Friday 30 January 2015

#8 Firasat.

[Music: Cancer]

Assalamualaikum.

Firasat, menurut Ibnu Qayyim dalam kitabnya `Ar- Ruh' adalah cahaya yang Allah berikan ke dalam hati hambaNya yang soleh. Cahaya itu menjadikan seorang hamba dapat menduga sesuatu yang akan terjadi pada dirinya atau menjadikannya dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Meskipun ia sebuah lintasan hati, firasat tentunya bukan `su'u dzon' atau buruk sangka. Sumber di petik dari article Kekuatan pandang tembus.

Apa yang ingin aku katakan kali ini mungkin kedengaran tidak rasional dan tidak masuk akal. Tetapi lantaklah, korang nak cakap apa pun aku tak peduli. What if aku cakap aku boleh baca body language and sense big fat liars by just looking at their features. And 85-95% firasat aku selalunya betul. Mungkin secara kebetulan je kot. Entahlah. Wallahualam..

Semuanya bermula pada malam isnin tanggal 26th january yang lalu. Hari di mana aku memperkenalkan Chuck kepada alam maya. Aku rasa suatu tindakan bodoh aku buat entri pasal dia. Ingin sahaja aku delete entri tersebut dari alam maya ini. Bila difikirkan kembali, aku bukan jenis yang conceal mistakes yang aku buat. 

Mon 11.32 PM

Aku: Hi Gumok, Busy ke?

Chuck: ..............................

Tika ini peratusan kepercayaan aku terhadap Chuck menurun mendadak. Rasa sangsi mula terbit dalam diri. Tetapi aku cuba untuk tidak menggunakan ego sebaliknya otak geliga kurniaan sang pencipta. Pada awalnya aku menyangkakan mungkin dia kepenatan dan sedang dibuai mimpi indah. Lalu applikasi wechat ditutup dan beralih ke applikasi whatsapp.

Dan aku dapati status last seen Chuck menyatakan sebaliknya. Its clearly stated ''last seen today at 11.53PM". Something fishy is happening. Lantas applikasi instagram dibuka dan gallery Chuck menjadi sasaran. Tiada apa yang mencurigakan disitu. Lama jugak aku menatap gallery milik beliau. Satu persatu comment aku baca. kemudian aku pergi gallery milik "cousin" beliau. Seraya hati aku berdegup kencang. Terasa bagai dicucuk sembilu. Pedih.

Satu screenshot conversation baru sahaja di muat naik ke laman instagram milik beliau. Tiada nama mahupun Tag tertera pada screenshot tersebut hanya conversation berbahasa sarawak yang masih boleh aku fahami. Frasa kata "Nite sayang 11.48PM" & "Kamek sayang kitak 11.50PM" menjadi punca pedih ulu hati. Kebabian apakah?



Maka dengan terkantoi nya coversation lahanat itu. Aku putuskan, He will definitely see me as a different person soon. Aku tekad if you treat me like an option today, you're already loosing sisi baik aku. Malam itu aku tidur dengan hati yang remuk. Tanpa setitis air mata.

Tue 9.08 AM

Chuck: Aku dah tido semalam, Hahaha.. Kau lambat.

Tue 12.20 PM

Chuck: Jom pegi Krabi? Ticket tengah murah..


Wah hebat kau menipu Chuck, pastu boleh pulak nak pancing aku pegi Krabi. Kalau ikutkan perangai binatang aku, time tu jugak aku fire kau lahanat!!! Tetapi tak best lah nak end-up on the phone. So aku dengan penuh kepalsuaan reply text dia supaya dia tak syak apa-apa.

Tue 12.30 PM

Aku: Taknak ah pegi dengan kau, Ajak la scandal kau yang lain. *emoticon senyum sinis*

Chuck: Ohhh. Okay *emoticon unsatisfied*

Aku: Takpe nanti dah betul-betul kenal kau. Kita pergi.

Chuck: Okay. Bereh.

Aku: Kalau kau ajak terus pergi Krabi pun memang aku reject. Banyak bende aku nak kena double check dengan kau.

Chuck: Jual mahal pulak dengan aku. Double check lah. Don't ever judge me.

Kau fikir aku bodoh? Senang-senang je nak jatuh dalam perangkap kau. Mujur aku tak pernah sekali pun confess kat kau, dari awal hingga kini aku just nak kenal kau sebagai member. Belum sampai tiga bulan taring kau dah menjelma. Kau jangan salah kan aku nanti. Aku takkan buat apa yang kau fikir aku akan buat. Mungkin game kau yang cipta, tidak semestinya kau pemenangnya. Dulu aku pernah tanya kau.

Aku: Kau ada awek @ Bf? macam banyak pengalaman je.

Chuck: Manede lah. aku single la giler.

Aku: Yelah tu, rilek sudah.. Aku ok je. lagipun aku nak tahu jugak macam mana kau approach orang. Aku ni noob sikit bab ni. Aku just nak tahu first move je. Hehe

Chuck: Hmm aku kat kolej dulu ada sorang, ringan-ringan je. Tak lebih. Nanti aku share dengan kau time kita date. At least we have something to talk about later.

Aku: Ok tak sabar nak balik KL.


Sebenarnya minggu sebelumnya lagi aku dah ada instinct yang buruk terhadap Chuck ni. Firasat aku kuat menyatakan there is something abnormal about his relationships with his so called cousin. Sebab cousin dia tu jenis lembut and definitely sejenis. Tapi aku cuba menafikan firasat aku, takkan lah diorang ada apa-apa kot? Like come on, cousin sendiri! Kau berani ke ada affairs dengan realtives kau?

Chuck sendiri cakap kat aku dia geli dengan lelaki lembut. So aku tak expect lah dia ada hubungan lebih dari itu. Sampai lah satu tahap dimana aku terjumpa instagram milik cousin Chuck. Beberapa gambar seakan berbisik menceritakan kemesraan hubungan antara beliau dan Chuck meskipun secara tersirat, yakni gambar tidak bermuka hanya tangan erat tergenggam dan kepala di bahu Chuck.

Chuck's so called cousin.

