Friday, 16 January 2015

#5 Forgive me not.

Assalamualaikum.

Maafkan aku andai ada hati terguris dek kalam ku yang abit straight to the point. Terkadang membuatkan aku berfikir sejenak. Apakah dosa kalam ku andai ia terusan ke destinasi tanpa perlu berbelok mahupun melakukan lencongan maut.



Pintaku kau ambil bait kata yang terkalam oleh aku. Baca ia dengan fikiran tenang secara natural. Aku pasti tiada sedikit ego mahupun kata sinis tercoret bersama. Kerana aku tahu terkadang ia diterima sebagai suatu kritikan menjatuhkan. Walhal ia sekadar buah fikiran anak muda seperti aku.

Tidak aku nafikan, kecacatan terlahir dalam setiap kalam yang aku tintakan. Kerana aku sedar, aku manusia hina tiada sempurna. Kau juga begitu. Tiada antara kita sempurna terlepas dari suatu khilaf. Sang pencipta hadirkan kekhilafan dalam diri kita untuk kita sama-sama belajar timba ilmu dari nya. Moga-moga tiada ia hadir di masa hadapan.

Untuk itu maaf berkali maaf pinta ku. Buat encik Numan, Kamen Shinobi dan seluruh warga sejenis. Sejujurnya tidak aku terkesan terguris hati dengan tinta kalian. Kerana aku tahu buah fikiran itu milik kalian. Selamanya milik kalian. Tiada mampu aku ubah melainkan aku Mak esah kan kalian :P

Adakala bait kata yang tercoret berbunyi sedikit tegas dan berbaur kritikan tika aku tidak meletakkan frasa ''HAHAHA''. Percayalah ia tidak setajam seperti kau tafsirkan.

Pernah sekali aku menjalani ujian Real Age test dan hasil nya. Aku matang 10 tahun sebelum usia. Mungkin ada benarnya, kerana aku tidak seperti mereka seusia. Fikiran aku terkehadapan, gurauan aku terkadang melangkaui usia remaja.

Apapun aku masih tetap disini tersenyum sambil menghirup secangkir kopi bertemankan tinta kalian. Tinta yang mengajarkan aku sisi gelap dunia, memperlihatkan aku warna pelangi nan indah serta kegegelapan langit tatkala ribut petir melanda. ;)

P/s: Fikiran jangan terlalu pessimis kerana ia mendatang kan lebih keburukan dari kebaikan. Wallahualam.

Senyum sikit ye abang Kamen Shinobi ku sayang. Maafkan Adinda baru tersedar akan tinta Kekanda tika jam berdetik 12 malam. Dinda kan muda remaja. Haruslah tidak marah. Lagi sayang adalah. Hahahaha. *** Gurau je bro. Peace***

Matilah kalau Chuck tahu aku menduakan dia. Sshh.

9 comments:

  1. Alamak..Mr.Nov terasa hati pulak..aku faham kau muda lagi,aku pernah berada di tempat kau..jadi aku sangat mengerti.

    Begini..apa yang aku tulis tu terinspirasi dari komen kau yang automatically menjentik buah fikiran aku untuk share pendapat aku,bukan berniat untuk bashing atau mengajak orang lain bashing kau.

    pendapat..takde betul atau salah. hak masing-masing.

    chill Mr.Nov..peluk kang!hak hak hak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya cakap orang lahir bulan Nov sensentif skit. Kena babap selalu. Hahaha. Nothing serious pon. Cepat Kamen peluk Mr. Nov. hehe.

      Delete
    2. Kamen: Bukankah sudah ku bilang, tiada terkesan terguris hati dengan tinta mu. Aku ok je la bro. Kadang orang salah tafsir. Nakk pelukk :D

      Nu'man: Betul lah apa yang mak awak cakap. Sensitif sikit kena jentik. Tapi saya kental je in reality. Awak jangan babab saya eh. ;p

      Delete
  2. No problemo.
    saya ok. Tak terguris apa pun.
    Kita kan kawan.

    ReplyDelete
  3. Masing-masing ada pandangan dan pendapat mereka yang tersendiri. So, kena terima dengan hati yang terbuka -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep betul tu, nora bagi 4 bintang untuk pendapat yang bernas oleh abam seksi :)

      Delete
  4. yang penting.. always be yourself.. cuma harap2 we're not too much rite ;)

    ReplyDelete