Monday, 2 March 2015

#16 Move on?

[Music: Without a Word]
Assalamualaikum.

Teringat daku pada hikayat percintaan Chuck Romeo dan Juliet Nov Collins suatu ketika dahulu. Kisah ini begitu terkesan dan membekas pada hati teruna ini. Karakter peribadi Juliet Nov Collins yang sedikit merendah diri dan bersahaja telah membuatkan Chuck Romeo jatuh cinta pandang pertama kepadanya. Chuck Romeo berani menyatakan keterujaan dia untuk memiliki Juliet Nov Collins sebagai penyeri laman hati telah membuatkan Juliet Nov Collins tersenyum menampakkan lesung pipit nya. Lalu berkata "Sungguh aku tak mampu menahan rindu, Ahh Ahh.." Seraya melepas kan anginan kus kus. "Umphh sungguh semerbak bau nya" getus hatinya. Seperti haruman ladang lavender.
Meskipun Chuck Romeo terusan berusaha memiliki seluruh hatinya, tidak pernah sekalipun dia mengungkapkan kata keramat "I love you" kerana dia tahu kata itu mampu meranap seluruh jiwanya nanti. Mereka juga pernah berjanji mahu bercengkerama dibawah bulan di pantai Kuta, Bali. Bulan dan bintang bakal menjadi saksi kecintaan aneh itu. Ya, cinta mereka sesungguhnya aneh kerana kedua-dua insan tersebut memiliki set kelengkapan perang yang sama. Masing-masing memiliki pedang. Tidak dapat dipastikan siapakah yang bakal menjadi sarung nya.
Hikayat cinta yang maha kus-kus itu terhenti, golongan marhaen kelas bawahan benama Ash Pookie Mark berjaya meragut segenap kasih yang tertaut. Juliet Nov Collins sangat murka dengan kebiadapan itu. Lantas menghilangkan diri ke kerajaan langit palsu. Seraya berkata "Aku biarkan kau menyulam cinta seketika cuma, tika aku kembali nanti, Sulaman mu itu akan aku carik menjadi kain perca yang tiada guna nya lagi"  Beliau dikhabarkan hilang kewarasan selama separuh purnama. Bila malam menjelma, kerajaan langit palsu sering kali kedengaran hilaian jeritan batin. Kadang seperti mendesah mengerang kesakitan. Setelah cukup separuh purnama maka tiada lagi suara aneh kedengaran. Sadis bukan?


Aku percaya kita semua pernah dilukakan dan dikecewakan oleh insan bernama manusia. Kau takkan jadi lebih dewasa jika kau tidak pernah merasakan apa erti kekecewaan. Percayalah kesedihan dan kekecewaan yang kau alami hari ini membentuk kau pada hari esok. Kejatuhan kau pada hari esok mengubah kau di hari lusa dan seterusnya. Mohon aku kau lupakan sebentar kisah lalu dan buka buku baru. Tiada guna menangisi barang yang lepas, cinta yang mati takkan hidup semula.


Jika ditanya kekecewaan aku bersama Chuck suatu ketika dahulu, amat pedih lagi memeritkan bagi hati teruna seperti aku untuk menerimanya. Ditambah kecurangan dia menduakan hati ini dengan memilih seseorang yang pada aku bagai langit dan bumi, Kristal dan kaca. Tetapi nak buat macam mana, cinta itu buta dan membutakan. Aku belajar untuk terima ketentuan ilahi, hidup kita masih banyak lagi untuk kita lalui. Usah buang masa pada yang tak sudi.


Aku berjaya membunuh sisa cinta bernyawa setelah lebih kurang dua minggu berperang. Hebat tak? *** libas rambut gaya maria ***


Apa yang aku buat selama dua minggu?

1. Dekatkan diri kepada sang pengcipta. Mohon pada dia kuatkan kau kembali, hapuskan segala perasaan kasih dan sayang yang bersarang dalam hati. Dan jangan lupa juga mohon pada nya buka pintu hati untuk mencintai insan selayaknya iaitu gegadis. Itu antara yang aku mohon dalam doa aku. Tuhan takkan tanya hasilnya, tapi usaha kita. So at least kita cuba lah jugak kan usha perempuan. Aku tahu perasaan dambakan kasih seorang jantan yang aumm amat mustahil untuk hilang. Tapi who caress?


