Tuesday 16 June 2015

#28 Bukan sempurna.

Assalamualaikum.



Menerusi ruangan Bicara Tersembunyi, Seorang wanita yang juga seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata menyuarakan kekecewaan nya apabila mendapat tahu suaminya bernafsu sejenis. Sebetulnya, setiap bait kata yang dihantar ke ruangan itu menjadi rahsia antara kita. Kekal sembunyi. Namun maaf, bicara itu aku sisipkan ke dalam entri kali ini. Moga-moga lelaki bernama faz itu terbaca.

Wednesday 27th May 2015 8:58:41

Ini kisah cinta suci aku..Amira
Kisah cinta seorang isteri..
Kepada hubby seorang PLU..Faz

Mesti banyak benda yang korang tertanya2 kan..
Bosan lah..
Cerita suami isteri
Dedahkan pekung sendiri!
Tak jaga aib suami
Isteri nusyuz
Dan sebagainya..

Tak apalah..
sekurangnya2 nya, cinta Mira kepada hubby Faz ni suci
Allah redha
Dapat pahala
Keluarga bagi restu
Masyarakat doakan

Tapi, Mira memang cintakan Faz
Sepenuh hati
Sampai mati

Biarpun cinta Faz berbelah bahagi
Setia Faz pada seribu
Layanan mesra Faz pada semua kecuali Mira

Maka.. di sinilah Mira,
Tiada siapa untuk mengadu.
Oh! hari2 Mira menangis dekat Tuhan
Apa harus Mira buat, setia pada Faz? tapi Faz tak setia pada Mira
Tapi Mira dah janji depan Tuhan. Faz pun janji depan Tuhan. Tapi Faz tak tunaikan ;(

Mungkin sebab Faz rasa pisang lagi enak dan pedang lagi kacak...
Kumis lebih menawan...
Suara macho lebih manja..

Maaf.. biarlah awal2 ni Mira melepaskan keluhan dulu.
Perit rasanya di dada ni
Sakit nya hanya Allah yg tahu

Entah..

What should I do?
Where should I go?
Or just let it go?

TQ;)
***************************



Jika difikirkan secara am nya saya bukan lah individu yang layak untuk memberi pandangan mahupun pendapat tentang hal masalah rumah tangga. Mana mungkin seorang anak muda berusia di awal 20-an memberi komen tentang masalah rumah tangga. Kahwin juga belum pernah. Hidup nya juga most of the time hanya perlu memikirkan tentang kepuasan diri, tiada komitmen tertentu kepada mana-mana individu.

Tetapi atas dasar kemanusiaan dan kapasiti orientasi saya juga sama seperti sang suami, adalah lebih baik jikalau saya berkongsi pendapat membantu apa yang terdaya. Yakni jalan memulihkan keadaan seperti sedia kala.

You said you'll still love you husband even if he isn't a great husband. right? Then do it as i said.

What should you do:
  • Tenang, elakkan menggunakan emosi apabila berhadapan dengan si suami. Lelaki sejenis ni emosi dia lebih kurang je macam perempuan. Dah kalau masing-masing tengah emosi. Macam-mana nak berbincang secara baik?
  • Tegur kesalahan dia secara baik, nak bagi teguran pun ada caranya. Jangan gunakan air mata dan kata berbaur ugutan. Sebaliknya, gunakan intonasi suara yang lembut. Insha'allah dia akan sedar salah dia.
  • Ingatkan dia tentang tanggung-jawabnya sebagai seorang suami kepada isteri, dan seorang ayah kepada anak.
  • Kenali si suami dengan lebih dalam lagi. Banyak kan berbicara hati ke hati. There you'll find peace.
  • Jadi isteri dan juga seorang kawan baik kepada si suami. Cuba cari minat yang sama. Jika si suami suka kan aktiviti lasak, maybe you should try. Apapun perlu ada give and take. What you give you get back.
  • Don't expect him to be like anybody else. Kerana dia sememangnya berbeza. Terima dia seadanya. Jangan terlalu mendesak, jika mahu dia berubah makanya biarkan dia melakukan secara perlahan-lahan.
  • Berdoa dan bermunajat kepada sang pencipta, mohon padanya agar semua urusan dipermudahkan. Mohon agar jodoh dipanjangkan.

