Sunday 1 January 2017

#42 Recap 2016

Assalamualaikum

Tahun 2016 hanya berbaki beberapa minit sahaja lagi. Namun entri Nov C sudah kurang lebih 4 purnama terhenti tercoret di langit palsu. Jejak nya jugak tidak kelihatan di mana-mana blog ber-genre gelap. Apakah Nov sudah nekad untuk menjadi suri hati Mr Chuck sepenuh masa?

Anyway, sekejap je masa berlalu, sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru. Pada aku tahun 2016 banyak mencoretkan kenangan indah dalam hidup aku. Kenangan pahit tu ada cuma tak seberapa kalau nak di banding kan dengan yang manis. Kalau nak bukak cerita, banyak benda aku nak tulis. kang jadi novel pulak. So aku recap balik aktiviti aku dari september ke disember 2016.


Late night movie date

Beberapa hari sebelum raya haji lepas, aku lepak rumah Chuck. Kebetulan pulak housemate Chuck takde kat rumah, boleh lah fefeling suri rumah sepenuh masa. Gituh. Antara aktiviti yang kitorang buat masa tu adalah layan late night movie. Rumah Chuck ada projector so boleh lah layan movie ala-ala berada di pawagam. Kitorang pick movie yang masing-masing tak pernah tengok. Aku lupa tajuk movie tu apa, tapi bergenre comedy horror. Agak-agak rasa seram boleh lah sorok muka dalam baju Chuck. Hahaha. Movie tu biasa je, yang buatkan moment jadi luar biasa tu sebab dapat baring atas dada Chuck. Boleh lah buat pemanas badan time layan movie larut malam.


Bonggol bersinar tu peha Nov okay.


Follow Chuck outstation

Sekitar bulan September/Oktober lepas, ada dua kali aku follow Chuck pergi outstation kerja offshore kat terengganu. For the first time dapat lah jugak merasa naik kapal kat tengah laut tu. Bila lagi nak merasa naik kapal sambil tengok abam offshore buat keje ye dok? Kalau nak naik sesaje tak dapat lah bang. Tapi at last, aku menyesal sebab bosan nakharam. Mujur lah ada sorang surveyor tu hensem. Sebagaimana bergelora lautan ketika itu, begitu juga lah gelora jiwa Nov. Usha geram je aku kat seluar jeans seasons yang beliau pakai. Jangan fikir bukan-bukan. Aku geram je nak tanya beli kat mana.Second time follow Chuck kerja offshore, aku stay kat bilik je, malas dah naik kapal. Kitorang check-in chalet kat Cherating.


View dari control room a.k.a bilik kapten




View pantai Cherating, masa nak tunggu sunset dan Chuck. Sudahnya matahari berlabuh dahulu sebelum Chuck sempat sampai. Hampeh. 

Roadtrip ke Melaka

Seminggu selepas aku ikut abam Chuck pergi outstation, Chuck ajak aku pergi roadtrip ke melaka dengan member dia. Kiranya this is melaka trip 2.0 bagi tahun 2016. Bezanya trip kali ni di temani oleh gegadis compare to trip sebelum kitorang berdua bersatu. Hewhew. 


Birthday & Anniversary 

Antara semua events yang aku list kan this one paling aku takkan lupakan. Aku impressed dengan effort Chuck untuk sambut birthday aku dan ulang tahun kitorang. To be honest, aku tak kesah pun pasal anniversary tu. Tapi kalau ada celebration, apa salah nya. Hahaha. Memandang kan anniversary tu sehari selepas birthday aku, so Chuck prepared dua present. Rejeki. Alhamdulillah.

Birthday wishes from Chuck, actually panjang lagi. Tapi biarlah rahsia :P


Kotak besar tu hadiah anniversary, kotak kecik tu hadiah hari jadi. Imma happy kid.




P/s: Entri ni ditulis awal tapi post nya lambat. Huhu. Selamat tahun baru 2017. Semoga tahun baru beri sinar kejayaan, harapan dan kebahagian buat semua. Salam sayang dari Nov yang manis :*

19 comments:

  1. Novvvvv ... happy new year. Im happy for U. Ermm and a bit jealous. Hopefully, 2017 Chuck akan propose untuk wedding of the year. Kehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nu'man Qatadah: Selamat tahun baru wak dengan ucapan ceria-ceria selalu. Over nau kalau wedding of the year. Haha.

      Delete
  2. Happy new year Nov!! banyak memori indah bersama chuck tahun lpas,hihi. hope 2017 Nov berbahagia slalu yerp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siraf Halidaf: Awakk, lama tak jumpa, kali terakhir jumpa masa sekolah rendah dulu kat kelas pendidikan islam. Subjek sirah. Rindu nyaaaa.

      Selamat tahun baru juga, thanks for the wish :)

      Delete
    2. hahaha...kita pon rindu awak juga hihi

      Delete
  3. Waaa jelesnya, sweet tahap tinggi sgt ni kih kih. Anyways, selaamt tahun baru Nov, semoga 2017 lebih manis buat Nov huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Talhah haqeem: Hik hik Awok jugak. Dah jumpa jodoh jangan lupa kenal kan kat blog. :P

      Delete
  4. Untung kau Nov..selamat tahun baru dan harapnya 2017 ni lebih bnyak kenangan manis untuk kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aries Kid: Semoga lebih banyak kisah manis Nov dan Aries. eh? Hahaha

      Delete
  5. #RelationshipGoals !
    Happy New Year Nov !
    Bila nak reply mesej kat hangout ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr. Dominic Unknown: Happy belated birthday Awakk. Aku baru je check hangouts. Takde pun mesej dari awokk. Suka tau maikan perasaan kiteww. mencik

      Delete
  6. Selamat Tahun Baru Nov...macam yang Nu'man cakap kan tu semoga tahun nie Nov dilamar oleh Chuck...huhuhu....

    Kalau buat majlis kawin nanti jangan lupe jemput kami erk....huhuhu...;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir warload: Hahahaha. Boleh-bolehh nanti duk kat meja pengatin terus eh :P

      Delete
  7. Chuck tu ada kawan atau sedara mara yang sweet macam dia tak? Kalau ada tolong kenenkan dengan jejaka bernama Kamen Shinobi..giler desperate..hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamen Shinobi: hantarkan "ON CINTA" ke 24434 sekarang untuk mempercepatkan proses bertemu jodoh. Jodoh anda dijamin terbaik dari ladang :P

      Delete
  8. I know who you are. Don't worry, I'll keep it as a secret.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous: Shushsss. Hahaha. email me the name then. If you were right, i'll give you a reward. Pinky promise :P

      Delete
  9. hai awak!, lamanya menghilang, selamat tahun baru kat awak dan chuck!, semoga tercapai segala yang awak rancang...take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carl Dani: busy berumah tangga wakk. Hehe. Thank you awaaa :*

      Delete