Assalamualaikum.
"Nov, Kau botak kenapa? Kau memang botak dari dulu ke apa?"
"Ohh, saje je ubah selera. Rambut aku cepat panjang. Kang terlebih jambu payah pulak..."
"A'ah Nov, kau hensem, jambu, sado sikit, kulit putih pulak tu. Botak pun dah hensem, tu belum lagi ada rambut. Aku tengok si Naqib, roommate kau insecure je tengok kau. Haha."
"Hahaha siot kau, kutuk aku.. Kau taknak try Botak?"
"Aku dah try dah dulu botak, aku kalau botak nampak macam gangster. Hahaha. Ni gambar aku time botak dulu (sambil hulur handphone)"
********
Itu antara kata-kata si mulut manis Hacra pada Nov tempoh hari. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa berbunga hati Nov tatkala pujian itu di ucapkan oleh seorang lelaki. Hahaha.
Kenalkan Hacra, housemate aku. Berkumis. Berketinggian sekitar 170-173cm. Pinggang 30-32inch. Apa yang pasti mamat ni rendah sikit dari aku, which is numerically not my type (height). Tapi aku tertarik dengan personaliti dia.
Aku perasan layanan Hacra pada aku ni "semacam" sikit berbanding member aku yang lain. Sweet mungkin? Hahaha. "Eleh Nov feeling je lebih, padahal orang tu layan kau dengan orang lain sama je. Kau je perasaan lebih. Maklumlah ketandusan kasih sayang". Kuang Kuang Kuang.
Ahhh. Whatever. Gua tetap nak fefeling di minati. :P
Kat rumah sewa ni, Hacra seorang je yang pakai boxer dan topless ke hulu hilir. Agak rare lah kalau kau nak tengok dia berbaju kat rumah. Even dia tido pun berboxer, shirtless all the time. Kalau dik non tengok ni, comfirm merembes tanpa henti. Hehe. Aku ok je housemate aku berboxer 24/7. Takde hal. Lagipun eye candy kan. Layankan jela.
1. Setiap kali Hacra masuk bilik aku, dia akan duduk bersebelahan takpun berhadapan aku. Hanya memakai Boxer. Dan setiap kali dia nak keluar dari bilik aku, dia akan usap lengan/bahu tak pun peha aku. Sentuhan kulit ke kulit.
2. Pernah satu hari, ketika lagu Axl - Akulah Kekasihmu sedang dimainkan di radio. Hacra duduk kerusi sebelah sambil menyanyi "Ohh Nov.. izinkan aku menjadi kekasihmu.." Aku ingat-ingat lupa sama ada dia sebut "izinkan aku memilikimu..". Apa yang pasti lagu tu jiwang. Respon? Aku hanya mampu tersenyum dan buat bodoh. Dah lah aku ni jenis yang cepat blushing. Kang tak pasal ada adengan cumbuan perancis di tengah hari. Hahaha. Hacra nyanyi lagu tu sampai habis, cuma bila part "izinkan aku menjadi kekasihmu.." dia tune down sikit. Sweet kan?
3. Beberapa hari lepas aku sengaja tegur Hacra pasal tabiat merokok. "kau hisap rokok berapa banyak doe sehari? Sekotak? Kau stop jelah, save sikit duit.." and respond dia buatkan aku blushing "tulah, aku ade gak terfikir nak hisap benda lain..." Krik Krik Krik.. Gulp. Ciss mengundang betul lah kau Hacra. Kalaulah kau roommate aku, comfirm dah jadi bantal peluk aku.
4. Insiden jumaat lepas, time solat jumaat. Kebetulan saff sebelah kiri aku kosong. Tengah aku khusyuk dengar khutbah. Konon, padahal tengah tahan ngantok. Seseorang masuk ke saff berkenaan dan melakukan solat sunat. Setelah selesai solat. Dia bersalaman dengan orang sebelah kiri dan kemudian baru menghulurkan tangan kepada aku yang ketika itu duduk di sebelah kanan. Orang dah hulur tangan aku pun salam. tapi yang peliknya tangan tu gengam tangan aku lama seakan taknak lepaskan. Pelik. Aku dongakkan kepala dan agak terkejut jejaka yang duduk sebelah aku tu Hacra. Dia balas dengan senyuman.
Tu belum lagi gurauan lucucah si Hacra ni buat. Haha. Aku rasa aku dah mula develop perasaan pada Hacra. Hmm, walaupun pada hakikatnya Hacra dah ada girlfriend. Peliss jangan sweet sangat. In the end of the day, aku tahu aku akan sengsara. Tett.
Sekali aku cinta.
Aku tetap cinta.
Nov C.
P/s: suara Hacra matured dan garau. Sedap dia karok haritu. Nyanyi lagi peliss. :*