Berbadan gempal, Berusia sekitar 35 tahun. Berkulit putih. Character nya lembut tetapi alhamdulillah masih mengenakan pakaian lelaki di tubuh.  Berkemungkinan seorang doktor cosmetic ataupun businessman, aku kurang pasti perihal ini. Tetapi yang pasti sering mendampingi orang kenamaan. Chuck pernah bagi tahu aku, beliau merupakan sepupunya yang menetap di KL. Kebenaran status ini masih diragui. Mungkin sahaja Chuck itu ikan belaan dia.

Korang mungkin tertanya kenapa aku tak pernah date bersemuka dengan Chuck kan? Sebenarnya aku kini berada di luar kawasan sejak hujung bulan November lepas dan bakal kembali pada awal bulan Feb nanti. Justeru itu temujanji tersebut di atur sekitar bulan Feb nanti.

Untuk makluman sepanjang perkenalan aku dan Chuck aku tidak pernah memberikan no telefon peribadi, id instagram, id facebook, mahupun gambar separa bogel hanya id wechat sahaja di beri. Ini adalah langkah keselamatan yang aku kira penting untuk melindungi diri dari menjadi mangsa jenayah Cyber. Semua nya aku akan beri ketika pertemuan mata ke mata nanti. Perhaps Never.


Tue 8.18 PM

Aku: Oit, busy ke?

Tue 9.53 PM

Chuck: Makan jap, [image]

Aku: Dapp nye, Haha. Aku tengah lepak luar sekarang. Ok ah Chow.

Sedap ye makan dengan date? Haha. Dasar jantan lahanat. Kau tunggu....

Wed 11.20 PM

Chuck: Busy ye. Huhu.

That was the last text i've send to him sampai lah ke saat aku menaip untuk entri kali ini (Fri 30th Jan 5pm.) Mungkin kau fikir aku budak hingusan yang kau boleh permainkan sesuka hati. Kematangan seseorang tidak boleh di ukur pada usia. Tetapi pada pemikiran. Kau silap percaturan sayang. Aku takkan jatuhkan seseorang itu dengan cara mengaibkan, sebab kau tiada beza nya dengan aku. punya nafsu sejenis.

Aku akan jatuhkan kau melalui jiwa kau, biar kau sedar selamanya sedar jangan pernah mainkan perasaan orang. Aku mungkin akan pergi date yang kau aturkan. Tika itu mungkin kau punya peluang untuk berterus-terang dan hubungan ini boleh diselamatkan. Mungkin juga aku akan guna kan peluang yang ada untuk buat kau jatuh menyembah bumi.


P/s: Mungkin sahaja firasat aku ini salah kerana perasan cemburu membabi buta. Namun jika benar, tiada apa yang mampu aku ucap kan selain "kiss my ass goodbye"

Monday 26 January 2015

#7 Chuck.

[Music: Clean Bandit]

Assalamualaikum

Entri ini di tulis atas permintaan encik Nu'man yang ingin mengenali dengan lebih dekat siapa Chuck.

Chuck merupakan nama samaran buat si dia. Berusia 3 tahun lebih tua dari aku. Berbangsa melayu dan beragama islam. Berasal dari Bumi Kenyalang dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan XXX dan sekarang berkerja di sebuah firma kejuruteraan di KL. At the same time dalam proses melanjutkan pelajarannya ke peringkat Master.

Chuck ni jenis yang suka travel ala-ala Backpackers. So next trip dia nak bawak aku ke Bali. Yess!! **baru planning lagi** Kahkah. Aku ok je bab travel ni tapi yang aku takut scene entah pape nanti kat bilik. Yelah baru je kenal dah nak travel sekali. Haritu dia ajak aku pegi roadtrip awal bulan February nanti ke terengganu ada urusan kerja. Accommodation semua dia support. Baik tak? Teman dia drive from Terengganu ke KL. Berdua. dah macam escort boi pulak.. Hahaha. Tapi aku tolak cara baik.


Perwatakan? Buat masa ini apa yang aku tahu dan sedia maklum, dia tidak lembut, bahkan maskulin, dan macho. Tidak gedik tetapi sedikit mengada mahukan perhatian lebih. Kadang nakal yang membuatkan aku tak sabar nak gigit leher nya. Hahaha

Aku: Oit peha, busy ke?

Chuck: Oi. tak busy. Hewhew.

Aku: Sombong eh kau harini.

Chuck: Haha. Aku kat office tadi. So bila dah lepas pukul 9pm. Aku malas nak kacau kau. Jom?
***send screencapture article 7th Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2015.***

Aku: Lambat lagi, bulan march aku dah masuk study ah. Best jugak. Tengok lah macam mana nanti. kalau aku free. Boleh la.

Chuck: Hmm aku tak penah naik hot ballon teringin sangat.

Aku: Ok2 nanti kita pergi. Hahaha.

Chuck penah tanya aku apa expectation aku nanti time first date dengan dia. Aku cakap just buat macam biasa, lepak sama je macam aku hangouts dengan member aku yang lain. Cuma special sikit dia tahu true colors aku. No kinky things involved. Aku prefer kenal orang dulu, no need to rush. Follow the flow. Bukan nya aku batak sangat nak fap. Feeling kerana diriku begitu berharga sangat. Hahaha. Then, aku tanya balik expectation dia. Mula-mula dia macam berat je nak jawab.

Chuck: Taknak lah aku, macam bij pulak nanti. kahkah. Nanti kau kutok aku.

Aku: Haha. Rilek suda. Aku respect orang lah giler. Tak nak share takpe nak tido ah camni.

Chuck: Segan lah...

Aku: Kau expect aku jadi ONS kau? Hahaha. Kau expect ape doh??

Chuck: Bukan lah giler. Takde lah to that level..

Aku: Habis tu?

Chuck: Having a french kiss maybe?

Aku: Gulp... Hahaha. Tengok ah macam mana nanti. Kau ni boleh tahan mengade eh.

Chuck: Hahaha... Itulah, tengok lah kalau kau berselera ke tidak tengok aku nanti. Aku ni tak menyelerakan pun.

Chuck ni kadang sweet dia i can't resist. Too sweet sampai orang yang hati batu macam aku ni pun boleh ter'crush. Tapi aku takde lah sampai confess terus kat dia yang aku dah rasa attached dengan dia. Ego still kena ada, barulah orang tak take for granted. Right? Kadang dia belanja aku selfie. Kahkah. Nasib baik pujaan hatiku. Layan je lah.