2. Make your body busy. Bukan busy body okeh. Kang tak pasal kena carut. Buat lah perkara yang kau suka dan berfaedah. Contohnya baca buku, mengaji, tengok movie, mesyuarat tingkap, jahit labuci, main barbie doll, main bola, etc.. Buat lah apa-apa sahaja yang boleh menghilangkan ingatan kau pada cinta kus kus kau tu. Aku dulu rajinkan diri mengaji berzikir lepas solat, update blog sendu aku ni, disamping baca novel sejenis kat internet ini. Pastu fefeeling tekup muka kat bantal dan jerit sekuat hati.

Adik: Maa tengok angah ni putus cinta. Nangis terjerit-jerit...

Aku: Kepala hotak kau aku nangis, test vocal lah giler..

Mama: Hang gila ka? Tak payah nak putus cinta sangat lah. Spenda pun aku beli.. Study untuk masa depan lagi bagus.

Aku: Maaaaa!!


3. Excercise more. Masa yang paling baik untuk kau turunkan berat badan adalah masa kau tengah kecewa. Semangat tu jadi luar biasa disebabkan oleh rembesan hormon testosteron yang menjadi-jadi. Trust me, it works all the time. Selagi kau mampu untuk berpeluh maka berpeluhlah. Kau akan rasa kepuasan yang tiada tandingan nya. Aku peruntukan 30 minutes jogging and 20 minutes cycling so total 50 minutes lah ketiak aku berlecak. Puas kateko. Tapi kau kena bersedia lah 3 hari rasa cengkaman kat bahagian otot kaki. Rasa sakit itu lebih baik dari rasa sakit pada hati yang tak boleh kau ramas. Aktiviti lain aku buat : squat 50-150, Push-ups 30-90, lifting 30 x 3 sets. Buat apa yang kau mampu. Kalau malas sangat jogging, try to do fast walk bukan cat walk nok. Kang kena terajang dengan abam rugby pulak.


4. Kerapkan minum air kosong. Air kosong antara petua kurus paling mujarab lah selain kurangkan nasi putih. Masa kita tengah sedih degupan jantung kita berdegup laju. Jantung aku lah, tak tahu lah jantung kau rasa apa. So aku akan minum air kosong dengan kerap bagi meredakan gelojak amarah hati. Bila gelojak tu hadir aku minum lagi dan lagi. Bila sampai masa kena lah buang, kang jadi batu karang susah pulak.


5. Mandi. Aku paling suka mandi. Pergh rasa tersangat fresh. Time mandi tu kau lumur lah badan kau dengan sabun yang ada ekstrak susu lembu dan bau wangi. Ergh rasa nak gigit-gigit je body sendiri. Kuikuikui. Tetiba inzal tengok body sendiri. Lepas mandi boleh lah kau nak terbongkang. Secara tak langsung dapat menghapus kesedihan yang ada. Percayalah dirimu begitu berharga.


6. Maafkan. Sungguh propa bila Nov berbicara hal kemaafan. Ye aku bukan jenis yang mudah memaafkan orang. Bagi aku pesalah harus dihukum. Setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tetapi apakan daya aku juga manusia seperti nya. Suatu hari nanti pasti aku juga melakukan kesalahan yang sama seperti mana yang di lakukan dia padaku. Oleh itu, dengan kepalsuan level tinggi aku maafkan dia buat masa ini. Jika maaf itu dapat meredakan gelojak hati ini, Why not aku cuba. Aku tak tahu apa akan jadi pada masa depan, mungkin aku akan membalas nya, mungkin juga aku terus lupakan dia. Forgiveness isn’t saying, “I agree with what you did.” Instead, it’s saying, “I don’t agree with what you did, but I forgive you anyway.”


