Tuesday, 13 January 2015

#4 Kesilapanku.

[Music: Back In Time]

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak menyelusuri garis masa sambil-sambil share sikit pengalaman Bromance aku time era persekolahan. Aww senyum palsu aku sendirian. Throwback pada tahun 2009-2010. Entry sebelum ni aku pernah mention pasal mereka yang suatu ketika dahulu mencalitkan warna dalam hidup aku. Secara tak langsung warna-warna itu lah yang mematangkan dan menjadikan aku harini. Nama aku juga pernah di sebut-sebut di dalam satu blog. Sebelum ia ditutup. Maybe author tu tahu aku baca blog dia. Member aku je pun, one of the people from the past.

 Faktor kemurungan dan kekecewaan membuat kan aku hilang, Ya, hilang dari dunia mereka. Bak kata Najwa latif: (Bait lagu Hilang)

Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku,
Dan mungkin kau takkan sedar kewujudanku
Tapi ku ingin kau Tahu
Ku akan mencintaimu

Ooooh

Dan aku hilang, hilang
Dari cintamu dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu oh milikmu

Bagi memastikan misi aku berjaya, beberapa langkah drastik lagi berani diambil antaranya : Phone number ditukar, FB aku deactivate,  And NEVER sign-up any Social Network ever since then. Yes I did that. Hampir 4 tahun aku mengelak dari bertembung dengan mereka. The good thing is aku berjaya maintain secrecy till now. 

Tahun 2009

Tahun ini bermulalah episod paling manis zaman keremajaan. Aku mula kenal erti keindahan sebuah persahabatan. Keperitan sebuah pengkhianatan. Full package, semua aku rasai dan alami sendiri. Bait lagu Wajah rahsia hati perfectly described how i felt that day.

Dalam kehidupan ini
yang terindah,
melalui usia remaja,
senda gurau suka duka silih berganti,
meninggalkan kesan abadi,

Chorus:
Ohh Berdebar-debar hatinya,
Kali pertama bertentang mata,
Inilah pengalaman
harus ditempuhi tiap insan

kenakalan atau kesungguhan,
Sukar mencari perbezaan
betapa kau cuba melindungi
Jelas diwajah rahsia hati

Repeat all over again come on!!!

Alhamdulillah, rentetan keputusan PMR aku yang memberangsangkan, Aku di terima masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh separa kerajaan di bahagian utara tanah airKat mana? Biarlah rahsia. Kang kantoi pulak dengan member aku, bukan aku tak tahu ramai je budak Hostel sejenis. **rolling eyes**

So bermulalah episod keremajaan yang penuh dengan kegemilangan aku. Berbekalkan dengan package kurniaan sang pencipta, Aku mudah membolosi carta hati student kat sana. Dah lah Hensem, tinggi, jambu, baik pulak tu, Haruslah masuk carta hati. Hahaha. Sila muntah sebaldi.

Serius aku tak tipu. Maybe sebab tu la aku kenal semua orang dalam batch aku. Aku tak pernah pun pilih siapa kawan aku. Baik, jahat, pandai, bodoh, hensem mahupun hodoh tetap aku pandang sama. Tapi, percaturan tuhan itu hebat. Maha hebat. Aku tak pernah rasa insecure dengan member sendiri. yelah kalau dulu time sekolah harian dalam geng aku, orang akan admired aku lebih lah dari member aku. Tapi kat sana member aku pulak yang dapat perhatian lebih sikit je dari aku. Aaaa menci mencii.

Takdir satu kan aku dengan 7 orang roommate pelbagai background, macam2 ragam. Kitorang rapat antara satu sama lain. Tapi aku paling rapat dengan seorang mamat ni nama dia Syah. Aku tak sure apa yang buatkan kitorang rapat. Mula2 tu aku tak berapa suka sangat dia ni. Sebab masa orientation week aku perasan dia ni jenis mencapap. Terlalu tonjolkan diri. Mentang2 lah muka ala-ala pak arab.

Syah ni pun bukan calang2 orang, antara hotstuff jugak masa tu. Orangnya tinggi 176-178cm (sama tinggi dengan aku), tegap, bertubuh sasa. First time aku tengok live orang melayu ada six pack. Maklumlah stay sebilik. Haruslah cuci mata. Dia anak orang berada. Aku ni biasa je. So memang para gegadis geletis tak kira junior, senior semua admired dia.

Level keakraban kitorang dah macam adik beradik dah time tu. Kemana je kitorang pergi mesti berdua. Sweet kan? Tanya lah siapa je, mesti dorang kenal belangkas hot time tu. First time aku rasa ada true friends. Almost everything dia akan utamakan aku.

Syah: Nov, lambat lagi ke?
**berdiri kat pintu, sambil makan biskut hasil pau dari aku**
Aku: Jap,. Aku nak pakai tie ni.

Syah: Lambat dah ni, nak start roll call dah wei.

