Thursday, 31 December 2015

#37 Ambang

Assalamualaikum

Mengikut kalendar masihi kita sudah pun hampir ke penghujung tahun. Hari ke-365 dalam tahun 2015. Masa yang tinggal hanya berbaki kurang 24 jam untuk menyambut kedatangan tahun 2016. Semoga tahun mendatang penuh dengan kejutan dan di limpahi dengan rahmat Ilahi. Amin.

Bagi aku tahun 2015 membawa pelbagai warna dalam kehidupan aku. Banyak kejutan yang tak pernah aku angankan selama ini. Untuk itu aku berterima kasih kepada semua yang hadir mahupun pergi dari hidup aku. Kerana setiap satu dari mereka memberi aku secebis ingatan. Kentut.

So ini sinopsis perjalanan hidup seorang Nov collins:

January

Bibit cinta antara aku dan Chuck bersemi dan kembang mekar mewangi meskipun cinta itu hanya sekadar maya yakni virtual. Aku rasa bahagia. Chuck menunjukkan keterujaan beliau untuk mengenali aku secara fizikal. Namun sifat closeted and high level of discreet aku bermain tarik tali. Aku buy time setiap kali dia ajak keluar berjumpa empat mata. Aku postponed perjumpaan aku ke satu tarikh sekitar bulan February. Chuck Akur dengan keputusan aku. Namun kerana ego aku menghentikan semaian benih cinta pada tanggal 27 januari.

February

Hubungan maya aku dan Chuck terkubur. Insan bernama Ash hadir mengatur langkah merapati Chuck di laman insta. Kurang lebih seminggu dua, usaha Ash berbuahkan hasil. Chuck miliknya sepenuhnya. Aku terbiar sepi.

"Nov, dulu aku ingatkan kau dan Ash adalah orang yang sama sebab time kau hilang tiba-tiba je Ash muncul." 

"Aku terima Ash time awal-awal tu sebab kesian, nampak kesungguhan dia nak perhatian dari aku. Aku terfikir daripada aku tunggu kau yang terlalu rahsia dan tak ada depan mata. baik aku pilih Ash yang aku tahu betul-betul sayang aku and ada depan mata."


March

Aku dihuni rasa kecewa yang teramat terhadap Chuck. Hati aku remuk, lalu aku putus kan he will definitely pay the price. Laman insta Chuck di geledah, segala apa yang boleh di jadikan bukti aku screenshot satu persatu. Sekitar pertengahan bulan march aku mula hilang interest untuk tahu lebih lanjut perihal sang pendusta. Aku terima hakikat yang aku tewas pada Ash.

April

Aku benar-benar move on. Dengan erti kata lain nama Chuck terpadam lenyap dari kamus hidup aku.

May

Nenek aku jatuh sakit, seminggu kemudian beliau di jemput pulang ke rahmatullah pada usia 79 tahun. Pertengahan bulan, Chuck kembali menagih kasih. Namun aku sedikit pun tidak ambil peduli.

June

Chuck cuba menghubungi aku. Aku masih dengan pendirian aku.

July

Handphone aku rosak, touchscreen tidak lagi menerima sentuhan. Haihh. Sambutan aidilfitri tidak seperti tahun - tahun sudah. Dengan perangai bossy makcik aku yang berlaki muda. Dengan keadaan rumah kampung "berpenghuni". Tambah pulak ketiadaan orang gaji. Geygey gegok dumoh.

August

Chuck masih cuba mendapatkan perhatian aku kembali. Namun maaf, tiada perasaan untuk di kongsikan.

September

Aku bergelar pelajar di sebuah IPTA di Selangor. Aku mula mengenali Hacra dan pada masa yang sama Chuck mencuba nasib. Selama tiga hari berturut - turut, Chuck menghantar pesanan di applikasi wechat. Pada ketika ini, niat aku cuma satu. Mahu dia rasa apa yang aku rasa. Aku balas text Chuck pada hari ketiga.

October

Aku tidak terburu-buru menghukum Chuck. Aku cuba selami dan fahami situasi sebenar. Kenali punca dan sebab terhadap segala persoalan. Selama sebulan kami berinteraksi melalui Wechat. Aku putuskan pada tanggal 31st October would be hari penentu. Chuck akur dan akan terima keputusan aku dengan terbuka. Ketika pertemuan itu berlangsung aku kenal lebih dekat insan bernama Chuck. tiada adegan sentuhan. Pertemuan itu hanya sekadar bertukar buah fikiran.