Where should you go:
  1. Suami - Beri ruang untuk dia menjernihkan keadaan. 
  2. Suami - Beri peluang untuk dia bertaubat dan berusaha menjadi seorang suami yang baik.
  3. Family - Based on my previous experienced, Keluarga akan nasihatkan suami dan anda untuk bercerai. At this point, keadaan akan menjadi bertambah rumit. Hubungan anak dan ayah mungkin terputus buat selamanya. 

Should you just let him go?
  • Jawapan kepada persoalan ini ada di tangan anda. Jika awak rasakan dia wajar diberi peluang kedua, maka teruskan hubungan tersebut. Usaha sebaik mungkin agar pisang tidak berbuah dua kali. Komitmen kedua belah pihak diperlukan. Tak perlu buka luka lama. Buka lembaran baru.
  • Jika dia tidak menampakkan apa-apa minat untuk mempertahankan hubungan tersebut, maka lepaskan dia pergi. Tiada guna hidup memendam rasa pada yang tak sudi. Beri peluang pada lelaki lain untuk menjadi pemimpin keluarga.

Seeloknya duduk berbincang dengan si suami, cari kata putus. Bukankah lebih elok jika hal dalam kain itu diselesaikan tanpa melibatkan orang luar? Mungkin ada yang berkata "Ohh tahu pun takut aib didedahkan, tapi buat jugak.." tak kurang juga ada yang berpendapat bahawasanya Nov Collins menyebelahi kelakuan si suami. Tidak sama sekali! 

Meskipun aku juga turut berada satu kapal bersama si suami tak bermakna aku membenarkan apa yang salah. Cuma aku nak ingatkan jangan sesekali menangguk di air yang keruh. Kita perlu ingat disaat kita jatuh, akan ada senyuman terukir dibibir. So tak payahlah sibuk nak aibkan si suami @ isteri atas tiket membalas dendam. Perbuatan itu ibarat membaling batu ke dalam lopak air, akan terpalit juga sedikit sebanyak kepada kita.

Kepada para suami yang bernafsu sejenis. Isteri kat rumah tu bukan nya tunggul, dia ada perasaan juga. So, sama-sama saling jaga perasaan antara satu sama lain. 

Kepada warga sejenis yang lain, marilah sama-sama kita memupuk sifat bertimbang-rasa dalam diri. Sudah-sudah lah caras lelaki orang. Takde faedahnya pun. Kalau rasa tak pandai makan dan simpan, jangan gatal pungkoq pulak nak try. Adalah lebih elok jika hati kita seorang sahaja terluka daripada banyak hati lain bakal terluka tatkala perihal sang kekasih gelap terbongkar.

Nov Collins merupakan seorang yang Neutral, aku tak salahkan sesiapa dalam hal ini, because it is fate. Takdir. Semoga sesiapa pun yang berada dalam apa jua masalah diberi jalan penyelesaian terbaik. Amin. 

23 comments:

  1. Sbg plu yg dh kawen, sbagai suami tanggungjawab zaher batin mesti dlaksanakan sbaik mungkin. Tiada istilah mkan luag. Lagipun kawen menjauhi zina. Orang slalu slah pham pda plu spt abg, kita tahu had btasannya, klau stakat kwan or sembang xdak msalah kot. Ramai kawan plu yg dtg umah bla abg wat majlis mkan2. Wife xkesah pun. Tunaikan kwajipan suami spnuhnya insyaalah. Lagipun sapa xsayang bini hbag mai tmbah2 bini berkerjaya dn byk reta, kena jaga elok2. Xsemua somi plu brstatus murahan wlpun ada. Haha slamat bpuasa n kita jumpa lepaih raya. Mohon maaf atas sgala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai abang Jazzlee.
      Nak tanya sikit. Abang dah kahwin kan.
      Bini abang tahu tak abangni PLU ?

      Delete
    2. Xtau Lerr, klu tau abg trrjun penang bridge. Nasib bek sume kengkawan plu tuh pro, klau x naya abg.

      Delete
    3. Jazzlee : tak salah berkawan sesama plu. Kita ni pun sama jugak macam org normal, perlukan kawan yg like minded. Tak semua masalah kita org normal faham. Cuma kita kena tahu batas. Kalau nak bermadu pun. Biarlah adil. Tak gitu abg jazlee? :p

      Erm bf abg apa khabaq? Sihat? Hehe.

      Delete
    4. - Thumb up abg Jazlee..
      - Tapi kalau bini tau, apa abg buat? seriously?