Aku: Kau pegi ah dulu, aku lambat sikit.

Syah: Mana boleh, kau kan Bestfriend aku..kena gerak sekali.

Aku: Yelah-yelah jom!

Dulu kala, aku ni jenis penakut sikit bila duduk bergelap. Nak pulak banyak kisah mistik kalau bercerita pasal asrama kat malaysia ni. Aku ingat lagi first week aku bermalam kat Hostel. Asrama wajib lights off pada pukul 11 malam. Giler cuak aku sampai tak boleh tido. Habis meremang bulu kaki aku. Sangat tak kewl Mr.Nov ketika itu.. Kat rumah sendiri pun aku tido pasang lampu ni kat tempat orang lagi lah berganda-ganda cuak.

Roommate aku perasan kegelisahan aku time tu. Dengan menggunakan otak geliga dorang. Satu penyelesaian berjaya dirumuskan, Katil single bed dijadikan queen size bed. Katil Syah dirapatkan dengan katil seorang lagi roomate aku untuk memboleh kan seorang putera raja beradu di tengah in between Syah dan Iqbal. Rasa selamat gila dari hantu, yelah di apit oleh body guard sado. Kahkah Bila teringat balik, gedik gila kau Mr.Nov. Bila lagi nak merasa? :P



Syah ni walaupun dia player rugby, dia tak pernah pun membelakangkan aku sebagai kawan. After dia habis game kat padang comfirm balik bilik cari aku. Baik sikit, dia cari aku pun bukan untuk buat tak senonoh. Saje nak gurau-gurau sambil pau makanan aku. Siot betul. Nasib baik belangkas aku. Kalau aku tak mandi lagi dia ajak mandi. (Shower lain-lain ah) Inesen gila aku time tu. If sekarang dia ajak aku, comfirm dah jadi lauk. Meoww

Kalau hujung minggu dia balik rumah sedara, dia akan tinggalkan baldi baju dia kat aku. Boleh lah buat modal lepaskan rindu. Haha. Takdelah gurau je, dia suruh aku hantar dobi lepas tu jemurkan. Even boxer kecik dia pun aku jemurkan satu-satu. Rapat tak rapat kitorang time tu. Siapa tak terliur dengan boxer abam rugby? Grr..

Syah: Nov, minggu ni aku tido rumah sedara aku. parents aku datang.

Aku: Oh okay

Syah: Kau tolong hantarkan baju aku ke dobi eh.

Aku: Apesal pulak? kau hantar sendiri.

Syah: Hantarkan lah. Kau kan bibik aku. Hehe. pahala kot tolong member. nanti aku bawak makanan kat kau.

Aku: Yelah-yelah

Syah: Sidaikan sekali eh. Penyepit baju smua ade kat meja study aku. Kau ambik kat situ.

Aku: Amboi lelebih nampak.

Syah: Aku bawak makanan kat kau nanti. Hehe, kau ok kan duk sorang?

Aku: Hahaha, kau ingat aku macam kau, Homesick? Pasal baju kau jangan risau ah, nanti aku settlekan.

Before lights off dia akan ajak aku gosok gigi. Kalau aku gosok gigi tak ajak dia memang dia akan bebel pastu buat muka frust. Bayangkan budak rugby buat muka frust. Cute enn?? Habis keluar otot pipi. Grr. Standard lah budak asrama time tu, semua bende nak buat sama. Kalau aku settle gosok gigi and basuh muka dulu daripada dia, aku slow2 jalan keluar pastu tutup lampu, tutup pintu. Haha saje je bagi dia cuak. Dia tak cuak pun, ngajing aku adalah.

Kalau masa prep malam, dia datang study kat meja aku. Saje buat semak. Kadang datang meja aku bukan study pun, dia boleh bantai tidor. Selekeh gila air liur meleleh. Habis prep aku kejutkan makan supper kat dewan makan. Nak tinggal sorang-sorang kat class. Kesian pulak, Nampak sangat tak berhati perut. Hahaha. Aku seriusly tak kesah pun. Aku rasa diri di hargai sangat oleh seorang  yang aku gelar sahabat. Masa tu aku adelah jugak syak dia 'sesuatu' sebab background dia pun sebelum tu dia study kat all boys school. Tapi aku tak pernah tanya pun, just buat tak tahu je.

Aku ingat lagi ada satu hari tu time prep petang, dia cam biasa study kat meja aku berdua. Study either physics or biology, not sure. Dia bosan study, so dia conteng meja aku. lukis sesuatu.. Kau nak tahu dia lukis apa?

Aku: Woi seronok nampak conteng meja aku.

Syah: Ahh biar lah bukan meja kau pun.

Aku: Hmm suka hati kau ah.

Syah: Nov, cuba kau teka apa aku lukis? hehe

Aku: hmm mende kau lukis ni? **Mata aku membulat**

Syah: Hahaha, lolipop ah. kau ni..

