Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Sunday, 31 May 2015

#26 Teringat.

[Music : Back In Time]


Assalamualaikum.



Sports day.

Kalau nak tahu dulu kala Nov bukan lah seorang atlet serba kebolehan, loser mungkin. Dan acara yang paling sesuai buat loser seperti aku adalah acara perbarisan rumah sukan. Kuang kuang kuang. Jauh berbeza kalau nak dibandingkan aku dengan Syah. Atlet serba kebolehan. Abam berurat dawai besi katanya. Cross country sekolah aku time tu dia dapat first place pulak. Kau mampu?

Aku? Well, larian cross country yang sepatutnya tamat within 1 hours, aku ambik masa 2.5 hours. Bukan sebab aku dik non ke apa. Tapi sebab time larian tu berlangsung, awal-awal lagi aku dah mengelat (menipu) konon nak prove "the shortest distance between two points is a straight line" theory. Sudahnya junior-junior aku yang lurus lagi naif itu sepakat turuti abam Nov melencong dari trek sebenar. Tindakan berjemaah tersebut telah menaikkan takat didih guru pengiring. Lantas larian abam Nov dan adik-adik di hentikan selama setengah jam. Bukan setakat dihentikan semata uolls, tapi diberi tazkirah free panjang lebar lagi padu oleh cikgu bertudung labuh. Rasa macam nak sarung telekung kat kepala terus lepas dengar tazkirah tersebut. Hebat tak hebat penangan tazkirah si tudung labuh.

Insiden tu menyebabkan aku putus angin nak merebut gelaran abam berurat besi, abam pun berlenggang kangkung jela, ala-ala jemah pulang dari pasar tani. Aku pun dah tak berapa ingat aku dapat placing ke berapa time tu. Beratus mungkin. Erghh..

*********

Anyway, Selesai je perarakan kontinjen "loser-loser" di padang, maka secara rasminya bermulalah acara temasya sukan. Syukur acara aku habis awal. Prop rumah sukan aku pulak macam cilako. Kitorang kena pakai tempurung kelapa yang di ikat di atas kepala. Bajet macam segerombolan 40 penyamun dan Ali baba. Kentut betul.  Puih.

Even acara kau dah settle, tak bermakna kau boleh naik tidor kat asrama, So aku dan member aku duduk lepak kat pavilion menghadap padang. Usha dari jauh acara sukan yang sedang di pertandingkan. Dalam ramai orang, mata aku hanya tumpu pada sosok abam rugby pujaan hati aku masa tu, siapa lagi kalau bukan Syah. **Blushing**

Syah: Nov.. Cute doe kau pakai tempurung kelapa tadi. Dah macam teletubies aku tengok. Hahaha.

Aku: Bongok kau. Terpaksa doe kau ingat aku nak ke pakai? Prop macam celaka.

Syah: So lepas ni kau nak buat pe?

Aku: Aku nak pegi DM (dewan makan) jap ngan amir, pastu naik bilik tidor.

Syah: Woi kurang ajar giler. kau jangan blah, jap lagi acara aku. Kau tengok , kalau tak. Aku belasah kau.

Aku: Apesal pulak?

Syah: Support member laa. Kau tak sayang aku ke?

Aku: Yelah2. Aku tengok lah acara kau nanti.

Yup, aku tengok acara dia sampai habis. Walau cuaca panas terik time tu, aku gigih kan diri setia tercongok kat tepi padang semata-mata nak bagi support kat kau, Syah. Kau nak tahu tak, time Syah tengah berpeluh berlari menghabiskan baki pusingan kat padang. Aku kat tepi padang tu panas je rasa. Bukan sebab terik matahari pun, tapi sebab beberapa orang junior lower form yang berada tepi padang beberapa meter dari aku. Dorang bukan main jerit sakan, bergelak ketawa bagi kata semangat kat Syah. Aku jadi cemburu. Nak je aku rembat sekor-sekor junior lower form tu, biar tersembam ke tanah. Bijes, he's mine ok. stay away from him. Syah berjaya menamatkan larian nya dengan penuh bergaya. Dia mengungguli tempat pertama dalam acara 4x 100.


