Thursday 19 November 2015

#35 Hati ke Hati

Assalamualaikum.



Mungkin ada yang tertanya mengapakah hari pertemuan aku dan Chuck tempoh hari di anggap sebagai "Outing" bukan "Dating"? Bukan kah bila mana sepasang kekasih keluar berdua itu di kira sebagai "Ber-temu-janji". Apakah yang cuba dinyatakan oleh Nov C? Mungkinkah dia punya agenda tertsembunyi? Kentut.

Sebetulnya pertemuan aku dan Chuck tempoh hari bukan lah pertemuan sepasang kekasih. Bukan juga pertemuan bermuslihat. Jauh sekali mahu berseronok di dalam tandas awam. Apa kau ingat aku bijes?

Pertemuan aku dan Chuck dua minggu lalu adalah sebagai kawan. Meskipun aku tahu Chuck mahu aku terima dia lebih dari itu. Namun luka lama masih berbekas. Justeru itu, aku wujudkan satu tembok membataskan segala gerak laku aku dan Chuck.




Post-Outing

1st November 1.20 AM

Chuck: Aku dah betul-betul Attached dengan kau Nov. Seriously i am.

Nov: Aku speechless sebenarnya. Jujur aku cakap, i feel the same too. Cuma, aku tak boleh bagi kata putus, biar masa tentukan. Sebab main reason aku takut. Aku luaran nampak macam heartless, tapi aku very fragile inside. Once aku kecewa susah nak turned back to normal. Bagi aku masa..

Chuck: Akhirnya kau luahkan. Memang heartless gila. Hmm sedih aku. Awaa sorry termengada banyak tadi. Aku rasa macam dah lama kenal kau. Malu pulak fikir balik. Siot lah. Tak pernah first date aku macam ni.

Nov: Eleh saje je kau.. Dah lah pegi tido tadi ngantok sangat.

Chuck: Nak heart to heart lagi. Aku ngantok tadi sebab kau tak bersembang. I will give you time Nov. I will wait for you. I will.. Awaa, saiaa takuaddd.

Nov: Hahaha. tak kuadd lah sangat. Tadi ngantok, tapi still wide awake. K ah malas kacau kau.

Chuck: Okay lah dah dua kali kau warning aku. Baiklah awaa. Selamat malam. Saia sayang awaa.

Nov: Nightt.


Selepas Outing tempoh hari, satu perasaan aneh mula terbit dalam diri. pintu hati semakin terbuka untuk menerima Chuck kembali. Aku mula nampak sisi lain Chuck. Sisi yang selama ini terlindung dek ego aku sendiri. Benar juga katanya tempoh hari Nov terlalu misteri untuk didekati.

Mungkin juga selama ini watak jahat yang sebenar nya adalah aku. Kahkah. 

Menurut persepsi aku Chuck kinda sweet guy. Antara sweet things dia buat pada pertemuan pertama itu, adalah drive kereta pada kelajuan 50-60km/jam atas Highway. Bayangkan? Aku sebenarnya pantang kalau jenis yang drive sentimental ni. Rasa membuak-buak nak maki. Namun perasaan aku bila dengan Chuck malam tu lain. Rasa selamat. Bila ditanya kenapa drive perlahan. Dia jawab "Aku nak spend masa dengan kau, aku taknak masa aku dengan kau habis macam tu je" . Malam tu jugak dia genggam tangan aku dalam kesejukkan malam. It was my first time. He is the first guy yang genggam tangan aku macam tu.


1st November 11.07 PM 

Nov: Aku jenis tak tahan sejuk sebenarnya.

Chuck: Lah yeke, kenapa tak cakap semalam? Aku terkejut gila tangan kau sejuk. 

Nov: Kan aku bagi hint suruh off air cond. heh.

Chuck: Aku tak expect tangan kau sesejuk tu. Kalau aku tak drive dah lama aku peluk kau.


******


2nd November 11.33 AM

Chuck: Aku rabak gila semalam.

