Tuesday, 16 June 2015

#28 Bukan sempurna.

Assalamualaikum.



Menerusi ruangan Bicara Tersembunyi, Seorang wanita yang juga seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata menyuarakan kekecewaan nya apabila mendapat tahu suaminya bernafsu sejenis. Sebetulnya, setiap bait kata yang dihantar ke ruangan itu menjadi rahsia antara kita. Kekal sembunyi. Namun maaf, bicara itu aku sisipkan ke dalam entri kali ini. Moga-moga lelaki bernama faz itu terbaca.

Wednesday 27th May 2015 8:58:41

Ini kisah cinta suci aku..Amira
Kisah cinta seorang isteri..
Kepada hubby seorang PLU..Faz

Mesti banyak benda yang korang tertanya2 kan..
Bosan lah..
Cerita suami isteri
Dedahkan pekung sendiri!
Tak jaga aib suami
Isteri nusyuz
Dan sebagainya..

Tak apalah..
sekurangnya2 nya, cinta Mira kepada hubby Faz ni suci
Allah redha
Dapat pahala
Keluarga bagi restu
Masyarakat doakan

Tapi, Mira memang cintakan Faz
Sepenuh hati
Sampai mati

Biarpun cinta Faz berbelah bahagi
Setia Faz pada seribu
Layanan mesra Faz pada semua kecuali Mira

Maka.. di sinilah Mira,
Tiada siapa untuk mengadu.
Oh! hari2 Mira menangis dekat Tuhan
Apa harus Mira buat, setia pada Faz? tapi Faz tak setia pada Mira
Tapi Mira dah janji depan Tuhan. Faz pun janji depan Tuhan. Tapi Faz tak tunaikan ;(

Mungkin sebab Faz rasa pisang lagi enak dan pedang lagi kacak...
Kumis lebih menawan...
Suara macho lebih manja..

Maaf.. biarlah awal2 ni Mira melepaskan keluhan dulu.
Perit rasanya di dada ni
Sakit nya hanya Allah yg tahu

Entah..

What should I do?
Where should I go?
Or just let it go?

TQ;)
***************************



Jika difikirkan secara am nya saya bukan lah individu yang layak untuk memberi pandangan mahupun pendapat tentang hal masalah rumah tangga. Mana mungkin seorang anak muda berusia di awal 20-an memberi komen tentang masalah rumah tangga. Kahwin juga belum pernah. Hidup nya juga most of the time hanya perlu memikirkan tentang kepuasan diri, tiada komitmen tertentu kepada mana-mana individu.

Tetapi atas dasar kemanusiaan dan kapasiti orientasi saya juga sama seperti sang suami, adalah lebih baik jikalau saya berkongsi pendapat membantu apa yang terdaya. Yakni jalan memulihkan keadaan seperti sedia kala.

You said you'll still love you husband even if he isn't a great husband. right? Then do it as i said.

What should you do:
  • Tenang, elakkan menggunakan emosi apabila berhadapan dengan si suami. Lelaki sejenis ni emosi dia lebih kurang je macam perempuan. Dah kalau masing-masing tengah emosi. Macam-mana nak berbincang secara baik?
  • Tegur kesalahan dia secara baik, nak bagi teguran pun ada caranya. Jangan gunakan air mata dan kata berbaur ugutan. Sebaliknya, gunakan intonasi suara yang lembut. Insha'allah dia akan sedar salah dia.
  • Ingatkan dia tentang tanggung-jawabnya sebagai seorang suami kepada isteri, dan seorang ayah kepada anak.
  • Kenali si suami dengan lebih dalam lagi. Banyak kan berbicara hati ke hati. There you'll find peace.
  • Jadi isteri dan juga seorang kawan baik kepada si suami. Cuba cari minat yang sama. Jika si suami suka kan aktiviti lasak, maybe you should try. Apapun perlu ada give and take. What you give you get back.
  • Don't expect him to be like anybody else. Kerana dia sememangnya berbeza. Terima dia seadanya. Jangan terlalu mendesak, jika mahu dia berubah makanya biarkan dia melakukan secara perlahan-lahan.
  • Berdoa dan bermunajat kepada sang pencipta, mohon padanya agar semua urusan dipermudahkan. Mohon agar jodoh dipanjangkan.

