Monday, 3 August 2015

#29 Papankunci.

Assalamualaikum.

Sebetulnya, apa yang ingin aku perkatakan pada kali ini, bukan lah mengenai papan kunci. Tetapi ia mengenai insan yang begitu rancak menari kan jari jemari runcing di atas kekunci tersebut. Insan yang lagak nya persis seorang pahlawan.

Sayang sekali, wujudnya hanya di alam maya. Berani bertempur di medan maya tidak pada nyata.

 Kerana papan kunci ini berbeza, bisa berkata-kata. Punya akal kurniaan sang pencipta. Ya, Papan kunci ini sememang nya manusia. Manusia yang lagak nya seperti seorang pahlawan di medan siber. "A Keyboard Warrior".


Untuk melayakkan kau berperang di medan ini. Tiada senjata mahupun setitis darah diperlukan. Cukup sekadar baris kata dihujah dan dilayang mampu mencalar gores imej lawan. Mudah bukan? Tanpa perlu sebarang pengorbanan, kau bisa melumpuhkan musuh hanya dengan mengunakan kata-kata.

Tahukah kau?

Lembut lidah itu lebih tajam dari sebilah pedang. Luka dari libasan pedang lambat laun akan kering dan pulih. Tapi tidak bagi hati yang terluka tergores dek bait kata dari lidah, kekal sepanjang hayat.

Personally, aku memang kurang senang dengan para keyboard warrior sekalian alam. Kalau nak tegur orang pun ada adab nya bro, Bukan main redah je. Aku tengok ramai betol ustaz dan ustazah maya. Aku paham niat kau konon nak sekolah kan orang. Kau kira dengan cara kau sekolah kan orang secara berjemaah kat media sosial, kau bakal dijulang sebagai pendakwah milenium? Hero? Alim ulamak?

Orang melayu makan siput babi (escargot) pun kau kecoh bagai nak rak. Punya lah kau bangga laung Haram!! Haram!! Eh aku pun pelik yang makan telan escargot tu kau ke dia? Kenapa kau ni pendek sangat akal nya? Kau kena tahu, majlis fatwa hanya memberi pandangan. Lain Scholar lain pendapat. Please jangan jumud sangat pemikiran wahai bangsa ku. Biarlah yang diatas sana menentukan halal atau haram.

Satu lagi isu yang kerap kali digembar-gembur kan oleh keyboard warrior adalah berkenaan aurat. Fitrah mata manusia yang suka melihat eye candy, pantang nampak makhluk yang cantik je mesti mata kau tersembul keluar. So instagram lah tempat yang boleh kau usha abang sado, hakak cantik tanpa orang tegur kau buat maksiat mata. Maklumlah kau kan bertudung labuh dan berkopiah kat luar.

Kalau setakat tengok je takpe, ni kau sibuk nak cari salah dalam gambar orang lain. Mamat tu pakai seluar pendek atas lutut kau tegur. Minah tu pakai tudung atas dada kau tegur. Habis segala hadis sahih tak sahih semua kau main bedal je bagi kat orang. Dah kenapa? Kau hodoh sangat ke? sampai kau sibuk hidup orang lain.

Orang yang tegur pun satu, cakap tak serupa bikin, kau tegur perempuan lain pakai tudung atas dada, sedangkan anak bini kau tak pakai tudung. Kau tegur abang sado upload gambar shirtless kat insta sebab nampak pusat, nampak lutut. Konon nya aurat, sedangkan family member kau pun tak praktik benda yang sama.

So what's the point brader? Kau dapat kepuasan orgasma maksimum ke dari teguran kau? Atau kehidupan kau semakin dirahmati. Aku paham niat kau kekonon nak dapat pahala cara paling mudah. Tapi tak ramai yang sedar apa yang diaorang dapat cuma "breakeven". Kau gain profit and loss at the same time. Pahala maybe kau dapat, dosa pun comfirm kau dapat. Bonus sebab kau dengan sengaja mengaibkan orang secara terbuka.

Bagi aku senang je kau tak suka tak payah tengok. Tak payah sakit kan hati orang lain. Hidup lebih aman. Tak perlu pun nak sekolahkan orang, masing-masing dah besar panjang tahu mana baik buruk. Kalau kau rasa gian nak tegur jugak, apa kata kau direct message or private message je orang berkenaan lebih effective. Terpulang pada orang tu nak berubah mengikut acuan kau ke tak. Kau tak rugi apa-apa.

In conclusion, kita takde hak untuk menghakimi orang. Kita ni manusia biasa tiada yang sempurna, masing-maing ada cela. Biarlah tuhan yang maha adil lagi bijaksana menghakimi nanti. Kau? Duduk diam-diam perbaiki kekurang kau.

P/s: Eh kau selamber je cakap gua cuti bersalin. Astaga fitnah itu dosa... Selamat hari raya.