Nov: Kau penat buat apa je? Curious jugak aku.

Chuck: Meh aku cerita sikit, Malam sebelum aku keluar dengan kau, aku tido pukul 3.30 AM. Bangun pagi next day 7.30 AM jogging. Lepastu keluar dengan kau straight sampai pukul 12 lebih. Sampai rumah aku pukul 1@2 pagi. Then esoknya aku bangun awal pukul 8 AM sebab ade meeting. Meeting habis pukul 11.30 AM. Habis je meeting terus balik rumah, member ajak makan-makan kat rumah member. So aku keluar jap jadi pak supir diaorang teman cari barang. Around 10 malam baru sampai rumah. Tu pun aku mintak excuse, kalau tak comfirm sampai ke pagi.

Nov: Mesti kau letih jugak time keluar dengan aku haritu. Boleh je postponed. Aku suruh kau hantar aku balik kampus awal kau degil, taknak.

Chuck: Malam je aku rabak sikit, masa nak hantar kau. Aku nak nap sekejap before datang pick up kau, Boss tetiba bagi keje. Tak jadi nak nap. Kalau tak aku segar sikit. Tapi sebab sayang. Sayang punya pasal, aku sanggup. Aku rasa taknak hantar kau balik haritu, nak simpan dalam pocket...


Masih aku ingat sehari sebelum pertemuan aku dan Chuck berlangsung. Chuck memberi amaran keras. Berkali-kali menanyakan soalan yang sama. Chuck mahukan kepastian.


30th October 11.36 AM

Chuck: Wehhh. Kau tolong eh, jangan lembut. Tetiba risau. Kau lembut je aku ikat kau kat spoiler aku, lepas tu seret kau dalam kampus.

Nov: HAHAHA. tak boleh kejam lagi ke?

Chuck: Itu je aku mampu fikirkan sekarang ni. Please jangan hensem sangat, nanti aku tergugat.

Nov: Jangan risau esok aku buat apa yang kau tak suka. So senang sikit untuk kau move on. Nanti kau overly attached payah pulak.



Pada pertemuan pertama itu aku sengaja buat apa yang tak disukai Chuck. Misalnya Chuck suka tengok lelaki berkemeja kemas. Aku sarungkan t-shirt skaters di tubuh. Chuck sukakan lelaki bermisai. Maka aku shave misai senipis nya. Cuma part lembut je aku tak kesampaian untuk lakukan. Kuikuikui.

Chuck: Aku sebenarnya agak kecewa dengan presentation kau masa keluar dengan aku haritu. Kau pakai baju macam kau nak pegi lepak dengan member. Nampak sangat aku ni tak penting. Nasib kau hensem pakai apa pun nampak kacak.

Nov: Aku sengaja pakai macam tu sebab aku taknak kau attached dengan aku.

Chuck: Nasib baik jugak kau tak lembut. Kalau tak aku dah start kereta terus blah time tu jugak. Hahaha.


*********

3rd November 7.02 PM

Chuck: Awaa busy ke tu? Nak confess sikit,

Nov: Nak confess apa?

Chuck: Hmm. takpelah nanti lah bagitahu, nak cakap rindu tapi macam mengada pulak cakap banyak-banyak. Haha.

Nov: Dah lah pegi jogging.


3rd November 9.21 PM

Nov: Chuckkk. Busy ke?

Chuck: Nov. tak gapo dio mung?

Nov: Mu nok ghoyak gapo sakni? mu ado oghe lain ko? Ghoyak loni.

Chuck: Okay jap. aku rasa aku paham tapi aku takut aku paham benda lain. Baik kau cakap melayu sekarang. Hahaha.

Nov: Apa kau paham?

Chuck: Mu nok ghoyak kawe ado ore lain. Hukalohh. Berat natey ni. Mana adaaa. Takdelah. Kenapa tetiba kau cakap macam tu.?

Nov: Aku terfikir apa yang kau nak cakap tadi. Mana lah tahu kau tetiba berubah hati.

