Assalamualaikum
Mengikut kalendar masihi kita sudah pun hampir ke penghujung tahun. Hari ke-365 dalam tahun 2015. Masa yang tinggal hanya berbaki kurang 24 jam untuk menyambut kedatangan tahun 2016. Semoga tahun mendatang penuh dengan kejutan dan di limpahi dengan rahmat Ilahi. Amin.
Bagi aku tahun 2015 membawa pelbagai warna dalam kehidupan aku. Banyak kejutan yang tak pernah aku angankan selama ini. Untuk itu aku berterima kasih kepada semua yang hadir mahupun pergi dari hidup aku. Kerana setiap satu dari mereka memberi aku secebis ingatan. Kentut.
So ini sinopsis perjalanan hidup seorang Nov collins:
January
Bibit cinta antara aku dan Chuck bersemi dan kembang mekar mewangi meskipun cinta itu hanya sekadar maya yakni virtual. Aku rasa bahagia. Chuck menunjukkan keterujaan beliau untuk mengenali aku secara fizikal. Namun sifat closeted and high level of discreet aku bermain tarik tali. Aku buy time setiap kali dia ajak keluar berjumpa empat mata. Aku postponed perjumpaan aku ke satu tarikh sekitar bulan February. Chuck Akur dengan keputusan aku. Namun kerana ego aku menghentikan semaian benih cinta pada tanggal 27 januari.
February
Hubungan maya aku dan Chuck terkubur. Insan bernama Ash hadir mengatur langkah merapati Chuck di laman insta. Kurang lebih seminggu dua, usaha Ash berbuahkan hasil. Chuck miliknya sepenuhnya. Aku terbiar sepi.
"Nov, dulu aku ingatkan kau dan Ash adalah orang yang sama sebab time kau hilang tiba-tiba je Ash muncul."
"Aku terima Ash time awal-awal tu sebab kesian, nampak kesungguhan dia nak perhatian dari aku. Aku terfikir daripada aku tunggu kau yang terlalu rahsia dan tak ada depan mata. baik aku pilih Ash yang aku tahu betul-betul sayang aku and ada depan mata."
March
Aku dihuni rasa kecewa yang teramat terhadap Chuck. Hati aku remuk, lalu aku putus kan he will definitely pay the price. Laman insta Chuck di geledah, segala apa yang boleh di jadikan bukti aku screenshot satu persatu. Sekitar pertengahan bulan march aku mula hilang interest untuk tahu lebih lanjut perihal sang pendusta. Aku terima hakikat yang aku tewas pada Ash.
April
Aku benar-benar move on. Dengan erti kata lain nama Chuck terpadam lenyap dari kamus hidup aku.
May
Nenek aku jatuh sakit, seminggu kemudian beliau di jemput pulang ke rahmatullah pada usia 79 tahun. Pertengahan bulan, Chuck kembali menagih kasih. Namun aku sedikit pun tidak ambil peduli.
June
Chuck cuba menghubungi aku. Aku masih dengan pendirian aku.
July
Handphone aku rosak, touchscreen tidak lagi menerima sentuhan. Haihh. Sambutan aidilfitri tidak seperti tahun - tahun sudah. Dengan perangai bossy makcik aku yang berlaki muda. Dengan keadaan rumah kampung "berpenghuni". Tambah pulak ketiadaan orang gaji. Geygey gegok dumoh.
August
Chuck masih cuba mendapatkan perhatian aku kembali. Namun maaf, tiada perasaan untuk di kongsikan.
September
Aku bergelar pelajar di sebuah IPTA di Selangor. Aku mula mengenali Hacra dan pada masa yang sama Chuck mencuba nasib. Selama tiga hari berturut - turut, Chuck menghantar pesanan di applikasi wechat. Pada ketika ini, niat aku cuma satu. Mahu dia rasa apa yang aku rasa. Aku balas text Chuck pada hari ketiga.
