Sunday 31 May 2015

#26 Teringat.

[Music : Back In Time]


Assalamualaikum.



Sports day.

Kalau nak tahu dulu kala Nov bukan lah seorang atlet serba kebolehan, loser mungkin. Dan acara yang paling sesuai buat loser seperti aku adalah acara perbarisan rumah sukan. Kuang kuang kuang. Jauh berbeza kalau nak dibandingkan aku dengan Syah. Atlet serba kebolehan. Abam berurat dawai besi katanya. Cross country sekolah aku time tu dia dapat first place pulak. Kau mampu?

Aku? Well, larian cross country yang sepatutnya tamat within 1 hours, aku ambik masa 2.5 hours. Bukan sebab aku dik non ke apa. Tapi sebab time larian tu berlangsung, awal-awal lagi aku dah mengelat (menipu) konon nak prove "the shortest distance between two points is a straight line" theory. Sudahnya junior-junior aku yang lurus lagi naif itu sepakat turuti abam Nov melencong dari trek sebenar. Tindakan berjemaah tersebut telah menaikkan takat didih guru pengiring. Lantas larian abam Nov dan adik-adik di hentikan selama setengah jam. Bukan setakat dihentikan semata uolls, tapi diberi tazkirah free panjang lebar lagi padu oleh cikgu bertudung labuh. Rasa macam nak sarung telekung kat kepala terus lepas dengar tazkirah tersebut. Hebat tak hebat penangan tazkirah si tudung labuh.

Insiden tu menyebabkan aku putus angin nak merebut gelaran abam berurat besi, abam pun berlenggang kangkung jela, ala-ala jemah pulang dari pasar tani. Aku pun dah tak berapa ingat aku dapat placing ke berapa time tu. Beratus mungkin. Erghh..

*********

Anyway, Selesai je perarakan kontinjen "loser-loser" di padang, maka secara rasminya bermulalah acara temasya sukan. Syukur acara aku habis awal. Prop rumah sukan aku pulak macam cilako. Kitorang kena pakai tempurung kelapa yang di ikat di atas kepala. Bajet macam segerombolan 40 penyamun dan Ali baba. Kentut betul.  Puih.

Even acara kau dah settle, tak bermakna kau boleh naik tidor kat asrama, So aku dan member aku duduk lepak kat pavilion menghadap padang. Usha dari jauh acara sukan yang sedang di pertandingkan. Dalam ramai orang, mata aku hanya tumpu pada sosok abam rugby pujaan hati aku masa tu, siapa lagi kalau bukan Syah. **Blushing**

Syah: Nov.. Cute doe kau pakai tempurung kelapa tadi. Dah macam teletubies aku tengok. Hahaha.

Aku: Bongok kau. Terpaksa doe kau ingat aku nak ke pakai? Prop macam celaka.

Syah: So lepas ni kau nak buat pe?

Aku: Aku nak pegi DM (dewan makan) jap ngan amir, pastu naik bilik tidor.

Syah: Woi kurang ajar giler. kau jangan blah, jap lagi acara aku. Kau tengok , kalau tak. Aku belasah kau.

Aku: Apesal pulak?

Syah: Support member laa. Kau tak sayang aku ke?

Aku: Yelah2. Aku tengok lah acara kau nanti.

Yup, aku tengok acara dia sampai habis. Walau cuaca panas terik time tu, aku gigih kan diri setia tercongok kat tepi padang semata-mata nak bagi support kat kau, Syah. Kau nak tahu tak, time Syah tengah berpeluh berlari menghabiskan baki pusingan kat padang. Aku kat tepi padang tu panas je rasa. Bukan sebab terik matahari pun, tapi sebab beberapa orang junior lower form yang berada tepi padang beberapa meter dari aku. Dorang bukan main jerit sakan, bergelak ketawa bagi kata semangat kat Syah. Aku jadi cemburu. Nak je aku rembat sekor-sekor junior lower form tu, biar tersembam ke tanah. Bijes, he's mine ok. stay away from him. Syah berjaya menamatkan larian nya dengan penuh bergaya. Dia mengungguli tempat pertama dalam acara 4x 100.


