Assalamualaikum
Tahun 2016 hanya berbaki beberapa minit sahaja lagi. Namun entri Nov C sudah kurang lebih 4 purnama terhenti tercoret di langit palsu. Jejak nya jugak tidak kelihatan di mana-mana blog ber-genre gelap. Apakah Nov sudah nekad untuk menjadi suri hati Mr Chuck sepenuh masa?
Anyway, sekejap je masa berlalu, sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru. Pada aku tahun 2016 banyak mencoretkan kenangan indah dalam hidup aku. Kenangan pahit tu ada cuma tak seberapa kalau nak di banding kan dengan yang manis. Kalau nak bukak cerita, banyak benda aku nak tulis. kang jadi novel pulak. So aku recap balik aktiviti aku dari september ke disember 2016.
Late night movie date
Beberapa hari sebelum raya haji lepas, aku lepak rumah Chuck. Kebetulan pulak housemate Chuck takde kat rumah, boleh lah fefeling suri rumah sepenuh masa. Gituh. Antara aktiviti yang kitorang buat masa tu adalah layan late night movie. Rumah Chuck ada projector so boleh lah layan movie ala-ala berada di pawagam. Kitorang pick movie yang masing-masing tak pernah tengok. Aku lupa tajuk movie tu apa, tapi bergenre comedy horror. Agak-agak rasa seram boleh lah sorok muka dalam baju Chuck. Hahaha. Movie tu biasa je, yang buatkan moment jadi luar biasa tu sebab dapat baring atas dada Chuck. Boleh lah buat pemanas badan time layan movie larut malam.
Bonggol bersinar tu peha Nov okay.
Sekitar bulan September/Oktober lepas, ada dua kali aku follow Chuck pergi outstation kerja offshore kat terengganu. For the first time dapat lah jugak merasa naik kapal kat tengah laut tu. Bila lagi nak merasa naik kapal sambil tengok abam offshore buat keje ye dok? Kalau nak naik sesaje tak dapat lah bang. Tapi at last, aku menyesal sebab bosan nakharam. Mujur lah ada sorang surveyor tu hensem. Sebagaimana bergelora lautan ketika itu, begitu juga lah gelora jiwa Nov. Usha geram je aku kat seluar jeans seasons yang beliau pakai. Jangan fikir bukan-bukan. Aku geram je nak tanya beli kat mana.Second time follow Chuck kerja offshore, aku stay kat bilik je, malas dah naik kapal. Kitorang check-in chalet kat Cherating.
View dari control room a.k.a bilik kapten
View pantai Cherating, masa nak tunggu sunset dan Chuck. Sudahnya matahari berlabuh dahulu sebelum Chuck sempat sampai. Hampeh.
Roadtrip ke Melaka
Seminggu selepas aku ikut abam Chuck pergi outstation, Chuck ajak aku pergi roadtrip ke melaka dengan member dia. Kiranya this is melaka trip 2.0 bagi tahun 2016. Bezanya trip kali ni di temani oleh gegadis compare to trip sebelum kitorang berdua bersatu. Hewhew.
Birthday & Anniversary
Antara semua events yang aku list kan this one paling aku takkan lupakan. Aku impressed dengan effort Chuck untuk sambut birthday aku dan ulang tahun kitorang. To be honest, aku tak kesah pun pasal anniversary tu. Tapi kalau ada celebration, apa salah nya. Hahaha. Memandang kan anniversary tu sehari selepas birthday aku, so Chuck prepared dua present. Rejeki. Alhamdulillah.
Birthday wishes from Chuck, actually panjang lagi. Tapi biarlah rahsia :P
Kotak besar tu hadiah anniversary, kotak kecik tu hadiah hari jadi. Imma happy kid.
P/s: Entri ni ditulis awal tapi post nya lambat. Huhu. Selamat tahun baru 2017. Semoga tahun baru beri sinar kejayaan, harapan dan kebahagian buat semua. Salam sayang dari Nov yang manis :*