Sunday 27 September 2015

#31 Housemate

 Assalamualaikum.


"Nov, Kau botak kenapa? Kau memang botak dari dulu ke apa?"


"Ohh, saje je ubah selera. Rambut aku cepat panjang. Kang terlebih jambu payah pulak..."


"A'ah Nov, kau hensem, jambu, sado sikit, kulit putih pulak tu. Botak pun dah hensem, tu belum lagi ada rambut. Aku tengok si Naqib, roommate kau insecure je tengok kau. Haha."


"Hahaha siot kau, kutuk aku.. Kau taknak try Botak?"


"Aku dah try dah dulu botak, aku kalau botak nampak macam gangster. Hahaha. Ni gambar aku time botak dulu (sambil hulur handphone)"


********


Itu antara kata-kata si mulut manis Hacra pada Nov tempoh hari. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa berbunga hati Nov tatkala pujian itu di ucapkan oleh seorang lelaki. Hahaha.


Kenalkan Hacra, housemate aku. Berkumis. Berketinggian sekitar 170-173cm. Pinggang 30-32inch. Apa yang pasti mamat ni rendah sikit dari aku, which is numerically not my type (height). Tapi aku tertarik dengan personaliti dia.


Aku perasan layanan Hacra pada aku ni "semacam" sikit berbanding member aku yang lain. Sweet mungkin? Hahaha. "Eleh Nov feeling je lebih, padahal orang tu layan kau dengan orang lain sama je. Kau je perasaan lebih. Maklumlah ketandusan kasih sayang". Kuang Kuang Kuang.


Ahhh. Whatever. Gua tetap nak fefeling di minati. :P


Kat rumah sewa ni, Hacra seorang je yang pakai boxer dan topless ke hulu hilir. Agak rare lah kalau kau nak tengok dia berbaju kat rumah. Even dia tido pun berboxer, shirtless all the time. Kalau dik non tengok ni, comfirm merembes tanpa henti. Hehe. Aku ok je housemate aku berboxer 24/7. Takde hal. Lagipun eye candy kan. Layankan jela.




Perkara yang si Hacra ni buat bagi aku adalah Sweet :

1. Setiap kali Hacra masuk bilik aku, dia akan duduk bersebelahan takpun berhadapan aku. Hanya memakai Boxer. Dan setiap kali dia nak keluar dari bilik aku, dia akan usap lengan/bahu tak pun peha aku. Sentuhan kulit ke kulit.


2. Pernah satu hari, ketika lagu Axl - Akulah Kekasihmu sedang dimainkan di radio. Hacra duduk kerusi sebelah sambil menyanyi "Ohh Nov.. izinkan aku menjadi kekasihmu.." Aku ingat-ingat lupa sama ada dia sebut "izinkan aku memilikimu..". Apa yang pasti lagu tu jiwang. Respon? Aku hanya mampu tersenyum dan buat bodoh. Dah lah aku ni jenis yang cepat blushing. Kang tak pasal ada adengan cumbuan perancis di tengah hari. Hahaha. Hacra nyanyi lagu tu sampai habis, cuma bila part "izinkan aku menjadi kekasihmu.." dia tune down sikit. Sweet kan?


3. Beberapa hari lepas aku sengaja tegur Hacra pasal tabiat merokok. "kau hisap rokok berapa banyak doe sehari? Sekotak? Kau stop jelah, save sikit duit.." and respond dia buatkan aku blushing "tulah, aku ade gak terfikir nak hisap benda lain..." Krik Krik Krik.. Gulp. Ciss mengundang betul lah kau Hacra. Kalaulah kau roommate aku, comfirm dah jadi bantal peluk aku.


4. Insiden jumaat lepas, time solat jumaat. Kebetulan saff sebelah kiri aku kosong. Tengah aku khusyuk dengar khutbah. Konon, padahal tengah tahan ngantok. Seseorang masuk ke saff berkenaan dan melakukan solat sunat. Setelah selesai solat. Dia bersalaman dengan orang sebelah kiri dan kemudian baru menghulurkan tangan kepada aku yang ketika itu duduk di sebelah kanan. Orang dah hulur tangan aku pun salam. tapi yang peliknya tangan tu gengam tangan aku lama seakan taknak lepaskan. Pelik. Aku dongakkan kepala dan agak terkejut jejaka yang duduk sebelah aku tu Hacra. Dia balas dengan senyuman.


Tu belum lagi gurauan lucucah si Hacra ni buat. Haha. Aku rasa aku dah mula develop perasaan pada Hacra. Hmm, walaupun pada hakikatnya Hacra dah ada girlfriend. Peliss jangan sweet sangat. In the end of the day, aku tahu aku akan sengsara. Tett.


Sekali aku cinta.

Aku tetap cinta.

Nov C.

P/s: suara Hacra matured dan garau. Sedap dia karok haritu. Nyanyi lagi peliss. :*

Friday 18 September 2015

#30 Virtually

Assalamualaikum.

First time aku sign-up social account sejenis adalah pada bulan November 2013. (Salah satu faktor penyumbang kepada wujudnya "Nov" sebagai alter ego gua) Sebelum tu memang tak pernah terlintas pun nak ada satu pun account sejenis. In fact, kat FB pun aku tak berani nak "add" or "join" mana-mana group sejenis, inikan pulak nak ada personal account kat website sejenis yang sememang nya 100% profiles adalah sejenis. 