After semua acara sukan selesai, aku pun apa lagi angkat kaki blah pergi makan lunch pastu naik bilik mandi, cuci muka (haruslah guna garnier men, aku terbakor hangus dah masa tu) dan tidor. Time tu lah sesuatu diluar kawalan aku terjadi. Seingat aku, badan aku digoncang seseorang, dalam samar-samar aku nampak Syah berkata sesuatu pada aku. Oleh kerana kepenatan yang melampau jadinya aku tak terbangun dari katil, Seraya mulut aku berkata "Syah, aku sayang kau, aku dah lama suka kau...."  Dalam samar aku nampak Syah duduk terdiam. Mata aku kembali terpejam rapat dan terus terlena kepetang.

Beberapa jam kemudian aku terbangun dari tidor. Aku jadi risau, kalau-kalau apa yang aku katakan tadi betul-betul terjadi.

Aku: Wey, tadi time aku tidor, korang ada dengar aku cakap apa-apa tak?

Roommate junior: Takde. Kitorang pun baru je naik bilik.

Aku: Ohh.. takpe ah kalau camtu. Err, Syah ada datang tak tadi?..

Rommate junior: Entahlah, try tanya member abang bilik depan..


*********

Bilik Depan

Mokh: Novvv... Baru bangun? lena betul kau tidor tadi, tak sampai hati nak kacau.. meh duk tepi aku.

Aku: Ha'ah, Penat, dehydrated kat padang. Rajin betul kau study petang-petang. padan ah genius.. Err, weh aku nak tanya ni. time aku tidor tadi.. aku ada cakap something ke?

Mokh: Cakap pe? tak dengar pun.. Kau cakap pe Nov? Hahaha.

Aku: Ohh.. kiranya aku takde cakap pape lah. Hahaha. Ok2. kau sambung ah study kau..


*********

Bilik Prep

Aku: Syah, tadi kau ada datang bilik aku tak petang tadi?

Syah: Ha'ah, aku datang bilik kau petang tadi, ingat nak "pau" makanan kau, Tapi kau pulak tidor tak ingat dunia. malas ah nak kacau kau.

Aku: ***Gulp**** Ha'ah aku penat sangat tadi. Tapi bagus gak aku tidor mati, selamat stok makanan aku. Hahaha.

Damn, rasa macam nak meletup je jantung. Malu punya pasal. Mujur tak mengelupur time tu.. Terus aku ubah topik lain. Buat-buat macam takde apa-apa berlaku. High possibility dia dah tahu isi hati aku cuma saje buat tak tahu sebab tak nak awkward. Apapun yang jadi masa tu, hanya dia je tahu.

That was back then, if you asked me now: Adakah aku masih menyayangi dia seperti kelmarin? Nope, i've took almost 3 years to completely move on. Tipu lah kalau aku cakap aku benci dia. Cuma, buat masa ni cukuplah rasa sayang itu sekadar sayang kepada seorang sahabat. Tak lebih, tak kurang.


Terlalu banyak sebenarnya kisah "bromance" aku dengan Syah. So aku decide from time to time. Aku akan cerita serba sedikit kisah yang aku ingat dan aku akan cerita sebab kenapa up until now, aku still menghilangkan diri dari hidup dia.

P/s: Erm, Siapa nak tengok gambar Syah shirtless? Cepat tampar perut lelaju. Hahaha.



Thursday 21 May 2015

#25 Matrimony.

[Music : Path of Tears]
Assalamualaikum.


MEREKA kata jika kau lelaki sejenis
Jangan kau berani cuba dekati wanita
Jangan kau berani beri harapan padanya
Jangan kau berani miliki hatinya

DAN


Jangan sesekali kau berani nikahi dia

Hanya kerana mahu selindung aib diri
Kelak nafkah zahir batinnya terseksa.
Punya lelaki tak cinta mati.