Chuck: Kau cari lah awek cun2 untuk aku. Budak UiTM kan cun2, plus student account mesti hot.Hehe

Aku: Hmm. Nanti kau lupa aku pulak, Taknak ah.

Chuck: Hahaha. Mana ada, kau tetap di hati. Cehh. Hahaha

Aku: Kahkah.. Muntah..

Taste aku pulak orang yang berusia dan matang. So dia memenuhi criteria yang aku cari. Tak lembut, Independent, bittersweet dan sedap mata memandang. Sedap lagi kalau dapat peluk. :P

 Maaf aku bukan tak suka pada mereka yang sedikit lembut cuma bagi aku ia mendedahkan identiti aku pada khalayak umum. Plus susah sikit nak bawak balik rumah and kenalkan kat family aku, or date kat public. Orang secara tak langsung akan suspect aku something. Yelah aku ni jenis keras, tetiba bawak balik member lembut, which is something yang aku tak pernah buat pun sebelum ni. Nak pulak bawak masuk bilik. Comfirm kena bom bilik aku nanti. Hahaha

So, nanti kalau ada event kat rumah aku senanglah aku nak bawak Chuck and introduce kat family aku. Pastu boleh lah nak sleepover ke apa. Ngeee...

Fizikal Chuck?? Grrr.. memang taste aku lah senang cerita. Hehe. Memiliki kulit sawo matang. Berketinggian sekitar 170 cm. Hmm pendek sikit je dari aku. Berat sekitar 73-76kg.. Pinggang bersaiz 30-31 inch. Ukuran lain-lain tidak diketahui buat masa ini :P

Berambut hitam lurus potongan pendek dan kemas. Memiliki wajah Chinese look. Tidak bermisai mahupun janggut. Lehernya sedikit berotot menambah kan lagi nilai saham yang dimiliki. Cukup untuk membuatkan aku angau. Kahkah.

Korang maybe perasan,conversation antara aku dan Chuck tidak menggunakan Saya, Awak, I, you, Bee, Baby, Abang, Adik, Hubby, etc. Tidak seperti kebanyakkan couple diluar sana. Aku lebih selesa menggunakan Aku, Kau, Beruk, gemok, etc. Sebab nya? Kitorang belum declare as couple pun. Baru early phase. Even if kitorang couple sekalipun, "Aku""Kau" tetap digunakan dalam conversation. Nothing changes. Kalau ada pun maybe words "sayang" je la. Haha.

Aku dengan perempuan pun aku guna "aku""kau" takkan dengan Chuck nak ber"I""You" kan? Thats why Chuck cakap dia suka aku sebab tak mengade macam jantan lain. Hahaha. Abang aku sendiri pun aku ber"kau"aku", tak penah wujud panggilan abang dalam kamus hidup aku. Tapi kalau Chuck maybe boleh kot sekali sekala panggil dia "Abang" plus he deserved it more than my biological brother.

Persoalannya, kenapa aku panggil dia peha? Hahaha. Chuck ni sebenarnya dalam proses nak kecik kan peha katanya. Siap workout + diet tak makan carbs semata-mata nak kecikkan peha. Padahal peha tu aku tengok elok je, mengiurkan kan kot. Standard lah kalau dah muscular memang kembang lah peha tu. Tapi takpe aku terima apa ada nya. Hehe

P/s: Maaf, aku tidak berhajat untuk mendedahkan dia secara terperinci di alam maya. Cukup kau tahu di milik ku. :P


Wednesday 21 January 2015

#6 Somedays.

[Music: Blue Sky]

Assalamualaikum.

Entri kali ini aku nak share sikit pasal activity yang aku akan buat dengan Chuck sekitar bulan februari nanti. Kira baru dalam bentuk perancangan lagi tak tahu lah jadi ke tak. Chuck ni pulak suka travel backpackers. So banyak idea dia yang menjurus kepada tempat-tempat yang berdua dan bermalam macam Lost world of Tambun, Krabi, dan Bali. Sweet en?? 

Dua tiga hari lepas aku ade borak dengan Chuck tanya pasal Pulau Perhentian sebab member aku nak pergi berlibur kat sana. So Chuck nak tahu budget and semua details pasal trip tu nanti sebab dia nak contact member dia yang tahu serba sedikit pasal perhentian. 

Aku: Dah tanya member kau?

Chuck: Haaa. lupa... KahKah.. Aku bagitahu sekarang

Aku: Nak Tacing ke tak? :-(

Chuck: Hahaha. Tak payah. Aku dah tanya dah. Tak payah nak tacing sangat ah. Pukul kang.

Aku: Nasib baik member punya hal. Mana ada tacing dengan kau lah giler. Hahaha :P

Chuck: Bila nak pegi dengan aku? Macam menarik je..

Aku: A'ah menarik doh, sunset at the beach with bitch. Best kan? hehe.

Chuck: Bongok. Hahaha. Kau pegi lah cari bitch kat sana nanti, aku taknak.

Aku: Kau jela jadi bitch aku nanti. ;-)

Chuck: Hahaha, Baiklah. bitch pun bitch lah. Aku bitchkan kau nanti.

Aku: Gulp..

Aku cakap kat dia, semua tu sooner or later kita akan buat jugak but not now. Kitorang date pun belum lagi. Kau expect aku nak terus accept the offer and fap fap fap untuk sejam dua? Hahaha. Aku still waras lagi dan hormon aku masih boleh kawal. Tapi kalau ikutkan nafsu kuda aku, aku dah terima je offer dia. Apapun yang dirancang tunggu dinner date dengan dia awal bulan februari nanti. Selebihnya, biar masa yang tentukan.

Sejujurnya bukan kerana nafsu aku jalinkan persahabatan aku dengan Chuck. Rasanya, Tak salah untuk aku beri peluang kepada hati ini untuk disayangi meskipun insan tersebut sejantina. Aku dah penat dengan kehidupan yang penuh kepalsuaan. Kegembiraan yang terpaksa aku terbitkan meskipun hati memendam rasa. Bukan tak pernah gadis menghampiri cuba menyelami lubuk hati. Tapi tiada sedikit ruang dan peluang pun aku beri. Aku taknak kau buang masa pada insan kelainan nafsu seperti aku.