Chuck: Ohh. itulah sebenarnya aku ada benda nak confess kat kau supaya antara kita takde tembok. Aku nak kenal kau luar dalam sebelum kau terima aku or tak. Tapi taknak through whatsapp. Can't wait to confess on your birthday. Which aku takut kau tetiba ter"emosi" and ruin the day.


Chuck come clean malam tu. He told me about his bitch sides. Aku sedikit emosi. I started to doubt him even more. Melalui medium whatsapp Chuck gave me a list of 8 names. Those names were ranked from 1-8. Nama di tangga 1-3 tahap cinta dan 4-8 adalah orang yang approached dia kat insta. Ash di ranking ke-3. Aku terkedu.

Chuck: Maaf lah. Aku tak buat confession ni pun kat dia orang. Sebab aku nak kau. Aku nak kau dan aku telus. Aku takdelah sampai intimate parts. Aku suka berkawan dengan semua orang.

Nov: Kau punya list buat aku terfikir, what makes you choose me?

Chuck: Kau ada ciri2 yang mostly aku suka. Perangai heartless kau tu buat aku nak sepak2 kau. Tapi aku suka. Appearance? lagi aku suka. kau tinggi, kau putih, Flawless. Handsome. Sexy leg. You're a perfect one for me, tapi tak tahulah am i the perfect one for you. Nov, aku dah cakap aku nak kau seorang je sekarang ni. Diaorang ni kuman celah kuku aku je sekarang ni. Aku tak pernah serius dengan diorang.

Nov: your list somehow suggest me to doubt you even more. kau ada banyak option yet you choose me. bagi aku "brain" list kau. Hmm. K Chuck, aku nak sambung study. Gud night. Don't worry aku heartless aku okay. Just bagi aku masaa...


Keesokkan nya almost satu hari aku menyepi dari Chuck.


4th November 6.34 PM

Chuck: Berubah hati?

Nov: Kau?

Chuck: Tak langsung. Aku gagal ke weh? :(

Nov: Hmm aku ok je. Jap aku nak tanya why were you so sure that i won't leave you?

Chuck: Aku tak rasa kau okay. Kau senyap je harini. Aku takut... You will not. i am very sure,

Nov: Dulu aku pernah cakap, aku sekali kecewa susah nak baik balik. And aku pernah cakap please don't have high hopes from me... Dan aku pernah cakap aku taknak rush into things.

Chuck: Maksudnya sekarang aku tak boleh berharap dah? Why now baru kau nak mention benda ni balik? Sebab dah tahu aku dulu macam mana? Aku cerita semalam past is past. Im done with them, can't you see that? Yep, aku tahu kau taknak rush into things , tapi my interest semalam aku nak clear dengan kau. Clear as the blue skies. Itu je.

Nov: To be honest aku dah start rasa attached. Tapii.. List of people kau get in touch buat aku rasa takut. Takut aku macam easy target kau.

Chuck: Tak lahh. Aku super attached dengan kau. dan aku super in love kat kau Nov. Diorang dah berlalu lah Nov. Diorang adalah my past.

Nov: Hmm. jap nak pegi cafe.

Chuck: Jangan lah gantung aku macam ni. Habiskan dulu. :(


4th November 7.04 PM

Chuck: Hmm, Novv, kalau kau easy target aku, sumpah aku tak cerita pasal diorang. Aku cerita supaya kau tahu dari mulut aku sendiri, bukan dari investigation kau. Aku nak kau tahu baik buruk aku. Can't you see that? Come on Nov. Sumpah nak nangis. I was happy yesterday, the days before. Semua sebab kau. Kau kegembiraan aku sekarang. Don't let my happiness be gone Nov.

Nov: Ye aku paham niat kau. cuma aku takut.

Chuck: So help me to wipe off the fear. Tell me what to do. Guide me. 

Nov: Hmm takde apa-apa lah. Aku ok. Kau jangan nangis. Burukk.

Chuck: Tolong aku Nov. Aku dah tak kuat macam ni.

