Monday, 30 March 2015

#20 Kiddo.

[Music: Statelessness]

Assalamualaikum.

Kids nowadays? Not bad. Boleh tahan umpph. Kegilaaan apakah Nov? Adakah ini petanda bahawa Nov mula meminati golongan bawah umur? Jeng Jeng Jeng.

Al kisahnya, baru-baru ini Nov test market di padang rugby. Boleh pulak tercrush pada seorang mamat ni. rugby player berumur 19 yrs old. Sekadar suka, takde lah lelebih. Aku accidentally tercrush on this guy pun sebab beliau memiliki paras rupa yang sungguh matang. Kalau dik non tengok, gerenti merembes tepi padang. tu belum tengok aku lagi, mahu termeninggal gamaknya. Hahaha.

Iklan penaja: 
So para lelaki yang berumur sekitar 17-99 tahun anda layak untuk memenangi hati Nov Collins dengan syarat rupa haruslah matang. Berketinggian wajib 173cm ke atas. Tidak perlu kacak, kerana kacak itu subjektif. 
Bagi gegadis geletis pula, muka peliss jangan matang sangat, kang orang tak tahu nak beza mana satu suami. Maklumlah Nov Collins kan awet muda. Hihi. Gegadis tersebut harulah pandai jaga kehormatan diri. Hormati orang tua. Sudah cukup buat aku.
Berminat? Type nama & lengkapkan ayat berikut, "Saya suka Nov Collins kerana..." dan hantar ke 24434. Permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi. Terima Kasih.

So berbalik kepada topic utama iaitu Kiddo aka Underage kids. Aku percaya ada di antara kita mungkin meminati budak bawah umur yakni pelajar sekolah. Minat yang macam mana itu terpulang pada individu. Ada orang minat nya sekadar suka melihat telatah budak sekolah, tak kurang juga minat nak buat adik angkat. Motif sangat kan. Kat luar je abang adik, masuk bilik terus mencanak terangkat.

Itu semua hak individu, aku tak nak masuk campur. Berani buat berani tanggung. Pandai makan pandai simpan. Tak gitu? Cuma satu je lah aku nak pesan, apa-apa aktiviti yang melibatkan mereka yang masih dibangku sekolah adalah bahaya. tak kesah lah niat asal kau sekadar nak jaga kebajikan dan keselamatan budak tu. If anything happens to that Kids, semua kesalahan itu secara automatic berada di bahu kau.

Lets say you're having hubungan "intim" dengan budak yang kau bela. Budak tu pun melakukan secara suka rela, dan kau pasti tiada paksaan mahupun kekerasan berlaku ke atas "budak" tersebut. Happy ending? Nope. Percayalah, satu hari nanti akan terkantoi jugak.

Kau ingat family or parents "budak" tu akan lepaskan kau? Tak mungkin. Dorang akan sehabis baik tuntut keadilan meskipun anak dia jugak harus dipersalahkan. In the end, kau end up dalam penjara terbiar sepi bersama punggung yang berbirat. Erghh.

So fikir-fikirkan lah ye wahai abang angkat dan bapak angkat di luar sana. Bukan tak boleh nak ber"abang angkat" or ber"sugar daddy" boleh apa salah nya, tapi kena cari yang sebaya Nov Collins, barulah selamat lebih afdal gitu. ***blushing***




Friday, 20 March 2015

#19 Preferences.

[Music : My Destiny]
Assalamualaikum.

Kebelakangan ini ada yang bertanya pada aku, tentang citarasa atau dalam bahasa penjajahnya personal preferences. Apa dicari hati, apa mahu nya hati. Jika cinta itu hadir suatu masa nanti, insan seperti apakah yang menjadi dambaan aku?

Sebetulnya hati ini mahu sendiri melewati hari-hari gersang sang teruna. Tanpa perlu ada apa-apa ikatan mahupun komitmen pada siapapun. Aku tidak mahu menerima cinta yang umpama anginan kus-kus, bila dilepaskan bau nya semerbak hanya bertahan beberapa ketika cuma. Aku mahukan kasih yang banyak nya umpama daun pokok di hutan. Sebuah kasih yang mustahil.

"Aku lelaki yang punya jiwa, punya harga. tak mudah untuk kau perkosa hatinya. Begitu banyak nya orang di muka bumi, akan tetapi manusia yang satu itu amat sukar kau temui."