Cukup aku katakan disini aku selesa berteman dengan Chuck. Dia buat aku rasa hidup kembali di dunia realiti tanpa perlu aku palsukan diri. 

Chuck: Nov, Jom hiking Broga. Temankan aku please.

Aku: Hahaha, Iyelah nanti aku temankan kau. tapi aku tak janji sebab aku tak suka kecewakan orang.

Chuck: A'ah aku serius tak suka dikecewakan.

Aku: Apa2 pun nanti kita plan balik lepas first date dengan kau.

Tiba-tiba teringatkan memori silam. Tika aku mula belajar hiking suatu ketika dahulu. Memori indah puncak Gunung Jerai antara pengalaman yang paling sukar untuk aku lupakan sepanjang bergelar pelajar sekolah. Berani aku katakan dia lelaki pertama yang membuatkan aku rasa selamat. Ada bersama tiap masa dengan aku meskipun banyak mata yang perhatikan kau. Cuba rapat dengan kau, aku tetap first priority kau. Untuk itu aku berterima kasih.




Flashback Januari 2010

Tirai tahun ini dibuka dengan luka semalam. Apa pun Mr.Nov semakin Kewl dari tahun sebelumnya. Semakin matang. Lupakan kisah lalu, mulakan yang baru. Untuk itu, Kepala Mr.Nov digondol rakus oleh aney gunting rambut.

Aney: mahu gunting rambut apa macam?

Aku: erm gunting no 3 la..

Aney: dey, apa pasal mahu botak? Gunting pendek biasa cantik jugaa..

Aku: tahun baru, kepala baru jugaa..

Aney: Aiyoyo.. Ok2

Tahun ni kena act kewl lah, senior year kateko. Bajet kepala botak gangsta. Ahh apa-apa jelah. Sampai je Hostel, ingatkan aku seorang je yang bajet botak. Cehh, ramai je student lain yang botak termasuk lah si Syah. Sesungguhnya masih wujud chemistry antara kami. Once again, kitorang jadi belangkas kembali. Semuanya kembali normal. Cuma yang tak best nya, kitorang tak sama bilik dah. Rasa macam pfft. Kali ini aku cuba untuk tidak menjadi tamak. Dengan harapan perasaan itu kembali normal.

Bulan january adalah bulan activity luar kalau tak silap aku, So tiada pembelajaran dalam kelas untuk satu bulan. System sekolah aku agak berbeza sedikit (mungkin banyak) dengan sekolah harian. Lagipun hanya senior je ada kat Hostel masa tu Form 3 dan Form 5. Student Form lain masuk lambat sikit dari kitorang.  Tahun ini jugak lah aku terlibat dengan bermacam kem yang menuntut aku berada bermalam di luar.

Sekolah aku buat activity luar camping kat atas Gunung Jerai. Best siot hiking, walaupun penat nak mampus, sampai longgar kepala lutut. Hahaha. Aku tak ingat berapa lama masa diambil untuk sampai kat Camp site kat atas tu. Berjam-jam jugak. Pada gegadis geletis boleh lah buat-buat ada asma pastu kena angkut bonceng motor dengan cikgu lelaki. Nasib baik tak hot. Kalau hot, aku dah merengek nak naik motor. Boleh lah layan perasaan sambil-sambil ditampar angin gunung.

Sampai je kat camp site atas tu, kitorang di beri sedikit taklimat tentang pantang larang kat kawasan tu. Apa yang patut dan tak patut. Kalau ada jumpa nenek ke orang luar jangan ikut. Itu antara pantang larang yang aku masih ingat. Lepas je selesai taklimat tu kitorang pun diberi task pertama untuk dirikan khemah. Maksimum satu khemah 6 orang kalau tak silap. Siapa ahlinya bebas pilih sendiri. Syah adalah salah seorang ahli khemah aku. Dia dengan muka excited nak masuk khemah aku.

Syah: Nov, khemah kau kosong lagi tak?

Aku: Ade kosong lagi tapi kat luar. Haha

Syah: Ahh, aku join sini jugak. nanti aku sepak kau keluar.

Aku: Ade je kosong join jela. heish.
**meskipun hati berbunga, aku act kewl**

Even khemah aku dah pack macam sardin pun aku still tak nak kecewakan kau. Kau rasa sebab apa? Khemah lain ade je kekosongan kau still nak dekat dengan aku jugak. Aku cuba untuk tidak bermain dengan ego kali ini. Tak nak luka lama berdarah kembali. Kitorang buat perkara kebiasaan kitorang buat bersama.

Syah: Nov kau nak pegi toilet nanti ajak aku. Aku temankan kau.

Aku: Apsal pulak? kau takut ehh..

Syah: Kan kena gerak berkumpulan, mana boleh sorang. Mak kau dah pesan kat aku suruh jaga kau.

Aku: Eleh yelah tu, celah bila entah mak aku pesan kat kau. Hahahaha

Kat area camp site kitorang ada satu kolam besar size swimming pool, tapi air warna hijau lumut. Seriau aku nak mandi. Dorang boleh bantai terjun buat macam swimming pool termasuk lah si Syah ni. Tahu lah body gedang, kau saje je kan nak tunjuk kat gegadis. Aku tak join, sentuh pun tak air tu. Lepas lepak sekejap kat sebelah kolam tu, aku gerak bawak towel aku ke toilet. yelah takkan taknak mandi sampai ke malam kot.

Mandi kat toilet pun air kolah je wei. Tapi air dia jernih sikit dari kat swimming pool tu. Bukan aku sorang time tu kat toilet. Budak yang dah mandi kat swimming pool tu akan pegi jugak ke toilet untuk cuci badan. Si Syah pun ada time aku nak mandi kat kolah. Aku tahu dia ikut aku. Grr.

Aku: Asal mandi sini? Kau kan dah mandi kat swimming pool tadi, siap buat backflip.

Syah: Aku rase cam pelik je air kat situ, malas ah nanti gatal badan. (sambil tersengih)

Aku: Habis lah kau malam ni takleh tido.. Hahaha

Syah: Biar ah. daripada kau bajet putera raja je taknak mandi kat situ.

Aku: Diam ah kau..

