Tuesday 25 November 2014

#1 The Confession.


Assalamualaikum

Alhamdulillah!!! satu perkataan yang mampu aku ucapkan. Finally blog yang aku impikan selama ini telah pun berjaya dilahirkan ke alam maya ini. Berhari-hari jugak lah aku menghadap laptop ni nak setup blog punya pasal. Actually this is not my very first entry dan blog ni suatu ketika dahulu pernah di coret kisah2 aku.



Oleh kerana, bahasa yang digunakan pun a bit childish. So aku decide untuk delete kesemua entries tersebut. Apa yang pasti blog ni akan berubah 360 degrees. So siapa2 yang berkesempatan baca tu nasib lah. Haha

Anyway, let me first introduce myself as AKU. Nama pena aku Mr.Nov. Untuk keamanan sejagat better tak disclose identity siapa sebenar aku, cukup sekadar nama samaran. Terlahir pada tahun 199X. So pandai2 lah korang estimate sendiri. XD

Idea nak transform blog aku 360 adalah di inspirasi dari pembacaan aku di beberapa blog ber'genre' Gay-theme @ PLU. And yeah, aku salah seorang hamba allah yang terpilih untuk terima ujian ini. Aku ni gay in the closet, so tiada seorang pun manusia di muka bumi ni tahu siapa aku in real life. i think i should keep it that way, sebab kita hidup bersama masyarakat yang palsu. Kenapa aku kata palsu? Sebab masyarakat kita ni, especially sebangsa aku, suka sangat melabel orang. Kalau boleh dari hujung rambut sampai hujung kaki mesti ada je benda nak condemn. pfft

Aku tak pernah pun minta untuk dilahirkan bernafsu sejenis. Aku sedar dengan kecenderungan aku ni time aku berumur 11 tahun. Kalau tak silap aku lah.. Sebab time aku kecik2 ada satu iklan kat Ntv7 ni, Smart Tv (maybe). Mostly iklan kan pasal alat fitness, so model yang dorng selalu guna pon orang2 yang body fit tak kira laki or perempuan. hehe. Biasanya model lelaki tu shirtless so memang exposed habis ah abs yang macam roti sweeties kat perut. everytime aku tengok iklan tu aku rasa semacam, rasa berdebar. 

**Hmm takde pulak rasa macam tu time tengok model perempuan even pakai bikini.. sedeh btol nasib aku**

Itulah serba sedikit pasal aku. The reason why A.K.D.P (Aku,Kau,Dia,Palsu) adalah kerana posting yang bakal tercoret dalam blog ni berkisar tentang aku, kau, dan dia. Kenapa palsu? sebab kita semua ada sisi "FAKE". Kepalsuan kita untuk berhadapan dengan hari mendatang. Sometimes kita palsu dengan mereka sekeliling kita. Kita palsu tentang kecenderungan kita untuk mendapat tempat dalam masyarakat yang akhirnya kebebasan diri sebenar kita terpenjara dalam kepalsuan tersebut.

Kadang aku terfikir kalau lah aku buat pengakuan ini kat mereka2 yang rapat, mahukah mereka bersama dengan aku hingga ke hujung waktu?