After semua acara sukan selesai, aku pun apa lagi angkat kaki blah pergi makan lunch pastu naik bilik mandi, cuci muka (haruslah guna garnier men, aku terbakor hangus dah masa tu) dan tidor. Time tu lah sesuatu diluar kawalan aku terjadi. Seingat aku, badan aku digoncang seseorang, dalam samar-samar aku nampak Syah berkata sesuatu pada aku. Oleh kerana kepenatan yang melampau jadinya aku tak terbangun dari katil, Seraya mulut aku berkata "Syah, aku sayang kau, aku dah lama suka kau...."  Dalam samar aku nampak Syah duduk terdiam. Mata aku kembali terpejam rapat dan terus terlena kepetang.

Beberapa jam kemudian aku terbangun dari tidor. Aku jadi risau, kalau-kalau apa yang aku katakan tadi betul-betul terjadi.

Aku: Wey, tadi time aku tidor, korang ada dengar aku cakap apa-apa tak?

Roommate junior: Takde. Kitorang pun baru je naik bilik.

Aku: Ohh.. takpe ah kalau camtu. Err, Syah ada datang tak tadi?..

Rommate junior: Entahlah, try tanya member abang bilik depan..


*********

Bilik Depan

Mokh: Novvv... Baru bangun? lena betul kau tidor tadi, tak sampai hati nak kacau.. meh duk tepi aku.

Aku: Ha'ah, Penat, dehydrated kat padang. Rajin betul kau study petang-petang. padan ah genius.. Err, weh aku nak tanya ni. time aku tidor tadi.. aku ada cakap something ke?

Mokh: Cakap pe? tak dengar pun.. Kau cakap pe Nov? Hahaha.

Aku: Ohh.. kiranya aku takde cakap pape lah. Hahaha. Ok2. kau sambung ah study kau..


*********

Bilik Prep

Aku: Syah, tadi kau ada datang bilik aku tak petang tadi?

Syah: Ha'ah, aku datang bilik kau petang tadi, ingat nak "pau" makanan kau, Tapi kau pulak tidor tak ingat dunia. malas ah nak kacau kau.

Aku: ***Gulp**** Ha'ah aku penat sangat tadi. Tapi bagus gak aku tidor mati, selamat stok makanan aku. Hahaha.

Damn, rasa macam nak meletup je jantung. Malu punya pasal. Mujur tak mengelupur time tu.. Terus aku ubah topik lain. Buat-buat macam takde apa-apa berlaku. High possibility dia dah tahu isi hati aku cuma saje buat tak tahu sebab tak nak awkward. Apapun yang jadi masa tu, hanya dia je tahu.

That was back then, if you asked me now: Adakah aku masih menyayangi dia seperti kelmarin? Nope, i've took almost 3 years to completely move on. Tipu lah kalau aku cakap aku benci dia. Cuma, buat masa ni cukuplah rasa sayang itu sekadar sayang kepada seorang sahabat. Tak lebih, tak kurang.


Terlalu banyak sebenarnya kisah "bromance" aku dengan Syah. So aku decide from time to time. Aku akan cerita serba sedikit kisah yang aku ingat dan aku akan cerita sebab kenapa up until now, aku still menghilangkan diri dari hidup dia.

P/s: Erm, Siapa nak tengok gambar Syah shirtless? Cepat tampar perut lelaju. Hahaha.



Wednesday, 21 January 2015

#6 Somedays.

[Music: Blue Sky]

Assalamualaikum.

Entri kali ini aku nak share sikit pasal activity yang aku akan buat dengan Chuck sekitar bulan februari nanti. Kira baru dalam bentuk perancangan lagi tak tahu lah jadi ke tak. Chuck ni pulak suka travel backpackers. So banyak idea dia yang menjurus kepada tempat-tempat yang berdua dan bermalam macam Lost world of Tambun, Krabi, dan Bali. Sweet en?? 

Dua tiga hari lepas aku ade borak dengan Chuck tanya pasal Pulau Perhentian sebab member aku nak pergi berlibur kat sana. So Chuck nak tahu budget and semua details pasal trip tu nanti sebab dia nak contact member dia yang tahu serba sedikit pasal perhentian. 