Nov: Aku tak salah kan kau pun Chuck. Semalam aku search nama-nama kau bagi. most of them good looking, ada yang aku punya taste.

Chuck: K lah Nov. Aku nak jogging. Will wait for your text. All decision is yours. Im here with nothing left to do. Aku dah cakap apa aku patut cakap. Baik buruk perangai aku. If you want to leave, if there is something i could do to change your mind, i will try. Never gonna stop. But if you insist to go, aku tak boleh cakap apa. Hopefully kau boleh terima history aku, present time aku, and create our future together. Aku takkan sia-sia kan masa tu. Itu janji aku.


******


Entry ini sepatutnya di publish dalam minggu lepas, namun jadual Nov yang packed dengan presentation, test, dan assignments memaksa aku untuk meminggirkan blogger seketika. Anyway, beberapa hari lepas juga keputusan telah pun di buat. Apa keputusan itu? Aku akan tulis next entry.

Wednesday 11 November 2015

#34 Reunite

Assalamualaikum.

Throwback


24th September 9.58 PM

Chuck: Respond please

25th September 5.49 PM

Chuck; Hey. Hello.

26th September 3.09 AM

Chuck: Kau please respond kalau dapat text ni. Hmmm..


Percayalah aku bukan lah semudah itu untuk kembali. Jauh sekali menerima belati yang pernah mengguris hati. Nov sudah lama berlalu pergi dari entiti bernama Chuck. Tiada sekelumit perasaan tersisa saat aku menerima dan membaca text message kiriman Chuck menerusi Wechat. Perasaan itu neutral.

Jika diturutkan ego seorang Nov yang tinggi melangit. Tentu sahaja text messages tersebut dibiar sepi. Hati ini terkesan dek kesungguhan yang ditunjukkan Chuck lantas meranap tembok ego yang telah sekian lama terbina. 


26th September 5.32 PM

Nov: Sorry, baru dapat text kau, wechat aku rarely on. Selamat Hari Raya btw..

Chuck: Weh, Akhirnya. Asal menghilangkan diri? Aku dah banyak kali wechat kat sini. Tak pernah dapat respond. Sedih masa tu, tetiba orang yang aku nak kenal hilang macam tu.

Nov: Busy study lah brader. Hmm, Aku dah Move On dari kau. Totally move on.


Sebetulnya, Chuck berusaha contact aku sejak bulan May, June, August, dan Sept. Bagi aku apa yang Chuck lakukan adalah sesuatu yang sangat impossible. Meskipun tidak mendapat apa-apa respond dari aku, dia tetap tidak berputus asa untuk cuba cari jejak aku. Itu antara sebab kenapa aku terbuka hati untuk respond.


Nov: Aku macam serik nak percaya orang. 7hb Feb aku balik KL, at that time kau dah couple. 7th Feb jugak kau hiking dengan dia. Kau cakap nak tunggu aku, but you proved me wrong. :(

Chuck: Fyi, i never in relationship pun. Never declare. Ash? Come on. Like a little brother to me. Hmm, aku terus contact kau. Aku tunggu, aku tak pernah tak try reach kau. Sedihnya reunite macam ni. Hmm, takpe lah. aku dapat rasa kau neglect aku. Aku faham hak kau. Wherever you are, stay safe.

Nov: Alright Chuck. Be Loyal.

Chuck: About Ash, we felt for each other and never have chance to declare anything. Everything seems wrong, and whats left between us was hi and bye. Aku ulang, memang tak in relationship pun.

Nov: No need to explained anything. Aku okay je. Takde rasa nak marah ke apa... So kau contact aku sebab apa? Fill in the vacant spot of Ash's place?

Chuck: Nope. not even abit. I just need the answer why u left me. I got the answer already. Thank you so much. Yes, i am happy but at the same time feels very sad. Very very sad.

