Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Tuesday, 6 October 2015

#32 Isyarat

Assalamualaikum.

Sosok tubuh half naked itu berjalan perlahan menghampiri pintu bilik Nov yang terbuka luas. Lalu sosok itu berdiri seketika di hadapan muka pintu. Memerhati gelagat Nov yang baru pulang dari kelas. Hacra senyum sendirian melihat Nov yang sedang melepaskan satu persatu butang baju kemeja maroon sambil berdiri.

"Heish, mamat boxer ni, boleh pulak tengah hari ni posing maut depan pintu bilik aku, kang aku ngap jugak si Hacra ni. Nak flirt aku lettew. meh sini meh" getus hati kecil Nov. Hacra dan Nov saling berpandangan, Lalu senyuman pembuka bicara terukir di bibir Nov

Nov : kau takde class ke cra?

Hacra : Kelas aku petang.

Nov : ohh, siot kau en. Aku ingat takde orang kat rumah. Pintu berkunci. Sekali masuk, boleh pulak kau tercegat tak tolong bukak pintu. Hampeh tul.

Hacra : Hehe saje je aku nak tengok reaksi kau. Aku kunci pintu sebab semua orang pegi class pagi ni. Aku sorang je sekarang ni.

Hacra berjalan keluar dan kembali semula beberapa minit kemudian dengan hanya bertuala ungu membaluti bawah paras pusat hingga ke lulut. "Damn, Kalau dia ni start nakal ni, aku on je. Geram pulak aku dengan mamat sexy ni." Nov bermonolog.

Nov mula merasakan muka nya panas. Pipi nya mula kemerahan tatkala matanya direnung tajam oleh Hacra yang masih berdiri sambil tersenyum.

Nov :  *Gulp* Tersengih ni kau nak apa cra? Pergi mandi ah. Aku tengah panas ni. Nak sejuk kan badan jap.

Hacra : Novvv, jom mandi sekali... Hehe. *senyum*


**********


Intro kekonon writer sejati, padahal kelaut. Feeling sangat Nov ni. Haha. Aku nak update story pasal si Hacra ni. Lately ni makin menjadi dia punya gedik. Gedik ke? Entah lah,bagi aku gedik ah, dia seems bagi aku banyak hint. Berlawak pun akan ada unsur 18+. 

Lawak macam mana tu kau paham-paham lah sendiri eh. Gua malas nak mengajar bukan-bukan. Tak pasal pulak gua dapat dosa. Blog gua sesuci murni sehening pagi lebaran. Kahkah.

Hampir setiap kali aku membasuh baju, mandi mahupun berus gigi. Dia akan selalu ada berdekatan. Memerhati. Mengusik dengan pujian yang melangit. Manusia mana yang tak suka pujian? Setiap kali itu jugak lah muka aku merah padam. Perbuatan Hacra somehow mengingat kan aku pada Syah.

Hacra : Kau memang basuh baju bilas sampai betul2 takde air sabun eh? Aku basuh sekali bilas je.

Nov : Ha'ah aku memang basuh 2@3 kali sebab nanti baju bau hapak. Kau takpe cra, 24 jam bau wangi. Hahaha *ayat flirting gua*

Hacra : Eh aku pulak yang kena. *tergelak kecil*

Seraya sentuhan panas mula terasa di pipi punggung kanan. Sentuhan itu tidak lama tetapi cukup buat aku terangsang. Aku berpaling ke muka Hacra. Hacra tersengih....


**********

Beberapa hari lepas, dia mengimamkan solat maghrib aku. Haha. Sweet tak?


Hacra : Nov nak solat sekali tak. Jom.

Nov : Jap, nak pakai baju. Waduh, dapat imam import harini. Hehe.

Hacra : Haha. Imam import dari bangla. *menyuruh aku hamparkan sejadah di bahagian kanan* Nov iqamat.


Personally, aku rasa sesiapa pun yang bersama Hacra nanti pasti beruntung. Punya lelaki sebaik dia. Bermulut manis. Menjaga solat. Suara garau. Matang. Hensem dan comel. Heishh.


"Hacra, Surprise me with your next moves. Aku tunggu. Signaling green light. Jika diizinkan, tika masa bertemu ketika. Kau milikku" 


Amboi cita-cita besar kau Nov. Nanti kecewa kecundang mulalah meroyan mecarut besar-besaran. Kah Kah Kah. Well gua hanyalah insan yang lemah, hanya mampu berserah. :P

Tuesday, 25 November 2014

#1 The Confession.


Assalamualaikum

Alhamdulillah!!! satu perkataan yang mampu aku ucapkan. Finally blog yang aku impikan selama ini telah pun berjaya dilahirkan ke alam maya ini. Berhari-hari jugak lah aku menghadap laptop ni nak setup blog punya pasal. Actually this is not my very first entry dan blog ni suatu ketika dahulu pernah di coret kisah2 aku.



Oleh kerana, bahasa yang digunakan pun a bit childish. So aku decide untuk delete kesemua entries tersebut. Apa yang pasti blog ni akan berubah 360 degrees. So siapa2 yang berkesempatan baca tu nasib lah. Haha

Anyway, let me first introduce myself as AKU. Nama pena aku Mr.Nov. Untuk keamanan sejagat better tak disclose identity siapa sebenar aku, cukup sekadar nama samaran. Terlahir pada tahun 199X. So pandai2 lah korang estimate sendiri. XD

Idea nak transform blog aku 360 adalah di inspirasi dari pembacaan aku di beberapa blog ber'genre' Gay-theme @ PLU. And yeah, aku salah seorang hamba allah yang terpilih untuk terima ujian ini. Aku ni gay in the closet, so tiada seorang pun manusia di muka bumi ni tahu siapa aku in real life. i think i should keep it that way, sebab kita hidup bersama masyarakat yang palsu. Kenapa aku kata palsu? Sebab masyarakat kita ni, especially sebangsa aku, suka sangat melabel orang. Kalau boleh dari hujung rambut sampai hujung kaki mesti ada je benda nak condemn. pfft

Aku tak pernah pun minta untuk dilahirkan bernafsu sejenis. Aku sedar dengan kecenderungan aku ni time aku berumur 11 tahun. Kalau tak silap aku lah.. Sebab time aku kecik2 ada satu iklan kat Ntv7 ni, Smart Tv (maybe). Mostly iklan kan pasal alat fitness, so model yang dorng selalu guna pon orang2 yang body fit tak kira laki or perempuan. hehe. Biasanya model lelaki tu shirtless so memang exposed habis ah abs yang macam roti sweeties kat perut. everytime aku tengok iklan tu aku rasa semacam, rasa berdebar. 

**Hmm takde pulak rasa macam tu time tengok model perempuan even pakai bikini.. sedeh btol nasib aku**

Itulah serba sedikit pasal aku. The reason why A.K.D.P (Aku,Kau,Dia,Palsu) adalah kerana posting yang bakal tercoret dalam blog ni berkisar tentang aku, kau, dan dia. Kenapa palsu? sebab kita semua ada sisi "FAKE". Kepalsuan kita untuk berhadapan dengan hari mendatang. Sometimes kita palsu dengan mereka sekeliling kita. Kita palsu tentang kecenderungan kita untuk mendapat tempat dalam masyarakat yang akhirnya kebebasan diri sebenar kita terpenjara dalam kepalsuan tersebut.

Kadang aku terfikir kalau lah aku buat pengakuan ini kat mereka2 yang rapat, mahukah mereka bersama dengan aku hingga ke hujung waktu?