Aku: Dah tanya member kau?

Chuck: Haaa. lupa... KahKah.. Aku bagitahu sekarang

Aku: Nak Tacing ke tak? :-(

Chuck: Hahaha. Tak payah. Aku dah tanya dah. Tak payah nak tacing sangat ah. Pukul kang.

Aku: Nasib baik member punya hal. Mana ada tacing dengan kau lah giler. Hahaha :P

Chuck: Bila nak pegi dengan aku? Macam menarik je..

Aku: A'ah menarik doh, sunset at the beach with bitch. Best kan? hehe.

Chuck: Bongok. Hahaha. Kau pegi lah cari bitch kat sana nanti, aku taknak.

Aku: Kau jela jadi bitch aku nanti. ;-)

Chuck: Hahaha, Baiklah. bitch pun bitch lah. Aku bitchkan kau nanti.

Aku: Gulp..

Aku cakap kat dia, semua tu sooner or later kita akan buat jugak but not now. Kitorang date pun belum lagi. Kau expect aku nak terus accept the offer and fap fap fap untuk sejam dua? Hahaha. Aku still waras lagi dan hormon aku masih boleh kawal. Tapi kalau ikutkan nafsu kuda aku, aku dah terima je offer dia. Apapun yang dirancang tunggu dinner date dengan dia awal bulan februari nanti. Selebihnya, biar masa yang tentukan.

Sejujurnya bukan kerana nafsu aku jalinkan persahabatan aku dengan Chuck. Rasanya, Tak salah untuk aku beri peluang kepada hati ini untuk disayangi meskipun insan tersebut sejantina. Aku dah penat dengan kehidupan yang penuh kepalsuaan. Kegembiraan yang terpaksa aku terbitkan meskipun hati memendam rasa. Bukan tak pernah gadis menghampiri cuba menyelami lubuk hati. Tapi tiada sedikit ruang dan peluang pun aku beri. Aku taknak kau buang masa pada insan kelainan nafsu seperti aku.

Cukup aku katakan disini aku selesa berteman dengan Chuck. Dia buat aku rasa hidup kembali di dunia realiti tanpa perlu aku palsukan diri. 

Chuck: Nov, Jom hiking Broga. Temankan aku please.

Aku: Hahaha, Iyelah nanti aku temankan kau. tapi aku tak janji sebab aku tak suka kecewakan orang.

Chuck: A'ah aku serius tak suka dikecewakan.

Aku: Apa2 pun nanti kita plan balik lepas first date dengan kau.

Tiba-tiba teringatkan memori silam. Tika aku mula belajar hiking suatu ketika dahulu. Memori indah puncak Gunung Jerai antara pengalaman yang paling sukar untuk aku lupakan sepanjang bergelar pelajar sekolah. Berani aku katakan dia lelaki pertama yang membuatkan aku rasa selamat. Ada bersama tiap masa dengan aku meskipun banyak mata yang perhatikan kau. Cuba rapat dengan kau, aku tetap first priority kau. Untuk itu aku berterima kasih.




Flashback Januari 2010

Tirai tahun ini dibuka dengan luka semalam. Apa pun Mr.Nov semakin Kewl dari tahun sebelumnya. Semakin matang. Lupakan kisah lalu, mulakan yang baru. Untuk itu, Kepala Mr.Nov digondol rakus oleh aney gunting rambut.

Aney: mahu gunting rambut apa macam?

Aku: erm gunting no 3 la..

Aney: dey, apa pasal mahu botak? Gunting pendek biasa cantik jugaa..

Aku: tahun baru, kepala baru jugaa..

Aney: Aiyoyo.. Ok2

Tahun ni kena act kewl lah, senior year kateko. Bajet kepala botak gangsta. Ahh apa-apa jelah. Sampai je Hostel, ingatkan aku seorang je yang bajet botak. Cehh, ramai je student lain yang botak termasuk lah si Syah. Sesungguhnya masih wujud chemistry antara kami. Once again, kitorang jadi belangkas kembali. Semuanya kembali normal. Cuma yang tak best nya, kitorang tak sama bilik dah. Rasa macam pfft. Kali ini aku cuba untuk tidak menjadi tamak. Dengan harapan perasaan itu kembali normal.

