Monday, 3 August 2015

#29 Papankunci.

Assalamualaikum.

Sebetulnya, apa yang ingin aku perkatakan pada kali ini, bukan lah mengenai papan kunci. Tetapi ia mengenai insan yang begitu rancak menari kan jari jemari runcing di atas kekunci tersebut. Insan yang lagak nya persis seorang pahlawan.

Sayang sekali, wujudnya hanya di alam maya. Berani bertempur di medan maya tidak pada nyata.

 Kerana papan kunci ini berbeza, bisa berkata-kata. Punya akal kurniaan sang pencipta. Ya, Papan kunci ini sememang nya manusia. Manusia yang lagak nya seperti seorang pahlawan di medan siber. "A Keyboard Warrior".


Untuk melayakkan kau berperang di medan ini. Tiada senjata mahupun setitis darah diperlukan. Cukup sekadar baris kata dihujah dan dilayang mampu mencalar gores imej lawan. Mudah bukan? Tanpa perlu sebarang pengorbanan, kau bisa melumpuhkan musuh hanya dengan mengunakan kata-kata.

Tahukah kau?

Lembut lidah itu lebih tajam dari sebilah pedang. Luka dari libasan pedang lambat laun akan kering dan pulih. Tapi tidak bagi hati yang terluka tergores dek bait kata dari lidah, kekal sepanjang hayat.

Personally, aku memang kurang senang dengan para keyboard warrior sekalian alam. Kalau nak tegur orang pun ada adab nya bro, Bukan main redah je. Aku tengok ramai betol ustaz dan ustazah maya. Aku paham niat kau konon nak sekolah kan orang. Kau kira dengan cara kau sekolah kan orang secara berjemaah kat media sosial, kau bakal dijulang sebagai pendakwah milenium? Hero? Alim ulamak?

Orang melayu makan siput babi (escargot) pun kau kecoh bagai nak rak. Punya lah kau bangga laung Haram!! Haram!! Eh aku pun pelik yang makan telan escargot tu kau ke dia? Kenapa kau ni pendek sangat akal nya? Kau kena tahu, majlis fatwa hanya memberi pandangan. Lain Scholar lain pendapat. Please jangan jumud sangat pemikiran wahai bangsa ku. Biarlah yang diatas sana menentukan halal atau haram.

Satu lagi isu yang kerap kali digembar-gembur kan oleh keyboard warrior adalah berkenaan aurat. Fitrah mata manusia yang suka melihat eye candy, pantang nampak makhluk yang cantik je mesti mata kau tersembul keluar. So instagram lah tempat yang boleh kau usha abang sado, hakak cantik tanpa orang tegur kau buat maksiat mata. Maklumlah kau kan bertudung labuh dan berkopiah kat luar.

Kalau setakat tengok je takpe, ni kau sibuk nak cari salah dalam gambar orang lain. Mamat tu pakai seluar pendek atas lutut kau tegur. Minah tu pakai tudung atas dada kau tegur. Habis segala hadis sahih tak sahih semua kau main bedal je bagi kat orang. Dah kenapa? Kau hodoh sangat ke? sampai kau sibuk hidup orang lain.

Orang yang tegur pun satu, cakap tak serupa bikin, kau tegur perempuan lain pakai tudung atas dada, sedangkan anak bini kau tak pakai tudung. Kau tegur abang sado upload gambar shirtless kat insta sebab nampak pusat, nampak lutut. Konon nya aurat, sedangkan family member kau pun tak praktik benda yang sama.

So what's the point brader? Kau dapat kepuasan orgasma maksimum ke dari teguran kau? Atau kehidupan kau semakin dirahmati. Aku paham niat kau kekonon nak dapat pahala cara paling mudah. Tapi tak ramai yang sedar apa yang diaorang dapat cuma "breakeven". Kau gain profit and loss at the same time. Pahala maybe kau dapat, dosa pun comfirm kau dapat. Bonus sebab kau dengan sengaja mengaibkan orang secara terbuka.

Bagi aku senang je kau tak suka tak payah tengok. Tak payah sakit kan hati orang lain. Hidup lebih aman. Tak perlu pun nak sekolahkan orang, masing-masing dah besar panjang tahu mana baik buruk. Kalau kau rasa gian nak tegur jugak, apa kata kau direct message or private message je orang berkenaan lebih effective. Terpulang pada orang tu nak berubah mengikut acuan kau ke tak. Kau tak rugi apa-apa.

In conclusion, kita takde hak untuk menghakimi orang. Kita ni manusia biasa tiada yang sempurna, masing-maing ada cela. Biarlah tuhan yang maha adil lagi bijaksana menghakimi nanti. Kau? Duduk diam-diam perbaiki kekurang kau.

P/s: Eh kau selamber je cakap gua cuti bersalin. Astaga fitnah itu dosa... Selamat hari raya.