November

Chuck melamar aku menjadi separuh jiwanya. Aku terima. Hari yang sama juga aku terima hadiah yang akan aku ingat selamanya. Kucupan pertama. A french kiss.

December

Sesekali perasaan cemburu menyapa, lalu ego aku kembali menguasai. Aku ragu keikhlasan Chuck. Aku memaksa Chuck menceritakan segalanya tentang masa lalu. Kerana sayang Chuck turutkan. Setiap kali Chuck come clear dengan aku, setiap kali itu jugak lah aku jadi dingin.

Baru-baru ini, Chuck mengakui dia pernah terlanjur bersama Ash sekitar bulan March-April. Aku jadi sangsi dengan kesihatan Chuck. Demi menghapuskan kesangsian aku. Chuck menjalani ujian saringan Hiv keesokannya. Alhamdulillah status Chuck negative.


9th December 1.10 AM

Chuck: Aku dah habis google dah. Aku rasa esok aku try call Klinik berdekatan nak buat checkup dengan alasan nak kahwin. Nak kahwin dengan Nov. So pray for me sayang. tetiba takut.

Nov: I'll always love you Chuck.

9th December 3.28 PM

Chuck: Aku sayang kau more than anything Nov. Sebab tu aku sanggup jugak buat untuk buktikan kat kau. Study lah dulu, jap lagi nak test. Aku nak solat jap.

Nov: Aku sayang kau. I really am. Sorry lah kalau aku doubt kau.

Chuck: In case kau tak percaya aku pegi buat. I love you Novnn. Love you so much. You are my everything. Aku dapat rasa kau happy bila aku cakap takde apa-apa tadi. Kan senang kalau bagitahu je aku buat Hiv test awal-awal.




Dan semalam ego aku sekali lagi menyapa. Aku dingin dengan Chuck. Seharian aku menyepi dari Chuck. Malam semalam, air mata Chuck berderai saat aku suara kan "kau nak break?". Tahniah buat diri sendiri kerana berjaya menundukkan seorang insan bernama lelaki, Nov.

Jauh di sudut hati, aku menyesali perbuatan aku. Setiap kali aku cuba lukakan dia, setiap kali itu juga aku terluka. Maafkan aku Chuck sebab selalu doubt kau. I love you.

Saturday, 5 December 2015

#36 Kad Merah

Assalamualaikum.

XX November 12.00 AM

Chuck:

Nov: Thanks, Aku tak harap apa-apa, asalkan kau setia. Itu dah cukup..

Chuck: Saya sayang awak. Sangat. Aku janji. Ini janji aku Nov. Aku tak pernah seserius ini. Aku takkan buat kau menyesal.

Nov: Aku harap aku tak buat mistake

Chuck: Tak. Kau tak buat mistake. Aku yakin. Aku akan stop everything, aku harap kau percaya kat aku. Aku buat semua ni untuk kau.

Nov: If kau dah tak sayang aku nanti, please bagitahu.

Chuck: Jangan lah cakap macam tu. Please. Aku akan sayang kau sampai bila-bila. Aku nak kita macam ni sampai bila-bila. Aku tak kisah. Even once aku dah kahwin nanti. Aku nak kau sayang aku dan aku sayang kau. Tolong jangan berubah. Aku perlu sayang kau tu. I know you're not my first but i'll make sure you will be my last. Aku akan cuba jaga kau macam aku jaga diri aku.

Hari itu merupakan hari kelahiran Nov ke dunia. Tiada kata yang mampu di luahkan, melainkan rasa bersyukur terhadap nikmat kurniaan sang pencipta yang maha agung. Doa aku, semoga di berikan kesihatan yang baik buat kedua orang tua serta dilimpahkan rezeki. Pada tarikh yang sama juga Nov telah membulatkan hati memberi jawapan balas buat Chuck.

Chuck: XX November, i'm in love with you since yesterdays. Today is your day. Will try to make it the day you will never forget.

Jam 2.09 PM. Chuck sampai di perkarangan kolej kediaman. Jejaka bertubuh tegap itu berjalan menghampiri Nov, lalu mereka bersalaman. Kata Chuck "First time jumpa kau haritu, kau tak salam pun aku, aku ingat kau still marah kan aku. At least salam lah tangann.." Har har har. Nov dan ego berpisah tiada.

Kitorang makan tengah hari di cafe kolej. Sambil berborak mengenai percutian Chuck di negara gajah putih beberapa minggu lalu. Di tunjuk satu persatu album gambar yang di ambil semasa di sana. Tak di nafikan Chuck berwajah photogenic. Clark kent katanya. Kentut.

