Tuesday, 21 April 2015

#23 Mahkota Dewa.

Assalamualaikum

Boleh dikatakan sebulan sekali comfirm masalah ni datang menerjah di benak fikiran aku. Masalah yang mungkin dianggap remeh oleh kebanyakkan lelaki di luar sana. Tetapi bagi sosok lelaki bernama Nov Collins, ia adalah masalah sungguh rumit. Jika tidak diselesaikan, ia boleh mendatangkan kekusutan yang bisa mengubah mood nya menjadi tidak tentu. "Ohemjeez, Nov didatangi masalah menstrual kah?" Wak luu!! Masalah tersebut berkenaan dengan penjagaan Mahkota dewa. Kau mampu?

Aku kalau masuk kedai gunting yenna, comfirm tak pernah puas hati. Keluar je dari kedai terus watdefak, watdehel, watdefak.. sepanjang jalan. Pfft. Serious aku tak puas hati dengan servis. Tapi nak buat camne, kat yenna murah sikit berbanding saloon. Kentut..

Member aku selalu akan cakap "Rambut je pun bro, cakap jelah kat tukang gunting rambut kau nak potong macam mana. settle". Masalah nya bila aku cakap kat tukang gunting, dorang pun kadang blur-blur gak. "..you mau gunting macam mana?"  "..erm. i want a pompadour haircut.." Cakap omputih kau, kelas ke tidak? haruslah Nov Collins kot. Pastu ah moii tu reply "pompa what?..". Haa sudah, minah ni tak paham apa yang aku nak lettew. Nasib baik aku dah set awal-awal wallpaper gambar haircut kat homescreen phone aku, tak payah sibuk nak scroll album, tak pasal kantoi gambar brader-brader pakai one piece. Pheww. So aku tunjuk je lah gambar tu kat dia.

Setelah insiden tersebut berlaku terhadap diri yang naif ini, makanya aku ingin membantu brader-brader memudahkan proses mendapatkan potongan rambut yang ideal. Mahkota dewa tu penting bro, bak kata gegadis; kehenseman lelaki tertancap pada gaya rambut lelaki tersebut. Berikut aku listkan gaya yang tengah "IN".

Undercut
1. Undercut - potongan pendek bahagian tepi dan panjang di bahagian atas. Tak kisah lah rambut kau jenis "Straight" or "Curly". Pengayaan rambut ini  masih boleh digayakan.

Man bun
 2. Man bun - Potongan rambut ala-ala roti pau atas kepala. Syaratnya adalah berambut panjang paras bahu. Tarik rambut di bahagian dahi dan ikat pada bahagian tengah kepala. Sesuai bagi mereka yang mempunyai pasangan pelahap. boleh lah makan pau atas kepala kau. Bagi lelaki yang punya rupa paras sedikit jambu, seeloknya simpan sedikit misai dan janggut bagi menampakkan sedikit maskulin.

Top Knot
3. Top Knot -  Gaya rambut ni sebenarnya adalah versi gabungan dua potongan rambut iaitu "Undercut" dan "Man Bun". Tidak semua orang mampu menggayakan style rambut ni. Kalau rambut ala-ala mee maggi diatas kepala, baik lupakan hasrat kau tu. 

Pompadour
4. Pompadour -  Pompadour dan Undercut mungkin kelihatan sama tetapi tidak serupa. Beza nya adalah potongan rambut dibahagian tepi bagi undercut haircut adalah lebih pendek yakni mesin hampir ke kulit kepala. Manakala di bahagian tepi Pompadour pula dipotong pendek tetapi tidak sependek undercut. Rambut dibahagian hadapan dibiar panjang untuk membentuk ilusi ketebalan.

Short Back and Sides
5. Short Back and Sides - Potongan pendek di bahagian tepi dan belakang, Manakala rambut di bahagian atas dipotong layer panjang.

Fade
6. Fade - Personally aku prefer potongan ini. Sebab nya, Nov Collins merupakan insan yang istimewa kerana beliau dikurniakan kulit yang tersangat lah subur. Helaian rambut nya cepat tumbuh. Justeru itu, bagi menjimatkan kot dandanan rambut bulanan yang maha tinggi itu. maka nya beliau lebih suka rambutnya di potong pendek.