October
Aku tidak terburu-buru menghukum Chuck. Aku cuba selami dan fahami situasi sebenar. Kenali punca dan sebab terhadap segala persoalan. Selama sebulan kami berinteraksi melalui Wechat. Aku putuskan pada tanggal 31st October would be hari penentu. Chuck akur dan akan terima keputusan aku dengan terbuka. Ketika pertemuan itu berlangsung aku kenal lebih dekat insan bernama Chuck. tiada adegan sentuhan. Pertemuan itu hanya sekadar bertukar buah fikiran.
November
Chuck melamar aku menjadi separuh jiwanya. Aku terima. Hari yang sama juga aku terima hadiah yang akan aku ingat selamanya. Kucupan pertama. A french kiss.
December
Sesekali perasaan cemburu menyapa, lalu ego aku kembali menguasai. Aku ragu keikhlasan Chuck. Aku memaksa Chuck menceritakan segalanya tentang masa lalu. Kerana sayang Chuck turutkan. Setiap kali Chuck come clear dengan aku, setiap kali itu jugak lah aku jadi dingin.
Baru-baru ini, Chuck mengakui dia pernah terlanjur bersama Ash sekitar bulan March-April. Aku jadi sangsi dengan kesihatan Chuck. Demi menghapuskan kesangsian aku. Chuck menjalani ujian saringan Hiv keesokannya. Alhamdulillah status Chuck negative.
9th December 1.10 AM
Chuck: Aku dah habis google dah. Aku rasa esok aku try call Klinik berdekatan nak buat checkup dengan alasan nak kahwin. Nak kahwin dengan Nov. So pray for me sayang. tetiba takut.
Nov: I'll always love you Chuck.
9th December 3.28 PM
Chuck: Aku sayang kau more than anything Nov. Sebab tu aku sanggup jugak buat untuk buktikan kat kau. Study lah dulu, jap lagi nak test. Aku nak solat jap.
Nov: Aku sayang kau. I really am. Sorry lah kalau aku doubt kau.
Chuck: In case kau tak percaya aku pegi buat. I love you Novnn. Love you so much. You are my everything. Aku dapat rasa kau happy bila aku cakap takde apa-apa tadi. Kan senang kalau bagitahu je aku buat Hiv test awal-awal.
Dan semalam ego aku sekali lagi menyapa. Aku dingin dengan Chuck. Seharian aku menyepi dari Chuck. Malam semalam, air mata Chuck berderai saat aku suara kan "kau nak break?". Tahniah buat diri sendiri kerana berjaya menundukkan seorang insan bernama lelaki, Nov.
Jauh di sudut hati, aku menyesali perbuatan aku. Setiap kali aku cuba lukakan dia, setiap kali itu juga aku terluka. Maafkan aku Chuck sebab selalu doubt kau. I love you.
Selamat tahun baru Nov...Semoga hubungan awak dan dia berkekalan...jangan terlalu layan ego tu k..semoga tahun yang mendatang akan memberikan kebahagian didalam kehidupan awak..
ReplyDeleteCarl Dani: Selamat tahun baru LS. Aminn. Thank you wakk. :)
DeleteNov...My Word of advice as a friend to you...please hargai dengan apa yang ada didepan mata...please hargai dengan kesungguhan chuck...judging dengan aper yang Nov tulis...Amir percaya yang Chuck dah buat yang terbaik untuk menambat hati Nov...maybe tak sebaik yang mungkin...tapi itu yang ada sekarang....well Nov, trust me k...you too need to start to trust and believe him...nanti takut yang dah berada didepan mata terlepas lagi...don't make the same mistake again k...
ReplyDeletePS : Selamat Tahun baru buat Nov...moga tahun baru ini akan mendatangkan kebahagiaan buat seorang insan yang bernama Nov...;-)
PSS : French kiss...? OMG...tak tahan nak dengar bab tu beb...huhuhu...;-P
Amir Waarload: Thanks amir, really appreciate your advice. Kadang tu ego aku ni tak boleh kawal. I tried hard to trust him, but then i doubted him even more. Aku sebenarnya takut kehilangan dia. :(
DeleteWuuu,abam segak lah (copy paste komen ko) hahaha..