Nak pulak time tu aku perang dingin dengan mak aku kot. Rasanya lah. Entah. Aku pun dah lupa sebab apa. Lepas insiden tulah aku dapat keberanian yang maha tinggi untuk mencari kasih sayang seorang abang. Feeling sangat time tu. Ala-ala drama hidustan versi lelaki melayu terakhir sangat. 

Perasaan pertama aku bila ada account sejenis, rasa kecut perut, jantung berdegup kencang, rasa macam baru lepas berlari 100 meter dalam masa 30 saat. Banyak persoalan bermain di minda "Eh wifi rumah aku ni boleh detect ke aku bukak website tut??" "Kalau kantoi ni mampus aku.." "Agak-agak kat history main computer boleh check ke visited website?" Jeng jeng jeng. In the end aku persetan kan semua monolog tersebut. Aku gagah kan jua diri ini menulis, mengupload, dan meneroka segenap sisi di laman sosial berkenaan. So dari situ lah aku belajar kenal dengan jenis manusia dibawah orientasi yang sama.

Dipendekkan, aku berkenalan dengan beberapa jejaka yang setiap satu dari mereka pernah membuat taman hati Nov berbunga semerbak mewangi dititis embun di pagi hari. Kuang Kuang Kuang. Kasih sayang kah?? 

Jejaka A:

Bertubuh gempal aka chubby, berusia 32 (2013), berkulit cerah dan berkerja sebagai seorang guru. Dia ni lelaki pertama mengutus bibit-bibit cinta di laman sosial sejenis berkenaan. Hik hik hik. Kira macam first guy yang mengayat gua. Suami orang pulak tu. Giler tak cair leleh. Grr. Nak tahu sweet tak A ni, dia pernah send video "comel" dia kat aku. Dah lah tak pakai baju, perut pulak ke depan. Heish. memang bikin malam gua basah. Hahaha. Dalam video tu dia buat isyarat tangan konon "saranghaeyo" lah. Comel angat. Kalaulah aku berjiran dengan dia, comfirm tiap malam brader ni tidur lena kepagi. Bini balik kampung biar Nov je yang dodoi kan si debab ni tido.


Jejaka B:

Seorang duda anak dua, berusia lingkungan 30-an, hensem dan beketinggian sama paras Nov. Berkerja sebagai seorang engineer di sebuah firma di KL. Seriously B ni almost everything aku suka pasal diri dia. Senang cerita aku dan dia banyak persamaan. Apa yang aku nak dia ada dan sebaliknya. B ni sweet, selalu jugak aku bersengkang mata sampai ke pagi semata nak teman B settle kan kerja dia. Aku rasa kalau lah aku terima lamaran B dulu, comfirm aku jadi papa segera. Hehe. Package jaga anak dapat bapak. Boleh?

Jejaka C:

Sama baya Nov, belajar diluar negara. Lelaki pertama aku bergayut kat telefon sampai ke pagi. Good looking + nerd-ish look. Body boleh tahan. Banyak jugak lah kitorang bersembang dari hati ke hati, dari hal family hingga ke masa silam. Jejaka C ni ada islamik background yang kukuh. Ala-ala ustaz. Dia sanggup naik bas dari johor ke pantai timur semata nak jumpa aku. Bila sampai pantai timur aku dah kat shah alam. Then pegi pulak ke shah alam. In the end tak jumpa pun aku sampai ke sudah. Aku betul-betul rasa bersalah kat mamat ni. C ni pun satu gigih sangat kau mengembara walaupun ditegah. Heh. Semoga kau berjumpa seseorang yang betul-betul layak untuk kau.

Jejaka terakhir adalah Chuck, cerita pasal mamat ni bersepah kat entri awal kelahiran blog ni. Malas nak cerita lagi. Dia ni curang dengan aku tapi tak tahu aku tahu dia curang. Kehkeh.

Actually banyak lagi golongan sejenis yang aku interact secara virtual. Macam-macam jenis ada. Ada yang pancing aku guna gambar "terung". Sedap-sedap pulak tu. Geram pulak tengok. #abangtakkuad Hahaha. Dan macam-macam lagi. Lelaki dari usia seawal 12 tahun ke usia 58 tahun.

Apa yang pasti persamaan kesemua watak yang aku pernah interact kat alam maya tak pernah sekalipun berakhir di ranjang mahupun di kedai mamak. Kesemuanya berakhir secara maya.

Kalau ikutkan nafsu turbo yang dimiliki Nov, comfirm semuanya aku sapu bersih. Tiada satu pun tersisa. Namun ada seseorang yang gagah menghalang aku dari terjebak. Orang itu adalah aku. The real guy behind Nov C. Drama sangat. Hehe. Padahal, gua tak ready berhadapan realiti.

Choyy. Nov bukan si tanggang moden. Alah biasa lah lumrah hidup berkeluarga, ada hari hormon kau terlebih, ada hari hormon kau terkurang, So mood masing-masing tengah swing. Itu bila sekali bertembung jadi ledakan supernova. Hehe. No worries gua tetap anak kesayangan mak, Lebiuh to the moon and back mommy