Sunday, 27 September 2015

#31 Housemate

 Assalamualaikum.


"Nov, Kau botak kenapa? Kau memang botak dari dulu ke apa?"


"Ohh, saje je ubah selera. Rambut aku cepat panjang. Kang terlebih jambu payah pulak..."


"A'ah Nov, kau hensem, jambu, sado sikit, kulit putih pulak tu. Botak pun dah hensem, tu belum lagi ada rambut. Aku tengok si Naqib, roommate kau insecure je tengok kau. Haha."


"Hahaha siot kau, kutuk aku.. Kau taknak try Botak?"


"Aku dah try dah dulu botak, aku kalau botak nampak macam gangster. Hahaha. Ni gambar aku time botak dulu (sambil hulur handphone)"


********


Itu antara kata-kata si mulut manis Hacra pada Nov tempoh hari. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa berbunga hati Nov tatkala pujian itu di ucapkan oleh seorang lelaki. Hahaha.


Kenalkan Hacra, housemate aku. Berkumis. Berketinggian sekitar 170-173cm. Pinggang 30-32inch. Apa yang pasti mamat ni rendah sikit dari aku, which is numerically not my type (height). Tapi aku tertarik dengan personaliti dia.


Aku perasan layanan Hacra pada aku ni "semacam" sikit berbanding member aku yang lain. Sweet mungkin? Hahaha. "Eleh Nov feeling je lebih, padahal orang tu layan kau dengan orang lain sama je. Kau je perasaan lebih. Maklumlah ketandusan kasih sayang". Kuang Kuang Kuang.


Ahhh. Whatever. Gua tetap nak fefeling di minati. :P


Kat rumah sewa ni, Hacra seorang je yang pakai boxer dan topless ke hulu hilir. Agak rare lah kalau kau nak tengok dia berbaju kat rumah. Even dia tido pun berboxer, shirtless all the time. Kalau dik non tengok ni, comfirm merembes tanpa henti. Hehe. Aku ok je housemate aku berboxer 24/7. Takde hal. Lagipun eye candy kan. Layankan jela.




Perkara yang si Hacra ni buat bagi aku adalah Sweet :

1. Setiap kali Hacra masuk bilik aku, dia akan duduk bersebelahan takpun berhadapan aku. Hanya memakai Boxer. Dan setiap kali dia nak keluar dari bilik aku, dia akan usap lengan/bahu tak pun peha aku. Sentuhan kulit ke kulit.


2. Pernah satu hari, ketika lagu Axl - Akulah Kekasihmu sedang dimainkan di radio. Hacra duduk kerusi sebelah sambil menyanyi "Ohh Nov.. izinkan aku menjadi kekasihmu.." Aku ingat-ingat lupa sama ada dia sebut "izinkan aku memilikimu..". Apa yang pasti lagu tu jiwang. Respon? Aku hanya mampu tersenyum dan buat bodoh. Dah lah aku ni jenis yang cepat blushing. Kang tak pasal ada adengan cumbuan perancis di tengah hari. Hahaha. Hacra nyanyi lagu tu sampai habis, cuma bila part "izinkan aku menjadi kekasihmu.." dia tune down sikit. Sweet kan?


3. Beberapa hari lepas aku sengaja tegur Hacra pasal tabiat merokok. "kau hisap rokok berapa banyak doe sehari? Sekotak? Kau stop jelah, save sikit duit.." and respond dia buatkan aku blushing "tulah, aku ade gak terfikir nak hisap benda lain..." Krik Krik Krik.. Gulp. Ciss mengundang betul lah kau Hacra. Kalaulah kau roommate aku, comfirm dah jadi bantal peluk aku.


4. Insiden jumaat lepas, time solat jumaat. Kebetulan saff sebelah kiri aku kosong. Tengah aku khusyuk dengar khutbah. Konon, padahal tengah tahan ngantok. Seseorang masuk ke saff berkenaan dan melakukan solat sunat. Setelah selesai solat. Dia bersalaman dengan orang sebelah kiri dan kemudian baru menghulurkan tangan kepada aku yang ketika itu duduk di sebelah kanan. Orang dah hulur tangan aku pun salam. tapi yang peliknya tangan tu gengam tangan aku lama seakan taknak lepaskan. Pelik. Aku dongakkan kepala dan agak terkejut jejaka yang duduk sebelah aku tu Hacra. Dia balas dengan senyuman.