Aku: Yeke?? aku nampak bende lain.. Hahaha, jap lagi padam balik.

Really? aku iyakan je lah, sebab duo aku jugak. Aku tak bodoh lah sayang, Aku buat-buat bodoh pun sebab kau. Aku tahu kau ada perasan sama macam aku, cuma masing-masing cuba act kewl. Terlalu berhati-hati dan mungkin ego.


Tapi langit tak selalu nya cerah, pasti akan mendung adakalanya hujan lebat. Di penghujung tahun, persahabatan kami mula diuji. Perasaan sayang kepada seorang sahabat bertukar kepada perasaan ingin memiliki. Perasaan bromance aku menjadi-jadi, aku jadi cemburu melihat dia bergelak ketawa dengan orang lain. Aku cemburu tika ada gegadis cuba menghimpit cuba mengalihkan perhatian yang selama ini milik aku. What is wrong with you bijes? Hati aku kian sakit tatkala melihat dia bergurau sambil lengan nya yang berotot itu merangkul leher atau bahu orang lain. Aku memberontak. Celaka selama ini ia milik aku.

Bagi mengelakkan aku meroyan seperti seorang isteri kematian suami, aku mula menjauhkan diri. cuba merapati orang lain. Takde masalah pun bagi aku nak cari orang lain buat belangkas. Konon2 nak bagi dia jeles. Tak buat belangkas pun, just jadi prop je. Semua perkara harian yang terbiasa kitorang lakukan bersama sebelum ni, Aku buat sorang tanpa mengajak dia. Padan muka. Ya, Padan muka AKU!! im at loss, not him. Dia ada jugak cuba rapat balik dengan aku, gurau-gurau. Tanya sama ada dia ada buat salah ke. Sesungguh nya ego Mr.Nov sangat tinggi mengatasi gunung everest. Aku buat macam aku tak salah apa-apa. Pfft.

Tirai 2009 dilabuhkan bersama keegoaan masing-masing. Apa yang pasti persahabatan kami menjadi taruhan. Tiada yang mahu beralah, masing-masing membawa haluan sendiri. Perasaan rindu dendam aku membuak-buak. Semakin aku nafikan, semakin tebal perasaan itu dipupuk. Ia mekar bak cendawan selepas hujan.


P/s: One fine day this year, i shall confront them back. Itu salah satu to-do-list aku tahun ni. Dah tiga kali gathering aku absence. Hope everything will run smooth as planned. Ameen.

Hmm.. Excited pulak Chuck ajak Dinner date awal February nanti. Katanya nak impress me kaw-kaw. Hahaha.


11 comments:

  1. seronok boleh ber'bromance' dengan kawan sendiri tapi masalah besar kalau dah melibatkan hati dan perasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indah cukup indah. Sehingga hati aku berderai bak kaca di hempas ke lantai. Robek nya hanya tuhan sahaja tahu. Tapi aku masih mampu senyum menahan perit. Seperti selalu. :)

      Delete
  2. Pergi prep .. mencapap .. haha .. northern boarding school sgt !! Haha
    Nasib baik saya tak taste kat budak sado macam rugby player ..klu tak mesti paksa awk introduce dia kat saya .. hekhek :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam awak, merantau negeri orang. Sudahlah kunci hati saya di buang ke dalam laut andaman. Setahun saya menyelam untuk dapat kan kunci tu balik. Kalau tidak selamanya hati ini miliknya seorang. :(

      Delete
  3. Kadang2 di sebabkan ego kita kehilangan sesuatu yang amat berharga. Dulu saya pun macam tu je. Tapi nak buat macam mana masa tak boleh diundurkan kembali. Hidup harus di teruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, apa pun pengalaman mengajar kita lebih matang. Tapi bukan salah saya awak. Haha
      ** masih dengan ego lama**

      Delete
  4. Boxer abam rugby yer ?
    ehem. HAHA.
    Syok arr dapat dinner date dengan Chuck !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem ehem kisah lama. Kalau ada time-machine. Aku dah cilok satu, simpan buat kenangan. Haha.

      Next boxer Chuck maybe? Eh..
      Huhu tak tahu kat mana dia nk bawak. Katanya rahsia.

      Delete
    2. Kah kah kah kah.
      U make me gelak la bro.
      Lain kali cilok siap-siap zaman dulu-dulu.
      ehhh.

      Amboi nak boxer Chuck yer. Siap tahu dia pakai boxer dah ni. ekekekeke. ehem2.

      I bet must be a romantic place ! Wahh bestnya !

      Delete
    3. Aku inesen lg time tu :(

      Hahaha kau jgn pk bukan2, aku rasa lah dia pakai boxer sbb aku pun pakai jugak. Eh

      Delete
  5. Situation same like me at hostel. . now kita org tk serapat dulu. . dan terasa awkward sgt. . hemmmm

    ReplyDelete