Wednesday, 31 August 2016

#41 Merdekaa

Assalamualaikum.

Lama aku tidak menulis di ruangan ini. Sudah hampir 5 bulan langitpalsu terbiar sepi. Jadual kuliah yang padat lagi memenatkan memaksa aku melupakan sahaja niat untuk menulis. Anyway, apa khabar orang maya sekalian alam? Aku tahu ramai yang rindu aku. Kuikuikui.





Bercerita soal Nov C, aku masih disini cuma fokusku lebih tertumpu pada perihal realiti berbanding maya. Niat nak update blog memang ada cuma masa je yang tak berapa nak ada. Banyak lagi assignment, paper work dan project yang menanti untuk disentuh "dara" nya. Haagituu.

Jika ditanya perihal hubungan aku dan Chuck. Alhamdulillah baik-baik sahaja. Nak kata sepanjang masa kitorang happy pun tak jugak. Biasalah setiap perhubungan ada fasa naik turun nya. Begitu jugak kisah aku dan Chuck. Kitorang selalu je gaduh, even hal remeh pun boleh jadi punca gaduh.

Contoh hal remeh yang dimaksudkan adalah masa.  Most of the time, memang aku yang jadi punca nya sebab selalu sangat tak on-time. Chuck ni very particular about timing. Kalau dia cakap nak keluar dating pukul 10am. Makanya sebelum pukul 10am dia dah sampai. Misal kata aku lambat lima minit pun dia dah tarik muka. Kesah pulak aku? Kehkeh. Kurang lebih 30 minit, kitorang back to normal balik. Begitulah rutin tiap kali nak keluar dating. Sayang punya pasal layan kan jelah.

Ada kala Chuck terlalu sibuk dengan kerja di pejabat dan aktviti kemasyarakatan di luar. Haa kau mampu beraktiviti kemasyarakatan? Murni jiwa insan bernama Chuck. Sebab niat dia nak tolong orang asli yang bergelap dia sanggup berjauhan dengan Nov di kala hujung minggu. Chuck selalu jugak ajak aku volunteer cuma masa tak berapa nak mengizinkan.

Lastly, di kesempatan ini aku nak mintak maaf kepada mereka-mereka yang menghantar email tetapi tidak dibalas dengan kadar segera. Rasa bersalah gila woi. Maafin gue yaa. gue nggak punya waktu terluang doang. Kalau ada masa terluang insha'allah aku akan reply. :)



Nota kaki: Siapa lah yang baik sangat curi selipar aku yang seburuk-buruk alam kat masjid jumaat lepas. Sudah nya aku pulang berkaki ayam je. Sakit kaki kita wak. Uhukk.

7 comments:

  1. awak, lamanya tak update blog...rindu kat awak...take care..

    ReplyDelete
  2. Amboi sejak-sejak berbadan dua ni jarang betul nak menjenguk warga blogger di sini. Ehh

    ReplyDelete
  3. Mata tu kenapa kenyit2? masuk habuk?

    welcome back Nov C..sibuk honeymoon jangan sampai lupakan kami di alam maya ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. Rerajin ler menulis walaupun sibuk bersama org tersyg En Nov (well, actually same goes for me too...:-P)

    ReplyDelete
  5. cair tgk abg fatah kenyit mata...terasa macam fazley zainal pulak...eh hahaha...

    ReplyDelete