Tuesday, 21 April 2015

#23 Mahkota Dewa.

Assalamualaikum

Boleh dikatakan sebulan sekali comfirm masalah ni datang menerjah di benak fikiran aku. Masalah yang mungkin dianggap remeh oleh kebanyakkan lelaki di luar sana. Tetapi bagi sosok lelaki bernama Nov Collins, ia adalah masalah sungguh rumit. Jika tidak diselesaikan, ia boleh mendatangkan kekusutan yang bisa mengubah mood nya menjadi tidak tentu. "Ohemjeez, Nov didatangi masalah menstrual kah?" Wak luu!! Masalah tersebut berkenaan dengan penjagaan Mahkota dewa. Kau mampu?

Aku kalau masuk kedai gunting yenna, comfirm tak pernah puas hati. Keluar je dari kedai terus watdefak, watdehel, watdefak.. sepanjang jalan. Pfft. Serious aku tak puas hati dengan servis. Tapi nak buat camne, kat yenna murah sikit berbanding saloon. Kentut..

Member aku selalu akan cakap "Rambut je pun bro, cakap jelah kat tukang gunting rambut kau nak potong macam mana. settle". Masalah nya bila aku cakap kat tukang gunting, dorang pun kadang blur-blur gak. "..you mau gunting macam mana?"  "..erm. i want a pompadour haircut.." Cakap omputih kau, kelas ke tidak? haruslah Nov Collins kot. Pastu ah moii tu reply "pompa what?..". Haa sudah, minah ni tak paham apa yang aku nak lettew. Nasib baik aku dah set awal-awal wallpaper gambar haircut kat homescreen phone aku, tak payah sibuk nak scroll album, tak pasal kantoi gambar brader-brader pakai one piece. Pheww. So aku tunjuk je lah gambar tu kat dia.

Setelah insiden tersebut berlaku terhadap diri yang naif ini, makanya aku ingin membantu brader-brader memudahkan proses mendapatkan potongan rambut yang ideal. Mahkota dewa tu penting bro, bak kata gegadis; kehenseman lelaki tertancap pada gaya rambut lelaki tersebut. Berikut aku listkan gaya yang tengah "IN".

Undercut
1. Undercut - potongan pendek bahagian tepi dan panjang di bahagian atas. Tak kisah lah rambut kau jenis "Straight" or "Curly". Pengayaan rambut ini  masih boleh digayakan.

Man bun
 2. Man bun - Potongan rambut ala-ala roti pau atas kepala. Syaratnya adalah berambut panjang paras bahu. Tarik rambut di bahagian dahi dan ikat pada bahagian tengah kepala. Sesuai bagi mereka yang mempunyai pasangan pelahap. boleh lah makan pau atas kepala kau. Bagi lelaki yang punya rupa paras sedikit jambu, seeloknya simpan sedikit misai dan janggut bagi menampakkan sedikit maskulin.

Top Knot
3. Top Knot -  Gaya rambut ni sebenarnya adalah versi gabungan dua potongan rambut iaitu "Undercut" dan "Man Bun". Tidak semua orang mampu menggayakan style rambut ni. Kalau rambut ala-ala mee maggi diatas kepala, baik lupakan hasrat kau tu. 

Pompadour
4. Pompadour -  Pompadour dan Undercut mungkin kelihatan sama tetapi tidak serupa. Beza nya adalah potongan rambut dibahagian tepi bagi undercut haircut adalah lebih pendek yakni mesin hampir ke kulit kepala. Manakala di bahagian tepi Pompadour pula dipotong pendek tetapi tidak sependek undercut. Rambut dibahagian hadapan dibiar panjang untuk membentuk ilusi ketebalan.

Short Back and Sides
5. Short Back and Sides - Potongan pendek di bahagian tepi dan belakang, Manakala rambut di bahagian atas dipotong layer panjang.

Fade
6. Fade - Personally aku prefer potongan ini. Sebab nya, Nov Collins merupakan insan yang istimewa kerana beliau dikurniakan kulit yang tersangat lah subur. Helaian rambut nya cepat tumbuh. Justeru itu, bagi menjimatkan kot dandanan rambut bulanan yang maha tinggi itu. maka nya beliau lebih suka rambutnya di potong pendek.


7. Side Part - Potongan rambut pendek dan kemas. Potongan ini menitik beratkan kekemasan dimana setiap helaian rambut perlu disisir rapi, melekat dan berkilat. Golongan professional seperti businessman dan celebrity seringkali dilihat menggayakan style ini. Hanya Nov Collins malas menggayakan nya, kerana beliau seorang yang selebet dan messy. :P

Aku sebenarnya teringin nak simpan rambut panjang paras bahu, tetapi jauh disudut hati timbul kerisauan. Aku takut orang tertukar Kak Ros dan Nov Collins nanti. Sob Sobs. Rambut aku kalau panjang ia akan mengerbang persis seperti baru selesai mendapatkan khidmat dandanan rambut berharga MYR 1200 itu. Tak pasal aku di cerca nanti. Waduh gimana ni.. Berengsek ya itu anak. Untuk itu, adalah lebih afdal jika rambut aku di maintain pada skala pendek sahaja.

