Saturday, 27 February 2016

#39 Cuti

Assalamualaikum.

Tinggal sehari sahaja lagi cuti semester aku bakal berakhir. Aku sebenarnya dah tak sabar nak mulakan semester baru. Serious, aku dah kebosanan tahap mereput dah ni. Cuti pun 6 minggu je, nak apply kerja part time pun macam tak dapat je. Yelah mana lah ada yang sudi nak ambil pekerja sambilan selama 6 minggu. Sebulan  pun belum tentu lagi orang nak ambil. Kentut.

Sudahnya sepanjang cuti semester ini aku melepak kat rumah, menanti dan terus menanti di lamar orang. Mujur lah abam Chuck sanggup melamar Nov bertemujanji tiap kali hujung minggu. Takdelah aku mereput kebosanan. Hik hik hok

Lokasi bercinta aku dan Chuck selalunya di tempat awam. Kitorang lepak berdua macam biasa, casual boys day out. Cuma sekali imbas orang takkan tahu yang kitorang ni sedang berdating. Batas pergaulan pun di jaga. Yelah kalau dalam kereta, selamba je aku peluk Chuck time drive. Kat public tak boleh lah nak peluk manja. Nanti jadi issue payah pulak.

Kadang aku sengaja usik Chuck bila nampak couple or suami isteri berjalan berpegangan tangan kat shopping mall "Chuck, nak macam tu jugak pelisss..." sambil buat isyarat mata. Chuck respond "Kau ingat america? Hahaha... Nanti dalam kereta awak peganglah". Kalau dia bagi pegang pun aku taknak. Aku waras lagi. Hehe.

Even topic perbualan antara kitorang pun aku akan selitkan pasal gegadis. Topic tersebut boleh berkisar tentang apa sahaja as long as ianya boleh trigger rasa minat terhadap gegadis. It should be fine. 

Aku kalau boleh taknak Chuck pandang aku hanya sebagai partner semata, aku nak dia nampak sisi lain seorang Nov C. Aku nak jadi seorang teman yang dia boleh rujuk masa ada problem. Aku nak jadi seorang adik yang melindungi, aku nak jadi seorang ayah yang mengingatkan dia tentang agama. Aku mahu menjadi kesemua bahagian penting dalam hidup Chuck.


"Kalau kau perempuan Nov, kan senang. Aku bawak kau jumpa parents aku kat kuching. Kita nikah terus. Tak payah susah-susah aku cari calon isteri. Kau dah cukup sempurna."  -Chuck 2015-


Anyway, Pada 16 February yang lalu, genap sudah 3 bulan Nov terima lamaran jejaka kelahiran bumi kenyalang itu. Tempoh 3 bulan probation period now officially ends. Syarat utama yang aku kenakan pada Chuck tempoh hari juga telah dipenuhi. Kalau ikut kan adat melayu dah boleh bernikah dah ni. :P

Tiga bulan, satu tempoh di mana aku membataskan hubungan fizikal antara aku dan Chuck. Sepanjang tempoh tersebut tidak berlaku apa-apa hubungan fizikal antara Nov dan Chuck, melainkan hanyalah sekadar cumbuan perancis. Kui kui kui.

Mengikut perancangan awal sesudah genap tiga bulan usia perhubungan aku dan Chuck, Aku akan menyuruh Chuck menjalani ujian saringan darah bagi memastikan beliau benar-benar sihat tubuh badan. Yakni bebas dari segala penyakit.

Namun, atas sebab-sebab tertentu Chuck terlebih dahulu menjalani ujian saringan Hiv pada bulan December lalu. Alhamdulillah beliau negatif.

What's next? Jeng jeng jeng.

Aku akui tempoh 3 bulan tidak cukup untuk kau benar-benar kenal seseorang itu, namun pada aku tempoh itu sudah memadai untuk aku kenal hati budi Chuck. Well at least for now aku tahu sedikit sebanyak masa lalu Chuck.


17th February 5.36 PM

Chuck: Aku teringin nak jadi bad guy. Macam mana eh? Bosan dah jadi good guy.

Nov: Kah Kah Kah. Contoh bad guy? Kau bukan ke dah memang bad guy? Are you trying to say that you're planning to do something bad to me?

Chuck: Bad guy lah. Hahaha. Rokok sentiasa dalam pocket, serabai tapi tetap nampak hensem, ngorat awek2 jalanan, lepak malam2 sambil bawak gitar, hisap dadah, wearing black, pakai jeans 2 tahun tak basuh. Spender sampai berlubang, balik rumah mabuk. Hahaha.

Nov: Can't deny bad guys nampak cool. Tapi kena jadi bad guy yang guna otak baru nampak cool. Kalau setakat jadi bad guy jalanan pastu pakai spender berlubang buat apa. You can do all the things and stuff you've mentioned just now. But i will put our relationship to an end.

Chuck: Hahaha. Taknak. Nak jadi bad guy, at the same time you still be mine.

Nov: Tak payah ubah diri kau. I like the way you are right now. Jangan hisap rokok, mabuk. Aku sepak kau jap lagi. Kau jangan buat hal eh.

Chuck: Hahahaa. Okay sayang.




****

Once semua syarat yang kau kenakan pada Chuck dipenuhi, adakah kau akan "make love" dengan Chuck?

To be honest aku bahagia dengan apa yang aku miliki sekarang. Buat masa ini Sex bukan priority. In fact aku tak pernah letak kan nafsu sebagai pengikat hubungan aku dan Chuck. Tipu lah kalau aku cakap aku langsung tak terangsang tengok Chuck. Berdada bidang. lengan berotot. Siapa tak tertarik? 

Cuma buat masa ini hubungan aku dan Chuck masih belum kearah itu lagi. Aku percaya hidup ini bukan untuk cinta semata. Ianya lebih dari itu. Jika rasa kasih dan sayang itu aku paksikan pada kepuasan nafsu semata, nescaya aku telah lama tewas dalam arena ini. Bergelumang dalam keringat si penutur bahasa cinta.

Even if that thing happens in future, aku takkan lah bongok sangat nak update kat blog. Maaf harapan anda musnah. Hahaha. Kalau update pun, update kat dalam diari hatiku. Cerita dalam boxer, nak heboh kat orang buat apa?

Chuck: Kadang aku rasa insecure dengan diri sendiri. Aku rasa aku tak layak untuk kau. Nov, everything bout you seems perfect. Aku ni banyak flaws tak macam kau. Kalau lah kau bagi peluang kat orang untuk kenal, aku pretty sure diorang akan jaga kau dengan baik, bagi semua benda yang kau nak.

Nov: maybe betul apa yang kau cakap. Tapi kau kena tahu, Aku terima kau bukan sebab duit, Kalau aku nak duit aku boleh dapat someone yang jauh lebih stabil dari kau. Tapi aku tak nak semua tu. Aku ni bukan murah sangat yang boleh beli dengan duit. Aku rela hidup susah daripada termakan budi orang. Lagipun duit parents aku bagi so far alhamdulillah cukup.

Chuck: Awak kalau ada problem bagitahu, kalau takde duit cakap.

Nov: Taknak.


P/s: Aku tak sabar sebenarnya tunggu bulan march sebab Aku dan Chuck akan travel berdua selama 3 hari dua malam. Ermm kena cari boxer baru lah kalau gitu. HikHik