Nov: Aku ni jenis loyal Chuck. Once aku suka orang tu, aku tak cari lain. Tak pandang lain. Same goes to trust. But once trust tu broken. Takkan sama. Dulu aku suka character kau, tapi... Hmmm. Plus aku tak ready untuk get in relationship right now.

Chuck: I am not forcing you to be friend with me, But i am looking forward to it. The answer is yours. Aku takde hak nak paksa kau. Just do what you want. I'll always here. Either you need me or you don't. Kau tahu tak dulu aku nak track kau sampai aku download macam-macam apps untuk track siapa visit insta aku. Tapi satu apps pun tak berjaya.


Bermula hari itu aku dan Chuck mula berhubung. Hari demi hari, tanpa lelah dia menghantar kiriman pesanan ringkas menerusi Wechat. Aku tahu apa yang dia mahukan dari aku. Perhatian? Hati? Peluang? Maaf aku bukan semudah itu untuk menerima. Acap kali aku ingatkan dia untuk tidak memasang angan kerana aku tidak semudah itu menerima sang belati.

Message sampai pukul 10 am, sengaja aku reply pukul 3.45 pm. Kadang senyap satu hari. Aku mahu dia kenal erti penantian tanpa jawapan. Kuikui. Kentut.



Chuck: Kau kan nak suruh aku setia. Semalam aku tersentak. kalau betul lah apa kau cakap pasal diri aku. Aku nak ubah.

Nov: Tak payah nak setia sangat lah. Aku tak terbukak lagi hati nak get into relationship. Kalau setakat nak jadi member tu aku tak kesah.

Chuck: Jadi member lah maksud aku. Aku tak cakap nak ubah untuk kau. Perasan je. Hahaha.

Nov: K Fine.

Chuck: Tak kesah lah weh. Kau ke. Orang lain ke. At least aku nak berubah. Tapi thanks lah. Kau orang pertama tegur aku. So sedar diri sikit.


Hubungan sekadar kawan di atas talian wechat berlangsung selama sebulan lebih. Sepanjang tempoh itu, ruang dan peluang diberi buat Chuck memperbaiki segala khilaf dan memperjelas segala persoalan.


29th September 1.03 AM

Nov: Boleh aku tanya kenapa kau break dengan Ash?

Chuck: First, aku nak tekankan lagi kitaorang tak declare papepun "in relationship". Full stop. Second, we felt for each other and aku sayang dia. Aku kenal dia masa aku kenal kau. So what made me proceed with zaid adalah sebab aku nampak dia depan mata dan kau misteri sangat sampai aku tak boleh kenal kau siapa. So, don't blame me for that reason.....

Chuck: Pada awal tu, aku nak kawan je. Tapi dia bentuk aku ikut kehendak dia. Aku serius takde hati kat dia awal2 tu. Tapi dia ubah aku, dia stop aku from using wechat. Dia stop macam2. Itu antara sebab kenapa aku hilang dari kau. At last dia disappear macam tu je. Alasan dia, dia dah tak boleh go on dengan aku. Kau nak cakap aku tak setia? Ikut kau, tapi aku punya setia hanya aku seorang je tahu. Aku rasa dikhianati. Aku rasa macam, at first dia yang taburkan macam2 janji. Aku belajar untuk suka dia, sampai satu point aku betul sayang kan dia. Ash buat aku macam ni. Aku terima teguran kau cakap aku stop texting kau sebab orang lain. Tapi i hope you know how struggle i am to focus on a person at one time.

Nov: Phone kau pun bagi dia pegang kan?

Chuck: Tak. Tapi dia selalu check phone aku sesuka hati. Dia insecure, Check macam2. Hmm, Bila aku dah sayang orang, orang buat aku macam ni. Aku kenal dia kejap je. Sebulan je kitaorang rapat. Pastu lesap.

Nov: Dah duduk serumah. Comfirm lah check "macam-macam".

Chuck: Kitaorang tak duduk serumah lah. Takpelah. Aku pun dah malas nak fikir balik. Aku kena betray. Aku malas nak dendam dengan orang. I hope for the best for him...