      - Nov Collins.. TQ for sharing & ur advice...
      bermadu? hmmm.. u sanggup ke dimadukan?.. hihi

      ;)

      Delete
    5. Anon : i believe takde seorang pun yg rela hidup bermadu. Meskipun madu itu sifatnya manis. Rasa itu terkadang menimbulkan perit ditekak. Itulah hakikatnya.

      I tak sanggup dimadukan. I tak buat pada orang, then i should get the same in return. When it comes to a fate. You should face it. Takdir tak seperti yg kita bayangkan. :)

      Delete
    6. Thanks ncollin skang dh mkin pndai yerrr, hal bf abg tuh complicated ckit, bg abg dia shabat dunia akhirat wlaupon sbaliknya bg dia. Dn abg akui stakat makat nih tiada sesape yg dpt menandingi dia. Ncolin bleh kot haha.

      Anon, rasenyerr xsanggup klu wife tau or nk bagitau kita ni plu. Harge diri beb. Biarlah rahsia kekal smpai mati. Nk imagine pn xsanggup. ::TT

      Delete
    7. Jazzlee : Asalkan dia tahu batas dia sbg org luar pun dah cukup. elok jugak abg ade dia, at least ade jugak org yg abg boleh refer time abg ade masalah. Tak semua masalah kita ni community normal boleh faham.

      Erkk, abg ni cakap macam tu, malu lah kita. Hahaha.

      Delete
  2. Hebatlah Nov !
    Ayat dah ala-ala perunding masalah rumah tangga gitu.
    Aku bab-bab kahwin ni tak reti nak komen sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unknown : khenn.. aku rasa aku sesuai jadi kaunselor lah. Boleh bukak klinik dgr masalah lepas ni. Hahaha.

      Kalau kau ade masalah dgn suami atau bini nanti boleh consult aku, special treatment. :)

      Delete
  3. 1. Kenalan aku .. kawen for few months, then lari tinggal kan isteri terkontang kanting ..sampai skang pon x dpt jejak ..

    2. Another kenalan ..kawen ..dpt anak sorang. Baru2 ni pecah tembelang ..rupa nya masih ada bf aka anak ikan. Wife x tahu sampai sudah.

    3. Selagi faz x melampau batas .. x buat hubungan lain blkg bini dia ..support him dan setia la.

    4. Kalau jenis aktif main dgn jantan ..balik umah pulun dgn bini .. harap faz mampos cepat. Sexual orientation x salah .. yg x boleh tolerate perbuatan x bertanggungjawab itu ..

    5. Klu mira adik nu'man .. i will not forgive faz sampai kiamat pon. Unless he terus terang ..dan bersetuju utk tak lagi menyiksa mira ..

    6. Untuk mira .. jgn takut utk buat keputusan dlm hidup. Allah kan ada. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nu'man : dulu pernah jadi pada kenalan, suami isteri berprofil tinggi menjawat jawatan professional, miliki firma. Unfortunately, suami dia ada hubungan sulit dgn bf dia dari zaman universiti lg. Lepas si isteri lahirkan anak kedua. Suami makin jarang balik rumah, kadang tu 2@3 kali je balik sebulan tu pun sebab nak ambk baju. Once isteri dia tahu pasal orientasi husband dia, dorang bercerai. Dan anak hasil perkahwinan dorang tu jadi benci pada si ayah. Hubungan anak dan ayah terputus hingga ke harini. Tak ke sadis lagi menyedihkan. So sebelum buat keputusan fikirkan implikasi yg akan datang.

      4. Woah.. Tak expect nu'man akan berkata sedemikian. Haha.

      Delete
    2. Nu'man(*_*).. itulah.. org kena pejam mata dan imagine this happen to their family..for example mak ke kan.. ayah diorg wat camtu.. then nak hadapi ayah yg layan mak suka hati je & u know the truth.. then, what if ur fren knew it pulak kat skolah nt... then u see ur mom crying every night... kesian anak tu kan.. macam mana dia membesar ye?

      Semoga Allah pelihara


      ;) Salam Ramadhan

      Delete
  4. Kalau kita dimadukan mesti terasalah sakitnya juga, inikan pulak si isteri yang dinikahinya lagilah sakitnya. Kepada Mira, slow talk dengan suami tentang masalah ini, supaya dua2 belah pihak berpuas hati dan dapat mencapai kata sepakat.