7. Think positive. Selepas kesemua tips di atas kau dah buat tetapi masih tidak berjaya makanya anda harus berfikiran positive. Setiap sesuatu kejadian itu tidak berlaku tanpa sebab. pasti punya sebab yang tersendiri. Anggap jelah takdir memutuskan kau kecewa harini daripada kau kecewa tika kau benar-benar sayang tahap dewa terhadap insan sepertinya. Ada satu petua aku nak share, korang cuba berdiri depan cermin dan tutup mata. Kemudian berbisik kepada diri sendiri "Mirror mirror on the wall who is the most handsome guy in the world" dan bukalah mata mu itu. Dah tahu kan siapa gerangan nya? Ssshh.. Jangan bagitahu orang lain. simpan dalam hati ok? 


Buat Mr. Unknown dan sesiapa sahaja yang sedang dalam kekecewaan, bersabarlah sampai masa berontak hati itu akan reda. Cepat atau lambat bergantung kepada individu, So aku harap tabah kan hati, kentalkan diri. Setiap manusia itu dicipta berpasangan, jangan bazirkan masa terlalu lama pada seseorang. Untuk itu aku hadiah kan lagu linangan terakhir ni. :)





P/s: Stalked crush masa tengah kecewa bagi aku normal, just tetapkan hati kau yang kau benci segala tentang dia. Secara tak langsung rasa benci tu akan menghapus seluruh rasa sayang yang bersarang dalam hati. Sampai satu tahap kau tak rasa nak berhubungan. Cara ini berhasil untuk aku, tak tahu lah kau macam mana. Anyway stay positive.


28 comments:

  1. Awak .. andai kata Nu'man juga turut tersungkur dalam gelanggang ini, sudi tak awak bawa Nu'man naik ke kerajaan langit palsu bersama awak. Saya tak pernah bernasib baik dalam hal perasaan, saya rasa melarikan diri adalah jalan terbaik. Dan kalau boleh saya nak request naik kuda terbang yang warna puteh tue. Pelissss ... kehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kau tersungkur sambutlah tangan ku,
      katakan pada ku
      akan aku bantu mu semampu aku.

      Awak, maaf kuda puteh terbang sudah pupus, maintenance tinggi tak mampu. Sobs Sobs, itik serati putih adalah. mahu?

      Delete
    2. Emmm I dont want you to help me .. I want you to love me ..kehkeh.

      Choii itik serati. Kalau itu yang mampu awk bagi. Maaf cinta saya terpaksa beralih arah. Hahaha.

      Delete
    3. Saya kan student lagi mana mampu awak. Sobs sobs. #terjunlaut

      Delete
  2. aku harap kau sntiasa ok bro.. kau dah pun aku nmpak reda dari kesuraman dari sebelum ni.. oh ye, aku ada emel kau.. c ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jap email kau yang mana satu? Tak dapat pun :3

      Kau sure tak salah send? Email aku mr.anonymous1511@gmail.com.

      Delete
  3. kerap minum air kosong tu aku setuju. dulu zaman jahiliyyah sampai kene warded akibat putus cinta, hahaha . bertabahlah juliet romeo bukan seekor, berekor2 akan datang nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak zaman renaissance ni, makin berseri bobot. Maklumlah bahagia. Hahaha.

      Itulah malas nak fikir bab cinta kus kus. :p

      Delete
    2. hahaha, motip renaissance!! ni abad ke21.. alah xyah sedih2 lah. u can get through of this prob.. sat je tu..jumpa romeo lain terus lupa yang lama. gitu. haha

      Delete
    3. oh ingatkan berseri sebab gunakan produk qu'puteh. Kuikui. Aku pun tak cari dah romeo. Tengah tunggu bapak romeo pinang aku. :P

      Delete
    4. i guna aurawhite je shake shake uols.. haha.. bapak remeo pinang untuk diri dia bukan anaknya.. taste daddy2 ke? hehe

      Delete
    5. Ohh lupa pulak hubby bunny bagi present. #jeles #balingpasu

      Lebih kurang lah. hehe. Aku prefer yang matang. Shhh.. **malu gila**

      Delete
  4. Ash Pookie Mark ?
    HAHAHHAHAAHAh.
    Adoi nama dia.

    btw, thanks a lot Nov !
    Nanti aku try.
    Muahh sikit. HAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cute en nama tu? Ala ala Thailand Khap khun khap. Hehe. Kau chill je la, jangan lelama sangat meroyan. #muahciked

      Delete
  5. Berapa lamakah lagi..
    Terpaksa aku menanti..
    Sehingga teguhnya..
    Pendirian di hati..