Seusai makan aku bawa Chuck ke bilik untuk menyimpan beg Chuck dan seterusnya bergerak ke kereta. Chuck mencapai sesuatu dari compartment box. "Nov, Aku ada something untuk kau.." Kata Chuck, sambil menghulurkan satu envelope kecil. "baca lah.." arah Chuck.




Envelope itu di buka, sekeping kad merah bersegi empat sama di tarik keluar. Apabila kad itu di buka, lipatan kertas dibahagian tengah membentuk menjadi kotak hadiah dan timbul di permukaan. I was speechless. Aku terkedu. I read the words written on it. It was my first time actually received such a birthday card. Aku hanya mampu tersenyum. "respond lah sikit.." kata Chuck. "Thanks, jap lagi lah aku baca. Kad ni aku simpan dalam kereta kau dulu. nanti time balik aku ambil." Kata Nov selamba.




Kereta di pandu Chuck meluncur laju menuju ke bandar Sunway. Moment pertemuan kali ini jauh berbeza dengan "Outing" tempoh hari, Kali ini Nov membenarkan Chuck menggengam tangan nya sepanjang perjalanan. Sesekali Chuck mengusap dan mencium lembut tangan Nov. “Thanks nov, sebab bagi aku peluang sekali lagi. Aku sayang kau..”.

Mujurlah cermin kereta tinted gelap. Kalau tak, memang tak lah nak bagi dia pegang dan cium tangan. Kuikui. Setibanya di Sunway pyramid. Chuck mengajak aku ke pusat karaoke berdekatan. 

Nov: Kau jangan menyesal pulak nanti mimpi ngeri lepas aku menyanyi. Aku nyanyi ke laut. Hahaha.

Chuck: Takpe, aku tak kesah sebab mimpi kau. Kita sama-sama ke laut. Hahaha.

Selama lebih kurang 3 jam aku dan Chuck di pusat karaoke tersebut. Apa yang boleh aku simpulkan He is really good at singing. Well, at least sedap lah jugak untuk telinga aku dengar. He sang a few love song, it was good. Selesai karaoke sekitar jam 7.30pm.

Oleh kerana masing-masing konon "on diet" "eat clean" katanya. So kitorang decide nak makan makanan ringan untuk dinner. Chuck bawa aku ke sebuah Cafe hipster di sunway untuk menikmati air chocolate milk with vanilla ice cream plus nutella. Bagi aku too sweet, not worth the money.


Selesai dinner ala-ala western, kitorang order burger dari stall berdekatan dan shoot pergi area lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Lepak kat kawasan luar pagar tepi jalan betul-betul menghadap lane kapal terbang turun. Makan burger sambil berbual kosong. Most of the topic perbualan is about Chuck. Aku kan suka interrogate orang. Hahaha.

Sekitar jam 11.30 malam, Chuck hantar aku pulang ke kolej kediaman pelajar. Oleh sebab rommate dan beberapa rakan serumah extend cuti untuk beberapa hari. Aku mengajak Chuck bermalam di rumah. Tak sampai hati nak suruh dia balik. Lagipun aku dah janji nak ajak Chuck lepak rumah sebelum ni.

Kitorang masuk rumah, mandi dan settlekan hutang solat yang tertunggak. Lepas tu Chuck settle kan kerja berkaitan hal tender yang perlu di submit keesokkan hari. Time tu dah pukul 12.30 malam, aku dah prepare untuk tido. Baring-baring kat katil sambil scroll insta. Sesekali Chuck toleh ke arah aku sambil tersenyum, kemudian Chuck datang dekat dan baring di sebelah kanan.


Chuck: Tepi sikit aku nak tido. Kaki tolong jangan panjang sangat. Aku tak muat nak baring.

Nov: Ahh, tido katil sebelah. kaki kau tu yang sado sangat, memang lah tak muat. Hahaha.

Chuck: Hmm, ngantok nye. Nov tutup lampu.


Aku bangun dari katil dan menekan suis lampu di dinding. kemudian ke arah meja study untuk menutup separuh tingkap, separuh lagi di biarkan terbuka. Langsir juga turut dibiarkan terbuka. Ventilation itu penting. Gusar dek tempias hujan Laptop Chuck aku alihkan ke tempat lain. Kemudian aku kembali ke katil. Chuck sedang sibuk membelek insta. Aku baring di sebelah Chuck sambil memerhati.


Nov: Chuck, macam mana kau unlock phone kau tadi? Apesal aku try tak boleh pun.

Chuck: Jap.. Meh sini jari.