7. Side Part - Potongan rambut pendek dan kemas. Potongan ini menitik beratkan kekemasan dimana setiap helaian rambut perlu disisir rapi, melekat dan berkilat. Golongan professional seperti businessman dan celebrity seringkali dilihat menggayakan style ini. Hanya Nov Collins malas menggayakan nya, kerana beliau seorang yang selebet dan messy. :P

Aku sebenarnya teringin nak simpan rambut panjang paras bahu, tetapi jauh disudut hati timbul kerisauan. Aku takut orang tertukar Kak Ros dan Nov Collins nanti. Sob Sobs. Rambut aku kalau panjang ia akan mengerbang persis seperti baru selesai mendapatkan khidmat dandanan rambut berharga MYR 1200 itu. Tak pasal aku di cerca nanti. Waduh gimana ni.. Berengsek ya itu anak. Untuk itu, adalah lebih afdal jika rambut aku di maintain pada skala pendek sahaja.

Anyway, lain orang, lain citarasa,  lain kondisi rambut nya. So pepandai lah bereksperimen. Takpun tanya je barber, style mana yang sesuai. Senang. Tak payah serabut kepala.

Psst: "Bun Sweeties" di perut adalah kegemaran Nov. Aumm.

Wednesday, 15 April 2015

#22 Labelling.

[Music : Clean Bandit]
Assalamualaikum.

Beyoncit : Oi Mariah.. hang tau dak, kelmarin dulu aku nampak anak pak Lee kat pekan. Kemain melawa, rambut karat, seluar sekeping, siap kepit bag tangan lagi.. kalah hang tau dak. Vogue gitu.

Mariah Kari : Anak pak Lee yang mana satu? setahu aku pak Lee tak dak anak perempuan..

Beyoncit: Alaa anak dia yang jalan kepit-kepit tu, Azwana Lee tu.. yang orang kampung duk pakat panggil sutun. ishh.. geli geleman aku tau dak.

Mariah Kari : Yaka?? Awat lah jadi lagu tu.. Mintak jauh lah no. Tapi tak leh jadi ni. mana ada orang kampung berani caras mak. esok lusa aku nak pi Uptown beli handbag baru nok.

Beyoncit : Nok?? Awat hang bunyi macam sutun gak Mariah oi, hang sutun ka??

Mariah kari : Choyy. 

Pondan, Bapuk, Pengkid dan Tomboy antara nama gelaran yang sering kali digunakan oleh masyarakat kita khususnya melayu dalam merujuk kepada mereka yang mempunyai masalah identiti diri. Kebiasaanya mereka ini pada zahirnya di lahirkan bercirikan satu jantina, akan tetapi sifat nya berlawanan dengan jantina tersebut. yakni jika fizikal nya seorang lelaki, roh dalaman nya pula adalah seorang perempuan. Begitulah sebaliknya.



Persoalan nya wajarkah mereka ini di label sedemikian rupa? Pada pendapat aku, sangat lah tak patut. Konon. Hahaha. Aku takde lah baik bak malaikat, kadang tu pernah lah jugak label orang dengan panggilan nama yang berbaur penghinaan. But seingat aku, tak pernah lagi panggil orang bapuk, pondan, pengkid dan nama lain yang seangkatan dengan nya. Bagi aku nama-nama tersebut merupakan penghinaan tahap tinggi. Ibarat kau mempersoal jantina seseorang secara kiasan.

Come on lah, kau dah tahu sifat dia macam mana, so faham-faham sendiri sudah lah. Tak perlu kot nak sibuk label. Aku lebih prefer nama kan diorang sebagai lelaki lembut (gentleman) atau perempuan brutal daripada gunakan perkataan berbaur penghinaan. Aku percaya diorang pun kalau boleh taknak jadi "lain" daripada orang lain. Tapi apakan daya, kelahiran itu ketentuan yang maha esa. So, nak taknak kena terima diri seadaanya.

Walaubagaimanapun, aku tak berapa setuju dengan cara sesetengah golongan ini "appreciate" diri diorang. Cara yang pada aku bersifat terlalu berlebihan. Bagi aku, tak perlulah kau ubah segalanya tentang diri kau sehingga apa yang terzahir itu seperti sebuah penafian terhadap jantina kau. Even if sifat kau sedikit berbeza dari mereka sejantina, tak bermakna kau perlu ubah 100% perwatakan kau mengikut sifat kau. Ciri jantina kau tu kena jaga. Sampai mati pun takkan berubah walaupun kau berjaya ubah semuanya tentang diri kau.