Time mandi tu, aku nak bukak baju nak sabun badan. Pastu dia tak kasi. So aku ambik sabun masuk dalam baju, gosok depan dia.

Aku: Apesal pulak takleh bukak baju?

Syah: Haha. tak payah lah, kau tak malu ke orang tengok? perempuan duk lalu lalang..

Aku: Alah bukanya nampak pun. lelaki je aku tengok duk lalu kat sini.

Syah: Nipple kau sexy sangat. Hahahaha

Aku: Siot kau. Hahahaha

Bila malam, after ambik makanan Syah ajak aku lepak kat tempat yang ada kerusi batu berbentuk ''C'' kat tengah-tengah ada tempat unggun api. Serius malam tu banyak pulak bintang kat langit. Buat aku rasa kagum dan bertambah dekat dengan sang pencipta. Bukan aku berdua dengan Syah masa tu, ada lagi beberapa orang. View dari atas puncak tu sangat cantik, Kau boleh lihat hamparan hijau bendang kat kedah waktu petang. Sangat perfect. Double perfect kalau kau dengan orang tersayang.

Syah: Nov kau tak rasa gatal-gatal badan ke? gatal doh badan aku.**sambil garu leher**

Aku: Hahaha, padan muka kau. kan aku dah cakap tadi kau degil. nasib baik aku tak mandi situ.

Syah: Argh, macam mana ni wei. gatal doh.

Aku: Kau tahan jelah, jap lagi hilang lah tu. takpun kau mandi sekali lagi. Aku teman. Nak?

Syah: Sejuk lah giler, takpe ah esok pagi jelah.

Time nak tido pun problem, diorang berebut tempat taknak tido hujung. Oleh kerana khemah aku dah macam tin sardin, Aku dengan rela dan berbesar hati offerkan diri tido paling hujung sekali. Sekurang-kurangnya boleh bernafas sikit takde lah mati lemas. Nak keluar masuk pun senang. Ingatkan dah settle masalah. Rupanya tak. Hampeh tol.

Aqif: Ok aku tido sebelah Nov.

Syah: Ahh takde-takde aku cop dulu, aku tido situ. (masuk terus pegi sebelah aku)

Aqif: Ekeleh kitorang yang dirikan khemah, kau sedap je masuk. Kau tido luar.

Dazir: Alah apa kecoh-kecoh, nak tido pun berebut. Senang citer biar aku tido situ ah.
**Semua gelak** 
Dazir: Semua berebut nak tido sebelah Nov payah ah. Apa yang special sangat tido situ?

Aku: Aik. Aku pulak yang kena? HahaHaha

Last-last si Aqif tu mengalah dia bagi Syah tido sebelah aku, dan dia tido sebelah Syah. Dazir ni pun salah seorang dari 7 orang roommate aku masa form 4. Dia pun dulu background all boys school. Orang nya pendek 160-165cm maybe. Satu perkara aku suka pasal dia adalah sifat high tolerance. Tak penting kan diri. Malam itu dia tido paling hujung belah kiri, manakala aku paling hujung belah kanan.

Aku: Bapak ah sempit, dah macam kayu balak takleh gerak. Kau ni dah lah keras macam batu. Aku nak gerak pun payah.

Syah: Nov, kau jangan gerak-gerak. aku nak terkentut.

Aku: Selekeh doe kau. Kau jangan nak ngade.

Syah: Biar ah.
**yes he did**

Pfft.. Kitorang apa lagi gelak-gelak pastu bahan dia. Hahaha. Nasib baik lah kau tu member aku, Kalau tak aku dah humban keluar khemah. Dah lah beg baju kau letak kat tempat lain pastu merengek nak share beg baju aku buat bantal.

*******

P/s: Bagi memelihara kesucian diri ini daripada dinodai, Most of the activity yang aku nak buat nanti bersama Chuck adalah berbentuk Outdoor, Movies and Cafe. Tiada activity dalam bilik buat masa ini. Toilet?? Choii!! Kau ingat aku murahan? Hahaha.



Friday 16 January 2015

#5 Forgive me not.

Assalamualaikum.

Maafkan aku andai ada hati terguris dek kalam ku yang abit straight to the point. Terkadang membuatkan aku berfikir sejenak. Apakah dosa kalam ku andai ia terusan ke destinasi tanpa perlu berbelok mahupun melakukan lencongan maut.



Pintaku kau ambil bait kata yang terkalam oleh aku. Baca ia dengan fikiran tenang secara natural. Aku pasti tiada sedikit ego mahupun kata sinis tercoret bersama. Kerana aku tahu terkadang ia diterima sebagai suatu kritikan menjatuhkan. Walhal ia sekadar buah fikiran anak muda seperti aku.

Tidak aku nafikan, kecacatan terlahir dalam setiap kalam yang aku tintakan. Kerana aku sedar, aku manusia hina tiada sempurna. Kau juga begitu. Tiada antara kita sempurna terlepas dari suatu khilaf. Sang pencipta hadirkan kekhilafan dalam diri kita untuk kita sama-sama belajar timba ilmu dari nya. Moga-moga tiada ia hadir di masa hadapan.

Untuk itu maaf berkali maaf pinta ku. Buat encik Numan, Kamen Shinobi dan seluruh warga sejenis. Sejujurnya tidak aku terkesan terguris hati dengan tinta kalian. Kerana aku tahu buah fikiran itu milik kalian. Selamanya milik kalian. Tiada mampu aku ubah melainkan aku Mak esah kan kalian :P

Adakala bait kata yang tercoret berbunyi sedikit tegas dan berbaur kritikan tika aku tidak meletakkan frasa ''HAHAHA''. Percayalah ia tidak setajam seperti kau tafsirkan.

Pernah sekali aku menjalani ujian Real Age test dan hasil nya. Aku matang 10 tahun sebelum usia. Mungkin ada benarnya, kerana aku tidak seperti mereka seusia. Fikiran aku terkehadapan, gurauan aku terkadang melangkaui usia remaja.

Apapun aku masih tetap disini tersenyum sambil menghirup secangkir kopi bertemankan tinta kalian. Tinta yang mengajarkan aku sisi gelap dunia, memperlihatkan aku warna pelangi nan indah serta kegegelapan langit tatkala ribut petir melanda. ;)

P/s: Fikiran jangan terlalu pessimis kerana ia mendatang kan lebih keburukan dari kebaikan. Wallahualam.