Where should you go:
  1. Suami - Beri ruang untuk dia menjernihkan keadaan. 
  2. Suami - Beri peluang untuk dia bertaubat dan berusaha menjadi seorang suami yang baik.
  3. Family - Based on my previous experienced, Keluarga akan nasihatkan suami dan anda untuk bercerai. At this point, keadaan akan menjadi bertambah rumit. Hubungan anak dan ayah mungkin terputus buat selamanya. 

Should you just let him go?
  • Jawapan kepada persoalan ini ada di tangan anda. Jika awak rasakan dia wajar diberi peluang kedua, maka teruskan hubungan tersebut. Usaha sebaik mungkin agar pisang tidak berbuah dua kali. Komitmen kedua belah pihak diperlukan. Tak perlu buka luka lama. Buka lembaran baru.
  • Jika dia tidak menampakkan apa-apa minat untuk mempertahankan hubungan tersebut, maka lepaskan dia pergi. Tiada guna hidup memendam rasa pada yang tak sudi. Beri peluang pada lelaki lain untuk menjadi pemimpin keluarga.

Seeloknya duduk berbincang dengan si suami, cari kata putus. Bukankah lebih elok jika hal dalam kain itu diselesaikan tanpa melibatkan orang luar? Mungkin ada yang berkata "Ohh tahu pun takut aib didedahkan, tapi buat jugak.." tak kurang juga ada yang berpendapat bahawasanya Nov Collins menyebelahi kelakuan si suami. Tidak sama sekali! 

Meskipun aku juga turut berada satu kapal bersama si suami tak bermakna aku membenarkan apa yang salah. Cuma aku nak ingatkan jangan sesekali menangguk di air yang keruh. Kita perlu ingat disaat kita jatuh, akan ada senyuman terukir dibibir. So tak payahlah sibuk nak aibkan si suami @ isteri atas tiket membalas dendam. Perbuatan itu ibarat membaling batu ke dalam lopak air, akan terpalit juga sedikit sebanyak kepada kita.

Kepada para suami yang bernafsu sejenis. Isteri kat rumah tu bukan nya tunggul, dia ada perasaan juga. So, sama-sama saling jaga perasaan antara satu sama lain. 

Kepada warga sejenis yang lain, marilah sama-sama kita memupuk sifat bertimbang-rasa dalam diri. Sudah-sudah lah caras lelaki orang. Takde faedahnya pun. Kalau rasa tak pandai makan dan simpan, jangan gatal pungkoq pulak nak try. Adalah lebih elok jika hati kita seorang sahaja terluka daripada banyak hati lain bakal terluka tatkala perihal sang kekasih gelap terbongkar.

Nov Collins merupakan seorang yang Neutral, aku tak salahkan sesiapa dalam hal ini, because it is fate. Takdir. Semoga sesiapa pun yang berada dalam apa jua masalah diberi jalan penyelesaian terbaik. Amin. 

Monday, 8 June 2015

#27 Senyum sendirian.

[Music : Dark Angel]
Assalamualaikum.


On yahoo mailbox.

16th May 7.59 PM

You've got mail!

Hello Nov, good news - you've received a message from Chuck!


Novv. Puas aku cari balik page ni. Aku try add balik kau punya wechat tp tak dapat. 

Please respond me :(

From : Chuck

Read Now.


16th May 8.30 PM

You've got mail!

Hello Nov, good news - you've received a message from Chuck!


Nov. Please respond once you received this message. :(  :(  :(

From : Chuck

Read Now.



Beberapa hari kemudian...



18th May 1.36 AM

Chuck : Nov. Hmmm. Please respond kalau kau dapat text ni. Hmmm.


18th May 11.31 AM

Chuck : Novv


19th May 1.10 AM

Chuck : Nov?


20th May 1.06 AM

Chuck : Hmm


20th May 7.42 PM

Chuck : Weh Nov


6th June 4.34 PM 

Chuck : Hey


Khabarnya, sepurnama yang lalu bahtera pelayaran Chuck dan Ash  telah dihentam badai gelora karma samudera biru. Lalu bahtera itu karam di lautan sepi, hilang bersama memori.

Dan kini, Chuck kembali melutut pada Nov Collins.

Senyum sendirian Nov Collins memikirkan perihal makhluk yang satu ini.

"Kau fikir kau siapa?"