Chuck pegang ibu jari tangan kanan aku, kemudian di tekapkan jari tersebut beberapa kali di permukaan butang bulat Iphone miliknya.


Nov: Lahh, phone kau ade Touch ID ke? Tak tahu pulak. Padan lah aku try banyak kali still takleh bukak. Hahaha. Iphone apa kau pakai?

Chuck: Kau noob memang ah. Iphone 5s je. Tak mampu nak beli Iphone 6. Novv. kau mesti dah nampak kan?

Nov: Nampak apa?

Chuck: Masa kau alihkan aku punya laptop tadi ada satu envelope atas meja.

Nov: Envelope? tak perasan pun.


Chuck bingkas bangun dari katil dan berjalan ke meja. Dia mencapai sesuatu dan terus baring mengiring di sebelah kanan Nov.


Chuck: Nah baca lah. **sambil tersenyum**

Nov: Agak-agak lah nak suruh aku baca. Gelap lah. esok jelah aku baca.

Chuck: Baca jelah sekarang. Jap, pakai torch light phone aku.




Sampul kad kali ini bersegi empat tepat. "Hmm, asyik kad je. hadiah tak bagi pun. Hampeh tul mamat ni" getus hati kecil Nov. Sekeping kad merah di tarik keluar dan dibuka. Ketika dibuka potongan kertas di tengah berdiri dan membentuk menjadi pohon bunga. Saat itu, aku bagaikan hilang kata. Mata kau seakan berkaca. Ucapan pada kad ini berbeza dengan kad merah yang diberikan Chuck tengah hari tadi.




Chuck: So?

Nov: Aku sebenarnya speechless. Aku harap aku tak buat silap kali ni. Thanks weh. **sengih awkward**

Chuck: Would you be mine, Nov?

Aku diam, hanya mampu tersenyum memandang ke muka Chuck. Chuck merapatkan mukanya ke muka aku sedikit demi sedikit. Lalu bibir teruna Nov bergesel dan ditawan bibir jejaka bernama Chuck. Di kucup bibir aku semahunya. Rongga dalam mulut turut diceroboh. Lidah bertemu lidah. Sesekali di gigit keluar lidah itu. Tangan kiri dan kanan aku di tekan lembut. Aku seperti dipukau. Aku membenarkan perlakuan Chuck. Badan aku kaku. Chuck menanggalkan baju aku, baju nya jugak turut dilepaskan ke lantai. Badan tegap itu menindih tubuh aku di bawah.

Kami berpandangan seketika, Chuck tersenyum. Bibir Chuck bergerak turun ke leher."Chuck, jangan sampai merah..."  kemudian bergerak turun ke bahagian dada dan pusat. Chuck berhenti seketika. Mata aku dan Chuck bertentangan. Chuck tersenyum, kedua-dua tangan Chuck mengusap peha dan seterusnya cuba menanggalkan seluar aku. Aku menarik keras Chuck ke atas.

Nov: Chuck, Aku tak ready lagi. Aku perlukan at least 3 bulan..

Chuck: Tak2, kita buat ringan je. Not to that part takde lah sampai advance. Boleh tak?

Nov: 3 bulan...

Chuck: Ok sayangg.


18th November 2015 11.58 AM

Chuck: 



*****


As a conclusion, aku bulatkan hati untuk beri peluang kedua kepada Chuck. Aku nampak keikhlasan dia cuba memenangi hati aku. Aku tahu hubungan perasaan antara aku dan Chuck tak kemana. Suatu hari nanti pasti akan terputus jugak. Cuma aku harap, selama mana tempoh hubungan aku dan dia bertahan, selama itu juga aku mahu cipta memori dengan Chuck. Sudah tiba masa untuk aku beri peluang buat diri aku untuk merasai perasaan sayang meskipun perasaan itu hadir dari insan bernama lelaki.

Aku tidak berniat untuk terus hanyut dalam dunia "ini" selamanya. Bahkan aku juga tidak pernah meminta untuk punya perasaan sebegini. He'll be my first and last. The next would be a girl. Itu perjanjian aku dan Chuck. I'll let him go to right girl. Not to the other copy of me. Aku takkan halang Chuck mencari calon isteri kerana itu jalan sebaiknya. Tempoh 3 bulan probation period berkuat kuasa. Selepas tempoh itu, aku akan decide sejauh mana hubungan ini berjalan.

Chuck: Takpe i'll prove it to you. I will Nov. I will prove to you. 3 month? you give me lifetime pun aku sanggup.


Nama aku Nov,
Aku pendosa.
Ini percubaan pertama aku. 
Maafkan aku kerana tak sempurna.