Monday, 11 May 2015

#24 Pulang.

Assalamualaikum.

Beberapa minggu lalu, tidak semena-mena jadual harian Nov Collins  menjadi padat lagi memenatkan. Kudrat tenaga nya di kerah. Rumah sakit menjadi lokasi wajib dilawati hampir setiap hari. Implikasi dari hal itu menyebabkan minda nya menjadi letih. Saban hari aku lihat beberapa orang jururawat menolak keranda bergerak, mengambil "jasad terpilih" untuk di proses. Hati ini menjadi sebak. Keinsafan mula menyelubungi diri. Alangkah bertuah mereka yang berkerja di hospital khususnya yang mengurus para jenazah. Pastinya mereka punya kesedaran yang tinggi tentang kekuasaan yang maha esa.

Kehadiran sosok Nov Collins disitu bukanlah sebagai Doktor, bukan juga sebagai pesakit, tetapi sebagai pelawat. Tugas aku hanya memerhati, menemani dan membantu seorang wanita tua yang amat aku hormati selepas kedua orang tua ku.

Wanita tua itu terbaring lesu di katil pesakit. Aku tatap raut wajahnya beberapa ketika. Terkadang wanita tua itu merenung aku kembali sambil menguntumkan senyuman. Badan nya tidak lagi kuat seperti dahulu, duduk bersandar juga dia tidak mampu. Telinganya layu, begitu juga kedua belah kaki. Saat itu aku tahu, dia tak punya banyak waktu. Tiap detik waktu harus digunakan semaksimum mungkin. Jika terbiar satu detik, sesalnya mungkin dirasai seumur hidup.

Selang seminggu berada di hospital, kami sepakat bersetuju membawa dia keluar pulang ke rumah. Kali ini biarlah si anak pula mencurah jasa pada si ibu. Wanita tua itu di urus persis seperti seorang bayi. Sesungguhnya roda masa kini telah berputar. Wanita ini yang dahulunya gagah memanjat pokok asam di kaki bukit, kini kudratnya lemah terlampau lemah. Separuh badan nya tidak mampu lagi bergerak. Selera makan nya juga turut terjejas. Tiga hari berada di rumah, wanita tua itu akhirnya pulang dijemput menghadap sang pencipta dalam tidurnya. Ya, beliau kini tidur selamanya...

"Indeed we belong to Allah, and indeed to Him we will return"

Setelah selesai jenazah dikafankan, kesemua anak dan cucu dipanggil memberi penghormatan terakhir kalinya. Lalu Nov Collins mengucup dahi wanita tua tadi dan berbisik dalam hati "Selamat tinggal Opah buat selamanya, moga segala kebaikkan mu di dunia ini dibalas seaadilnya oleh yang maha esa... Suatu masa nanti kita pasti bersua kembali". Tanpa aku sedar, air jernih mengalir membasahi pipi buat terakhir kali..




Terdapat satu fakta menarik tentang arwah, beliau kembali ke rahmatullah exactly a month before her birthday. Sebulan sebelum hari lahirnya yang ke 79. Maka benarlah kata orang, hari kelahiran dan kematian itu berkait rapat.. Renung-renungkan lah. 

P/s: Maaf, buat mereka yang mengutuskan email, tetapi tidak mendapat jawapan. Insha'allah, aku akan membalas kesemuanya nanti. Buat masa ini, aku perlukan masa untuk kembali seperti selalu.