Sunday, 11 January 2015

#3 Telan Kataku.

Assalamualaikum.

Hari ni tergerak hati aku untuk post something kat blog aku yang tak berapa nak Havoc ni. Hormon menulis kembali mungkin? Rasa bertanggung-jawab tehadap masyarakat membuatkan aku nekad untuk menjadi keyboard warrior di halaman sendiri. Puii.

Anyway, Aku just nak share idea mengenai long-term-relationship. Dan ini mungkin boleh bantu serba sedikit Aku, Kau dan Dia dalam menjalani hidup sebagai seorang yang songsang dengan aman dan bebas dari penyakit. Idea ni tidak bermaksud aku menghalalkan apa yang haram. Think positive please?



Idea ni basically apa yang aku praktikan. Aku rasa ada baik nya kalau aku share dengan orang lain. Kalau rasa apa yang aku post ini salah dan tak betul macam orang gila, abaikan je lah. Aku tak expect semua orang boleh terima apa yang kita sampai kan. So thats it.

Aku 100% sure, semua orang termasuk kau, kau dan kau impikan satu hubungan yang berkekalan selamanya. Happy ending kan? Two words for you, verangan u'olls. Untuk hubungan hetero, mungkin ya bahagia sampai ke syurga. But untuk kisah kita memang tak lah. Ini fakta yang aku, kau dan dia kena telan dan terima. Save dalam kepala otak. Sekuat mana pun kau melawan arus. Ini hakikatnya. Tiada satu pun antara kita yang mampu ubah percaturan ini.

Memang berat, sangat berat untuk kau dan aku terima. Tapi nak buat acano, dah nama pun dugaan. Bahagia macam mana pun relationship homo yang kita bina. Pengakhiran nya tetap tidak akan sama dengan kisah hetero. At some point kau kena lepas kan dia pergi.

Ini maybe just initial planning. Aku tak tahu apa akan berlaku in future. Lebih baik kita berpayung dahulu sebelum hujan. Berat untuk aku nafikan perasaan aku yang mendambakan kasih sayang seorang insan sejantina. Why not aku cuba? At least ada orang yang faham kau. Right? Cuba kat sini bukan bererti aku encourage korang untuk berjemaah menagih kasih. Cuba yang aku maksudkan disini adalah bagi peluang dan ruang kepada diri kau untuk bernafas dan penuhi apa yang didambakan.

Apa2 pun perlu ada halangan dan had untuk kau berikan peluang kepada diri kau. Sesiapa pun lelaki yang aku berhubungan nanti aku ada syarat untuk nya. Hahaha, kerlas kau jah.

  • Tempoh perkenalan harus melewati usia genap 3 bulan tanpa perlu ada unsur sex. Amboi syarat macam nak mencari suami mithali sehidup semati. Sebab? Masa ni lah untuk kau kenal hati budi pasangan kau. Baik buruk dia akan timbul dalam tempoh tersebut.


  • Sesudah genap usia 3 bulan usia perkenalan, harus lah buat ujian darah. Hahaha. Screening test sebelum kahwin. Yeay!!! Honeymoon. Proper place. :) 


  • Jangan curang. Main kayu tiga pun tidak dibenarkan. Kalau nak kena sula dengan batang penyapu. Cubalah. Tapi awak, saya sanggup dimadukan dengan para gegadis geletis. Hahaha.

Kau ingat puteri gunung ledang je mampu letak syarat? Aku pun mampu tau. Huh. Itu antara syarat yang bakal aku laksana kan ke atas Chuck. Hehe. So far, dia ok sebab aku cakap nak buat member dulu kenal hati budi. Takde lah rasa macam bijes terus diratah dan di tinggalkan sepi. Biarpun dia cakap dia feels attached dengan aku. Kau hado? 

***Blushing kejap***

Sebab apa 3 bulan? Sebab waktu ni adalah paling sesuai untuk korang jalani ujian darah. Ni bukan benda main-main. Kita tak tahu hari ni maybe kau berjaya, esok lusa kau tewas? Aiyoo Mak tak tanggung. Menyesal pun tak guna.

My advice, selagi hubungan yang kau bina bukan berlandaskan nafsu semata, pasti akan bertahan lama. Aku bukan nya baik bak malaikat, aku hanya seorang insan seperti kau dan dia yang dahagakan kasih seorang lelaki. Tetapi beringat lah wahai teman. Jangan kau kecundang kerana keseronokan yang paling lama pun 2 jam. Hmm ntah lah, aku dengan Chuck nanti maybe sampai subuh kot. Hahaha. Ok kidding.

Andai kata hubungan aku dan Chuck bertahan lama hampir menyamai hubungan hetero. Happy ending gitu. Aku tetap akan lepaskan dia seperti seekor burung punai terbang bebas dari sangkar nya. Haha motif burung punai? Pervert gila kau Mr. Nov. Dah laki aku. Ngeh ngeh

Seriusly, at some point aku dan dia kena kahwin proper jugak kan. Maksud aku kahwin hetero. Bukan sejenis. Lebih afdal kateko. Tengok lah jodoh siapa sampai dulu. Hahaha. Konklusinya saya masih rela dimadu. Hidup insan seperti kita perlu ada tolak ansur dengan norma kehidupan. Jangan rakus menongkah arus, kelak kau sendiri.

Buat peringatan Aku, Kau dan Dia. Mengapa harus ada dengki sesama kita warga minoriti. Jika kau jatuh sama-sama bangun lah kawan.

P/s: Aku sentiasa berdoa dan terus berharap agar penawar bagi penyakit yang menghantui golongan seperti kita di temui. Kerana aku percaya dan yakin semua penyakit ada penawar nya melainkan kematian. Mudah-mudahan. Amin. Buat anda yang dijangkiti, terus tabah. Kita semua di duga dalam bermacam bentuk. Apa pun, Allah takkan menduga hambanya, jika tidak ia mampu untuk menghadapi.








5 comments:

  1. bro.. sesungguhnya ubat untuk pnyakit kita ada dlm hati kita sendiri.. kau aku dan dia sedar semua ini, cuma kau aku dan dia tetap tak berganjak.. cuba tapi tak sehabis cuba.. btw bro, have a great honeymoon w Chuck Norris.. ehhh..

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan mahu berganjak, pabila hati sudah tertaut? Perasaan itu hadir tanpa diundang. Meski terusan digasak ia takkan pernah berganjak. Apa yang pasti suatu masa aku, kau dan dia harus tunduk pada percaturan yang maha esa. Anyway i'll take that as an advice. :)

      ish menci carut.. it's Chuck Bass!! Hahaha its too early to have honeymoon la brader. Aku lebih suke buat member. Saya masih suci.

      Delete
  2. Protection itu penting ! HAHA.
    Untunglaa ada abam Chuck Bass.

    ReplyDelete