Bulan january adalah bulan activity luar kalau tak silap aku, So tiada pembelajaran dalam kelas untuk satu bulan. System sekolah aku agak berbeza sedikit (mungkin banyak) dengan sekolah harian. Lagipun hanya senior je ada kat Hostel masa tu Form 3 dan Form 5. Student Form lain masuk lambat sikit dari kitorang.  Tahun ini jugak lah aku terlibat dengan bermacam kem yang menuntut aku berada bermalam di luar.

Sekolah aku buat activity luar camping kat atas Gunung Jerai. Best siot hiking, walaupun penat nak mampus, sampai longgar kepala lutut. Hahaha. Aku tak ingat berapa lama masa diambil untuk sampai kat Camp site kat atas tu. Berjam-jam jugak. Pada gegadis geletis boleh lah buat-buat ada asma pastu kena angkut bonceng motor dengan cikgu lelaki. Nasib baik tak hot. Kalau hot, aku dah merengek nak naik motor. Boleh lah layan perasaan sambil-sambil ditampar angin gunung.

Sampai je kat camp site atas tu, kitorang di beri sedikit taklimat tentang pantang larang kat kawasan tu. Apa yang patut dan tak patut. Kalau ada jumpa nenek ke orang luar jangan ikut. Itu antara pantang larang yang aku masih ingat. Lepas je selesai taklimat tu kitorang pun diberi task pertama untuk dirikan khemah. Maksimum satu khemah 6 orang kalau tak silap. Siapa ahlinya bebas pilih sendiri. Syah adalah salah seorang ahli khemah aku. Dia dengan muka excited nak masuk khemah aku.

Syah: Nov, khemah kau kosong lagi tak?

Aku: Ade kosong lagi tapi kat luar. Haha

Syah: Ahh, aku join sini jugak. nanti aku sepak kau keluar.

Aku: Ade je kosong join jela. heish.
**meskipun hati berbunga, aku act kewl**

Even khemah aku dah pack macam sardin pun aku still tak nak kecewakan kau. Kau rasa sebab apa? Khemah lain ade je kekosongan kau still nak dekat dengan aku jugak. Aku cuba untuk tidak bermain dengan ego kali ini. Tak nak luka lama berdarah kembali. Kitorang buat perkara kebiasaan kitorang buat bersama.

Syah: Nov kau nak pegi toilet nanti ajak aku. Aku temankan kau.

Aku: Apsal pulak? kau takut ehh..

Syah: Kan kena gerak berkumpulan, mana boleh sorang. Mak kau dah pesan kat aku suruh jaga kau.

Aku: Eleh yelah tu, celah bila entah mak aku pesan kat kau. Hahahaha

Kat area camp site kitorang ada satu kolam besar size swimming pool, tapi air warna hijau lumut. Seriau aku nak mandi. Dorang boleh bantai terjun buat macam swimming pool termasuk lah si Syah ni. Tahu lah body gedang, kau saje je kan nak tunjuk kat gegadis. Aku tak join, sentuh pun tak air tu. Lepas lepak sekejap kat sebelah kolam tu, aku gerak bawak towel aku ke toilet. yelah takkan taknak mandi sampai ke malam kot.

Mandi kat toilet pun air kolah je wei. Tapi air dia jernih sikit dari kat swimming pool tu. Bukan aku sorang time tu kat toilet. Budak yang dah mandi kat swimming pool tu akan pegi jugak ke toilet untuk cuci badan. Si Syah pun ada time aku nak mandi kat kolah. Aku tahu dia ikut aku. Grr.

Aku: Asal mandi sini? Kau kan dah mandi kat swimming pool tadi, siap buat backflip.

Syah: Aku rase cam pelik je air kat situ, malas ah nanti gatal badan. (sambil tersengih)

Aku: Habis lah kau malam ni takleh tido.. Hahaha

Syah: Biar ah. daripada kau bajet putera raja je taknak mandi kat situ.