    Bukan hanya kepentingan..
    Malahan keegoan telah ku korbankan..
    Berlimpahan kasih sayang..
    Aku curahkan buat mu seorang..

    Kiranya semua itu..
    Tak memadai bagi mu..
    Apa sebenarnya yang kau mahu..
    Ku tak tahu..

    Kau hilang bila ku tiba..
    Kau datang bila ku kecewa..
    Terasa diri dipersenda..
    Di mana berakhirnya nanti..
    Permainan sandiwara mu ini..
    Sesungguhnya aku tak mengerti..

    Jika benar cinta itu buta..
    Butakah mata ku..
    Berkali terluka masih jua ku menunggu..
    Apa yang ku ingin kan..
    Hanya kejujuran dalam perhubungan..

    Jika itu tiada apalah ertinya..
    Penantian ini hanya sia-sia..

    #butakahcinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa, nak dengo shin nyanyi lagu mariah kari. Haha.

      suara shin mesti bak buluh perindukan? selalu karok. aku karok tak sedap. #nanges #terjunlaut

      Delete
    2. aishh mesti kamu pengsan dengo shin karok hahaha.. siyes x sedap.. bunyik meow mengeow tu lg merdu ok..

      Delete
    3. Bunyi meow yang mana satu? yang tengah mengawan tu ke? Hahaha

      Alaa nak dengo jugak Shin nyanyi lagu poreber Mariah kari. #hentakhentakkaki

      Delete
  6. nanti aku ambik tip ko k Mr Nov..hehe
    sebab sekarang dah tak main patah patah hati ni
    buat pendek umur je..hehehe..
    Baik sadokan tubuh badan then lepas tu balas dendam..haha
    chill k study betul2 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips aku ni tak tahu lah berhasil ke tak. Haha. but it works for me.
      Good2. sekarang pun tengah sado kan diri, merembes lah nanti chuck tengok. Kahkah.
      Btw. hopefully. interview hari tu success :)

      Delete
    2. not yet laH mr Nov interview tu.. sangat stress skrg..hoho

      Delete
  7. Mr.Nov bangkit lalu mengalami metamorphosis...kini dia digelar Nov Collins.

    Bagus Mr.Nov..bukan,Nov Collins...ahhh..whatever..tak guna jatuhkan martabat diri buat insan yang tak tahu menghargai.

    ingat..dirimu begitu berharga...jangan mudah bagi harga diri dekat orang lain.ambil ini sebagai pengajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr.Nov tu casual name, kalau formal boleh panggil Nov Collins. Hahaha. Mana lah tahu kot2 ada jodoh dengan si mata biru. :P

      Betul 1000x. Aku ni pun jenis yang berkawan bukan sebab nafsu tapi lebih kepada peribadi orang tu. So memang amat mustahil untuk aku "jual murah" dengan orang. Tersangat berharga!! hehe


      Delete
  8. Tahniah.. aku tau bukan senang.. tp kalau kau percaya kau boleh.. insyaAllah.. boleh..

    Weh.. ko ada lesung pipit ea? uuuu... nakk cubiitt bleh?? hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berkat doa hakak yoobi ku sayang. Kuikuikui.

      Ha'a. Cute enn? Lalala. Jangan cubit bukan mahram. :p

      Delete
    2. Hahahaa....yerr dikk..

      Eh...ha'a laa...lupa lak bukan mahram...klu cam tu nak bgi penampar guna buku je laa..hakhakhak..

      Delete
    3. Penampar pun takleh, rosak kulit nanti. Hahaha

      Delete