Senyum sikit ye abang Kamen Shinobi ku sayang. Maafkan Adinda baru tersedar akan tinta Kekanda tika jam berdetik 12 malam. Dinda kan muda remaja. Haruslah tidak marah. Lagi sayang adalah. Hahahaha. *** Gurau je bro. Peace***

Matilah kalau Chuck tahu aku menduakan dia. Sshh.

Tuesday 13 January 2015

#4 Kesilapanku.

[Music: Back In Time]

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak menyelusuri garis masa sambil-sambil share sikit pengalaman Bromance aku time era persekolahan. Aww senyum palsu aku sendirian. Throwback pada tahun 2009-2010. Entry sebelum ni aku pernah mention pasal mereka yang suatu ketika dahulu mencalitkan warna dalam hidup aku. Secara tak langsung warna-warna itu lah yang mematangkan dan menjadikan aku harini. Nama aku juga pernah di sebut-sebut di dalam satu blog. Sebelum ia ditutup. Maybe author tu tahu aku baca blog dia. Member aku je pun, one of the people from the past.

 Faktor kemurungan dan kekecewaan membuat kan aku hilang, Ya, hilang dari dunia mereka. Bak kata Najwa latif: (Bait lagu Hilang)

Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku,
Dan mungkin kau takkan sedar kewujudanku
Tapi ku ingin kau Tahu
Ku akan mencintaimu

Ooooh

Dan aku hilang, hilang
Dari cintamu dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu oh milikmu

Bagi memastikan misi aku berjaya, beberapa langkah drastik lagi berani diambil antaranya : Phone number ditukar, FB aku deactivate,  And NEVER sign-up any Social Network ever since then. Yes I did that. Hampir 4 tahun aku mengelak dari bertembung dengan mereka. The good thing is aku berjaya maintain secrecy till now. 

Tahun 2009

Tahun ini bermulalah episod paling manis zaman keremajaan. Aku mula kenal erti keindahan sebuah persahabatan. Keperitan sebuah pengkhianatan. Full package, semua aku rasai dan alami sendiri. Bait lagu Wajah rahsia hati perfectly described how i felt that day.

Dalam kehidupan ini
yang terindah,
melalui usia remaja,
senda gurau suka duka silih berganti,
meninggalkan kesan abadi,

Chorus:
Ohh Berdebar-debar hatinya,
Kali pertama bertentang mata,
Inilah pengalaman
harus ditempuhi tiap insan

kenakalan atau kesungguhan,
Sukar mencari perbezaan
betapa kau cuba melindungi
Jelas diwajah rahsia hati

Repeat all over again come on!!!

Alhamdulillah, rentetan keputusan PMR aku yang memberangsangkan, Aku di terima masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh separa kerajaan di bahagian utara tanah airKat mana? Biarlah rahsia. Kang kantoi pulak dengan member aku, bukan aku tak tahu ramai je budak Hostel sejenis. **rolling eyes**

So bermulalah episod keremajaan yang penuh dengan kegemilangan aku. Berbekalkan dengan package kurniaan sang pencipta, Aku mudah membolosi carta hati student kat sana. Dah lah Hensem, tinggi, jambu, baik pulak tu, Haruslah masuk carta hati. Hahaha. Sila muntah sebaldi.

Serius aku tak tipu. Maybe sebab tu la aku kenal semua orang dalam batch aku. Aku tak pernah pun pilih siapa kawan aku. Baik, jahat, pandai, bodoh, hensem mahupun hodoh tetap aku pandang sama. Tapi, percaturan tuhan itu hebat. Maha hebat. Aku tak pernah rasa insecure dengan member sendiri. yelah kalau dulu time sekolah harian dalam geng aku, orang akan admired aku lebih lah dari member aku. Tapi kat sana member aku pulak yang dapat perhatian lebih sikit je dari aku. Aaaa menci mencii.

Takdir satu kan aku dengan 7 orang roommate pelbagai background, macam2 ragam. Kitorang rapat antara satu sama lain. Tapi aku paling rapat dengan seorang mamat ni nama dia Syah. Aku tak sure apa yang buatkan kitorang rapat. Mula2 tu aku tak berapa suka sangat dia ni. Sebab masa orientation week aku perasan dia ni jenis mencapap. Terlalu tonjolkan diri. Mentang2 lah muka ala-ala pak arab.

Syah ni pun bukan calang2 orang, antara hotstuff jugak masa tu. Orangnya tinggi 176-178cm (sama tinggi dengan aku), tegap, bertubuh sasa. First time aku tengok live orang melayu ada six pack. Maklumlah stay sebilik. Haruslah cuci mata. Dia anak orang berada. Aku ni biasa je. So memang para gegadis geletis tak kira junior, senior semua admired dia.

Level keakraban kitorang dah macam adik beradik dah time tu. Kemana je kitorang pergi mesti berdua. Sweet kan? Tanya lah siapa je, mesti dorang kenal belangkas hot time tu. First time aku rasa ada true friends. Almost everything dia akan utamakan aku.

Syah: Nov, lambat lagi ke?
**berdiri kat pintu, sambil makan biskut hasil pau dari aku**
Aku: Jap,. Aku nak pakai tie ni.

Syah: Lambat dah ni, nak start roll call dah wei.

Aku: Kau pegi ah dulu, aku lambat sikit.

Syah: Mana boleh, kau kan Bestfriend aku..kena gerak sekali.

Aku: Yelah-yelah jom!

Dulu kala, aku ni jenis penakut sikit bila duduk bergelap. Nak pulak banyak kisah mistik kalau bercerita pasal asrama kat malaysia ni. Aku ingat lagi first week aku bermalam kat Hostel. Asrama wajib lights off pada pukul 11 malam. Giler cuak aku sampai tak boleh tido. Habis meremang bulu kaki aku. Sangat tak kewl Mr.Nov ketika itu.. Kat rumah sendiri pun aku tido pasang lampu ni kat tempat orang lagi lah berganda-ganda cuak.