Nov: Sama macam kau betrayed aku in the first place. But don't worry. Aku ok.. Kau tak try reach dia? Settle problem. Mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu kau.

Chuck: Nothing to settle. Bagi aku, aku faham dia. tapi dia banyak sangat fikir pasal orang lain. Alasan macam biasa. Dia busy assignment. At first dia exaggerate macam2 yang aku rasa dia sungguh2. At first aku kesian sebab aku takde feeling kat dia. Tapi aku usaha jugak untuk terima dan sayang dia. Bila dah sayang dia pulak tinggalkan aku.

Nov: Try lah reconcile balik.

Chuck: Nope dia dah bagi Fullstop kat aku. Aku three quarter move on.

Nov: Hmm, tak lama lagi ok la. Chill. Look at me. Move on.. Happy je. :)

Chuck: 



Chuck: Aku dah move on, dah boleh terima. Takde hal. Baca lah. Aku tunjuk bukti dia bagi fullstop kat aku. Since that. Aku macam. Kbye. Blame me. Aku tak kesah, aku terima, aku okay.

Nov: Dia sakit apa? Better tanya. Aku kalau bab penyakit ni kena tanya betul-betul. Related to kau jugak.

Chuck: Dia dah cakap kan tak nak bagi tahu. Related to aku? Maksud kau?

Nov: Ok lets just be clear. Kau dengan Ash dulu kan? Aku pretty sure korang penah tido sekali. Haha.

Chuck: Eh kau, ada-ada je. Pernah kena hempuk dengan kayu baseball?

Nov: Takde lah as precaution lah gila. Aku advice kau as member.

Chuck: Not to that extend. Aku rasa memang dia tak sihat. Dia over exhausted dengan kerja dan kelas. Banyak kali pegi hospital masuk air.

Nov: Hmm, kau nak tahu sebab apa aku pentingkan setia? and aku akan tinggalkan orang tu immediately kalau aku tahu dia curang.

Chuck: Kenapa?

Nov: Sebab aku takut orang lain buat salah, kita yang tanggung. Hopefully kau tanya, somehow melibatkan kau.

Chuck: Okay aku tanya untuk bagi jawapan kat kau.


******

29th September 1.24 AM

Chuck: Dia expected leukemia. Harap itu menjawab.

Nov: Dan2 je kau.

Chuck: Kau sabajap aku printscreen.

Nov: Tak payah. Aku nak tido.



Chuck: Kau susah sangat nak percaya aku kenapa hah? Sedih betul aku :(

Nov: Ash kata tak serious. So??? Dah aku nak tido, esok class pagi. Night.

Chuck: Kau punya fikir sampai Hiv ke? Teruk lah dia ni. Good night. Hmm.


29th September 6.34 PM

Chuck: Hi Hi Hi


29th September 8.21 PM

Nov: Sory lambat reply.

Chuck: Its okay. Sempat jogging jap tadi. :)




Well its too early to fall for him at this point. Tak semudah itu Chuck. Ada harga perlu di bayar..... 



Sunday 8 November 2015

#33 Outing

Assalamualaikum.


Entah mengapa pagi itu tidur Nov tidak seperti lenanya di hujung minggu. Seusai menunaikan solat subuh gajah pada pukul 7 pagi. Nov tidak menyambung tidurnya ke tengah hari. Sebaliknya duduk di meja study sambil merenung jauh keluar jendela. Hati nya tidak tenteram. Perasaan nya bercampur baur. Sesekali Nov mengelamun ke luar, memikirkan sesuatu.

"what exactly am i doing?"
"Is this really happening to me, like right now?"
"Am i about to bring shame to my parents? getus hati kecil Nov memikirkan keputusan drastik yang telah dibuat. Bingung dengan persoalan tersebut, lantas power button laptop di tekan dan Nov segera ke Diari maya dan mula membaca entri bersama komentar terdahulu.

"Come on Nov, u need to meet one, there's the right one waiting for you out there" komen Gibb Sulaiman pada entri Virtually. Bait kata ini seakan menjentik keras benak fikiran Nov ketika itu.

