Showing posts with label Barber. Show all posts
Showing posts with label Barber. Show all posts

Tuesday, 21 April 2015

#23 Mahkota Dewa.

Assalamualaikum

Boleh dikatakan sebulan sekali comfirm masalah ni datang menerjah di benak fikiran aku. Masalah yang mungkin dianggap remeh oleh kebanyakkan lelaki di luar sana. Tetapi bagi sosok lelaki bernama Nov Collins, ia adalah masalah sungguh rumit. Jika tidak diselesaikan, ia boleh mendatangkan kekusutan yang bisa mengubah mood nya menjadi tidak tentu. "Ohemjeez, Nov didatangi masalah menstrual kah?" Wak luu!! Masalah tersebut berkenaan dengan penjagaan Mahkota dewa. Kau mampu?

Aku kalau masuk kedai gunting yenna, comfirm tak pernah puas hati. Keluar je dari kedai terus watdefak, watdehel, watdefak.. sepanjang jalan. Pfft. Serious aku tak puas hati dengan servis. Tapi nak buat camne, kat yenna murah sikit berbanding saloon. Kentut..

Member aku selalu akan cakap "Rambut je pun bro, cakap jelah kat tukang gunting rambut kau nak potong macam mana. settle". Masalah nya bila aku cakap kat tukang gunting, dorang pun kadang blur-blur gak. "..you mau gunting macam mana?"  "..erm. i want a pompadour haircut.." Cakap omputih kau, kelas ke tidak? haruslah Nov Collins kot. Pastu ah moii tu reply "pompa what?..". Haa sudah, minah ni tak paham apa yang aku nak lettew. Nasib baik aku dah set awal-awal wallpaper gambar haircut kat homescreen phone aku, tak payah sibuk nak scroll album, tak pasal kantoi gambar brader-brader pakai one piece. Pheww. So aku tunjuk je lah gambar tu kat dia.

Setelah insiden tersebut berlaku terhadap diri yang naif ini, makanya aku ingin membantu brader-brader memudahkan proses mendapatkan potongan rambut yang ideal. Mahkota dewa tu penting bro, bak kata gegadis; kehenseman lelaki tertancap pada gaya rambut lelaki tersebut. Berikut aku listkan gaya yang tengah "IN".

Undercut
1. Undercut - potongan pendek bahagian tepi dan panjang di bahagian atas. Tak kisah lah rambut kau jenis "Straight" or "Curly". Pengayaan rambut ini  masih boleh digayakan.

Man bun
 2. Man bun - Potongan rambut ala-ala roti pau atas kepala. Syaratnya adalah berambut panjang paras bahu. Tarik rambut di bahagian dahi dan ikat pada bahagian tengah kepala. Sesuai bagi mereka yang mempunyai pasangan pelahap. boleh lah makan pau atas kepala kau. Bagi lelaki yang punya rupa paras sedikit jambu, seeloknya simpan sedikit misai dan janggut bagi menampakkan sedikit maskulin.

Top Knot
3. Top Knot -  Gaya rambut ni sebenarnya adalah versi gabungan dua potongan rambut iaitu "Undercut" dan "Man Bun". Tidak semua orang mampu menggayakan style rambut ni. Kalau rambut ala-ala mee maggi diatas kepala, baik lupakan hasrat kau tu. 

Pompadour
4. Pompadour -  Pompadour dan Undercut mungkin kelihatan sama tetapi tidak serupa. Beza nya adalah potongan rambut dibahagian tepi bagi undercut haircut adalah lebih pendek yakni mesin hampir ke kulit kepala. Manakala di bahagian tepi Pompadour pula dipotong pendek tetapi tidak sependek undercut. Rambut dibahagian hadapan dibiar panjang untuk membentuk ilusi ketebalan.

Short Back and Sides
5. Short Back and Sides - Potongan pendek di bahagian tepi dan belakang, Manakala rambut di bahagian atas dipotong layer panjang.

Fade
6. Fade - Personally aku prefer potongan ini. Sebab nya, Nov Collins merupakan insan yang istimewa kerana beliau dikurniakan kulit yang tersangat lah subur. Helaian rambut nya cepat tumbuh. Justeru itu, bagi menjimatkan kot dandanan rambut bulanan yang maha tinggi itu. maka nya beliau lebih suka rambutnya di potong pendek.


7. Side Part - Potongan rambut pendek dan kemas. Potongan ini menitik beratkan kekemasan dimana setiap helaian rambut perlu disisir rapi, melekat dan berkilat. Golongan professional seperti businessman dan celebrity seringkali dilihat menggayakan style ini. Hanya Nov Collins malas menggayakan nya, kerana beliau seorang yang selebet dan messy. :P

Aku sebenarnya teringin nak simpan rambut panjang paras bahu, tetapi jauh disudut hati timbul kerisauan. Aku takut orang tertukar Kak Ros dan Nov Collins nanti. Sob Sobs. Rambut aku kalau panjang ia akan mengerbang persis seperti baru selesai mendapatkan khidmat dandanan rambut berharga MYR 1200 itu. Tak pasal aku di cerca nanti. Waduh gimana ni.. Berengsek ya itu anak. Untuk itu, adalah lebih afdal jika rambut aku di maintain pada skala pendek sahaja.

Anyway, lain orang, lain citarasa,  lain kondisi rambut nya. So pepandai lah bereksperimen. Takpun tanya je barber, style mana yang sesuai. Senang. Tak payah serabut kepala.

Psst: "Bun Sweeties" di perut adalah kegemaran Nov. Aumm.