Roommate aku perasan kegelisahan aku time tu. Dengan menggunakan otak geliga dorang. Satu penyelesaian berjaya dirumuskan, Katil single bed dijadikan queen size bed. Katil Syah dirapatkan dengan katil seorang lagi roomate aku untuk memboleh kan seorang putera raja beradu di tengah in between Syah dan Iqbal. Rasa selamat gila dari hantu, yelah di apit oleh body guard sado. Kahkah Bila teringat balik, gedik gila kau Mr.Nov. Bila lagi nak merasa? :P



Syah ni walaupun dia player rugby, dia tak pernah pun membelakangkan aku sebagai kawan. After dia habis game kat padang comfirm balik bilik cari aku. Baik sikit, dia cari aku pun bukan untuk buat tak senonoh. Saje nak gurau-gurau sambil pau makanan aku. Siot betul. Nasib baik belangkas aku. Kalau aku tak mandi lagi dia ajak mandi. (Shower lain-lain ah) Inesen gila aku time tu. If sekarang dia ajak aku, comfirm dah jadi lauk. Meoww

Kalau hujung minggu dia balik rumah sedara, dia akan tinggalkan baldi baju dia kat aku. Boleh lah buat modal lepaskan rindu. Haha. Takdelah gurau je, dia suruh aku hantar dobi lepas tu jemurkan. Even boxer kecik dia pun aku jemurkan satu-satu. Rapat tak rapat kitorang time tu. Siapa tak terliur dengan boxer abam rugby? Grr..

Syah: Nov, minggu ni aku tido rumah sedara aku. parents aku datang.

Aku: Oh okay

Syah: Kau tolong hantarkan baju aku ke dobi eh.

Aku: Apesal pulak? kau hantar sendiri.

Syah: Hantarkan lah. Kau kan bibik aku. Hehe. pahala kot tolong member. nanti aku bawak makanan kat kau.

Aku: Yelah-yelah

Syah: Sidaikan sekali eh. Penyepit baju smua ade kat meja study aku. Kau ambik kat situ.

Aku: Amboi lelebih nampak.

Syah: Aku bawak makanan kat kau nanti. Hehe, kau ok kan duk sorang?

Aku: Hahaha, kau ingat aku macam kau, Homesick? Pasal baju kau jangan risau ah, nanti aku settlekan.

Before lights off dia akan ajak aku gosok gigi. Kalau aku gosok gigi tak ajak dia memang dia akan bebel pastu buat muka frust. Bayangkan budak rugby buat muka frust. Cute enn?? Habis keluar otot pipi. Grr. Standard lah budak asrama time tu, semua bende nak buat sama. Kalau aku settle gosok gigi and basuh muka dulu daripada dia, aku slow2 jalan keluar pastu tutup lampu, tutup pintu. Haha saje je bagi dia cuak. Dia tak cuak pun, ngajing aku adalah.

Kalau masa prep malam, dia datang study kat meja aku. Saje buat semak. Kadang datang meja aku bukan study pun, dia boleh bantai tidor. Selekeh gila air liur meleleh. Habis prep aku kejutkan makan supper kat dewan makan. Nak tinggal sorang-sorang kat class. Kesian pulak, Nampak sangat tak berhati perut. Hahaha. Aku seriusly tak kesah pun. Aku rasa diri di hargai sangat oleh seorang  yang aku gelar sahabat. Masa tu aku adelah jugak syak dia 'sesuatu' sebab background dia pun sebelum tu dia study kat all boys school. Tapi aku tak pernah tanya pun, just buat tak tahu je.

Aku ingat lagi ada satu hari tu time prep petang, dia cam biasa study kat meja aku berdua. Study either physics or biology, not sure. Dia bosan study, so dia conteng meja aku. lukis sesuatu.. Kau nak tahu dia lukis apa?

Aku: Woi seronok nampak conteng meja aku.

Syah: Ahh biar lah bukan meja kau pun.

Aku: Hmm suka hati kau ah.

Syah: Nov, cuba kau teka apa aku lukis? hehe

Aku: hmm mende kau lukis ni? **Mata aku membulat**

Syah: Hahaha, lolipop ah. kau ni..

Aku: Yeke?? aku nampak bende lain.. Hahaha, jap lagi padam balik.

Really? aku iyakan je lah, sebab duo aku jugak. Aku tak bodoh lah sayang, Aku buat-buat bodoh pun sebab kau. Aku tahu kau ada perasan sama macam aku, cuma masing-masing cuba act kewl. Terlalu berhati-hati dan mungkin ego.


Tapi langit tak selalu nya cerah, pasti akan mendung adakalanya hujan lebat. Di penghujung tahun, persahabatan kami mula diuji. Perasaan sayang kepada seorang sahabat bertukar kepada perasaan ingin memiliki. Perasaan bromance aku menjadi-jadi, aku jadi cemburu melihat dia bergelak ketawa dengan orang lain. Aku cemburu tika ada gegadis cuba menghimpit cuba mengalihkan perhatian yang selama ini milik aku. What is wrong with you bijes? Hati aku kian sakit tatkala melihat dia bergurau sambil lengan nya yang berotot itu merangkul leher atau bahu orang lain. Aku memberontak. Celaka selama ini ia milik aku.

Bagi mengelakkan aku meroyan seperti seorang isteri kematian suami, aku mula menjauhkan diri. cuba merapati orang lain. Takde masalah pun bagi aku nak cari orang lain buat belangkas. Konon2 nak bagi dia jeles. Tak buat belangkas pun, just jadi prop je. Semua perkara harian yang terbiasa kitorang lakukan bersama sebelum ni, Aku buat sorang tanpa mengajak dia. Padan muka. Ya, Padan muka AKU!! im at loss, not him. Dia ada jugak cuba rapat balik dengan aku, gurau-gurau. Tanya sama ada dia ada buat salah ke. Sesungguh nya ego Mr.Nov sangat tinggi mengatasi gunung everest. Aku buat macam aku tak salah apa-apa. Pfft.

Tirai 2009 dilabuhkan bersama keegoaan masing-masing. Apa yang pasti persahabatan kami menjadi taruhan. Tiada yang mahu beralah, masing-masing membawa haluan sendiri. Perasaan rindu dendam aku membuak-buak. Semakin aku nafikan, semakin tebal perasaan itu dipupuk. Ia mekar bak cendawan selepas hujan.