Aku: Diam ah kau..

Time mandi tu, aku nak bukak baju nak sabun badan. Pastu dia tak kasi. So aku ambik sabun masuk dalam baju, gosok depan dia.

Aku: Apesal pulak takleh bukak baju?

Syah: Haha. tak payah lah, kau tak malu ke orang tengok? perempuan duk lalu lalang..

Aku: Alah bukanya nampak pun. lelaki je aku tengok duk lalu kat sini.

Syah: Nipple kau sexy sangat. Hahahaha

Aku: Siot kau. Hahahaha

Bila malam, after ambik makanan Syah ajak aku lepak kat tempat yang ada kerusi batu berbentuk ''C'' kat tengah-tengah ada tempat unggun api. Serius malam tu banyak pulak bintang kat langit. Buat aku rasa kagum dan bertambah dekat dengan sang pencipta. Bukan aku berdua dengan Syah masa tu, ada lagi beberapa orang. View dari atas puncak tu sangat cantik, Kau boleh lihat hamparan hijau bendang kat kedah waktu petang. Sangat perfect. Double perfect kalau kau dengan orang tersayang.

Syah: Nov kau tak rasa gatal-gatal badan ke? gatal doh badan aku.**sambil garu leher**

Aku: Hahaha, padan muka kau. kan aku dah cakap tadi kau degil. nasib baik aku tak mandi situ.

Syah: Argh, macam mana ni wei. gatal doh.

Aku: Kau tahan jelah, jap lagi hilang lah tu. takpun kau mandi sekali lagi. Aku teman. Nak?

Syah: Sejuk lah giler, takpe ah esok pagi jelah.

Time nak tido pun problem, diorang berebut tempat taknak tido hujung. Oleh kerana khemah aku dah macam tin sardin, Aku dengan rela dan berbesar hati offerkan diri tido paling hujung sekali. Sekurang-kurangnya boleh bernafas sikit takde lah mati lemas. Nak keluar masuk pun senang. Ingatkan dah settle masalah. Rupanya tak. Hampeh tol.

Aqif: Ok aku tido sebelah Nov.

Syah: Ahh takde-takde aku cop dulu, aku tido situ. (masuk terus pegi sebelah aku)

Aqif: Ekeleh kitorang yang dirikan khemah, kau sedap je masuk. Kau tido luar.

Dazir: Alah apa kecoh-kecoh, nak tido pun berebut. Senang citer biar aku tido situ ah.
**Semua gelak** 
Dazir: Semua berebut nak tido sebelah Nov payah ah. Apa yang special sangat tido situ?

Aku: Aik. Aku pulak yang kena? HahaHaha

Last-last si Aqif tu mengalah dia bagi Syah tido sebelah aku, dan dia tido sebelah Syah. Dazir ni pun salah seorang dari 7 orang roommate aku masa form 4. Dia pun dulu background all boys school. Orang nya pendek 160-165cm maybe. Satu perkara aku suka pasal dia adalah sifat high tolerance. Tak penting kan diri. Malam itu dia tido paling hujung belah kiri, manakala aku paling hujung belah kanan.

Aku: Bapak ah sempit, dah macam kayu balak takleh gerak. Kau ni dah lah keras macam batu. Aku nak gerak pun payah.

Syah: Nov, kau jangan gerak-gerak. aku nak terkentut.

Aku: Selekeh doe kau. Kau jangan nak ngade.

Syah: Biar ah.
**yes he did**

Pfft.. Kitorang apa lagi gelak-gelak pastu bahan dia. Hahaha. Nasib baik lah kau tu member aku, Kalau tak aku dah humban keluar khemah. Dah lah beg baju kau letak kat tempat lain pastu merengek nak share beg baju aku buat bantal.

*******

P/s: Bagi memelihara kesucian diri ini daripada dinodai, Most of the activity yang aku nak buat nanti bersama Chuck adalah berbentuk Outdoor, Movies and Cafe. Tiada activity dalam bilik buat masa ini. Toilet?? Choii!! Kau ingat aku murahan? Hahaha.