Aku tengok golongan adik-adik kat kolej aku tanpa segan silu berjalan ke hulu-hilir memakai skirt tutu dan di kaki tersarung stiletto merah. Watdefak kau nyah? Kot iye pun desperate nak perhatian abam senior tak payah lah merendahkan lagi maruah kau yang sememangnya rendah tu. Pfft. Nak maki tak sampai hati. Kesian jelah mampu. Cukup lah member aku je maki korang. Haha.

Ingat, kehidupan yang kita jalani hari ini adalah bersifat sementara, semuanya tak kekal. Berpada-pada lah dalam mencorak hidup, kau tak kesian ke kat mak bapak kena tahan telinga orang duk mengata kat anak dia? Fikirkan lah.



"Hmm, seluar pendek aku ni nampak macam stailo je, stretchable pulak tu.. Pakai pegi clubbing malam nanti pun cun gak ni. Hikhikhokk.."

Wednesday, 1 April 2015

#21 Geletis.

[Music: Dark Angel]
Assalamualaikum.



Celaka.

Biadap.

Bangsat.

Lahanat sungguh kau gegadis geletis!!! 

Lagak nya persis gengster kampungan. Mendabik dada pada yang tua. Sungguh angkuh. Sedar kah kau seorang wanita? Kudrat mu bukan lawan seorang lelaki. Tutur kata tidak dijaga, sungguh berbisa. Melambangkan kau bukan dari kalangan wanita bermaruah. Menjelek kan lagi menjengkel kan. Celaka.

Kot iye pun kau marah tak payah lah sebut nama cik karipap kau tu kuat-kuat. Aku tak heran pun lah dengan karipap lemau kau tu. Kesian Ash kat rumah, tersedak dia.. Kau seru nama panjang dia. Nasib baik pakcik tu tak sebut pisang goreng kat kau. Sundalan punya perempuan.

Ketahuilah wahai gegadis geletis, sesungguhnya kau belum ketemu lawan mu. Lawan yang bisa menundukkan ego mu, membenam angkuh mu. lawan yang seperti Nov Collins. Tak semua lelaki mampu berlagak gentleman.

Jika diluar, lagak aku juga seperti lelaki kebanyakan. Bezanya, aku bukan lelaki yang tunduk pada kebiadapan manusia. Tunduk pada wanita? Tidak sama sekali. Jika baik tuturmu, maka baik juga tuturku. Namun jika biadap bahasamu, maka berkontena-kontena lah sumpahan bakal dihamburkan.

Kebiasaannya Nov Collins tidak lah seperti itu, kerana dia masih menjaga maruah nya. Bila berhadapan situasi sedemikian, lagak nya masih cool. Diam dan memerhati sebelum menghunus kata.

Come on lah, benda boleh settle. Tiada kemalangan jiwa. Yang dicalar cuma kereta. So, tangkap gambar dan slow talk sikit ambik apa-apa info yang berkenaan. Settle. Tak perlulah kau nak berlagak gangster, terjerit-jerit kat public. Sedar diri sikit kau tu betina bukan perempuan. Perempuan tak sebut cik karipap dia kat public.


Nasib baik lah bukan Nov Collins yang di karipapkan di public. Kalau tak, comfirm masuk akhbar metro muka depan "Betina di SMACKDOWN di petrol station" tak pun "Lelaki berang dikaripapkan di petrol station". Baru kau tahu tinggi langit. Aku jenis yang cool je, but kalau kau start maki aku depan public. Sepantas kilat tamparan lelaki hinggap ke pipi. Kalau free hair, makanya rambut kau akan di sentap ke belakang. 

Bagi mengelak kan hal sedemikian terjadi, jaga lah adab. tak rugi pun kau tahan amarah kau. Maruah kau jugak akan terjaga. Makin orang akan respect kau. Tak gitu sundal?

Aku pernah je ada pengalaman bergesel manja dengan kereta abang-abang. Tapi takde lah bertumbuk. Mungkin sebab abang tu terpana dengan aku. Hikhik. So dia cakap "takpelah bro, benda dah jadi.. Sikit je ni.. bawak keta tu hati-hati" Luluh jantung aku dengar. Dalam hati "Peliss offer aku tidur rumah kau". Hahaha. Aku hulur seratus dua. Settle masalah.




Article tercetus: Youtube.