Oleh kerana ada yang bertanya, maka aku hadiahkan tinta ini pada mereka yang tertanya. Jika kau memenuhi kriteria ini. Makanya cepatlah masuk meminang. Kuang kuang kuang. Insan persis apakah yang aku minati?

Insan yang berpotensi menjadi pilihan hati ketika ini adalah mereka yang berketinggian sekitar 173-183 cm. Bagi aku range tersebut adalah ketinggian ideal kerana tinggi aku pun dah 176cm, haruslah cari yang sama tinggi. Senang nak comolot. Katanya. 

Aku meminati orang yang lebih tua dari aku, matang dari segi pemikiran. Fizikal pula, Entahlah, aku tiada specific preferences. Jangan obese melampau sudah lah. Haha. Usually, tubuh yang tegap and hugable menjadi pujaan hatiku. 

Tidak aku pandang pada harga dan jenama pakaian yang membaluti tubuh mu. Bagi aku semua itu tidak bermakna jika kau seorang pengotor. Seorang yang pembersih always turns me on. Bukan nerdish squeeky clean. At least kau tahu beza mana bersih mana kotor. Aku juga lelaki, jadi aku tahu perangai lelaki yang pemalas.

Menjadi plus point jika si dia seorang pemain bola@rugby. Pengalaman aku bersama seorang pemain rugby bernama Syah suatu ketika dahulu membuat aku mengimpikan seseorang persis sepertinya. Jealousy + Protective + Best friend. Antara elemen penting yang aku cari. Kisah syah aku pernah ceritakan di entri Kesilapanku dan Somedays.

Sejujurnya bukan paras rupa mahupun warna kulit yang menjadi keutamaan aku, yang aku mahu cuma satu, keikhlasan hati. Aku percaya hati yang baik dapat menutupi segala kelemahan yang ada pada diri seseorang. Pemikiran aku sedikit matang, jadi istilah cemburu buta itu tidak wujud sama sekali. Cuma jika sidia terkantoi berlaku curang di belakang aku. Penjelasan lanjut tiada guna nya lagi. Aku akan berlalu pergi tinggalkan dia bersama kepalsuan yang dicipta nya.




Anyway, memandangkan blog aku acap kali dikunjungi oleh silent reader yang sungguh besar kemaluan nya. Aku mengambil inisiatif mewujudkan satu ruangan baru, khas buat si pemalu. Tak kira lah kau visitor, lover mahupun hater. Anda kini boleh melayangkan bicara secara sembunyi. Katakan apa sahaja, kerana tiada siapa pun akan tahu kecuali aku. Harus di ingat i am your reflection. you'll get what you give sayaaaang. Klik pada gambar di sebelah ------->


P/s: Kepada yang bertanya tu, criteria2 penting aku dah listkan kat sini. Even if orang yang memiliki semua criteria yang aku cari, hadir depan mata sekalipun. Aku lebih suka berkawan. Kenal hati budi. Sebab aku mahukan sesuatu yang jujur bukan nafsu. I'm not the type yang mudah menuturkan bahasa cinta. Muntah.


Sunday, 15 March 2015

#18 Balloon.

Assalamualaikum.

 Hajat di hati nak pergi Hot Air balloon fiesta sambil-sambil test market bak kata Maria. Akan tetapi apakan daya, tetiba teringat kisah lalu. Hampeh betul.


Sebuah angan yang kini terbang bersama belon udara panas di putrajaya. Aku putus kan untuk tidak menjejakkan kaki ke tapak pesta tahun ini. Malas aku nak besar kan cerita, mana lah tahu kot2 Chuck dengan Ash date kat sana time aku pergi. Tak mustahil sebab haritu pun dia plan nak naik Broga dengan aku, last2 dia naik dengan Ash. Kimak tul.

Sebuah angan yang ULTRA BULLSHIT.


See.. chat kau pun dah macam gumpalan kertas. Ye, kau ibarat sampah. 


P/s: Anyway i'm not into any relationship nowadays, just want to be a loner.

Tuesday, 10 March 2015

#17 Selfie.

[Music: Dark Angel]

Assalamualaikum.

23rd Jan 10.16 PM

Aku: Hi.. tengah buat pe?

24th Jan 7.16 PM

Chuck: Hi. So sorry, baru closing tender rink. Sumpah busy giler weh. [Image]

24th Jan 11.04 PM

Aku: Oh yeke, ingatkan kau dah taknak layan aku...