Kata orang, lelaki sejenis yang berkahwin itu hipokrit, dan penipu. Mempergunakan sosok bernama wanita demi menyelamatkan diri dari terusan dilabel sejenis. Tidak bersikap realistik. Selfish. Hanya mementingkan diri. Konon demi menjaga nama baik dan memenuhi desakan keluarga semata, maka jalan yang dirasakan paling selamat diambil adalah dengan cara menikahi wanita. Pura-pura lelaki sejati, pura-pura cinta mati.

Benarkah?

Personally, aku tak rasa seseorang itu hipokrit bila mengahwini seseorang yang berlawanan jantina tanpa menceritakan terlebih dahulu kesongsangan diri pada pasangan. Come clean, katanya. Pada aku setiap manusia itu tidak terlepas dari perkara tercela. Masing-masing punya sisi gelap yang tidak perlu disingkap kembali. 

Tak mustahil juga wanita cantik yang dinikahi oleh para jejaka malaya juga turut tergolong dalam kelompok sejenis. Cumanya mereka lebih beruntung kerana lubang kunci ada pada mereka. Tidak perlu risau gelisah akan masalah di perbaringan malam pertama. Kerana kuncinya ada pada sang jejaka. Tugas mereka hanya perlu merelakan proses tujahan kunci tersebut. Jika si lelaki yang bernafsu sejenis makanya kau mungkin berhadapan situasi yang sukar. Akan tetapi tidak mustahil untuk membenamkan kunci tersebut. Berusaha lah abam sayang :)

Adakah Nov Collins bakal berkahwin nanti? 

Ya, Insha'Allah. Jika di izin tuhan aku mahu bernikah suatu masa nanti. Kerana itu jalan yang terbaik buat aku dan begitu juga buat kau. Selepas pemergian opah tercinta beberapa minggu lalu membuatkan aku sedar akan banyak perkara khususnya tentang norma kehidupan. Aku gusar norma alam itu suatu masa nanti bakal menjegah dibenak fikiran menagih penyesalan di kemudian hari. Tika itu mungkin sahaja waktunya sudah terlambat.

Aku terbayang jika aku masih berdegil memilih cinta sang jejaka, aku bakal kesepian di penghujung usia. Tanpa seorang zuriat disisi. Saat itu kudrat aku mungkin lemah tak sekuat sekarang. Dan disaat nafas aku dihujung helaan, tiada siapa disisi. Tiada yang peduli. Mungkin sahaja terbiar sepi. Tiada keluarga yang hadir saat talkin dibacakan keatas aku. Tiada siapa juga bakal mendoakan kesejahteraan aku disana.

Mungkin sahaja perkahwinan tidak memberi kebahagiaan yang kau cari. Namun, setidaknya kau dihadirkan sinar kebahagiaan tersebut iaitu zuriat. Soal selama mana hayat perkahwinan itu bakal bertahan, tak perlu kau fikirkan. Itu semua ketentuan illahi. Tugas kita hanya mampu berusaha sebaiknya.

Adakah Nov Collins akan tetap berkahwin, meskipun sudah mempunyai steady partner?

Definitely yes! aku tetap akan berkahwin dengan seorang gegadis walaupun sudah mempunyai seorang jejaka idaman kalbu disisi. Aku pernah mention kat entry sebelum ni, Hidup insan seperti kita perlu ada tolak ansur dengan norma kehidupan. Jangan rakus menongkah arus, kelak kau sendiri. Even if aku cinta mati sekalipun pada pasangan aku, aku tetap akan merelakan dia dijaga oleh seorang wanita. Kalau betul kau sayang dia, fikirkan 15-20 tahun akan datang. Sanggupkah kau lihat dia kesepian melewati hari tua keseorangan? Sedangkan teman lain punya keluarga.

Seperti yang kita semua sedia maklum kehidupan di dunia ini sifatnya tidak kekal abadi, nothing last forever. Aku kira apa lah salah jika aku korbankan perasaan cinta aku pada sang jejaka untuk hayat didunia. Bukan kah segala yang haram di hayat ini, halal di hayat abadi nanti?