Anyway, lain orang, lain citarasa,  lain kondisi rambut nya. So pepandai lah bereksperimen. Takpun tanya je barber, style mana yang sesuai. Senang. Tak payah serabut kepala.

Psst: "Bun Sweeties" di perut adalah kegemaran Nov. Aumm.

42 comments:

  1. Sesungguhnya, masalah itu sudah tidak menjadi masalah bagi aku.. Haha.. Maybe dah 3 taon lebih style rambut aku xpena berubah.. kah kah kah

    P/s: hambek je Bun sweeties, pastu lekat guna Sellotap .. Hak hak hak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bryzz : Hahahaha. Style rambut kau kan standardized. sama je semua. :P

      Kirim salam pada abam... Ala, abam yang semalam kita bincang tu. hehe

      Delete
    2. Hahaha.. Hampeh,.. Kalau abamm kau tu dok tanya sape kim salam.. aku nak jawab apa.. Kak Ros kim salam.. hahaha..

      baidewaii, rambut kitorang maybe sama tapi x serupa... kah kah kah..

      Delete
    3. Bryzz: Ala Nov kirim salam Kak Ros dapat nama. Cakap Nov from langit palsu berhias baldu biru sebiru cinta tulus kudus Juliet Nov Collins kirim salam cinta berserta gigitan cinta. hahaha

      Delete
    4. Amboiii ang Nov.. hahaha.. Ulat bulu dah naek daun.. :333 Ang nak abamm mana.. Abamm laut, abamm darat ke abamm udara.. kah kah kah

      Delete
    5. Bryzz : Woahh.. bestnye byk pilihan. Berpinar mata. XD

      Gulp. gulp.. abam yg mana best? Nak tiga2 boleh? Hahaha. Nampak gaya nya Nov bakal berangkat mencemar duli ke sana nanti. :*

      Delete
    6. xbaek serakah Nov.. Org tamak selalu rugi.. kah kah kah.. Dipersilakan seri paduka tuanku Nov Collin utk datang dgn hati yg terbuka.. cehhh,,, haha

      Delete
    7. Bryzz : Mak kita pesan, berkawan biar beribu, bermusuh jgn sekali. Hehe. Bukan nak buat ape pun. Saje nak buat teman sepermainan. :p

      Delete
  2. Gaya rambut aku sekarang number 5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki seksi: Woahh confirm lelaki seksi seorang yang seksi seseksi nama nya. Aumm.. Tak lama lagi ada lah jejoko melayu sangkut. Hahaha

      Delete
  3. pernah la dulu simpan rambut panjang cecah bahu....time tengah study..punya nak tunjuk yang busy belajaq tak de masa nak gunting rambut....sudahnya balik kampung cuti sem..dah kena perambat dengan mak...paksa pi gunting rambut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kid : Wah rambut paras bahu, ni mesti selalu jalan ke fakulti sambil feeling tgh shooting iklan pantene. Hahaha. guna jari pun boleh.

      Delete
  4. I always turn on dengan pampadour style .. merecik rasa ..
    Tapi awk tak yah wat la .. takut jadi macam papadom lak ..kahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nu'man : Org kata saya mengiurkan berambut panjang. Hahaha. Awak mesti tergoda nanti. #muahciked

      Delete
  5. Rite now my hair style is pampadour....tapi sebenarnyer kan Amir nie takderlah nak ikut style sgt....kalo raser selesa...Amir on jerk...Amir tak selesa kalo rambut dah kene cuping telinga...rimas tul...huhuhu...;-P

    Kalau rambut panjang sampai ke bahu smart gak (as long as tak selekeh dan rajin shampoo)...rambut panjang senang kene kelemumur kalau tak jaga coz Amir pernah try simpan rambut panjang ;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir : Alah org macam abam amir hensem dan sado potong rambut gaya apa sekali pun mesti tak kelip mata org tengok. Hehe.

      Aku yg rambut pendek ni pun ade kelemurmur, padahal pakai shampoo 2@3 kali seminggu gak. Maybe sebab kulit kepala terlalu subur tak. Haha.

      Delete
    2. Abam sado...? huhuhu....sado lah sgt...;-P

      Shampoo aper yg Nov gune ek...? Amir kerap shampoo kepala Amir at Least 5 Kali seminggu...kalo tak...kulit kepala gatal ngan kelemumur bnyk...lagipun Amir suker pakai Hair Wax ataupun Gatsby Moving Rubber....tu yg kene shampoo selalu tu...

      Delete
    3. Amir : Sado lah jugak ade roti sweeties kat perut. Hahaha.