    Kepada Nov, selamat berpuasa wak:-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki seksi : Selamat berpuasa jugak. Sempena bulan yg mulia ni, mohon kurangkan seksi. Hehe. ;)

      Delete
  5. Sebenarnya Amira ni ada gak singgah blog aku mengadu pasal isu ni,tapi disebabkan aku takda pengalaman..aku just boleh bagi nasihat untuk slow talk dengan suami..macam mana?aku pun tak tahu,masing2 ada style tersendiri...lagipun aku tak tahu perangai si suami macam mana..salah bagi nasihat,masalah pulak.

    Tapi bab bagitahu family tu personally aku tak setuju...benda ni terlalu taboo,orang tua tak faham..pada aku baik masalah ni settle antara suami dan isteri aje,jangan libatkan mak bapak langsung.

    Aku salute dengan Nov Collins,walaupun muda tapi mampu bagi nasihat yang aku sendri pun tak mampu..hehehe :thumbsup:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamen : Sebab tu aku advice bincang dgn suami 2x dulu sebelum pegi mngadu pada family. Sebab problem ni sendiri pun terlalu taboo untk difahami oleh community normal. Lagi pun aku tahu, mana2 suami isteri bila ada masalah, sampai satu tahap dorang akan pergi pada keluarga.

      Kamen aku rasa aku matang sebelum usia lah. Ahhh. Mencii.

      Delete
  6. Eh...biler mase Nov jadi Pakar Perunding Masalah Rumah Tangga nie....? hihihi ;-P

    Well Nov, really good advice...and she should apply it to herself...and Amir setuju gak ngan Kamen...hal-hal macam nie, better jangan libatkan ibu bapa...coz Amir pernah ader kawan yang PLU yang dah kawin...and terkantoi and pastu bini dier bagi tahu ibu bapa kawan Amir tu and ibu bapa die sekali...

    And you know what...hal tu menjadi semakin rumit untuk diselesaikan...sampai abg ipar kawan Amir tu belasah kawan Amir la...hina dan cerca keluarga die la...it's not solving the problem...I mean tolonglah...hal-hal macam nie lebih baik bawa ke pakar...dari isteri die tak patut membuka pekung di dada sendiri...dan patutnya die bertindak dengan lebih bijak...unless, suami die tu memang gila jantan yang teramat sgt....and langsung takde perasaan malu pada anak bini die...then, mungkin satu tindakan drastik boleh dilakukan...

    By The Way, Salam Ramadan dan selamat berpuasa Nov...;-)
    ~ Ikhlas Dari Amir ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir : Baru2 ni je fefeeling perunding masalah rumah tangga. Haha.

      Itulah bahana kalau orang luar masuk campur, kita sepatutnya tolong kurangkan masalah bukan tambah masalah. Heish.

      Jangan notty2 dibulan ramadan. Tangan tu jaga. Hahaha. XD

      Delete

  7. "Seringkali kau menepis tiap persoalan
    Ada sesuatu kau sembunyikan
    Dari pengetahuanku

    Dapat aku merasakan
    Ketara perubahan
    Setelah jelas terbukti
    Sesuatu yang terlarang
    Menjadi teman hidupmu
    Selain aku...

    Demi masa hadapan kita
    Aku merayu
    Kuncikan keinginanmu
    Bernafaslah dalam sejahtera
    Ku pasti ruang untuk mu Masih ada...

    Sudah puas ku menghimpun doa
    Agar kau berubah
    Berpaling membentuk impian hidup kita

    Namun tiada oh kudratku
    Untuk halang keinginan
    Suaraku tak berdaya
    Menentang kemahuanmu

    Sia-sia belaka aku
    Berkorban kasih ku padamu
    Sekiranya kau
    Masih tak ubah pendirian
    Yang hanya menjanjikan
    Pemergian ngeri
    Yang tak memberi erti

    Demi masa hadapan kita
    Tak sanggup aku
    Bertemankan oh kasihmu
    Yang penuh dengan fantasi
    Terpaksa jua ku undur diri...
    Terpaksa jua ku undur diri...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Blogwalk n jumpa blog korg ni. Seronok baca n mudah2an akan menambahkan ilmu utk faham anggota yg seangkatan. Hmm

    Btw, sy pmpuan! Hahaha mcm je korg xleh tgok nama :p

    Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, hakak ni ade blog tak? meh nak blogwalking ke sana... :)

      Delete