Anyway aku dah completely move on. Maybe ada antara korang akan cakap "Dah tu kenapa include conversation kau dengan chuck kat sini?" Saje nak buat throwback sikit. Sebenarnya apa yang bakal aku tulis ini berkait rapat dengan image yang pernah Chuck send pada aku suatu ketika dahulu. Its his fucking selfie.

Ya, gambar selfie yang suatu ketika dahulu menjadi pujaan hati tetapi kini tidak lagi, meski ditoreh dibakar hangus pun, aku tak peduli. Beberapa hari lepas aku secara tersengaja stalked insta si Ash kimak tu. Sebijak mana pun dia sembunyikan kisah cinta yang maha kus kus tu, takkan pernah bisa mengaburi mata aku. Masih juga terlihat bayangan Chuck disitu.

Dalam banyak-banyak gambar ada satu gambar yang menarik perhatian aku. Tarikan itu tidak pada insan yang terpotret tetapi pada baju merah tersarung megah dibadan Ash dan berlatar belakangkan sebuah apartment yang sememangnya aku kenal. 

Setahu aku baju itu milik Chuck. Apartment itu kediaman Chuck. Aku terfikir bagaimana bisa baju itu tersarung di badan Ash? Apakah ini petanda bahawa mereka bakal dikurniakan zuriat setelah cukup 9 purnama? Jeng jeng jeng.

Dalam pada itu, aku terbaca sesuatu yang menjengkelkan tercoret di ruangan comment. Tulisan Ash "Chuck, baju kau sidai tak semalam? basuh baju malam buta, memekak tahu! Ahaha". This is getting interesting, they're both finally living in one room, baring pada katil yang sama di bawah satu selimut. So sweet.


Actually dalam case aku ni Ash telah pun berjaya merebut takhta haktuih tersebut. Bukan setakat tinggal sebumbung, kongsi baju, dan kenduri aqiqah malam jumaat je. Handphone Chuck juga berada dalam kuasa genggaman si lahanat itu. Implikasi nya, wechat aku telah di block tanpa belas ihsan.

Aku tak kesah pun lah kau block aku kat wechat. Tak terasa sikit pun. Kalau kau tak block aku pun, macam lah aku nak text kau pulak, kan? Aku ni jenis yang takkan merayu untuk memiliki sesuatu. Lagi-lagi membabitkan hati dan perasaan.

Beberapa hari lepas jugak, satu gambar di muat naik ke laman insta you know who, definitely not Ash's. 


Suatu ketika dahulu genggaman erat tangan ini menjadi punca kepedihan hulu hati, namun kini tidak lagi. Kerana watak aku diganti Ash yang serba serbi bodoh. Tidak tahu atau mungkin bodoh sejak azali lagi. Aku kurang pasti.

Maka benarlah cinta sejenis itu tidak ada ketelusan, penuh dengan kepalsuan dan pembohongan. Kata manis meniti di bibir sedangkan tangan secara sembunyi erat berpeluh bersama tangan insan lain. Mana pergi rasa cinta? Sayang kau? Murah sungguh sentuhan kau Chuck. Mujur tempat aku diganti Ash.

Buat ash, Kau kan murah. Haruslah dapat barang murah. Aku hanya mampu tersenyum kepuasan mengenangkan nasib kau. Di dua kan tanpa kau sedar.

Monday, 2 March 2015

#16 Move on?

[Music: Without a Word]
Assalamualaikum.