      Herbal essence & Schwarzkopf extra care. Tapi jarang shampoo. 2-3 kali je. Sebab takut rambut jd kering. Kalau hair product lain macam wax tu byk jenis tp tak pakai pun. hahaha. rasa tak best je sbb nanti bila wax tu kering dia akan buatkan rambut aku jd curly. Tak pasal org ingat aku Nov monroe nnt. :p

      Delete
  6. gaya rambut no 4 tu lawa laaaa.. shin jenis malas sikat.. bila rimas je potong pendek mcm no 7 tu.. lmbt skit nk pjg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin : lawa kan. Hehe. Tapi gaya no 7 tu memang sesuai dgn Shin. Nampak hensem segak bergaya. Sekali tengok macam ari wibowo. Dua kali tengok pun ya jugak. Tiga kali tengok baru tahu sama tapi tak serupa. Hahaha #kipas

      Delete
  7. Serious talk la kan kalau muka dah memang hensem tahap merecik buat la style apa pun. Akan helok kejadiannya. Tapi kalau muka macam aku ni nak cuba try buat style atas ni bakal dikecam teruk. Pernah buat style undercut then balik rumah my mom said : Macam rambut orang asli dah aku tengok :'(.
    Sadis nak mampos ! Hairgoals aku nak macam Zayn Malik tu. Even muka tak hensem seperti beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unknown : Hahaha. Betul apa yg kau tulis tu. Tapi tak semestinya kau takleh bergaya macam org lain. Meh sini abam Nov grooming kau jadi Zach Ebron. Zach efron reserved untuk aku je. Hahaha.

      Delete
  8. Abam slalu p salon akan buat style no.7.. Smggu kemudian akan jadi style no.5.. Dua minggu kemudian akan jd style no.4.. lps empat mggu, p gunting lagi.. Btw utk dpt kulit kepala yg sihat abam guna 3 jenis syampoo.. utk guna tiap2 ari, seminggu sekali.. sebulan sekali.. mmg kulit kepala bersih n harum selalu.. sidia pon suka cium (rambut).. hak hak hak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 jenis shampoo...wow that is like a lot...Bole Amir tanya shampoo aper yg Mr. adamiedamuss gunekan ek...?

      Delete
    2. Adam : Wah betul2 dijaga rapi mahkota dewa mu itu. Haha. Dulu ade terbaca pasal shampoo rambut, bukan ke kalau selalu shampoo rambut rosak/kering/kusam?

      Btw byk betul shampoo abam. Abam nak promot terlaris lajak lettew. Hahaha

      Delete
  9. Mr Nov dah lah badan slim fit, dada bidang, rambut ala pompadour, baik hati, penyayang..
    Memang helok.. Memang taste sekalian people like us.. wakaka

    Memang tak bersokor betul si Chuck Bass tu. hmph! *senteng lengan*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saff leo : Kembang punggung kena puji. Hahaha. Itu semua propaganda duniawi je. Nov bukan siapa-siapa. Nov hanya manusia biasa punya jiwa dan rasa seperti kalian. :P

      Chuck?? Siapa tu.. tak kenal pun. #kentut

      Delete
    2. muka hensem, kentut busuk. choi, hahaha

      Delete
    3. Saff : Azwana Lee lagi kacak kot. :p

      Delete
  10. haha.. sm a nov...
    pernah sekali tu tersilap gunting 2 bulan simpan rambut panjang nak gaya undercut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mike : Undercut cun!! Dah penah try. Hehe.

      Tula pasal, kadang barber ni tak paham apa yg kita nak. Time gunting boleh pulak bersembang, bergelak ketawa. Last2 salah potong. Watdehel? Hahaha.

      Delete
  11. Hi Nov. Menarik entry nie.. bae slalu no7 je.. tu pun elok dh rasa nya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr. Bae : No 7? Wah, bukan semua org boleh gayakan style tu. Mr. Bae ni mesti hensem org nya.. Sudikah menjadi bae saya? :*

      Delete
  12. Dah bertahun aku tak pegi kedai gunting rambut sejak aku dah pandai potong rambut sendiri.

    beli hair clipper,cermin besar,gunting..zap zap,settle..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamen : Hahaha. hebat nya abam kamen. Nak gunting dgn abam kamen lah nnt. Next time aku booked. Kita guna sistem barter, kau gunting aku "urut"... :P

      Delete
    2. Nov.. ayat terakhir tu... gataaall =p

      Delete
    3. Yoobi : Oii hakak yoobi lama hilang, gue rindu sama kamu. Hahaha.

      Alaa, urut bhg yg lenguh je. Jangan fikir bukan2. :p

      Delete
    4. Nov : Urut? :excited: ...ekekekek

      Yoobi : Jangan skodeng kitaorang pulak..nanti ko pitam melihat kemesraan kitaorang..ekekeke

      Delete
  13. Tngin nk botakkan kapla, tp tkut x sesuai ngan muka haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazzlee : Try cukur sekali tgk camne. Mana tahu kot2 tetiba abang jd Pit Bull. Hensem woo. Kepala botak kalau kena gaya nampak seksi. Grr. jeles plak dgn bf abg... ;)

      Delete
  14. aku pun ade masalah nak gunting rambut... aku suke rambut panjang, tapi aku malas nak jaga...

    tapi bila potong rambut bagi pendek, rasa mcm tak sesuai dengan bentuk muka.

    bila rambut panjang, orang mesti ingat aku bottom, bila bila buat buzz-cut, nampak macam abang2 pulak...

    so bahagian yang paling sukar aku nak uruskan adalah rambut..... sekian...

    ReplyDelete