"A promise is a promise. Kau dah janji, kau kena pegang pada janji kau. Tone down your ego. Face the reality"


31st October 8.38 AM

XXX: Morning. cant wait but im nervous.


31st October 9.01 AM

Nov: Pagii. me too.

XXX: Reminder [screenshot]. Hehehe. Nervous nya. Nak keluar lepas zohor ke? Kalau gitu aku sampai kampus dalam kul 2 kot. Ke nak keluar sebelum zohor?

Nov: Lepas zohor lah.

XXX: Lepas solat aku gerak terus.

Nov: Tetiba rasa macam tak sihat. Haha.

XXX: Hahaha. Tetiba rasa nak lari 100km.

Tatkala itu jarum jam seakan bergerak pantas. Terlalu pantas. Degupan jantung nya kini juga berdegup kencang. Nov bakal berdepan realiti yang tak pernah dibayangi sebelum ini. Hari ini adalah hari "outing" yang pertama. The very first time going out with a total stranger!

Tanpa berlengah Nov menaip nombor telefon peribadinya lalu di hantar ke stranger tersebut. Location turut di kongsi.


31st October 12.04 PM

XXX: Woiii, Aku nervous !!

Nov: Nak postponed tak? gulp 018-XXX XXXX..

XXX: Jangann... Bagi location. Aku gerak 12.30, nak isi minyak apa semua. By the time aku sampai sana dah zohor. Aku singgah mana-mana dulu baru pick up kau. Okay? or not okay? Hahaha.

Nov: Awalnya saya nervous.. Ikut kau lah, Apapun aku turun lepas zohor. K ah nak shave dulu.

XXX: Aku bajet setengah jam sampai lah, tepat2 zohor dah masuk. Haha, jangan shave lah. Aku nak siap. Bye.

Nov: **Gulp**

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Nov membatalkan temujanji nya itu. Namun a promise is a promise. Dia lelaki berpengang pada janji. Lalu di capai tuala, dia segera berlalu ke bilik mandi. Nov memeriksa segenap tubuh, agar tiada yang jelek di mata si dia nanti.

T-shirt berwarna merah dan skinny jeans hitam adalah persalinan Nov pada hari tersebut bersalut semburan wangian dari The Body Shop.

"Akan aku pastikan hatinya kelak tertaut erat pada aku"


31st October 2.10 PM

XXX: Dah sampai.

Nov: Ok jap.

Bismillah..... Nov mengatur langkah menghampiri kereta stranger tersebut. "Fakk, saje je mamat ni parking betul-betul menghadap lift, dah lah cermin tinted gelap" Nov bermonolog sendiri. Pintu kereta di buka, Sosok lelaki bertubuh kemas kelihatan, senyuman terukir di bibirnya...


*********************

Gua sebenarnya malas nak taip panjang-panjang and tulis setiap details dari A-Z. Bukan aku tak tahu kau orang malas nak baca. So here is the summary of what i've been through from the first so called outing. Perghh. feeling omputih Nov C sekarang. Adakah jejaka misterius itu berbangsa asing? jeng jeng jeng. Oh tidak, jejaka itu lelaki melayu.

Outing aku tu pada mula nya berjalan agak awkward sedikit sebab aku seriously takde pengalaman keluar berdua dengan totally stranger. But after awhile, aku adapt dengan situation tu. Takde lah kekok mana sebab aku dah study awal-awal background mamat ni. Kehkeh.


Location outing kitorang kat mall sekitar Shah Alam. Lokasi tu pun aku yang tetapkan sebab aku tak nak outing aku berakhir di bilik hotel. Sampai je mall tu, mamat tu cakap dia nak makan salad. Eat clean katanya. So kitorang decide untuk lunch kat Tony Roma's. Masa kat Tony Roma's tu dia bagi aku peluang interrogate dia. Masa tu jugak lah banyak kisah pasal mamat ni terbongkar dan menjawab segala persoalan yang selama ni bermain di fikiran aku.