ReplyDeleteBtw apa yg jd dalam hidup kau sepanjang tahun ni akan buat kau jadi lebih kuat bro..insyaa Allah
Aries Kid: Hai abam segak bergaya. Nasib baik lah aku dah berpunya kalau tak sudah tentu hati ini milikmu. Hahaha.
DeleteHaihh...nak tunjuk gambar bf tapi letak sticker :kecewa:
ReplyDeleteekekeke..gurau.
Just go with the flow Nov, terima Chuck seadanya tapi at the same time always be careful sampai kau betul2 yakin dengan keikhlasan Chuck. Aku harapkan yang terbaik buat korang berdua. Bila nak makan nasi minyak? hehe
Kamen Shinobi: Takmau ah, nanti kau sailang. Tak pasal meroyan aku kat blog. Hahaha. Aku selalu careful dengan tindak tanduk aku. Aku rasa its time for me to trust him.
DeleteSo sweettt, tp yg tang suruh check hiv tu mmg mr white stuju! ust wondering umur korang hmmm
ReplyDeleteMr. White: Check Hiv is a must. Itu syarat untuk memiliki Nov. Haha. Kitorang pucuk muda lagi. :P
Deletelagi satu ak rasa si nov ni mesti encem kemain kan.tu pasai lah si chuck tu sanggup buat ape je. kann hehe
ReplyDeleteMr. White: Hahaha. saya biasa2 je wak. Tapi cukup lah untuk menundukkan Chuck seorang. Hehe.
Deleteaduhh aduhh.. melting beb!! hahaha
ReplyDelete*Nak carasss kau daripada Chuck! HA HA HA~
Saff Leo: Blushingg lah kita wakk. Hahaha. Aku tak sekacak yang kau sangka. Biasa2 je. :P
Deletewow cinta sorong tarik sorong tarik .. hmmm
ReplyDeleteShin: Amboi Shin sorong tarik sorong? Double meaning sangat. Kemain..
Deleteandai insan tersebut +ve HIV, apa yg anda akan buat?
ReplyDeleteHerr Reisenden: Nauzubillah. Aku sayang dia, aku rasa aku akan terima dia jugak. Tapi perlakuan aku akan limited lah. Aku cuba jadi teman yang baik.
DeleteTapi based on result checkup dia negative. itu dah memadai.:)
HAPPY NEW YEAR NOV !!
ReplyDeleteBased on your story, Chuck tu ikhlas cintakana kau.
Perhaps u should give him chance to love you.
Mr. Dominic Unknown: Happy new year unknown!! Aku sayang dia kot, at the same time aku risau, aku takut if one day i'll be losing him.
DeleteSyabas nov, elak hiv, klu nk brsama amalkan thp kslamatan yg ketat, jgn lupa simpan condom dlam dompet tau, moga bahgia jd milikmu
ReplyDeleteJazzlee: Alhamdulillah. Tahap kawalan keselamatan masih di paras tertinggi. :P
Deletehttp://www.tarbiahsentap.com/2015/12/abang-sado-gay-kakak-cantik-lesbian.html
ReplyDeleteAnonymous: Alhamdulillah, terima kasih.
DeleteJinjang nya leher awak .. sedap lah Chuck buat love bites hari2 ..hahaha
ReplyDeleteNu'man: Ermm camera trick je awakk Love bites? Hahaha.
Deletehahah siot lah nu'man...tergelak aku baca komen ko...love bites kene buat bawah bawah sikit...leher bahaya...hahahha...
Deletewahhhhhhhhhhhh Nov...
ReplyDeletelama aku tak jenguk blog kau.. tahniah untuk hubungan itu
semoga bekekalan
Mike Mikelly: Amboi lama nau cuti bersalin nye. Thanks :)
Deletehappy new year Nov C!!! wah nov C dapat kiss in Nov...hahaha...semoga bahagia...
ReplyDeleteCrescent: Selamat tahun baru jugaa. thanks awaa. hahaha
Delete