Tu belum lagi gurauan lucucah si Hacra ni buat. Haha. Aku rasa aku dah mula develop perasaan pada Hacra. Hmm, walaupun pada hakikatnya Hacra dah ada girlfriend. Peliss jangan sweet sangat. In the end of the day, aku tahu aku akan sengsara. Tett.


Sekali aku cinta.

Aku tetap cinta.

Nov C.

P/s: suara Hacra matured dan garau. Sedap dia karok haritu. Nyanyi lagi peliss. :*

20 comments:

  1. dah lama xcomment..btw, this is very nice. and kwn str8 aku pun ada yg jenis mcm ni, jenis yg main peluk even pkai boxer, tu blum yg jenis gentel.. haha.. for me, aku hnya dpt cuci mata je, sbb aku tak jambu.. tp mmber aku yg putih, muka smooth mmg jd mngsa.. haha..

    pndapat aku, kau jgn fefeling terlebih ye.. haha.. mmpus kau menoggen dek sengsara emosi..

    chill. aku ada.. ehhh ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Herr : Wehh rindu kau. :'(

      Hahaha. Takpe jangan risau aku ade gak limit bila develop perasaan. At some point aku akan let go. Tapi hacra ni jenis pandai flirt. Kalau dgn dia aku jadi lemah. Sweet sgt. Sentuhan dia buatkan hati aku menjerit. Hahaha.

      Delete
  2. Sweetnya hacra..i yang baca ni pun cair juga..hahahaha..jangan cepat jatuh cinta k Mr Noc,.take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macho lelaki : Hacra ada sweet gestures that i can't resist. Mana mungkin Nov tidak jatuh cinta. Haha. Saia tak kuad awaa..

      Delete
  3. Bestnya..nak juga mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daniael Harris : Nak jugak? Meh lah sini kita share berdua. Haha

      Delete
    2. Share is caring..hahaha

      Delete
  4. Cukup la dengan membabi kan Chuck
    Dan mem pookimak kan Ash

    Jangan pulak nanti meng anjingkan Hacra .. kehkeh
    Better to know ur limit dear .. all those gestures .. hmm makanan sweet talker jer ..trust me .. hehe. :p

    Tapi kalau dapat nanti ..kita share dua ek .. muahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nu'man Qatadah : Ku kira biarlah kali ini aku mencuba sehabis baik. Kerana fizikal nya Hacra ada di depan mata. Lets see how far he goes. Hahaha.

      Awaa peliss jangan musnah kan pelamin fantasia kita. Boleh je share, tapi Nov harus diberikan 50% share abam Dollah mu. :p

      Delete
  5. I suppose straight guys don't realise that they do that huh. Apapun, enjoy while it lasts hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaysian Guy : There's a saying Nov really has the ability bending straight guys. Haha.

      Entah lah. Aku tak expect papepun. Whatever happens next, i'll embraces it dgn hati terbuka. Btw Nov pun straight kat luar. Hehe. :P

      Delete
  6. Cuba check Grindr. Mana tau ada muka si Hacra ni ke. HAHAHAHAAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr. Dominic Unknown : Bagus jugak idea kau. Haha. Tapi aku tak rasa dia ada account tu sebab dia straight. Plus orang kenal dia.

      Delete
  7. Jangan letak perasaan banyak sgt Nov...nanti jadik cam Amir (Kes Iskandar) kang huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir : Tak expect tinggi pun. Hehe. But if one day he make a confessions. i'll definitely say yes. Hahaha.

      Delete
  8. 173cm ko kata rendah? Terasa plak aku..haihhh...ekekeke

    Alaa...Hacra tu sesaja jer memain dgn ko..ntah2 dia bleh sense ketidaklurusan Nov C..muahahaha..jeng..jeng..jeng..

    Be careful...jangan sampai pisang berbuah dua kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamen : Oleh kerana abam kamen 173cm makanya. Ketinggian itu kini menjadi ideal buat Nov. Haha.

      Alaaa, abam kamen ja'at takmo kawen camni. :P

      Delete
  9. wahhhhh bedenyut denyut Zahir Batin kalo ada yak layan shin camtu.. hukkkkk nakkkm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin : kalau awak nak awak kena lanje posing ala ala model maskulin dulu. Baru kita kasi. :p

      Delete