Teringat daku pada hikayat percintaan Chuck Romeo dan Juliet Nov Collins suatu ketika dahulu. Kisah ini begitu terkesan dan membekas pada hati teruna ini. Karakter peribadi Juliet Nov Collins yang sedikit merendah diri dan bersahaja telah membuatkan Chuck Romeo jatuh cinta pandang pertama kepadanya. Chuck Romeo berani menyatakan keterujaan dia untuk memiliki Juliet Nov Collins sebagai penyeri laman hati telah membuatkan Juliet Nov Collins tersenyum menampakkan lesung pipit nya. Lalu berkata "Sungguh aku tak mampu menahan rindu, Ahh Ahh.." Seraya melepas kan anginan kus kus. "Umphh sungguh semerbak bau nya" getus hatinya. Seperti haruman ladang lavender.
Meskipun Chuck Romeo terusan berusaha memiliki seluruh hatinya, tidak pernah sekalipun dia mengungkapkan kata keramat "I love you" kerana dia tahu kata itu mampu meranap seluruh jiwanya nanti. Mereka juga pernah berjanji mahu bercengkerama dibawah bulan di pantai Kuta, Bali. Bulan dan bintang bakal menjadi saksi kecintaan aneh itu. Ya, cinta mereka sesungguhnya aneh kerana kedua-dua insan tersebut memiliki set kelengkapan perang yang sama. Masing-masing memiliki pedang. Tidak dapat dipastikan siapakah yang bakal menjadi sarung nya.
Hikayat cinta yang maha kus-kus itu terhenti, golongan marhaen kelas bawahan benama Ash Pookie Mark berjaya meragut segenap kasih yang tertaut. Juliet Nov Collins sangat murka dengan kebiadapan itu. Lantas menghilangkan diri ke kerajaan langit palsu. Seraya berkata "Aku biarkan kau menyulam cinta seketika cuma, tika aku kembali nanti, Sulaman mu itu akan aku carik menjadi kain perca yang tiada guna nya lagi"  Beliau dikhabarkan hilang kewarasan selama separuh purnama. Bila malam menjelma, kerajaan langit palsu sering kali kedengaran hilaian jeritan batin. Kadang seperti mendesah mengerang kesakitan. Setelah cukup separuh purnama maka tiada lagi suara aneh kedengaran. Sadis bukan?


Aku percaya kita semua pernah dilukakan dan dikecewakan oleh insan bernama manusia. Kau takkan jadi lebih dewasa jika kau tidak pernah merasakan apa erti kekecewaan. Percayalah kesedihan dan kekecewaan yang kau alami hari ini membentuk kau pada hari esok. Kejatuhan kau pada hari esok mengubah kau di hari lusa dan seterusnya. Mohon aku kau lupakan sebentar kisah lalu dan buka buku baru. Tiada guna menangisi barang yang lepas, cinta yang mati takkan hidup semula.


Jika ditanya kekecewaan aku bersama Chuck suatu ketika dahulu, amat pedih lagi memeritkan bagi hati teruna seperti aku untuk menerimanya. Ditambah kecurangan dia menduakan hati ini dengan memilih seseorang yang pada aku bagai langit dan bumi, Kristal dan kaca. Tetapi nak buat macam mana, cinta itu buta dan membutakan. Aku belajar untuk terima ketentuan ilahi, hidup kita masih banyak lagi untuk kita lalui. Usah buang masa pada yang tak sudi.


Aku berjaya membunuh sisa cinta bernyawa setelah lebih kurang dua minggu berperang. Hebat tak? *** libas rambut gaya maria ***


Apa yang aku buat selama dua minggu?

1. Dekatkan diri kepada sang pengcipta. Mohon pada dia kuatkan kau kembali, hapuskan segala perasaan kasih dan sayang yang bersarang dalam hati. Dan jangan lupa juga mohon pada nya buka pintu hati untuk mencintai insan selayaknya iaitu gegadis. Itu antara yang aku mohon dalam doa aku. Tuhan takkan tanya hasilnya, tapi usaha kita. So at least kita cuba lah jugak kan usha perempuan. Aku tahu perasaan dambakan kasih seorang jantan yang aumm amat mustahil untuk hilang. Tapi who caress?


2. Make your body busy. Bukan busy body okeh. Kang tak pasal kena carut. Buat lah perkara yang kau suka dan berfaedah. Contohnya baca buku, mengaji, tengok movie, mesyuarat tingkap, jahit labuci, main barbie doll, main bola, etc.. Buat lah apa-apa sahaja yang boleh menghilangkan ingatan kau pada cinta kus kus kau tu. Aku dulu rajinkan diri mengaji berzikir lepas solat, update blog sendu aku ni, disamping baca novel sejenis kat internet ini. Pastu fefeeling tekup muka kat bantal dan jerit sekuat hati.

Adik: Maa tengok angah ni putus cinta. Nangis terjerit-jerit...

Aku: Kepala hotak kau aku nangis, test vocal lah giler..

Mama: Hang gila ka? Tak payah nak putus cinta sangat lah. Spenda pun aku beli.. Study untuk masa depan lagi bagus.

Aku: Maaaaa!!