P/s: One fine day this year, i shall confront them back. Itu salah satu to-do-list aku tahun ni. Dah tiga kali gathering aku absence. Hope everything will run smooth as planned. Ameen.

Hmm.. Excited pulak Chuck ajak Dinner date awal February nanti. Katanya nak impress me kaw-kaw. Hahaha.


Sunday 11 January 2015

#3 Telan Kataku.

Assalamualaikum.

Hari ni tergerak hati aku untuk post something kat blog aku yang tak berapa nak Havoc ni. Hormon menulis kembali mungkin? Rasa bertanggung-jawab tehadap masyarakat membuatkan aku nekad untuk menjadi keyboard warrior di halaman sendiri. Puii.

Anyway, Aku just nak share idea mengenai long-term-relationship. Dan ini mungkin boleh bantu serba sedikit Aku, Kau dan Dia dalam menjalani hidup sebagai seorang yang songsang dengan aman dan bebas dari penyakit. Idea ni tidak bermaksud aku menghalalkan apa yang haram. Think positive please?



Idea ni basically apa yang aku praktikan. Aku rasa ada baik nya kalau aku share dengan orang lain. Kalau rasa apa yang aku post ini salah dan tak betul macam orang gila, abaikan je lah. Aku tak expect semua orang boleh terima apa yang kita sampai kan. So thats it.

Aku 100% sure, semua orang termasuk kau, kau dan kau impikan satu hubungan yang berkekalan selamanya. Happy ending kan? Two words for you, verangan u'olls. Untuk hubungan hetero, mungkin ya bahagia sampai ke syurga. But untuk kisah kita memang tak lah. Ini fakta yang aku, kau dan dia kena telan dan terima. Save dalam kepala otak. Sekuat mana pun kau melawan arus. Ini hakikatnya. Tiada satu pun antara kita yang mampu ubah percaturan ini.

Memang berat, sangat berat untuk kau dan aku terima. Tapi nak buat acano, dah nama pun dugaan. Bahagia macam mana pun relationship homo yang kita bina. Pengakhiran nya tetap tidak akan sama dengan kisah hetero. At some point kau kena lepas kan dia pergi.

Ini maybe just initial planning. Aku tak tahu apa akan berlaku in future. Lebih baik kita berpayung dahulu sebelum hujan. Berat untuk aku nafikan perasaan aku yang mendambakan kasih sayang seorang insan sejantina. Why not aku cuba? At least ada orang yang faham kau. Right? Cuba kat sini bukan bererti aku encourage korang untuk berjemaah menagih kasih. Cuba yang aku maksudkan disini adalah bagi peluang dan ruang kepada diri kau untuk bernafas dan penuhi apa yang didambakan.

Apa2 pun perlu ada halangan dan had untuk kau berikan peluang kepada diri kau. Sesiapa pun lelaki yang aku berhubungan nanti aku ada syarat untuk nya. Hahaha, kerlas kau jah.

  • Tempoh perkenalan harus melewati usia genap 3 bulan tanpa perlu ada unsur sex. Amboi syarat macam nak mencari suami mithali sehidup semati. Sebab? Masa ni lah untuk kau kenal hati budi pasangan kau. Baik buruk dia akan timbul dalam tempoh tersebut.


  • Sesudah genap usia 3 bulan usia perkenalan, harus lah buat ujian darah. Hahaha. Screening test sebelum kahwin. Yeay!!! Honeymoon. Proper place. :) 


  • Jangan curang. Main kayu tiga pun tidak dibenarkan. Kalau nak kena sula dengan batang penyapu. Cubalah. Tapi awak, saya sanggup dimadukan dengan para gegadis geletis. Hahaha.

Kau ingat puteri gunung ledang je mampu letak syarat? Aku pun mampu tau. Huh. Itu antara syarat yang bakal aku laksana kan ke atas Chuck. Hehe. So far, dia ok sebab aku cakap nak buat member dulu kenal hati budi. Takde lah rasa macam bijes terus diratah dan di tinggalkan sepi. Biarpun dia cakap dia feels attached dengan aku. Kau hado? 

***Blushing kejap***

Sebab apa 3 bulan? Sebab waktu ni adalah paling sesuai untuk korang jalani ujian darah. Ni bukan benda main-main. Kita tak tahu hari ni maybe kau berjaya, esok lusa kau tewas? Aiyoo Mak tak tanggung. Menyesal pun tak guna.

My advice, selagi hubungan yang kau bina bukan berlandaskan nafsu semata, pasti akan bertahan lama. Aku bukan nya baik bak malaikat, aku hanya seorang insan seperti kau dan dia yang dahagakan kasih seorang lelaki. Tetapi beringat lah wahai teman. Jangan kau kecundang kerana keseronokan yang paling lama pun 2 jam. Hmm ntah lah, aku dengan Chuck nanti maybe sampai subuh kot. Hahaha. Ok kidding.

Andai kata hubungan aku dan Chuck bertahan lama hampir menyamai hubungan hetero. Happy ending gitu. Aku tetap akan lepaskan dia seperti seekor burung punai terbang bebas dari sangkar nya. Haha motif burung punai? Pervert gila kau Mr. Nov. Dah laki aku. Ngeh ngeh

Seriusly, at some point aku dan dia kena kahwin proper jugak kan. Maksud aku kahwin hetero. Bukan sejenis. Lebih afdal kateko. Tengok lah jodoh siapa sampai dulu. Hahaha. Konklusinya saya masih rela dimadu. Hidup insan seperti kita perlu ada tolak ansur dengan norma kehidupan. Jangan rakus menongkah arus, kelak kau sendiri.

Buat peringatan Aku, Kau dan Dia. Mengapa harus ada dengki sesama kita warga minoriti. Jika kau jatuh sama-sama bangun lah kawan.

P/s: Aku sentiasa berdoa dan terus berharap agar penawar bagi penyakit yang menghantui golongan seperti kita di temui. Kerana aku percaya dan yakin semua penyakit ada penawar nya melainkan kematian. Mudah-mudahan. Amin. Buat anda yang dijangkiti, terus tabah. Kita semua di duga dalam bermacam bentuk. Apa pun, Allah takkan menduga hambanya, jika tidak ia mampu untuk menghadapi.