Lepas settle lunch kitorang hilang arah. Mamat tu ajak karaoke, tapi aku tolak dengan alasan batuk. Padahal sebab takut closeted room. Kang tak pasal teruna Nov di ragut tanpa belas. Hehe. Nak suruh hantar kampus balik, dia berkeras tak nak hantar aku balik. Katanya belum puas tatap wajah tampan Nov. Hahaha. Untuk tidak mengecewakan beliau, kitorang pun beli ticket 5.50pm "The Last Witch Hunter" dan it is a "Couple Seat" yang sengaja dipilih oleh beliau. Aku rasa kitorang je kot lelaki yang duduk berdua kat line tu.

The movie was good. Probably. Hahaha. Entah aku takleh concentrate kat movie, sebab sepanjang movie tu running mamat seat sebelah sweet talked. Ade je pickup line dia. Hahaha. He ended up sleeping at my right shoulder. Nasib baik mamat ni mintak permission dulu. Kalau tak, dah selamat siku aku lekat kat muka dia. kahkah.

XXX: Awak pinjam bahu boleh? Ngantok.

Nov: Kau bosan eh lepak dengan aku? Ke movie ni bosan? Jom balik..

XXX: Eh kesitu pulak. Aku happy ada kau. Boleh lahh. ***lentokkan kepala atas bahu kanan***

Aku tahu dia tak tidor pun sebenarnya, Nafas panas dia boleh rasa kat bahagian lengan kanan. Aku just layan kan jela.

Habis movie kitorang solat maghrib, then keluar dari mall tu. Dia plan nak bawak aku ke putrajaya ada festival lampu. Unfortunately, cuaca malam tu hujan lebat. So aku sekali lagi suruh dia hantar aku balik kampus and dia boleh berehat kat rumah. Dia berkeras jugak taknak hantar aku balik, katanya tak puas keluar dengan aku. Hampeh tul.

Nov: Apehal perlahan radio?

XXX: Aku nak dengar suara kau. **off kan radio**

So kitorang cruising area shah alam dalam hujan lebat. Lastly lepak kat Oldtown kopitiam kat sunway. Sekitar 11.30pm dia hantar aku balik kampus. I thanked him for everything :)

31st October 11.58 PM

Nov: Drive leklok

1st November 12.01 AM

Chuck: Thank you so much for your day

Nov: Thnks jugak sebab sanggup drive pegi balik hantar aku.

Chuck: Takde hal lah. Aku kalau dah sayang macam ni lah. Suruh makan batu pun aku telan.

Nov: Lah kenapa tak cakap awal2. Hahaha. Sorry susah kan kau.

Chuck: Hmmm, macam mana? Perlu ke aku mengharap? Or stay macam biasa?

Nov: Perluuu. Entah. Bagi aku masa.

Chuck: Perlu eh? Please give me bottomline. Aku sayang kau doh.

Nov: Aku sebenarnya takut, Takut bila aku terima kau, kau pulak yang berubah hati. Bila aku sayang kau nanti, kau pulak yang tinggalkan aku. Manusia kan berubah, harini kata sayang, esok?? Hmm..

Chuck: My opinion, dengan yang sebelum ni, aku tak pernah rasa seyakin ni. Aku rasa aku mampu pegi jauh dengan kau bukan sekadar kawan even once nanti masing-masing dah settle down. Aku dapat rasa kau jenis yang betul2 setia. Dan aku tahu kau mampu terima baik buruk sesiapa pun. Betapa rugi kalau aku lepaskan kau. Aku tahu apa kau fikir sekarang ni. Its okay. Aku paham. I will give you the time you needed. Aku dah betul2 attached dengan kau Nov. seriously i am.



P/s : Maaf buat anda kecewa, tiada adegan bibir ke bibir mahupun aksi tindih menindih. Hahaha. But i must admit dia genggam tangan aku erat while cruising cari kedai makan. :P