3. Excercise more. Masa yang paling baik untuk kau turunkan berat badan adalah masa kau tengah kecewa. Semangat tu jadi luar biasa disebabkan oleh rembesan hormon testosteron yang menjadi-jadi. Trust me, it works all the time. Selagi kau mampu untuk berpeluh maka berpeluhlah. Kau akan rasa kepuasan yang tiada tandingan nya. Aku peruntukan 30 minutes jogging and 20 minutes cycling so total 50 minutes lah ketiak aku berlecak. Puas kateko. Tapi kau kena bersedia lah 3 hari rasa cengkaman kat bahagian otot kaki. Rasa sakit itu lebih baik dari rasa sakit pada hati yang tak boleh kau ramas. Aktiviti lain aku buat : squat 50-150, Push-ups 30-90, lifting 30 x 3 sets. Buat apa yang kau mampu. Kalau malas sangat jogging, try to do fast walk bukan cat walk nok. Kang kena terajang dengan abam rugby pulak.


4. Kerapkan minum air kosong. Air kosong antara petua kurus paling mujarab lah selain kurangkan nasi putih. Masa kita tengah sedih degupan jantung kita berdegup laju. Jantung aku lah, tak tahu lah jantung kau rasa apa. So aku akan minum air kosong dengan kerap bagi meredakan gelojak amarah hati. Bila gelojak tu hadir aku minum lagi dan lagi. Bila sampai masa kena lah buang, kang jadi batu karang susah pulak.


5. Mandi. Aku paling suka mandi. Pergh rasa tersangat fresh. Time mandi tu kau lumur lah badan kau dengan sabun yang ada ekstrak susu lembu dan bau wangi. Ergh rasa nak gigit-gigit je body sendiri. Kuikuikui. Tetiba inzal tengok body sendiri. Lepas mandi boleh lah kau nak terbongkang. Secara tak langsung dapat menghapus kesedihan yang ada. Percayalah dirimu begitu berharga.


6. Maafkan. Sungguh propa bila Nov berbicara hal kemaafan. Ye aku bukan jenis yang mudah memaafkan orang. Bagi aku pesalah harus dihukum. Setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tetapi apakan daya aku juga manusia seperti nya. Suatu hari nanti pasti aku juga melakukan kesalahan yang sama seperti mana yang di lakukan dia padaku. Oleh itu, dengan kepalsuan level tinggi aku maafkan dia buat masa ini. Jika maaf itu dapat meredakan gelojak hati ini, Why not aku cuba. Aku tak tahu apa akan jadi pada masa depan, mungkin aku akan membalas nya, mungkin juga aku terus lupakan dia. Forgiveness isn’t saying, “I agree with what you did.” Instead, it’s saying, “I don’t agree with what you did, but I forgive you anyway.”


7. Think positive. Selepas kesemua tips di atas kau dah buat tetapi masih tidak berjaya makanya anda harus berfikiran positive. Setiap sesuatu kejadian itu tidak berlaku tanpa sebab. pasti punya sebab yang tersendiri. Anggap jelah takdir memutuskan kau kecewa harini daripada kau kecewa tika kau benar-benar sayang tahap dewa terhadap insan sepertinya. Ada satu petua aku nak share, korang cuba berdiri depan cermin dan tutup mata. Kemudian berbisik kepada diri sendiri "Mirror mirror on the wall who is the most handsome guy in the world" dan bukalah mata mu itu. Dah tahu kan siapa gerangan nya? Ssshh.. Jangan bagitahu orang lain. simpan dalam hati ok? 


Buat Mr. Unknown dan sesiapa sahaja yang sedang dalam kekecewaan, bersabarlah sampai masa berontak hati itu akan reda. Cepat atau lambat bergantung kepada individu, So aku harap tabah kan hati, kentalkan diri. Setiap manusia itu dicipta berpasangan, jangan bazirkan masa terlalu lama pada seseorang. Untuk itu aku hadiah kan lagu linangan terakhir ni. :)





P/s: Stalked crush masa tengah kecewa bagi aku normal, just tetapkan hati kau yang kau benci segala tentang dia. Secara tak langsung rasa benci tu akan menghapus seluruh rasa sayang yang bersarang dalam hati. Sampai satu tahap kau tak rasa nak berhubungan. Cara ini berhasil untuk aku, tak tahu lah kau macam mana. Anyway stay positive.