13 comments:

  1. when i was young n naive, i pun pernah jadi keyboard warrior. zaman tu terma "keyboard warrior" pun tak wujud lagi.

    tapi lepas dah boleh berfikiran secara matang, aku dok gelak je org yang meneruskan legasi pahlawan ini. Aku mula ambil sedikit sebanyak pengajaran daripada apa yang aku pernah buat dulu.

    memang dalam Islam pun ade mengajar kita supaya bijak untuk menegur saudara kita dan tidak ambil mudah untuk menjatuhkan air muka mereka di khalayak ramai. Biasa le, manusia semua buat silap, yang membezakan kita adalah sama ada kita cepat atau lambat untuk menyedarinya.

    -EX KEYBOARD WARRIOR-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gibb : Nasib baiklah dah jadi Ex keyboard warrior. Haha. Bagi aku keyboard warrior ni rasa diri dorang tu macam bagus je. yelah sibuk nak tegur keburukkan org lain, sedangkan dia jugak lakukan perkara yang sama. Yang peliknya tua muda sama je, semua nak jadi ustaz & ustazah. Hampehh.

      Keyboard warrior adalah one of cyber bullying, so people should stop it. :)

      Delete
    2. Yes, i used to cyber bullying. Rasa seronok time tu tgk org nangis, xde kawan sume.

      But now kan, bile tgk org kene cyber bullying, rasa kesian pulak.

      Delete
  2. Hai wak, biasalah manusiakan ada yang terlalu extreme didalam melontarkan kata-kata baik daripada segi pendapat atau cacian. Tak salah nak bertegur tapi gunakanlah bahasa yang sesuai supaya tiada hati yang terluka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki seksi : Rasanya better tak payah tegur kot, sebab masing2 dah besar panjang tahu mana baik buruk, pandai buat pandai tanggung. Kita kalau nak puaskan hati semua orang sampai kiamat pun takkan terpuas. :)

      Delete
  3. Keyboard warrior...meh!!!

    Amir malas nak ambik port sgt dengan keyboard warrior nie....so irritating...like a rash grow in a skin...

    Tak salah nak nasihat orang...coz itu yang agama ajar pun...tapi belajar lah menasihati mengikut waktu dan keadaan yang sesuai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir : itulah orang kita, especially sebangsa pantang nampak keburukkan org lain sibuk nak tegur, sedangkan diri pun tak betul. Heishh. :/

      Delete
  4. Saya makan je escargot estabilista tue .. well I am a gay ..ikut suka hati i laa ...kan ...muhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nu'man : well, arus perdana masakini pun u sanggup lawan. Inikan pulak setakat makan escargot delicious finger lickin good. Apa ada hal. Haha XD

      Delete
  5. Kadang2 aku menyampah gak dengan keyboard warrior ni..sibuk menjaja aib orang..tapi bila difikirkan balik..kalau takda angin,takkan pokok bergoyang? orang takkn bercakap kalau si 'mangsa' tak buat perangai.

    Bagi aku,sebelum buat apa2 pun fikir dan cermin diri tu dulu..especially dalam alam maya ni,banyak mata yang memerhati..terlajak perahu boleh undur,terlajak perbuatan tanggung laa akibatnya..Jangan tuduh orang lain menconteng arang ke muka sedangkan diaorang sendiri yang dengan rela hati minta muka diaorang diconteng dengan arang.

    just my 2 cent. Peace!

    #rindunovcollinsmembebel
    #larikkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamen : kadang orang kita ni makin melampaui batas kat alam maya ni, dorang fikir sekolah kan orang kat media sosial dapat meningkatkan martabat hidup dorang mungkin. Bagi aku senang je, tak payah lah nak ributkan angin sepoi2 bahasa tu. tak mendatang kan faedah nya pon.

      Jangan cakap kau pun tergolong dalam golongan pahlawan maya, aku babap karang. Hahaha.

      p/s: well nov kan caring macam mak-mak sikit. harus lah membebel. :P

      Delete
  6. mcm lme je ak x ke blog ni...ak xtau nk komen ap...klo ikutkn,ak pnah jmpe segala bgai bnda taboo dlm masyarakat yg dihina...mak nyah..drag..drug abuser..plhiv...homeless..etc...ak cuba utk tidak bersangka buruk dgn sume org..sbb tu ak beranikn diri lpk2 n bercerita dgn dorg....ak rse ak merepek ni..

    btw,nice musics ko kt blog ni..i was a music/instrumental lover dlu..tp to my frens (hetero frens),it's kinda girly stuff...sdeh ak..smpai ak buang dat kind of feeling...semata nk tnjukkn yg 'i m part of u guys jgak'..... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. WK : Kalau nak ikut cakap orang sampai bila2 takkan terpuas. Kisah setiap satu dari kita berbeza. Jalan pengakhiran setiap kisah pun tak sama. Hanya Allah je yg layak menghakimi umat manusia. :)

      So aku harap kau sentiasa happy dan pandang kehadapan. Stay positive :)

      Delete