Anyway apa yang aku tulis disini hanya lah pendapat peribadi Nov Collins semata-mata. Tidak menjadi kesalahan yang besar pun jika kau berniat mahu bernikah walaupun pada hakikatnya kau tu sejenis. Kalau kau tetapkan hati nak berubah ke arah kebaikan apa salahnya kan? Cumanya belajarlah setia. Jangan pulak kat rumah, karipap kau tibai, pastu makan burger dan pisang kat luar. Ewah-ewah kau tamak betul, nak makan luar roger Nov. Hahaha. Kalau nak makan luar pun cari lah steady partner. Tak gitu?

P/s: Aku juga peka dengan sesetengah warga sejenis yang berpendirian teguh tidak mahu bernikah. No worries, apapun aku still hormati prinsip dan pandangan korang.

Monday 11 May 2015

#24 Pulang.

Assalamualaikum.

Beberapa minggu lalu, tidak semena-mena jadual harian Nov Collins  menjadi padat lagi memenatkan. Kudrat tenaga nya di kerah. Rumah sakit menjadi lokasi wajib dilawati hampir setiap hari. Implikasi dari hal itu menyebabkan minda nya menjadi letih. Saban hari aku lihat beberapa orang jururawat menolak keranda bergerak, mengambil "jasad terpilih" untuk di proses. Hati ini menjadi sebak. Keinsafan mula menyelubungi diri. Alangkah bertuah mereka yang berkerja di hospital khususnya yang mengurus para jenazah. Pastinya mereka punya kesedaran yang tinggi tentang kekuasaan yang maha esa.

Kehadiran sosok Nov Collins disitu bukanlah sebagai Doktor, bukan juga sebagai pesakit, tetapi sebagai pelawat. Tugas aku hanya memerhati, menemani dan membantu seorang wanita tua yang amat aku hormati selepas kedua orang tua ku.

Wanita tua itu terbaring lesu di katil pesakit. Aku tatap raut wajahnya beberapa ketika. Terkadang wanita tua itu merenung aku kembali sambil menguntumkan senyuman. Badan nya tidak lagi kuat seperti dahulu, duduk bersandar juga dia tidak mampu. Telinganya layu, begitu juga kedua belah kaki. Saat itu aku tahu, dia tak punya banyak waktu. Tiap detik waktu harus digunakan semaksimum mungkin. Jika terbiar satu detik, sesalnya mungkin dirasai seumur hidup.

Selang seminggu berada di hospital, kami sepakat bersetuju membawa dia keluar pulang ke rumah. Kali ini biarlah si anak pula mencurah jasa pada si ibu. Wanita tua itu di urus persis seperti seorang bayi. Sesungguhnya roda masa kini telah berputar. Wanita ini yang dahulunya gagah memanjat pokok asam di kaki bukit, kini kudratnya lemah terlampau lemah. Separuh badan nya tidak mampu lagi bergerak. Selera makan nya juga turut terjejas. Tiga hari berada di rumah, wanita tua itu akhirnya pulang dijemput menghadap sang pencipta dalam tidurnya. Ya, beliau kini tidur selamanya...

"Indeed we belong to Allah, and indeed to Him we will return"

Setelah selesai jenazah dikafankan, kesemua anak dan cucu dipanggil memberi penghormatan terakhir kalinya. Lalu Nov Collins mengucup dahi wanita tua tadi dan berbisik dalam hati "Selamat tinggal Opah buat selamanya, moga segala kebaikkan mu di dunia ini dibalas seaadilnya oleh yang maha esa... Suatu masa nanti kita pasti bersua kembali". Tanpa aku sedar, air jernih mengalir membasahi pipi buat terakhir kali..




Terdapat satu fakta menarik tentang arwah, beliau kembali ke rahmatullah exactly a month before her birthday. Sebulan sebelum hari lahirnya yang ke 79. Maka benarlah kata orang, hari kelahiran dan kematian itu berkait rapat.. Renung-renungkan lah. 

P/s: Maaf, buat mereka yang mengutuskan email, tetapi tidak mendapat jawapan. Insha'allah, aku akan membalas kesemuanya nanti. Buat masa ini, aku perlukan masa untuk kembali seperti selalu.