Syah suatu ketika dahulu membuat aku mengimpikan seseorang persis sepertinya. Jealousy + Protective + Best friend. Antara elemen penting yang aku cari. Kisah syah aku pernah ceritakan di entri Kesilapanku dan Somedays.

Sejujurnya bukan paras rupa mahupun warna kulit yang menjadi keutamaan aku, yang aku mahu cuma satu, keikhlasan hati. Aku percaya hati yang baik dapat menutupi segala kelemahan yang ada pada diri seseorang. Pemikiran aku sedikit matang, jadi istilah cemburu buta itu tidak wujud sama sekali. Cuma jika sidia terkantoi berlaku curang di belakang aku. Penjelasan lanjut tiada guna nya lagi. Aku akan berlalu pergi tinggalkan dia bersama kepalsuan yang dicipta nya.




Anyway, memandangkan blog aku acap kali dikunjungi oleh silent reader yang sungguh besar kemaluan nya. Aku mengambil inisiatif mewujudkan satu ruangan baru, khas buat si pemalu. Tak kira lah kau visitor, lover mahupun hater. Anda kini boleh melayangkan bicara secara sembunyi. Katakan apa sahaja, kerana tiada siapa pun akan tahu kecuali aku. Harus di ingat i am your reflection. you'll get what you give sayaaaang. Klik pada gambar di sebelah ------->


P/s: Kepada yang bertanya tu, criteria2 penting aku dah listkan kat sini. Even if orang yang memiliki semua criteria yang aku cari, hadir depan mata sekalipun. Aku lebih suka berkawan. Kenal hati budi. Sebab aku mahukan sesuatu yang jujur bukan nafsu. I'm not the type yang mudah menuturkan bahasa cinta. Muntah.


28 comments:

  1. sedihnya org hobbit mcm shin x memenuhi criteria kebanyakkan org di luar sana.. nyesal x suka minum susu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin: kat insta kat byk jual ubat peninggi, beli lah. Hahaha. Takyah sedih2. Shin kan ramai peminat. #kenyitmata

      Delete
    2. shin...ak yg tngi ni lg lah tidak memenuhi kriteria..hahhahaa...pnah kne rejek coz ak tngi..:p

      Delete
  2. Xyah srius sgt bab ni, plihan dtgn kita, tpk dade tnye selere, jgn tanyer iman nnti ko kena sula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa, nak tnya iman gak boleh? Hahaha.

      Dah nama pun personal preferences, bila2 masa je berubah ikut keadaan. Aku pun tak kisah sgt. Hati tu penting.

      Delete
    2. Sblum ang tnya iman, bagi abg sula ang dulu, btg buluh 2ruas dok tgh keraih nih, haha

      Delete
    3. Meh sini btg buluh abg, nak tolong buang miang. Kasi licin. Hahaha.

      Delete
  3. Pilih la Jaafar On ..
    Tall, berkumis, manis, single dan juga sado.
    Yang penting pandai main bola ping pong ..
    kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nu'man: Saya juga hebat bermain ping pong awak. Mari lah kita bersama beradu tenaga. Hahaha

      Delete
  4. tinggiiii nya...hahaha...aku pun tak cukup inci jugak macam shin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kid: Baka tinggi lah bro. Takpe kasut tumit tinggi kan ada. Haha ;P

      Delete
  5. tak terdaya nak mendambai hatimu en. collins. hanya perutusan rahsia yang mampu menyinari bibit-bibit cinta kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gibb: Jika itu mahu mu, akan aku nantikan perutusan serba serbi ungu. Moga bibit-bibit cinta itu nanti seharum lavender.

      Delete
    2. moga kita bertemu jua di pintu syurga..

      Delete
    3. Aku tak sanggup kasih,
      Kehilangan dirimu,
      Walau sedetik rindu mencengkam,
      Terasa pedih...

      Delete
  6. :senyumsambilbetulkanbaju:

    Hi Nov!...saya Kamen..nice to meet you!

    ekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem ehem. malu lah nak cakap.

      erm.. #matamemandangkebawah

      Kamen.. kenapa zip seluar kau tak tutup? Malulah camni. :P

      Delete
    2. Kenapa pandangan teralih ke arah itu?

      #naughtyboy

      kah kah kah...

      Delete
    3. mata aku ni sensitif sikit. mata perogol bersiri katanya. Hahaha. =D

      Delete
  7. Tinggi ! checked !
    Umur ! I'm younger than u ! Failed!
    Pembersih ! Checked !
    Pemain rugby and bola ! Failed ! ---> kaki bangku. p/s : reti main dua biji bola lain.HAHAHAHAHa.

    So tak lepas la ni. Alaaa. Ada sesi rayuan tak ? HAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unknown : Sesi rayuan untuk kau special sikit. Kau kena lulus ujian kecergasan dan ketahanan diri. Hehe.

      P/s: nampak gaya nya kena buat tournament ping pong lah camni. Bola kena pakai sendiri punya. Hahaha

      Delete
  8. Gedikk laa ko..

    ciri2 tuk gegadis x de ke nov? Wekk =p

    ReplyDelete
  9. Rakyat Malaysia yang tinggi ke aku ni yang below the par? Pindah negeri pasir berdengung lah kalau gini...

    From my own experience dgn orang2 yang lebih tua ni (in my case, 40ishess), akan ada masalah sikit nak cari common interest. Dia zaman Madonna-who (?) kita dah zaman Beehive, or worse dia layan lagu zaman Tina Turner etc...or tiba2 dia tanya ttyl tu apa? *tepokdahi*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yum yum, 40-ish is so my type. Hahaha. Aku suka yg matang. Not childish and clingy type. Pasal common interest tu tak jadi masalah kot. Sbb not all the time berkepit.

      Maddona-whut? Haha aku tepok dahi dia ah kalau tnya aku.

      Delete